i. Bubar
Kecoh suasana bila Najib umumkan Pembubaran
Parlimen. Kekecohan ini berlaku secara lisan dan secara maya..kecoh di facebook
- semua seperti terloncat-loncat menaip perkataan bubar agar merekalah yang pertama menjadi wartawan tak berbayar
pertama. Kecoh juga di whatsApp, Kecoh dari mulut ke mulut… Hari ini agaknya
hari kecoh 1 Malaysia yang Najib terlupa untuk masukkan dalam kalendar hari-hari, seperti hari polis, hari
tentera hari guru dan lain-lain hari. Kekecohan ini berlaku mungkin disebabkan
rakyat semua dah tertunggu-tunggu bila tarikh pilihanraya yang sebenarnya.
Berkobar betul niat dan hasrat rakyat nak mengundi. Lama betui depa tunggu..
Tadi ada seorang rakan tionghua mengadu yang datuknya meninggal sebelum
parlimen dibubarkan. Kabarnya
hampir hari-hari mendiang bertanya bila Najib nak bubar parlimen. Tunggu punya
tunggu, akhirnya mendiang yang pergi dulu. Hari minggu baru ini keluarga si
rakan tionghua ni telah pergi membersihkan kubur, katanya lupa pulak nak bagi
tahu mendiang yang parlimen tak bubar lagi..kahkahkah
P/s : Sekarang musim cina bersih kubur, kata mereka jangan duk cari pasai
pegi mandi laut, nanti dapat nahas. Baru-baru ni ada dua tiga orang yang mati
lemas.. lagi depa percaya!.. tak salah kalau kita pun ambil sebagai pengalaman,
asal jangan letak sebagai kepercayaan..denjer!
ii. Panji-panji
- Daulah Islamiyah sememangnya mempunyai bendera (Al-Liwa’) dan juga panji (Ar Rayah) semasa tegaknya kerajaan Islam di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. Bendera dan Panji-panji ini juga diarak dan dipegang dalam operasi ketenteraan sama ada dalam peperangan dan operasi Ghazwah serta operasi Sarriyah. Ini menunjukkan betapa bendera dan panji-panji memainkan peranan penting dalam melambangkan kewujudan sebuah entiti, hatta di dalam peperangan ia dijaga begitu rapi.
- Semasa peperangan mu’tah, Rasulullah
S.A.W menceritakan wahyu yang turun kepada baginda sebelum orang datang
membawa berita tersebut kepada baginda: ”Bendera diambil oleh Zayd,
kemudian dia terbunuh, setelah itu Ja’far mengambil bendera lalu dia juga
terbunuh, kemudian Ibn Rawwahah pula mengambil bendera- saat itu air mata
baginda menitis – sehinggalah bendera diambil oleh salah satu pedang
daripada pedang-pedang Allah (Khalid Al Walid), sehingga akhirnya Allah
Menjayakan mereka.”. ;- maksud hadis – Sahih Bukhari
- Pilihanraya seperti juga hari peperangan, panji-panji melambangkan parti di heret ke sana sini dan di julang tinggi, Anehnya lepas sebulan kemudian, panji-panji ini di buat kain basahan mandi.... kesian sekali!
- Penggal depan, tempah lagi!!!!
iii. Lain-lainlah
- Time-time sekarang, memang ramai pesilat-pesilat lidah,.. mengumpan, memancing, memukat dan menjerat undi. Silatlah macamana pun, asal jangan main pukul curi
- Apa-apa pun, time-time mengundi ni
janganlah putus saudara kalau berlainan parti. Nak buat camana, lain-lain
hati.
- Akhir sekali, mengundilah. Jadilah seorang pemilih yang baik dan bertanggung jawab. Undilah mana-mana parti yang menjadi idaman hati,... asal jangan Barisan Nasional sudah....ops....daulat!
4. Kata depa semua "KAMI SUDAH SEDIA!"
No comments:
Post a Comment