Berita dan cerita tentang hakimi membuat aku selalu terfikir... Kalau ditakdirkan aku tidak menjadi guru mungkin aku tidak akan berjumpa dengan golongan-golongan sepertinya. Baru sekejap Pembantu Pengurusan Murid yang aku cadangkan membawa balik hakimi ke rumahnya telefon..dia masih menangis dan tidak mahu kemana-mana..dia di asrama. bermakna aku terpaksa pergi secepat mungkin..mungkin selepas subuh esok. Minda ku mengagak, mungkin dia tidak mahu ikut pulang kerana PK HEM tadi memberitahunya dia akan telefon aku..dan aku rasakan bahawa dia mengharapkan aku datang... Aku akan pergi...kamu tunggu aku!
"Seorang guru tidak harus berdiri di depan kelas kelas... Ketidakhadirannya pun adalah pelajaran yang berharga....sang murid tidak ada ertinya kalau tidak ada guru...sang guru pun begitu... seorang guru bisa belajar dari murid-muridnya...adalah nilai-nilai kebaikan yang perlu ditularkan..." - Iwan Fals
Dan berikut adalah tulisan aku pada tahun lepas yang konon-kononya akan di muatkan di dalam "narrator" isu yang ke sekiannya...
....Gajah Di Depan Mata, Kuman Seberang Laut Juga Yang di Cari, atau Takdir?
Ada titik-titik dalam hidup, ketika kita sedia untuk menerima maklumat baru. Sebelum itu, walau sesuatu terpampang depan mata pun kita tak Nampak –Andrew Matthews.
Selepas melalui berbagai-bagai pekerjaan, akhirnya bapak menjadi seorang guru. Sebelum ini bukan tidak ada tawaran untuk bapak menjadi guru (guru sekolah rakyat), tetapi dia menolak kerana lebih terpesona dengan kerjaya pelayaran. Tapi kali ini dia betul-betul menjadi seorang guru. Kerjanya bukan di sekolah, tetapi di kampong mengajar al-Quran. Tapi sekarang tidak lagi!. Ibu ku juga turut sama menjadi guru. Bukan juga di sekolah, tetapi di rumah dan di kampong-kampung, sama seperti bapak walaupun tidak mendapat gaji. Kakak aku yang sulung kerjanya juga cikgu. Dulu di sekolah rendah, sekarang di sekolah menengah. Wahwahwah sekarang dia jadi kaunselor sekolah. Pernah masa aku di A//mince dulu diajaknya aku pergi mengintip pelajarnya.. Katanya nak menyiasat dan tengok sendiri kerenah budak-budak tu supaya senang paham. Disuruhnya aku tunjukkan lorong-lorong hitam. Dalam hatiku berkata “kakak aku ni terer juga ye! Mana dia tau aku ni “boh jahat?”. Abang aku, iaitu anak yang ke-2 dalam keluarga pun menjadi guru. Dia seorang guru yang baik walaupun dia sendiri pun kadang-kadang bukannya baik sangat. Tapi dia hanya menjadi guru kepada anak-anaknya. Hahaha kena tipu. Kakak aku yang ke-3 dalam keluarga. Dia pun guru yang mengajar di sekolah. Sekolah menengah. Sudah empat buah sekolah dia bekerja, tapi kesemuanya tidak memuaskan hatinya. Abang aku no. 4 dalam keluarga. Sesetengah kawannya adalah juga kawan aku. Aku bermain satu band dengannya, dan dia pun ada bermain satu band lain dengan aku… dan dia juga selalu juga jamming suka-suka dengan aku. Dia juga seorang guru, mengajar akaun di sekolah. Masa abang aku yang ini berpindah ke rumah di daerah lain satu waktu dahulu, aku sempat sembang2 dengan pelajarnya dalam kereta berkisar tentang abang aku nila. Kata pelajarnya kalau tak ada abangku ni, tak tahulah mereka nak jadi apa.Aku pun cakap takkan nak jadi kucing?, tapi dalam hati jela. Kata mereka dia selalu buat tusyen free untuk budak-budak kat rumah dia. Pergh, boleh tahan jugak abang aku ni. Aku pulak no. 5. Aku adalah pelajar kepada semua personal-personal yang aku sebutkan tadi. Bapak aku adalah guru pertama aku yang menunjukkan cara orang dewasa menghisap rokok, walaupun aku tahu ianya adalah berpunca dari kehendakku sendiri dan pengaruh rakan-rakan. Hisap rokok memang sedap bagi orang-orang yang berlidah tebal, tapi ianya amatlah tidak elok bagi sesiapa sahaja terutama dari aspek kesihatan. Perkara yang aku sentiasa sedar dan tidak mahu berubah atas beberapa sebab. Ibuku adalah orang pertama yang mengajarkan aku bukan sekadar teori, tetapi praktikal bahawa di dalam buah dada seorang wanita ada mengandungi susu, bukan milo atau kopi ‘O’ yang aku gemari. Kakak aku yang sulung menjadi guru pertama ku akan tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan adik beradik setelah bekerjaya. Abang ku yang tengah mengajar aku erti liar dan kebaikan, erti muzik dari pop ye yeh, Bob Tutopoli, Ibnor Rizar, Shidee kepada Alleycats, kepada Jamal Abdillah dan Azhar Ahmad dan kemudiannya Sweet Charity, Carefree, Search, Rusty Blade, Wings, SYJ, May dan sebut sendiri!. Walaupun aku tidak diberikan kursus secara khusus, namun aku masih menggap dia juga sebagai cikgu aku. Kakak aku yang ke-3 menjadi guru aku yang paling senang diberikan jawapan kerana aku mempunyai pilihan. Jika style dan metodologi ini yang digunakannya ketika mengajar di sekolah aku rasa mesti murid2 yang happy go lucky suka, sebab x perlu fikir panjang2. Ada pilihan, bukan karangan sendiri dan tidak subjektif. Sampai saat ini pun dia masih begitu, contohnya dia akan tanya macam ni 1) “mung nok gi bandor dok ari ni?”, “Buleh dok mung tulong gi bayor kereta aku?”. Kan senang nak menjawab tu.. 1) nok/takmbuh 2) buleh/dokleh. Aku juga sering mengaplikasikan soalan-soalan yang berbentuk pilihan kepada orang-orang bawah aku sebagai contoh..”awak telah buat salah, berape kali dah saya cakap jangan makan budu dengan air pepsi, awak degil! Oklah, sebab awak salah saya akan rotan awak boleh? Kan senang nak jawab tu –boleh/ xboleh. Tapi biasanya kalau dalam kes-kes seperti dialog kat atas mesti budak-budak jawab boleh, setelah aku melebarkan mata. Hahaha…Abang aku yang ke seterusnya menjadi guru computer aku, walaupun bekeng nak mampus dan aku x paham pun apa yang diajarkannya sebab terlalu laju. Tapi oleh kerana computer dialah aku pandai-pandai sikit-sikit tentang computer dan seterusnya makin pandai berdikit-dikit. Dulu aku suka main game free cell kat computer dia! Hahahaha. Selain daripada ahli keluarga aku ni, aku juga banyak berguru dari surrounding, dari sekolah tempat aku belajar, kawan-kawan dan kenalan, dari bahan bacaan, ceramah, budaya setempat, dan tempat yang aku ditempatkan. Aku menjadi pelajar yang agak aktif (walaupun tidak hyper ) dengan ini semua. Dan sekarang, selain menjadi pelajar, aku juga menjadi guru. Guru betul-betul wei! Begitu jauh mencari lapangan pekerjaan akhirnya aku bertapak di kerjaya ini. Hahaha Dalam unit major aku,-sukan ; aku menjadi kepala bapak. Oh ya, adik aku pun dalam proses menjadi guru. Terasa ati pulak dia karang aku tak sentuh langsung pasal dia.
SELAMAT HARI GURU buat Cikgu Fazri, Cikgu Pauziah, Cikgu Pauzilah, Cikgu Fazlina, Cikgu2 di Sekolah lama, Cikgu Shukri SMK Cheneh, Encik Nizang, Cik Nurul Asyikin, Marniyati dan semua cikgu-cikgu dan cikgi-cikgi, dan kalian semua..kalian semua juga adalah guru. "Semua orang itu guru, alam raya sekolahku!"-Marjinal
Terima kasih... Selamat Hari Guru juga buat Encik Mince dan semua warga pendidik di Tanah Melayu ini!
ReplyDelete1.aku ada bersembang dengan ayah.dia kata bukan dia tak nak jadi cikgu.memang dia layak. memang dia minat dengan kerja pelayaran. tapi sebenarnya dia berkorban untuk adik2nya. macam dalam drama tv. Sungguh mulia hati ayah.
ReplyDelete2.murid aku kata gitu ke?terharu aku.best jugok dpt tahu pandangan org terhadap diri kita.dari pelajar, dari adik. memang aku mengajar laju/cepat.aku tak pandai mnenyelowkan diri.tambahan, dalam kelas, tahap kognitif pelajar masih tidak sama.ada yg pick-up kuat, ada yg slow.tapi dakpe.aku cover balik mana yg terttinggal tu masa ulangkaji.
3. matyi telah bertukar sekolah di Kontan. dkt rumah le.awal tahun ni.
aku nak pen jugak aku tak kira!
ReplyDeleteslamat hari-hari menjadi guru..
ReplyDeleteaku pernoh amik quiz dalam internet, quiz tu pasal "Apakah Pekerjeaan yang sepatutnye sesuai dengan kamu", ce teke aku sesuai jadi ape?
ReplyDeleteslamat hari cikgu,cikgu!
ReplyDeleteMarni,
ReplyDeletesama-sama dan kembali
Fastri,
ye..ye..ye ke? style snyap je matyie
Syik..
haha pen eh? aku bukan setakat pen, tudung pen pun x dapat hahaha
Makcu,
ye..ye..cikgu ke tukang kebun eh?
Cursive
Cikgu kot..
bahangGambang!,
Time kasih.. bila nok balik candat lagi?
aku cikgu gok..cikgu bahang rambang..
ReplyDeletewalaupun bahang rambang...aku telah memasuki bab ke 23ribu iaitu bagaimana nak menangani kehebatan helah bela diri budah..self defence mechanisme...dlm ertikata lain...aku tidak lg dilebong oleh budak bila xsiap keje sekoloh...
ReplyDeletedan masa hari guru lepas...aku buleh hadiah paling berharga iaitu sekeping cd blue dr murid aku bertajuk MARIA OZAWA...aku sedor itu cd blue...tp aku dang gok layang 2 3 kali...mekasih..
The Farouk,
ReplyDeletehahaha..bdk darjah berapa tu panda sangat tu?
aku ckgu...bapak ckgu...atok ckgu...moyang pn ckgu...tp ms sek rend dl aku slalu skt kn ht ckgu aku mcm mn mrd2 skrg skt kn ht aku...ada ckgu yg kt aku nnt bsar jg ckget...gli ht aku tgk dia mnjrit....
ReplyDeleteAno,
ReplyDeleteBro kira mung memang cikgu sejati la..roh guru. Rul boring ah..meh ah lepak2
dtg r lpak sni beri mung giat sgt...g sna sni...utk sek n ngri...tp xdtg pn sni utk kwn2...
ReplyDelete