1. Lapan bulan blog ni tak terusik..kesian aku tengok, kalau tengok aku pun kesian. Kesian ini adalah singkatan kasihan. Kasih bermakna sayang / suka. Blog ni takde kene mengene dengan blog 'kaseh' xRiziex Dum Dum Tak. Tidak sama sekali.
2. Banyak betul kejadian yang berlaku kat Malaysia akhir-akhir ni... semua kejadian gempak nampus. Bukan aku tak peduli, bahkan bukan aku tidak sering membicarakannya, namun ia sekadar berlegar di ruang legar yang sempit bersama kawan dan rakan-rakan sekerja...Hidup ini memang celaka, kalau sekarang mati lagi bahana!
3. Mati adalah subjek yang sering orang takut nak bincangkan. Tak suka berbual bicara pasal kematian. Kata mereka, tak bermotivasi dan berpandangan positif dan kehadapan. Paling tak suka ialah golongan perempuan... kalau bercakap pasal mati diri sendiri, mesti tunjuk muka tak bes, dan nak lari dari tajuk... kalau tak percaya boleh try test tengok, apa reaksi mereka. Patutlah jihad di medan perang orang wanita tak kena, diaorang memang takut mati rupanya, dengar perkataan pun dah tak suka. Ini bukanlah tuduhan melulu tetapi dari pengalaman sendiri. Walaupun tanpa kajian formal, tetapi sudah cukup untuk buat sedikit generalisasi. Pun begitu, aku akur bahawa ia tidak muktamad. tapi cubalah deh tera tengok skali.
4. Di Palestin, setakat hari ni angka kematian di pihak Palestin sudah lebih daripada 400 orang setelah hampir dua minggu serangan Israel ke atas Gaza. Ibu bapa mereka kebanyakkannya gembira kerana menganggarkan anak mereka mati sebagai syuhada, dan tiada riak menyesal daripada mereka kerana dek meninggalnya anak-anak mereka, suami-suami mereka dan rakyat-rakyat mereka. Diceritakan daripada Tok-tok guru bahawa pada ketika Nabi S.A.W dikatakan telah terbunuh di peperangan Uhud, ramai kaum muslimin bertempiaran lari tiada arah, sesetengah mereka kembali ke Madinah, tetapi kaum-kaum wanita Madinah melemparkan mereka dengan batu dan menghalau mereka supaya kembali ke medan perang. Begitu teguhnya para isteri dan wanita Madinah berada di belakang menyokong perjuangan Islam. Sekarang cuba beritahu bini kita nak gi berperang, tobat mereka tak bagi, melainkan kita kerja sebagai askar. Itu pun, payah nak berpisah, kalau boleh nak disuruhnya ganti orang lain.. Haha, nampaknya kaum lelaki sekarang lebih takut pada bini daripada mati kan?
5. Lima.. aku dah suntuk nak masuk meeting!!! Harreyy
Tuesday, July 22, 2014
Tuesday, December 17, 2013
Wakil Rakyat
uLaNG SiAR Lagi
Lagu ni ditulis pada era Pak Lah.. nampaknya, wakil rakyat zaman sekarang pun lebih kurang sama je kan?.. Apa yang pasti, sekarang ni rakyat makin sesak... rasa macam nak blah je!
Lagu ni ditulis pada era Pak Lah.. nampaknya, wakil rakyat zaman sekarang pun lebih kurang sama je kan?.. Apa yang pasti, sekarang ni rakyat makin sesak... rasa macam nak blah je!
WAKIL RAKYAT –
Kasih Sayang
Apa guna jadi
wakil rakyat
Kalau dah tahu tak boleh diharap
Semua kerja kau,
orang lain yang buat
Tapi duit
berkantung, semuanya kau lipat
Apa guna jadi
wakil rakyat
Kalau kat tempat
sendiri pun ramai yang merempat
Di kampung tak
pernah lihat kelibat
Atau tidur sahaja di dewan
rakyat?
Projek mega
dicanang-canang
Konon membuka
peluang pekerjaan
Rakyat
dipinggir import orang lain datang
Tak
sampai setahun, (kau) dah jadi jutawan
Peluang
pekerjaan dirampas orang
Bina
bangunan menggapai awan
Rakyat
tempatan terkebil memandang
Memang dasar YB setan!
Makan angin
sampai ke Taiwan
Guna duit rakyat,
habiskan dana kerajaan
Konon untuk
tingkatkan pengetahuan
Pulang ke negara
tak nampak hasilan
Wakil kaut uwang!
Wakil tambah hutang!....
Wakil tabur janji!
Dapat duit engkau lari…..
4/5 tahun datang lagi!
Tunjuk muka, raih undi….
Apa nak jadi?!!!
Sudah menang, tipu lagi...
Friday, December 6, 2013
Astro Zombie
uLanG SiaR
Dunia mungkin berkata
Manusia sering sahaja alpa
Hamparan indah, gunung ganang, tanah landai dan rata
Menjadi tapak pekerjaan sesetengah manusia yang gila
Diperutnya terkandung seribu macam peristiwa
Yang terkadang terpalit juga deritanya
Gunung ganang menjadi dataran
Lembah rendah menjdai airan
Tanah rata sudah berlubang
Apakah ini kesannya pembangunan?
Atau kerna sisa perang?
Dan manusia..
Anggap ia tak penting
Dan manusia
Tak mahu kepala
pening,
Dan manusia,
Hanya kerna uwang
mereka bersaing
Terkemudian ini, almanak telah berubah isinya dari tahun ke
tahun
Walaupun semua umat sudah dikatakan bertamadun…
Alim bubu dari Palestin, Acheh, Iraq, Afghanistan
Membawa khabar bukat, keroh derita rakyatnya
Perang penindasan,
perang merebut jajahan, perang mencetus kezaliman, perang menuntut kedaulatan
Sedang yang berkuasa
Terhuha-huha melihat
bahana
Sedang yang berkuasa
bercongak bongak mengira untungnya
Biar yang dibunuh itu manusia, biar yang dibunuhnya itu
sebenarnya saudara
Dan kita di sini masih terlena dibail empuk
Masih diuliti oleh pusaran kipas angina, air-conditioner
mewah
Tak mahu ambil pusing
Kita di sini masih mengejar kebendaan yang ditawarkan
teknologi
Kita di sini masih mengejar kebendaan yang berbasiskan uwang
Kita di sini masih mengejar harta, darjat, pangkat-pangkat
Title..
Seorang korporat
Title…
Seorang birokrat
Title seorang penguasa, seorang doctor, seorang guru
tanpa peduli sekeliling
tanpa peduli sekeliling
Bukan urusanku
Nafsi-nafsi
Kemiskinan masih lagi tiada antidotnya
Pengemis-pengemis dipandang hina
Petani tua hilang kerjanya (diganti mesin)
Kita tidak peduli apa lagi ingin mengambil pusing tentang
peristiwa di luar sana
Di acheh, di palestin, di Iraq, di Afghanistan dan
sebagainya
Betullah, AFFORISME…
Nafsi-nafsi
Kita semakin melebarkan senyuman apabila dikelilingi oleh
teknolog-teknologi canggih dan sofistikated yang menghapuskan nilai estetik
humanis
Kita lebih rela hati untuk memberi perhatian kepada
materialisme yang diuwar dan ditwarkan kerjaan dan sekutu-sekutunya daripada
mengambil cakna tentang sikap dan nilai kemanusiaan yang semakin pupus
Kita lebih mementingkan IT yang direncanakan daripada
memberi perhatian kepada kemelaratan umat yang miskin dan semakin sesak-hina
dina
Di sana,
Seorang buta
menggelepes mencari teman
Dan di sana
Seorang buta mencari
kawan untuk dibawa berjalan
Juga disana
Seorang pekak
bertungkus lumus menggapai pendidikan
Di sana
Seorang pekak
berusaha “ menjerit” keperihan
Sedang kita asyik menjadi selfish
Apakah itu kita sedari? 3x
Sikap mengadabi pupus
Sikap mengasihi mampus
Sikap solidaritas hilang
Sikap prihatin
tenggelam
Kita terlebih teknologi
Tapi kita kekurangan
kasih sayang
Bumi meretak, sikap
kemanusiaan padam
Monday, December 2, 2013
Sabar dan Sungguh-Sungguh
1. Sebulan dahulu kami pernah bersembang di CKTS setelah
melihat rakaman perbahasan perbekalan dan bajet 2014 yang diutarakan oleh Raja
Bahrain di parlimen tentang isu Sabasun. Dalam ucapan tersebut RB tidak
menyatakan dengan detail mengapa Sabasun tidak disambungkan lesen. Ia meninggalkan satu teka teki samada isu
lesen ini melibatkan lesen perniagaan perbandaran, atau lesen perniagaan SSM
atau apa? Tetapi rata-rata kawan-kawan telah menebak bahawa berkemungkinan isu
lesen ini melibatkan isu tanah TOL. Dan sesungguhnya hari ini ternyata ia sohih
melibatkan hal tersebut setelah diterang sendiri oleh Che Salmi Che Ibrahim. Peri laku hamjadah
begini sebenarnya membawa kepada teka teki di dalam minda aku, adakah rumah
yang aku beli dengan pajakan negeri 99 tahun boleh pada bila-bila masa diambil?
Sebenarnya hal tanah TOL diambil balik ini biasa berlaku, tetapi adakah
pada-pada masa akan datang pengambilan balik hak milik ini akan sering terjadi
atau berleluasa setelah bangunan kediaman/perniagaan kita telah bertapak kukuh
dan berkembang? Apa pula agaknya akan terjadi kepada pinjaman perumahan /
perniagaan kita? Adakah ia bermakna membayar dan harta tidak ada?
2. Benar, ramai
orang ternyata marah dengan apa yang terjadi kepada Sabasun, walhal mereka yang
marah-marah itu tidak mempunyai sebarang share, mahupun kepentingan berbentuk
pulangan yang menjadi harta kepada golongan pemarah-pemarah melainkan merasa
kehilangan tempat membeli belah. Tetapi bukanlah pula ia sekadar marah-marah tak
tentu hala kerana itu sahaja, apa yang lebih penting disebalik isu marah-marah
ini ialah keprihatinan masyarakat Islam terhadap satu entiti perniagaan yang
dimiliki oleh orang Islam sendiri. Orang Islam tak suka bila melihat orang
Islam lain tertindas apa lagi melibatkan orang atau entiti-entiti yang dekat
dengan mereka. Orang Islam suka melihat orang Islam Maju, apa lagi diketahui
umum bahawa Sabasun sendiri menawarkan peluang pekerjaan kepada orang Islam. Lebih
menarik, semua pekerja wanita dan lelaki yang bekerja dengan syarikat
perniagaan itu semuanya menutup aurat, tidak terkecuali. Pembinaan surau dan
ruang solat yang selesa, adalah satu bukti bahawa pemiliknya menitik beratkan
penghayatan Islam dan mementingkan keberkatan. Prinsip dan pegangan Syarikat
yang memboikot barangan Israel (walaupun tidak semua) pula memberi nilai tambah
kepada tumpahnya kasih sayang yang lebih erat dihati setiap pembeli belah di
premis berkenaan. Maka, apabila mengetahui penganiayaan sebegini berlaku
terhadap Syarikat Perniagaan tersebut, adalah logik mereka menjadi marah-marah.
Syabas aku ucapkan dengan sikap ’ghirah’ (bukan ghairah bro!) dan keprihatinan
orang Islam terhadap perniagaan orang Islam. TAPI... yang nyatanya, orang Islam
sendiri juga sebenarnya yang telah menjatuhkan perniagaan orang Islam kan? NI
ORANG ISLAM MENDE KITA PANGGIL NING?
3. Dulu aku
pernah didendangkan dengan khabar bahawa nama SABASUN adalah nama yang
dicadangkan oleh SSM sendiri untuk didaftarkan dibawah lesen perniagaan
pemiliknya. Orang kata akhirnya nama yang tidak direka-reka untuk nampak bijak
dan cool juga yang ternyata memberi hasil kejayaan, atau ada orang kata tak
semestinya nama ’bijok’ - perniagaan maju; ada pula orang kata nama
mempengaruhi pelanggan dan ada sesetengahnya berkata-kata pemilihan nama yang
bersesuaian boleh mendatangkan ONG! Lebih parah ada juga yang berperi-peri
dengan mengatakan perniagaan si anu dan si anu lingkup sebab nama tak ’som’
dengan perniagaan. Maka lepas satu-satu dibantai tukar nama perniagaan mereka, setelah
tidak berjaya walaupun barangan yang dijual sama je. Setahun dua ini aku
dikhabarkan pula oleh seorang tutor tempat aku belajar bahawa SABASUN itu
maknanya ”sabar dan sunguh-sungguh”. Benarlah, kalau sabar dan sungguh sungguh,
insyaAllah kejayaan akan kita raih. Bak kata pepatah arab, ” Man jadda wa jada,
wa man zar’a hasoda’. Kalau betul itulah sikap pemilik Sabasun (sabar dan sungguh-sungguh), maka
insyaAllah, di sana sentiasa ada jalan untuknya. Selamat berjaya! I love u 2,
3,4,5,6, seven!
Tiada
suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.23.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa
yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembiraterhadap apa yang
diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi
membanggakan diri. -Al Hadid 57: 22-23
Sunday, November 17, 2013
време
1. Ntah ni kali ke berapa aku rasa nak 'update' entri tapi tak ter'update'. Penyakit malas sebegini aku rasa telah melanda hampir keseluruhan kawan-kawan di bloglist aku. Samaada mereka betul-betul malas atau super sibuk, aku pun tak tahu. Yang nyata, muka buku memainkan peranan yang penting dalam pengabaian aku kepada blog.. dan aku rasa mereka pun begitu.. kelalaian ini menyebabkan ilmu tulis yang sedia ada tumpul, menjadi semakin tumpul; bahkan telah berkarat!.......tapi ya lah, sekarang masa pendek kan?
2. Kadang-kadang manusia ni sibuk tak memasal. mereka sendiri tak tahu apa yang mereka sibukkan! Kan? Kadang-kadang satu hari tu tak sempat ke mana-mana pun. Dan yang super ajaibnya, tak buat apa-apa pun kat rumah. Tapi rasa sibuk je, rasa serabut je. Alih-alih malam menjengah tiba. Maka, hari itu berlalu begitulah sahaja. Rugi betul kita. Rupa-rupanya tahulah kita, poketnya kosong..ciput.. ibarat kata tak ada.
3. Hidup ni banyak betul ragamnya. Di zaman dah hampir nak kiamat ni, semakin banyak perkara yang tak tahu punca. Banyak betul fitnah melata. Kalau kita tak kenakan orang, orang kenakan kita.Tembak menembak pun dah jadi perkara biasa. Aku biasa juga tembak menembak ni, macam-macam jenis senjata pernah guna...tapi masa kecik-kecik dulula; pakai pistol tangan..orang kampung panggil main perang pong pong. Tembaknya aci main sebut nama je. "pong, sabri mati!". Yang mati tu pandai pulak bertanggungjawab menyerahkan diri saja..Mati! walau tanpa pengadil. Sejenis lagi, main pistol peluru buah senduduk. pistolnya kayu mengikut shape pistol. Lukis kat atas kayu papan tebal dengan arang, lepas tu potong guna gergaji. Masa tu, biasanya kami terpengaruh dengan cerita cowboy... jadi, laras pistolnya panjang. Ada yang terpengaruh dengan cerita james bond, pistolnya pendek..kontot. Nampak smart. Tapi, antara pistol panjang cowboy dengan pistol mini gadis james bond, pistol laras panjang cowboy biasanya lebih tepat membidik. pelurunya tak lari sebab dia mengikut track laras pistol sebelum peluru melayang ke udara dan menuju sasaran. Bagi kanak-kanak yang lebih kreatif dan ada kemahiran pertukangan yang bagus, mereka kadang-kadang hasilkan senapang. Malah mesingan (machine gun), dan M16. Ada kalanya mereka hasilkan 'bereng', atau 'berey'. Sampai sekarang aku tak tahu apa dia berey dalam bahasa yang betul. Kami juga biasanya main 'bedil'. Acara tembak menembak permainan 'bedil' ni menggunakan batang buluh yang halus lubangnya yang dapat memuatkan buah 'ara' atau 'tereja' dengan ketat sebelum peluru tersebut ditembak keluar.
3. Masa pendek, umur panjang! Takut betul tak lepas jawab soalan..
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. serta yang berpesan-pesan pada kebenaran dan yang saling berpesan-pesan pada kesabaran.". Al-Asr 103: 1-3.

Saturday, July 20, 2013
berbahagialah anakku
Muhammad Syahid Hafiy
Itu nama mu... pemberian ayahanda
Ingin saja diri ini menamakan Abu Bakar atau Umar
atau Uthman atau Ali
Betaqpa nama-nama tersebut agung!
Pendamping empunya pemberi peringatan
umat ini.... ,
Tapi, iyalah..., demi memenangkan jiwa moden,
Anakanda ayahanda namakan sedemikian
tapi.. bukan cuma-cuma, besar amanahnya namamu,
kuberikan sejak matamu belum melihat dunia secara zahir
Muhammad Syahid Hafiy
Selepas dikejutkan daripada mati,
ternyata engkau bukan sembarangan,
bergegar jiwa-jiwa manusia, itu dan;
ini,... ,
bercampur baur perasaan dan gelodak hati
antara kegembiraan dan keresahan..
Ghalib dunia dua jalan;
kebaikan dan kejahatan
Rupanya mengundang juga perasaan amarah nafsiah lain
yang entah meninggalkan di mana Tuhannya?
Anakandaku Muhammad
Girang hati ayahnada tidak terungkap;
tidak terkata;..
melihat tanda-tanda engkau akan tiba
Walau hati dilanda duka dan durja
ditolak si pembawa, mabuk itu bahana
bencana, kaffarah dosa, dan sebagainya
balanya tidak terlepas termangsa ayahanda,..semuanya....
Anakandaku Syahid
Berjalanlah engkau di atas apa kita
diciptakan; tunduk dan patuhlah...
Langit yang tinggi jangan engkau rendahkan;
menyamai diri...
Jalan yang lurus, jangan engkau ertikan
tidak menoleh ke kiri dan ke kanan, ke depan juga ke belakang!
kerana sesungguhnya tidaklah lain,... Bahawa;-
Kita hanyalah memijak diri kita sendiri di atas bumi.
Anakanda ku Hafiy
Ingatlah jerih;- perih;- mamamu melahirkan
terjuih bibir, dagu meniup udara
atau entah apa; menahan derita, azab, siksa.. demi mu
atau...susah payah ayahanda berkumat-kamit membaca;
meminta, bersengkang mata, taa'bud dan menyerah pada-NYA
sedang rupanya mendapat nista dan prasangka...
konon ahli sihir celaka!....
yang ditelan semuanya sampai ke perut ;- supaya lupa
supaya semua sama-sama gembira
melihat anakanda selamat; melihat mamamu selamat
....untuk mengucapkan syukur...
ALHAMDULILLAH
Anakandaku Muhammad syahid Hafiy
Ingatlah pada dindamu, juga pada bondamu
supaya kelak tidak engkau bermusuh- berseteru
menikam, mencekam, bergeseran
Anakandaku,
Ingatlah pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya,
"janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya;
mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar!,
laksankanlah solat, dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan;
cegahlah dari mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu;
sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting"
Permata hatiku "as-syahid yang mulia dan terpuji"- InsyaAllah ,
Akhirnya ayahanda ingin berpesan;
'jangan di capai langit kerana merasa tingginya diri;-
jangan tanah diludahi-ejeki, kerana dibawahnya tempat bersemadi'
Berbahgialah, berbahagialah anakku, berbahagialah,
Doa ayahanda sentiasa bersamamu mengiringi di setiap kebaikan
Semoga menuju namamu; menjadi realiti
untuk sakinah di negeri abadi...amin
AllahuAkbar!
SELAMAT HARI LAHIR YANG KEDUA
11 RAMADHAN 1434H

Tuesday, May 28, 2013
Thabbit qalbi a'la diiniK
brase jenoh doh duk nenngung
dok tahu tikke mase, dok tahu ttengoh teppi
dok padang dalang jambang, nye herek kedda kopi
dok tahu nok wak guanne, nye hambat koho maghi..
brase jenoh doh duk nnengung
gi blari pong ye dok lari
duk sajje koho mari
ko' mippi dia masuk
ko' sedor dia ikut
brase jenoh doh duk nnegung
nok goyat kokrang tadok teppat
ghoyat Ttuhan Nya dok jawak
Tapi ke Dielah ambe arap
nok wi derah ke nok wi lambat.
Ya Allah, hok Mung buak molek blake
tadok sok skit habuk ame
pandulah ambe bui besukur
ambe takot iman hok nipih koho lame koho acur
ambe takot jadi takbor
ambe takot jadi kufur
amin ya Rabbal Alamin...

Subscribe to:
Posts (Atom)