Sunday, January 22, 2017

-

Apabila ada engkau dalam sembahyang, maka pelihara olehmu akan hatimu, ...dan;
apabila ada engkau di dalam rumah orang kaya, maka pelihara olehmu akan kedua matamu, ...dan:
apabila ada engkau di dalam antara segala manusia, maka pelihara olehmu akan lidahmu,... dan;
apabila ada engkau pada hidangan, maka pelihara olehmu akan perangaimu

-Luqman Hakim

Wednesday, March 9, 2016

Muhasabah #161

Hai anak Adam,

Apabila engkau tilik pada aib segala manusia, padahal engkau lupakan aib dirimu,

maka bahawasanya engkau gemarkan surah syaitan,

dan engkau marahkan akan Tuhan yang bernama Rahman.

Monday, January 26, 2015

Selepas 2 Millenium

1. Tahun ke 15 selepas millenium. Sesetengah pendapat mengatakan 15 tahun adalah tempoh wajib baligh bagi mukallaf, walaupun seseorang itu tidak mengalami mimpi naik gajah, atau datang haid. Walaupun ramai diantara kita yang cukup umur lebih awal daripada itu disebabkan oleh kedatangan mimpi atau kedatangan darah, tapi ditegaskan sekali lagi bahawa 15 tahun adalah usia wajib baligh dan dikira mukallaf. Mukallaf bermakna, tanggungjawab dosa dan pahala adalah ditanggung oleh individu mukallaf itu sendiri di atas setiap tindak gerak pelakunya.

2. Tahun millenium dahulu, aku sudah dikira dewasa apabila umur telah mencapai 21 tahun. Sekarang, aku baligh dalam dewasa setelah memasuki 15 tahun kedewasaan. Tapi nampaknya semua masih agak sama, evolusinya sangat perlahan! Masih lagi perubahan ke arah kebaikan kabur dan tidak jelas. Masih lagi ragu-ragu dan was-was dalam tindak perkara. Ynag paling mengecewakan pengetahuan dirasakan sangat kurang dibandingkan dengan usia, malah dirasakan semakin lanjut usia semakin jahil dari semua perkara. Menuntut ilmu, bermula dari awal kembali, Sifat Dua Puloh yang dipelajari seawal usia 6 tahun, dihafal dan menjadi handalan dikalangan kanak-kanak seusia dan yang lebih tua, seakan tidak membawa makna bahkan malah tidak mengerti langsung lewat meniti usia yang berpuluh-puluh ini. Aku pening dalam pening, sesat dalam sesat, tak tahu di mana.

3.Seorang penyair berkata:
         orang yang bingung dalam menyingkap masalah
         hanya akan menyia-nyiakan umurnya
         selalu bingung, tidak pernah mencapai keberjayaannya
         dan sentiasa nampak bodoh

4. Hai usia! janganlah cepat meninggalkan roh dan jasad Shabri terkejar-kejar. Hai roh! janganlah kau kecundang dengan nafsu dan godaan syaitan. Hai akal dan nurani! janganlah kau hanyut dibawa arus kesesatan yang tidak tahu bahawa kau telah tersesat!. Semoga diusia baligh ini, dikurniakan kekuatan dalam menuju kematian. Amin.

5. "Dunia adalah penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" 


Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepada mu dari Tuhanmu, sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya - Az Zumar 39:55


Tuesday, July 22, 2014

Gile brajey

1. Lapan bulan blog ni tak terusik..kesian aku tengok, kalau tengok aku pun kesian. Kesian ini adalah singkatan kasihan. Kasih bermakna sayang / suka. Blog ni takde kene mengene dengan blog 'kaseh'  xRiziex Dum Dum Tak. Tidak sama sekali.

2. Banyak betul kejadian yang berlaku kat Malaysia akhir-akhir ni... semua kejadian gempak nampus. Bukan aku tak peduli, bahkan bukan aku tidak sering membicarakannya, namun ia sekadar berlegar di ruang legar yang sempit bersama kawan dan rakan-rakan sekerja...Hidup ini memang celaka, kalau sekarang mati lagi bahana!

3. Mati adalah subjek yang sering orang takut nak bincangkan. Tak suka berbual bicara pasal kematian. Kata mereka, tak bermotivasi dan berpandangan positif dan kehadapan. Paling tak suka ialah golongan perempuan... kalau bercakap pasal mati diri sendiri, mesti tunjuk muka tak bes, dan nak lari dari tajuk... kalau tak percaya boleh try test tengok, apa reaksi mereka. Patutlah jihad di medan perang orang wanita tak kena, diaorang memang takut mati rupanya, dengar perkataan pun dah tak suka. Ini bukanlah tuduhan melulu tetapi dari pengalaman sendiri. Walaupun tanpa kajian formal, tetapi sudah cukup untuk buat sedikit generalisasi. Pun begitu, aku akur bahawa ia tidak muktamad. tapi cubalah deh tera tengok skali.

4. Di Palestin, setakat hari ni angka kematian di pihak Palestin sudah lebih daripada 400 orang setelah hampir dua minggu serangan Israel ke atas Gaza. Ibu bapa mereka kebanyakkannya gembira kerana menganggarkan anak mereka mati sebagai syuhada, dan tiada riak menyesal daripada  mereka kerana dek meninggalnya anak-anak mereka, suami-suami mereka dan rakyat-rakyat mereka. Diceritakan daripada Tok-tok guru bahawa pada ketika Nabi S.A.W dikatakan telah terbunuh di peperangan Uhud, ramai kaum muslimin bertempiaran lari tiada arah, sesetengah mereka kembali ke Madinah, tetapi kaum-kaum wanita Madinah melemparkan mereka dengan batu dan menghalau mereka supaya kembali ke medan perang. Begitu teguhnya para isteri dan wanita Madinah berada di belakang menyokong perjuangan Islam. Sekarang cuba beritahu bini kita nak gi berperang, tobat mereka tak bagi, melainkan kita kerja sebagai askar. Itu pun, payah nak berpisah, kalau boleh nak disuruhnya ganti orang lain.. Haha, nampaknya kaum lelaki sekarang lebih takut pada bini daripada mati kan?

5. Lima.. aku dah suntuk nak masuk meeting!!! Harreyy

Tuesday, December 17, 2013

Wakil Rakyat

uLaNG SiAR Lagi

Lagu ni ditulis pada era Pak Lah.. nampaknya, wakil rakyat zaman sekarang pun lebih kurang sama je kan?..  Apa yang pasti, sekarang ni rakyat makin sesak... rasa macam nak blah je!






WAKIL RAKYAT – Kasih Sayang


Apa guna jadi wakil rakyat
Kalau dah tahu tak boleh diharap
Semua kerja kau, orang lain yang buat
Tapi duit berkantung, semuanya kau lipat

Apa guna jadi wakil rakyat
Kalau kat tempat sendiri pun ramai yang merempat
Di kampung tak pernah lihat kelibat
Atau tidur sahaja di dewan rakyat?

Projek mega dicanang-canang
Konon membuka peluang pekerjaan
Rakyat dipinggir import orang lain datang
Tak sampai setahun, (kau) dah jadi jutawan

Peluang pekerjaan dirampas orang
Bina bangunan menggapai awan
Rakyat tempatan terkebil memandang
Memang dasar YB setan!

Makan angin sampai ke Taiwan
Guna duit rakyat, habiskan dana kerajaan
Konon untuk tingkatkan pengetahuan
Pulang ke negara tak nampak hasilan

Wakil kaut uwang!
Wakil tambah hutang!....
Wakil tabur janji!
Dapat duit engkau lari…..
4/5 tahun datang lagi!
Tunjuk muka, raih undi….
Apa nak jadi?!!!
Sudah menang, tipu lagi...

 

Friday, December 6, 2013

Astro Zombie

uLanG SiaR






Dunia mungkin berkata
Manusia sering sahaja alpa
Hamparan indah, gunung ganang, tanah landai dan rata
Menjadi tapak pekerjaan sesetengah manusia yang gila

Diperutnya terkandung seribu macam peristiwa
Yang terkadang terpalit juga deritanya
Gunung ganang menjadi dataran
Lembah rendah menjdai airan
Tanah rata sudah berlubang

Apakah ini kesannya pembangunan?
Atau kerna sisa perang?
Dan manusia..
Anggap ia tak penting
Dan manusia
Tak mahu kepala pening,
Dan manusia,
Hanya kerna uwang mereka bersaing

Terkemudian ini, almanak telah berubah isinya dari tahun ke tahun
Walaupun semua umat sudah dikatakan bertamadun…
Alim bubu dari Palestin, Acheh, Iraq, Afghanistan
Membawa khabar bukat, keroh derita rakyatnya
Perang penindasan, perang merebut jajahan, perang mencetus kezaliman, perang menuntut kedaulatan
Sedang yang berkuasa
Terhuha-huha melihat bahana
Sedang yang berkuasa bercongak bongak mengira untungnya
Biar yang dibunuh itu manusia, biar yang dibunuhnya itu sebenarnya saudara
Dan kita di sini masih terlena dibail empuk
Masih diuliti oleh pusaran kipas angina, air-conditioner mewah
Tak mahu ambil pusing
Kita di sini masih mengejar kebendaan yang ditawarkan teknologi
Kita di sini masih mengejar kebendaan yang berbasiskan uwang
Kita di sini masih mengejar harta, darjat, pangkat-pangkat
Title..
Seorang korporat
Title…
Seorang birokrat
Title seorang penguasa, seorang doctor, seorang guru
tanpa peduli sekeliling
Bukan urusanku
Nafsi-nafsi


Kemiskinan masih lagi tiada antidotnya
Pengemis-pengemis dipandang hina
Petani tua hilang kerjanya (diganti mesin)
Kita tidak peduli apa lagi ingin mengambil pusing tentang peristiwa di luar sana
Di acheh, di palestin, di Iraq, di Afghanistan dan sebagainya
Betullah, AFFORISME…
Nafsi-nafsi

Kita semakin melebarkan senyuman apabila dikelilingi oleh teknolog-teknologi canggih dan sofistikated yang menghapuskan nilai estetik humanis
Kita lebih rela hati untuk memberi perhatian kepada materialisme yang diuwar dan ditwarkan kerjaan dan sekutu-sekutunya daripada mengambil cakna tentang sikap dan nilai kemanusiaan yang semakin pupus
Kita lebih mementingkan IT yang direncanakan daripada memberi perhatian kepada kemelaratan umat yang miskin dan semakin sesak-hina dina

Di sana,
Seorang buta menggelepes mencari teman
Dan di sana
Seorang buta mencari kawan untuk dibawa berjalan
Juga disana
Seorang pekak bertungkus lumus menggapai pendidikan
Di sana
Seorang pekak berusaha “ menjerit” keperihan
Sedang kita asyik menjadi selfish
Apakah itu kita sedari? 3x

Sikap mengadabi pupus
Sikap mengasihi mampus
Sikap solidaritas hilang
Sikap prihatin tenggelam
Kita terlebih teknologi
Tapi kita kekurangan kasih sayang
Bumi meretak, sikap kemanusiaan padam

Monday, December 2, 2013

Sabar dan Sungguh-Sungguh



 

1. Sebulan dahulu kami pernah bersembang di CKTS setelah melihat rakaman perbahasan perbekalan dan bajet 2014 yang diutarakan oleh Raja Bahrain di parlimen tentang isu Sabasun. Dalam ucapan tersebut RB tidak menyatakan dengan detail mengapa Sabasun tidak disambungkan lesen. Ia meninggalkan satu teka teki samada isu lesen ini melibatkan lesen perniagaan perbandaran, atau lesen perniagaan SSM atau apa? Tetapi rata-rata kawan-kawan telah menebak bahawa berkemungkinan isu lesen ini melibatkan isu tanah TOL. Dan sesungguhnya hari ini ternyata ia sohih melibatkan hal tersebut setelah diterang sendiri oleh Che Salmi Che Ibrahim. Peri laku hamjadah begini sebenarnya membawa kepada teka teki di dalam minda aku, adakah rumah yang aku beli dengan pajakan negeri 99 tahun boleh pada bila-bila masa diambil? Sebenarnya hal tanah TOL diambil balik ini biasa berlaku, tetapi adakah pada-pada masa akan datang pengambilan balik hak milik ini akan sering terjadi atau berleluasa setelah bangunan kediaman/perniagaan kita telah bertapak kukuh dan berkembang? Apa pula agaknya akan terjadi kepada pinjaman perumahan / perniagaan kita? Adakah ia bermakna membayar dan harta tidak ada?





2. Benar, ramai orang ternyata marah dengan apa yang terjadi kepada Sabasun, walhal mereka yang marah-marah itu tidak mempunyai sebarang share, mahupun kepentingan berbentuk pulangan yang menjadi harta kepada golongan pemarah-pemarah melainkan merasa kehilangan tempat membeli belah. Tetapi bukanlah pula ia sekadar marah-marah tak tentu hala kerana itu sahaja, apa yang lebih penting disebalik isu marah-marah ini ialah keprihatinan masyarakat Islam terhadap satu entiti perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam sendiri. Orang Islam tak suka bila melihat orang Islam lain tertindas apa lagi melibatkan orang atau entiti-entiti yang dekat dengan mereka. Orang Islam suka melihat orang Islam Maju, apa lagi diketahui umum bahawa Sabasun sendiri menawarkan peluang pekerjaan kepada orang Islam. Lebih menarik, semua pekerja wanita dan lelaki yang bekerja dengan syarikat perniagaan itu semuanya menutup aurat, tidak terkecuali. Pembinaan surau dan ruang solat yang selesa, adalah satu bukti bahawa pemiliknya menitik beratkan penghayatan Islam dan mementingkan keberkatan. Prinsip dan pegangan Syarikat yang memboikot barangan Israel (walaupun tidak semua) pula memberi nilai tambah kepada tumpahnya kasih sayang yang lebih erat dihati setiap pembeli belah di premis berkenaan. Maka, apabila mengetahui penganiayaan sebegini berlaku terhadap Syarikat Perniagaan tersebut, adalah logik mereka menjadi marah-marah. Syabas aku ucapkan dengan sikap ’ghirah’ (bukan ghairah bro!) dan keprihatinan orang Islam terhadap perniagaan orang Islam. TAPI... yang nyatanya, orang Islam sendiri juga sebenarnya yang telah menjatuhkan perniagaan orang Islam kan? NI ORANG ISLAM MENDE KITA PANGGIL NING?





3. Dulu aku pernah didendangkan dengan khabar bahawa nama SABASUN adalah nama yang dicadangkan oleh SSM sendiri untuk didaftarkan dibawah lesen perniagaan pemiliknya. Orang kata akhirnya nama yang tidak direka-reka untuk nampak bijak dan cool juga yang ternyata memberi hasil kejayaan, atau ada orang kata tak semestinya nama ’bijok’ - perniagaan maju; ada pula orang kata nama mempengaruhi pelanggan dan ada sesetengahnya berkata-kata pemilihan nama yang bersesuaian boleh mendatangkan ONG! Lebih parah ada juga yang berperi-peri dengan mengatakan perniagaan si anu dan si anu lingkup sebab nama tak ’som’ dengan perniagaan. Maka lepas satu-satu dibantai tukar nama perniagaan mereka, setelah tidak berjaya walaupun barangan yang dijual sama je. Setahun dua ini aku dikhabarkan pula oleh seorang tutor tempat aku belajar bahawa SABASUN itu maknanya ”sabar dan sunguh-sungguh”. Benarlah, kalau sabar dan sungguh sungguh, insyaAllah kejayaan akan kita raih. Bak kata pepatah arab, ” Man jadda wa jada, wa man zar’a hasoda’. Kalau betul itulah sikap pemilik Sabasun (sabar dan sungguh-sungguh), maka insyaAllah, di sana sentiasa ada jalan untuknya. Selamat berjaya! I love u 2, 3,4,5,6, seven!




Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembiraterhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. -Al Hadid 57: 22-23

Sunday, November 17, 2013

време

1. Ntah ni kali ke berapa aku rasa nak 'update' entri tapi tak ter'update'. Penyakit malas sebegini aku rasa telah melanda hampir keseluruhan kawan-kawan di bloglist aku. Samaada mereka betul-betul malas atau super sibuk, aku pun tak tahu. Yang nyata, muka buku memainkan peranan yang penting dalam pengabaian aku kepada blog.. dan aku rasa mereka pun begitu.. kelalaian ini menyebabkan ilmu tulis yang sedia ada tumpul, menjadi semakin tumpul; bahkan telah berkarat!.......tapi ya lah, sekarang masa pendek kan?

2. Kadang-kadang manusia ni sibuk tak memasal. mereka sendiri tak tahu apa yang mereka sibukkan! Kan? Kadang-kadang satu hari tu tak sempat ke mana-mana pun. Dan yang super ajaibnya, tak buat apa-apa pun kat rumah. Tapi rasa sibuk je, rasa serabut je. Alih-alih malam menjengah tiba. Maka, hari itu berlalu begitulah sahaja. Rugi betul kita. Rupa-rupanya tahulah kita, poketnya kosong..ciput.. ibarat kata tak ada.

3. Hidup ni banyak betul ragamnya. Di zaman dah hampir nak kiamat ni, semakin banyak perkara yang tak tahu punca. Banyak betul fitnah melata. Kalau kita tak kenakan orang, orang kenakan kita.Tembak menembak pun dah jadi perkara biasa. Aku biasa juga tembak menembak ni, macam-macam jenis senjata pernah guna...tapi masa kecik-kecik dulula; pakai pistol tangan..orang kampung panggil main perang pong pong. Tembaknya aci main sebut nama je. "pong, sabri mati!". Yang mati tu pandai pulak bertanggungjawab menyerahkan diri saja..Mati! walau tanpa pengadil. Sejenis lagi, main pistol peluru buah senduduk. pistolnya kayu mengikut shape pistol. Lukis kat atas kayu papan tebal dengan arang, lepas tu potong guna gergaji. Masa tu, biasanya kami terpengaruh dengan cerita cowboy... jadi, laras pistolnya panjang. Ada yang terpengaruh dengan cerita james bond, pistolnya pendek..kontot. Nampak smart. Tapi, antara pistol panjang cowboy dengan pistol mini gadis james bond, pistol laras panjang cowboy biasanya lebih tepat membidik. pelurunya tak lari sebab dia mengikut track laras pistol sebelum peluru melayang ke udara dan menuju sasaran. Bagi kanak-kanak yang lebih kreatif dan ada kemahiran pertukangan yang bagus, mereka kadang-kadang hasilkan senapang. Malah mesingan (machine gun), dan M16. Ada kalanya mereka hasilkan 'bereng', atau 'berey'. Sampai sekarang aku tak tahu apa dia berey dalam bahasa yang betul. Kami juga biasanya main 'bedil'. Acara tembak menembak permainan 'bedil' ni menggunakan batang buluh yang halus lubangnya yang dapat memuatkan buah 'ara' atau 'tereja' dengan ketat sebelum peluru tersebut ditembak keluar.

3. Masa pendek, umur panjang! Takut betul tak lepas jawab soalan..


"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. serta yang berpesan-pesan pada kebenaran dan yang saling berpesan-pesan pada kesabaran.". Al-Asr 103: 1-3.

Saturday, July 20, 2013

berbahagialah anakku

Muhammad Syahid Hafiy
Itu nama mu... pemberian ayahanda
Ingin saja diri ini menamakan Abu Bakar atau Umar
atau Uthman atau Ali
Betaqpa nama-nama tersebut agung!
Pendamping empunya pemberi peringatan
umat ini.... ,
Tapi, iyalah..., demi memenangkan jiwa moden,
Anakanda ayahanda namakan sedemikian
tapi.. bukan cuma-cuma, besar amanahnya namamu,
kuberikan sejak matamu belum melihat dunia secara zahir

Muhammad Syahid Hafiy
Selepas dikejutkan daripada mati,
ternyata engkau bukan sembarangan,
bergegar jiwa-jiwa manusia, itu dan;
ini,... ,
bercampur baur perasaan dan gelodak hati
antara kegembiraan dan keresahan..
Ghalib dunia dua jalan;
kebaikan dan kejahatan
Rupanya mengundang  juga perasaan amarah nafsiah lain
yang entah meninggalkan di mana Tuhannya?

Anakandaku Muhammad
Girang hati ayahnada  tidak terungkap;
tidak terkata;..
melihat tanda-tanda engkau akan tiba
Walau hati dilanda duka dan durja
ditolak si pembawa, mabuk itu bahana
bencana, kaffarah dosa, dan sebagainya
balanya tidak terlepas termangsa ayahanda,..semuanya....

Anakandaku Syahid
Berjalanlah engkau di atas apa kita
diciptakan; tunduk dan patuhlah...
Langit yang tinggi jangan engkau rendahkan;
menyamai diri...
Jalan yang lurus, jangan engkau ertikan
tidak menoleh ke kiri dan ke kanan, ke depan juga ke belakang!
kerana sesungguhnya tidaklah lain,...  Bahawa;-
Kita hanyalah memijak diri kita sendiri di atas bumi.

Anakanda ku Hafiy
Ingatlah jerih;- perih;- mamamu melahirkan
terjuih bibir, dagu meniup udara
atau entah apa; menahan derita, azab, siksa.. demi mu
atau...susah payah ayahanda berkumat-kamit membaca;
meminta, bersengkang mata, taa'bud dan menyerah pada-NYA
sedang rupanya mendapat nista dan prasangka...
konon ahli sihir celaka!....
yang ditelan semuanya sampai ke perut ;- supaya lupa
supaya semua sama-sama gembira
melihat anakanda selamat; melihat mamamu selamat
....untuk mengucapkan syukur...
ALHAMDULILLAH

Anakandaku Muhammad syahid Hafiy
Ingatlah pada dindamu, juga pada bondamu
supaya kelak tidak engkau bermusuh- berseteru
menikam, mencekam, bergeseran

Anakandaku,
Ingatlah pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya,
"janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya;
mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar!,
laksankanlah solat, dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan;
cegahlah dari mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu;
sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting"

Permata hatiku "as-syahid yang mulia dan terpuji"- InsyaAllah ,
Akhirnya ayahanda ingin berpesan;
'jangan di capai langit kerana merasa tingginya diri;-
    jangan tanah diludahi-ejeki, kerana dibawahnya tempat bersemadi'
Berbahgialah, berbahagialah anakku, berbahagialah,
Doa ayahanda sentiasa bersamamu mengiringi di setiap kebaikan
Semoga menuju namamu; menjadi realiti
untuk sakinah di negeri abadi...amin
AllahuAkbar!


SELAMAT HARI LAHIR YANG KEDUA
11 RAMADHAN 1434H

Tuesday, May 28, 2013

Thabbit qalbi a'la diiniK

brase jenoh doh duk nenngung
dok tahu tikke mase, dok tahu ttengoh teppi
dok padang dalang jambang, nye herek kedda kopi
dok tahu nok wak guanne, nye hambat koho maghi..

brase jenoh doh duk nnengung
gi blari pong ye dok lari
duk sajje koho mari
ko' mippi dia masuk
ko' sedor dia ikut

brase jenoh doh duk nnegung
nok goyat kokrang tadok teppat
ghoyat Ttuhan Nya dok jawak
Tapi ke Dielah ambe arap
nok wi derah ke nok wi lambat.

Ya Allah, hok Mung buak molek blake
tadok sok skit habuk ame
pandulah ambe bui besukur
ambe takot iman hok nipih koho lame koho acur
ambe takot jadi takbor
ambe takot jadi kufur

amin ya Rabbal Alamin...

Wednesday, April 24, 2013

Husam sensitif

Susah nak cari orang yang sensitif dengan isu seputar masarakat sekeliling dan masyarakat umum macam dia. Dia memang punk rocker. Dari dulu lagi aku cakap, dia memang power rangers!

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18635-pr-perintah-pertukaran-guru-mesra-keluarga-husam

Wednesday, April 3, 2013

piama


i. Bubar


Kecoh suasana bila Najib umumkan Pembubaran Parlimen. Kekecohan ini berlaku secara lisan dan secara maya..kecoh di facebook - semua seperti terloncat-loncat menaip perkataan bubar agar merekalah yang pertama menjadi wartawan tak berbayar pertama. Kecoh juga di whatsApp, Kecoh dari mulut ke mulut… Hari ini agaknya hari kecoh 1 Malaysia yang Najib terlupa untuk masukkan dalam kalendar hari-hari, seperti hari polis, hari tentera hari guru dan lain-lain hari. Kekecohan ini berlaku mungkin disebabkan rakyat semua dah tertunggu-tunggu bila tarikh pilihanraya yang sebenarnya. Berkobar betul niat dan hasrat rakyat nak mengundi. Lama betui depa tunggu.. Tadi ada seorang rakan tionghua mengadu yang datuknya meninggal sebelum parlimen dibubarkan. Kabarnya hampir hari-hari mendiang bertanya bila Najib nak bubar parlimen. Tunggu punya tunggu, akhirnya mendiang yang pergi dulu. Hari minggu baru ini keluarga si rakan tionghua ni telah pergi membersihkan kubur, katanya lupa pulak nak bagi tahu mendiang yang parlimen tak bubar lagi..kahkahkah


P/s : Sekarang musim cina bersih kubur, kata mereka jangan duk cari pasai pegi mandi laut, nanti dapat nahas. Baru-baru ni ada dua tiga orang yang mati lemas.. lagi depa percaya!.. tak salah kalau kita pun ambil sebagai pengalaman, asal jangan letak sebagai kepercayaan..denjer!



ii. Panji-panji


  1. Daulah Islamiyah sememangnya mempunyai bendera (Al-Liwa’) dan juga panji (Ar Rayah) semasa tegaknya kerajaan Islam di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. Bendera dan Panji-panji ini juga diarak dan dipegang dalam operasi ketenteraan sama ada dalam peperangan dan operasi Ghazwah serta operasi Sarriyah. Ini menunjukkan betapa bendera dan panji-panji memainkan peranan penting dalam melambangkan kewujudan sebuah entiti, hatta di dalam peperangan ia dijaga begitu rapi.

  1. Semasa peperangan mu’tah, Rasulullah S.A.W menceritakan wahyu yang turun kepada baginda sebelum orang datang membawa berita tersebut kepada baginda: ”Bendera diambil oleh Zayd, kemudian dia terbunuh, setelah itu Ja’far mengambil bendera lalu dia juga terbunuh, kemudian Ibn Rawwahah pula mengambil bendera- saat itu air mata baginda menitis – sehinggalah bendera diambil oleh salah satu pedang daripada pedang-pedang Allah (Khalid Al Walid), sehingga akhirnya Allah Menjayakan mereka.”. ;- maksud hadis – Sahih Bukhari

  1. Pilihanraya seperti juga hari peperangan, panji-panji melambangkan parti di heret ke sana sini dan di julang tinggi, Anehnya lepas sebulan kemudian, panji-panji ini di buat kain basahan mandi.... kesian sekali!

  1. Penggal depan, tempah lagi!!!!


iii. Lain-lainlah


  1. Time-time sekarang, memang ramai pesilat-pesilat lidah,.. mengumpan, memancing, memukat dan menjerat undi. Silatlah macamana pun, asal jangan main pukul curi

  1. Apa-apa pun, time-time mengundi ni janganlah putus saudara kalau berlainan parti. Nak buat camana, lain-lain hati.

  1. Akhir sekali, mengundilah. Jadilah seorang pemilih yang baik dan bertanggung jawab. Undilah mana-mana parti yang menjadi idaman hati,... asal jangan Barisan Nasional sudah....ops....daulat!
   4.  Kata depa semua "KAMI SUDAH SEDIA!"





Tuesday, April 2, 2013

Hayat



Hidup adalah perjuangan,… ada masa berjaya..ada ketika tercedera

  1. Hai Pak Anwar, aku tahu kamu tahu, bukan senang mahu menang,.. Tapi aku percaya, kamu percaya bukan mudah untuk rebah.

  1. Kalau aku, lain jadinya..bukan kepalang mau senang, bukan payah untuk susah. Hati tak kental macam batu, tercuit sedikit patah seribu..Ya Allah, Ya Tuhan, Kurniakanlah kesabaran

  1. Hidup memang betul perjuangan,.. tingginya keimanan, akan lahirlah keyakinan..

  1. Hidup memang betul perjuangan,... kurangnya taqwa, mudahlah putus asa

  1. Teringat maksud firmanNya;-

22. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembiraterhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.  Al Hadid 57:22-23

  1. Dalam kusut, motivasi begini mungkin berguna – Terkadang, kesulitan harus kamu rasakan terlebih dulu sebelum kebahagiaan yang sempurna datang kepadamu.”

  1. Kata Os, ”semoga kita mati dalam iman bon!”

  1. Amin...






Sunday, March 24, 2013

dajai eh

i

Baru-baru ini aku ke sebuah pasaraya, bukan untuk tujuan membeli belah tetapi di atas tujuan lain yang memerlukan aku kesana. Tetapi oleh kerana fitrah pasaraya menawarkan produk, maka banyaklah produk-produk yang dipamerkan. Dalam bahasa orang putih masa aku belajar dulu, ini dinamakan 'invitation to treat'. Orang yang belajar undang-undang kontrak dan juga tort biasanya akan faham benar dengan istilah itu. Walaubagaimanapun di Petaling Street, istilah ini seperti langsung tidak berguna. Jadi berwaspadalah. Ini kerana di Petaling Street jika anda bertanya akan produk yang dipamerkan ia seperti anda telah mengikat kontrak untuk membeli produk tersebut, dan terpaksa beli..jika tidak anda akan dimaki.. atau lebih teruk anda akan dipukul kerana tidak bersetuju membeli setelah tawar menawar tidak menjumpai kata sepakat... memang gila! Tapi di sinilah (Petaling Street) tempatnya barang-barang murah dan aku sendiri kerap menjadi konsumer di situ.

Berbalik kepada cerita pasaraya tadi, oleh kerana aku telah terpandang satu produk yang berjaya menawan hati, maka aku pun belilah. Sebelum membeli aku cari-carilah jugak promoter bahagian terbabit untuk bertanyakan itu dan ini tentang produk tersebut, tetapi sorang promoter bahagian tu pun tak ada. Aku langsung ke cashier dan bertanya "barang ni tak perlu test ke?", "pakai dulu, kalau rosak boleh tukar dalam masa 7 hari" katanya. "Di sini ada tertulis 3 tahun warranty, kad warranty di dalam sudah di cop ke?" tanya aku lagi. "Encik boleh pergi ke kaunter khidmat pelanggan. Uruskan di sana, kat sini Encik bayar dulu". "Baiklah!"

Di kaunter khidmat pelanggan, aku bertanya tentang masalah sama. Dan sebenarnya ada lagi masalah lain! Aku tanya tentang warranty. Dia cakap 7 hari. "7 hari sini punya, kat kotak ni dia tulis warranty tiga tahun!" kataku. "Itu canon punya !" katanya. Dahlah cakap tak berapa nak tengok muka..aik, semet ni betul macam tak nak layan je, pendek-pendek pulak jawapan dia. " Canon punya saya tahu, tapi ada ke kat dalam ni kad warranty yang dicop?, baik saya buka sekarang". Setelah aku buka memang langsung takda kad warranty, apa lagi yang dicop. "Aik, ni macam mana ni? kad warranty pun tak de, ni dah kes 'fraud' ni, dahla harga display lain, bila bayar harga lain, kalau makin murah takpe jugak, ni makin mahal setengah kali ganda". "Nanti jap dik, saya panggil promoter department tu"

Lama aku tunggu.. aku buat muka tak puas hati..tiga kali dia panggil promoter department tu dari siaran interkom, tapi takdak sorang pun datang. Aku cakap, susah-susah panggil pegawaila, kalau tak aku report je kat persatuan pengguna, pergi tribunal. Dia pun cemas, lantas keluarkan borang, "adik return je la barang, kami bayar balik sekarang". Ok, Fine!..selamat duit aku...tapi, oleh kerana scene tu, nombor aku kat pejabat pos lepas tu dah terlepas..Ceh!

ii

Aku memang selalu pakai pakaian yang aku rasa nak pakai, terutamanya pakaian yang simple dan praktikal, melainkan kalau aku balik sekolah terus berurusan, maka aku berpakaian pejabat-pejabat. Aku rasa tiada salahnya dengan berpakaian begitu. Tapi oleh kerana dunia materialistik sekarang, persepsi orang ramai tentang pakaian ni dia dah jatuh ke bodo sikit. Ramai benar yang salah memberi penilaian tentang pakaian. Contohnya bila (lelaki) anda ke mana-mana institusi seperti hospital, bila anda berpakaian seluar panjang, ber-t-shirt dan berselipar, maka tunggulah seksaan birokrasi, atau anda ke kedai di mana-mana pasaraya jika anda berpakaian demikian, maka promoter premis ni jangan haraplah nak layan dan memberikan perkhidmatan yang bagus. Anda di mata mereka adalah orang kelas bawah yang tak mampu, yang sengkek.

Dulu, bila aku berwang aku kerap mengenakan pakaian selekeh pada pandangan masyarakat umum hari ini sewaktu hendak membeli... biar bukak mata sikit promoter atau towkey kedai. Sekarang aku tetap juga seperti dulu, tetapi jika aku tengok servis tak elok, terutamanya bila kita tanya dia buat lebih kurang, memang aku tak beli. Biar dia tak bukak mata pun, dia tak buka mulut ke apa ke, dia punya pasal. Duit aku selamat. Kalau aku beli pun, lain kali kalau orang berpakaian simple datang, macam tu jugak persepsi dia... lama-lama melingkuplah.

iii

Apa makna selekeh?
Selekeh hari ini ialah, ber-t-shirt, berseluar panjang dan berselipar terutama selipar jepun. Tidak perlu lagi seluar koyak, baju bertampung dan rambut tak terurus untuk berada dalam kategori ini.. kalau begitulah keaadannya, lebih hina lagilah tanggapan umum kepada pemilik personaliti sebegitu...= orang gila!. Seluar pendek? Seluar pendek tak masuk kategori..seluar pendek adalah lambang santai masyarakat urban yang berduit.. tak percaya buatlah kajian..kahkahkah.

Hal berpakaian simple ni, tidak pula digelarkan selekeh jika kaum wanita yang memakainya. T-shirt dan jeans atau seluar panjang, dipanggil ranggi..seksi. Apa lagi bila berlegging.. Ini biasa, tidak menjadi kesalahan tetapi kesukaan dan keghairahan. Yang selekeh berbaju kurung, berjilbab besar, nampak macam budak-budak dan anak sekolah agama asrama. Kurang berduit! Bila kurang berduit, kurang mendapat perkhidmatan sempurna. Aku pernah lihat sikap acuh tak acuh seorang kerani pos di sebuah pekan di tempat aku melayan orang yang berpakaian begini. Macam-macam!

Untuk lari dari istilah selekeh kaum wanita berbaju kurung, pakai saja 'name tag'. Atau gantung saja 'name card'. Ia melambangkan wanita bekerjaya. Wanita bekerjaya, mestilah berduit. Mereka ini akan di layan seperti biasa. Seperti orang berilmu, juga berfulus.

Aku bukanlah anti pakaian sangat. Aku menghormati institusi sekolah dengan memakai pakaian mengikut kod etika, aku berpakaian sekurang-kurangnya t-shirt berkolar ke perpustakaan negeri, aku berpakaian kemas ke mahkamah. Tempat-tempat ini telah di set up kan rule dan etika berpakaian.. Aku boleh ikut, tiada masalah. Di pasaraya ada ke kod etika berpakaian? di pasar minggu? di taman jogging? Tak de kan? di hospital pun tidak ada ditampal kod etika pakaian pesakit atau pelawat. Jadi aku rasa tiada masalah dengan pakaian aku, seluar panjang, t-shirt. Dalam Islam ia telah menutup aurat bagi lelaki. Jadi apa masalah? Apa kaitan berpakaian dengan berwang dan berilmu?

Banyak nak aku perkatakan tentang bab ni. Aku ada menulis sikit tentang benda ni dalam buku Kasih Sayang, tetapi dari skop yang berbeza dan tidak menyeluruh. Jadi, nanti aku nak sambung tulis balik kat sini, tapi tak tahu bila kehkehkeh.. blog ni tak terupdate entri sekian lama pun sebab ni lah.... sebab aku peeeeennnnnnnaaaaaatttttt. Eh, jangan berangan dulu nak baca buku Kasih Sayang, tadi baru aku cakap aku penat. Ntahkan berjaya atau tidak aku pun tidak dapat membaca masa hadapan.


Hang jangan duk buat dajai, 27 ni dun Negeri Sembilan dah expired....bila nak mengundi ni woi??????

Saturday, January 26, 2013

Rencong - Rencat

Feri lama di Kuala Perlis
Tidak ku tahu, bolehkah diguna
Kalau dah lama tidak menulis
Memang tak tahu nak start di mana

1. Betullah kata orang, kalau pedang setajam mana pun, tak diasah dijaga, lama-lama berkarat jua. Dah lama benar aku tinggal blog ni, bukan sekadar tidak menulis bahkan bukanya pun tidak. Tidak buka blog bermakna juga tidak membuka portal berita dan juga lain-lainnya. Jadi dungu, tak tahu apa yang berlaku. Mengharapkan berita di kaca televisyen adalah sesuatu yang sungguh ketinggalan keretapi! Bak kata omputih "i miss the train again".. saya rindukan kereta api lagi! Dan sekarang bila rasa nak menulis, tak tahu nak menulis apa, tak tahu nak mulanya macam mana. jangan-jangan jadi Madsu!

2. Di Terengganu ni, piyan boh dah lari entah ke mana. Pun begitu, aku masih lagi tak berani ke tempat kerja dengan motor. Bukan takut hujan, tapi takut motor tiba-tiba meragam. Dia dah buat hal banyak kali sebelum ni. Dah abis beratus ringgit jugak aku baiki, tapi rasanya macam susah lagi nak start, terutama selepas berenti. Ada juga kawan-kawan tanya pasal selalu tengok aku naik kereta je.. aku cakap, biar dulu, tunggu lepas naga bergembira. Ntah ilmu hanya dari pengalaman atau ada kajian falak, rata-rata orang-orang kat Pantai Timur ni percaya, musim hujan akan berhenti selepas Tahun Baru Cina!

Gheppok
3. Oleh kerana musim hujan dah macam berenti, scene kuih muih dah start seperti sediakala, sebab nyor dan telur pun dah ada banyak kembali. Dalam banyak-banyak kuih tradisional, kuih ni mempunyai antara nama yang sungguh sejuk. Kuey Gheppok. Kalau dalam Bahasa Terengganu, Gheppok (Reppok) ni makna dia seperti menakut-nakutkan. Entah kenapa kuih ni dinamakan macam tu tak tahulah pulak aku. Kuih ni sebenarnya adalah bubur kacang yang dikeringkan dan dikepal-kepalkan menjadi bulat. Ia biasanya dimakan bersama kelapa.

4. Tulisan ni ending dia memang macam takde 'sequence' sebab ini tulisan indie! tulisan Madsu! HAHA!

Wednesday, October 24, 2012

K.A.M.I

1. Dua hari lepas, aku dikunjungi oleh rombongan rakan-rakan guru dan murid-murid PPKI sekolah lama aku. Sekolah lama aku yang dimaksudkan di sini adalah sekolah sebelum aku mengajar di sekolah sekarang, iaitu sekolah yang ke-empat. Sekarang, sekolah yang kelima. Objektif utama lawatan mereka ke sini ialah untuk berjumpa aku.. terharu betul..tak tahu nak cakap apa.. Terima kasihla aku ucapkan kepada penyelaras mereka yang sanggup memenuhi tuntutan bekas anak-anak murid aku itu..Aku tahu di kalangan mereka tidak ada yang membaca blog aku, dan aku memang tak mahu blog aku dibaca oleh rakan-rakan yang terlibat dengan rakan sekerja yang bermajikan sama (baca: KPM). Sudah barang tentulah kami telah menzahirkan ucapan terima kasih sesama kami pada hari tersebut, namun ucapan terima kasih di sini adalah ucapan dari hati yang jika tuan empunya diri tidak tahu pun adalah tidak mengapa.


2. Disamping berjumpa dengan aku, mereka juga menyatakan bahawa mereka juga ingin melihat dan belajar tentang cara-cara menternak itik. Kata mereka, manalah tahu jika keadaan mengizinkan dan rasa terbuka hati, mereka juga akan mengusahakan industri yang sama. Aku dengan rasa ikhlas hati menerangkan serba sedikit tentang pengetahuan kami dalam hal tersebut dan membawa mereka ke ladang mini ternakan kami. Aku juga memberi galakan kepada mereka untuk sama-sama menternak sama kerana aku sendiri tahu akan keadaan bentuk muka bumi di sekolah mereka.. Apa lagi, pentadbir sekolah mereka sangat menyokong sebarang usaha untuk melaksanakan projek yang memberikan pendapatan dan memberi manfaat kepada sesi PDP murid. Aku memang sangat percaya bahawa ilmu adalah untuk dikongsi, sebab itulah aku menggalakkan mereka. Bahkan idea untuk menternak itik sendiri telah aku cetuskan semasa berada di sekolah tersebut untuk dijadikan salah satu industri sekolah disamping kebun yang kami usahakan, tetapi keadaan untuk melaksanakannya masih tidak sesuai bagi aku pada saat itu.


3. Berbalik kepada industri sekolah (program), sesetengah dari kami (guru-guru pendidikan khas di Malaysia) membuatkan hasil usaha mereka sebagai sesuatu yang eksklusif. Mereka lebih mementingkan 'benchmark' daripada manfaat ilmu yang boleh dikongsi. Sesetengah dari kami pula, tidak terlepas dari bersaing sesama sendiri untuk menunjukkan bahawa program mereka lebih hebat dari yang lain. Keadaan bersaing ini, kebiasaannya berlaku dikalangan sekolah-sekolah yang penyelaras atau penolong kanan pendidikan khas mereka adalah wanita.. sungguh sesuatu yang melemaskan. Aku rasa hal ini adalah tidak perlu dan tidak pula wujud jika matlamat utama sesuatu projek di letakkan untuk manfaat ilmu kepada murid melebihi daripada matlamat menonjolkan kehebatan program. Alhamdulillah, walaupun penyelaras aku perempuan dan semua guru serta ppm adalah wanita, tetapi hal-hal bersaing dan ingin menunjuk tidak pernah timbul. Cuma oleh kerana aku seorang sahaja guru lelaki, maka beban kerja buruh menimbun sedikit ke atas diri aku. Bahkan aku lebih dilihat sebagai seorang tukang kebun berbanding seorang guru...kahkahkah.. aku tidak kisah. Rakan-rakan di sini pun sebenarnya banyak membantu pada kadar limit seorang wanitalah...

4. Objektif sampingan yang lain, lawatan mereka juga adalah sebagai jaringan persahabatan dan perkenalan baru di antara warga guru, ppm dan murid antara kami. Aku suka perasaan muhibbah sebegini, dan yang paling aku suka aku dapat bemesra walau sekadar sekejap dengan Nabil, dengan Balqish, dengan Athirah, dengan Azhaari dan mereka yang lain yang merindui aku ..bagi aku mereka semua adalah superb..yang lebih penting daripada itu, aku percaya mereka adalah golongan ahli syurga, insyaAllah.

Nabil dulu suka mengaku yang dia adalah Cikgu Shabri
5. Sebagaimana dahulu, Nabil masih lagi petah bercakap. Dia sentiasa mengikut ke mana saja aku pergi semasa lawatan ini, sampai dalam ladang ternakan itik pun dia ikut walaupun kami melarang semua sekali dari memasukinya kerana keadaan ladang yang becak akibat hujan. Nabil adalah seorang murid terencat akal yang istimewa.. kebanyakan percakapannya tidak mempunyai kesinambungan.. aku pernah bercerita mengenainya di ----> sini 


Balqis dan syuhada bergaduh

Balqis dan syuhada berbaik semula
6. Balqis pula, dengan halnya. Demi ternampaknya aku semasa usai sampai dia terus menangis membuatkan rakan-rakan guru di tempat aku mengajar sekarang terpinga-pinga, bahkan guru-guru dia sendiri tidak menjangkakan dia akan menangis. Dia ni terlajak suka kat aku, dan selalu sahaja suka datang menempel membuatkan aku sendiri jadi tak selesa, sebab dia ni dah besar panjang.. penyelarasnya berkali-kali memberi amaran dengan berkata " Ingat, isteri Cikgu Shabri marah".. Kadang-kadang jika trik amaran itu pun tidak menjadi, akan ada seseorang yang akan mengaku bahawa dia adalah girl friend aku untuk mengelak Balqis terus dari melakukan gangguan seksual terhadap aku...kahkahkah..kesian Balqis. Balqis ni jika dia syok atau terlalu  fokus, kepalanya akan automatik terteleng, dan jaga-jaga mungkin air liurnya tumpah.

7. Aku tiba-tiba teringat pada khairul. Khairul juga adalah seorang kanak-kanak terencat akal. Ntah apa terjadi padanya. Aku pernah tulis pasal khairul di ---> sini. Aku juga teringat pada Hakimi.. tapi aku yakin Hakimi sudah ok. Aku pernah tulis pasal Hakimi dalam lebih kurang 10 entri. Disamping semua anak-anak istimewa ini yang aku sentiasa ingat dan merindui selalu ialah anak aku sendiri..

8. Malam ni, bakal haji akan berangkat ke padang arafah untuk melontar... melontar kepada syaitan.. tetapi ingat syaitan sentiasa ada di mana-mana.



".... Katakanlah: 'sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)'..." - Maksud surah Al-Baqarah 2: 120

Friday, October 12, 2012

AL ArRuZza

1. Musim Tengkujuh dah mula menampakkan tanda. Orang Terengganu memanggil musim sebagai piyang (pian), orang Kelantan pula memanggilnya sebagai puye. Untuk musim tengkujuh secara khususnya, kami memanggilnya sebagai 'piyang boh'. 'Boh' merujuk kepada perkataan 'bah' yang bermaksud 'banjir'. Samaada terjadinya banjir antau tidak, musim ini memang dikenali sebagai 'piyang boh'. Aku agak generasi kini sudah tidak memanggilnya begitu, mereka lebih mengerti musim tengkujuh daripada piyang boh. Generasi sebelumnya juga (generasi aku dan ke atas) sudah mula meninggalkan frasa tradisional tersebut dan lebih selesa menggunakan perkataan-perkataan standard Bahasa Melayu.. sesetengahnya memang tak pernah guna sejak mula lagi walaupun tahu 'piyang boh' adalah musim banjir.

2. Ada beberapa perkara yang sinonim dengan piyang boh untuk orang-orang kampung seperti aku. Tahan Taut, cokoh, dan main perahu adalah contoh beberapa perkara tersebut. Selain itu, yang lebih utamanya sebagai orang kampung, kebanyakkan kami menanam padi pada musim tengkujuh. Pertanian sekali setahun ini terpaksa dijalankan pada musim tengkujuh kerana mengharapkan sumber air daripada hujan semata-mata untuk tujuan pengairan tanaman. Kami tidak mempunyai sistem pengairan penyaliran air seperti yang ada di Kedah atau di Besut Terengganu, justeru itu pada 'piyang boh' inilah kami mula bekerja. Lagi pula, orang-orang lelaki dewasa sudah tidak boleh ke laut untuk menangkap ikan, kerana keadaan cuaca dan gelombang yang membahayakan nyawa. Jadi mereka akan mula bergabung bersama ahli keluarga yang lain dan menumpukan untuk penanaman padi buat sementara waktu.

gelung

3. Kawasan penanaman padi yang kebiasaannya dan dikenali umum sebagai sawah kami panggil gelung/relung. Di Kedah juga, orang-orang tua depa panggil relung. Ini aku dapat tahu dari seorang Cina tua di Kampung Kuala Alor (Kola Aloq) semasa aku menjalani latihan amali mengajar di  sana pada bebebeberapa tahun yang sudah. Generasi muda Kedah kurang mengerti perkataan tersebut. Mereka selesa memanggilnya sebagai sawah. Aku rasa, sama halnya dengan generasi muda Terengganu. Mereka selesa memanggilnya sebagai sawah. Di antara batas-batas gelung pula, biasanya kami buat 'lileh' untuk mengalirkan dan menyekat air keluar. Jika taburan air banyak, kami akan membuka lilih tersebut supaya air keluar dan menutupnya kembali mengikut kadar keperluan air yang diperlukan untuk penanaman padi.

4. Ada beberapa perkataan yang berkaitan dengan penanaman padi yang aku rasa orang-orang Terengganu sendiri kurang 'familiar' dengannya terutama bagi generasi-generasi muda kini. Apa lagi anak-anak kecil yang celik mata, sudah tidak nampak pohon padi di depan mata. Antara perkataan tersebut adalah;

a) 'Sema' (semai) : adalah anak pohon padi yang keluar hasil daripada benih yang ditabur
b) 'uting'             :  adalah seberkas sema / atau pohon padi
c) 'ceddong'        : adalah proses menanam padi daripada sema-sema yang sudah berpotensi untuk hidup
e) 'mmukkul'      : adalah proses menceraikan padi dari pohon-pohonnya
f) 'ngettang'        : Juga adalah proses menceraikan padi dari pohon-pohonnya dengan teknik yang berbeza dari 'mmukkul'
g) 'irik'                : proses menceraikan padi dari tangkai selepas proses 'ngettang'
h) 'baloh'             : tempat menyimpan padi

5. Kini penanaman padi sudah tidak diamalkan lagi di kampungku walaupun piyang boh tetap hadir dari setahun ke setahun. Amalan menanam padi ini juga sudah tidak diamalkan juga dikampung-kampung lain di dalam negeri ini kecuali di beberapa kawasan di Besut. Adalah dapat difahami kenapa di Besut amalan menanam padi ini masih diteruskan ialah kerana ia mempunyai sistem pengairan yang berterusan tanpa mengharapkan curahan air hujan. Dari penglihatan mata aku, amalan penanaman padi di Besut kini tidak mengamalkan kaedah 'ceddong'. Hal ini samalah seperti yang diamalkan di negeri-negeri jelapang padi seperti di Kedah dan Perlis. Depa main tabur sebab depa ada mesin.

6. Apa hal pulak tetiba cerita pasal padi ni? agaknya nak marah ke Mahathir kot sebab tukar negara pertanian kepada perindustrian...hahhahaha. Nak makan besi, gigi tak lut... nak beli kete, duit tak cukup.. semua dah jadi mahal. Berak kat rumah pun pakai ongkos!!!

7. Erk.. Najib jumpa Uncle $ buat apa? jengjengjeng

"Dan tidak ada suatu binatang melata (makhlik Allah yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya, dan Dia Mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis di dalam Kita yang nyata (Luh Mahfuzh)". - Huud 11: 06

Wednesday, October 3, 2012

Nilai orang putih, akhlak orang kita

1. Siang tadi aku ke hospital. Satu benda yang kita perlu siap sedia set dalam minda bila ke hospital ialah "siap sedialah kamu untuk jenuh menunggu giliran". Oleh kerana aku dah biasa sangat dengan kondisi seperti itu bila ke hospital, makanya aku dah lali dengan perasaan bengang tersebut..tapi rupanya tidak pula mak aku..dia dah mula bersungut dan membebel-bebel seorang diri bila masuk je jam ketiga menunggu. Oleh kerana tidak sanggup lagi melihat dia gelisah, aku pun cuba menenangkannya serta meminta dia bersabar dan mengingatkannya bahawa bukankah kami sentiasa ke hospital dan itulah juga keadaan yang terpaksa kami lalui selama ini pun..so dia cool sikit.

2. Sementara menunggu, banyak jugalah majalah yang aku bedal baca atau sekadar belek-belek tengok gambar. Dalam banyak-banyak artikel yang aku baca, aku tertarik dengan input yang dibawakan oleh Reader Digest edisi jun 2006 kalau tak silap aku.. Isunya ialah " How polite we are". Mula-mula aku ambik RD tu kerana aku tersalah baca 'polite' tu sebagai 'politic' kat front page digest tersebut. Entahlah aku terkena sindrom apa, asal ada perkataan politik je mesti aku rasa sedikit tertarik untuk tengok.. rupanya mata aku tersalah. Dan perkara begini memang kerap juga berlaku, sejak sekian lama. Dulu aku terpinga-pinga lihat bas mini kat Terengganu ada tertulis 'THAILAND' kat papan destinasinya. Lama aku tenung, memang sah tulis thailand..biar betul!!! aku memberitahu kawan seraya sedikit mengejek apa gila pulak bas mini ni destinasinya thailand. Bila aku beritahu dia, dia seperti tercari-cari, mana. Dia pun membaca destinasi-destinasi yang tertulis kat papan destinasi bas tersebut..ia rupa-rupanya TANJUNG.. sejurus tu jugak perkataan thailand tadi tiba-tiba hilang dari pandangan mata, dan mata ini juga sekarang nampak perkataan yang aku maksudkan tadi Thailand adalah Tanjung.. eh apa daa, jauh benar larinya tanjung dengan thailand.

3. Ok, berbalik pada RD tadi, walaupun bukanlah ia memperkatakan tentang politik, tapi ia masih tetap menarik sebagai bahan maklumat yang boleh membuka minda. Tajuknya SOPAN, BAIK, BERTIMBANG RASA, PRIHATIN...ikut sukalah anda nak menterjemahkan 'polite' tu sebagai apa. Menurut artikel tu, setelah membuat kajian ke atas 35 buah negara, di dapati warga kota New York adalah yang berada di tingkat paling atas tahap kesopanan mereka. Kedua adalah penduduk sebuah kota di Kanada, Diikuti oleh penduduk beberapa buah kota lain seperti Zurich di New Zealand, Zagreb di Crotia dan diikuti pula oleh penduduk-penduduk di beberapa kota lain di negara-negara Eropah. Suprisingly..orang Kuala Lumpur, kalau mengikut artikel tersebut is among the lowest level. 30 something. Dan kebanyakkan penduduk di kota-kota negara-negara asia tenggara semuanya berada di level paling bawah.. yang tinggi sikit penduduk di Jakarta. Sampel yang team-team RD ni buat ialah a) meteraburkan kertas..nak tgk siapa yang tolong kutip, b) beli goodies kat kedai nak tengok samada penjual atau cashier tu ucap terima kasih ke tidak, dan c) tolong pegang pintu nak tengok samada sempat masuk atau penyek hidung. Dalam ketiga-tiga sampel ni, orang Kuala Lumpur paling berhati mulia cuma bila tolong  pegang pintu je.. dan paling sikit ucap terima kasih. Orang Kuala Lumpur agaknya ada emas dalam mulut kot.

4. Apa kata, aku simpulkan orang kuala lumpur tu sebagai orang malaysia secara umum di mana-mana negeri, boleh tak?  Mungkin ada orang kata kajian tu tak semestinya betul dan tak menggambarkan keseluruhan penduduk di kota yang dikaji..mungkin ya.., tapi aku lebih dari setengah percaya. i) Aku minum kopi kat banyak kedai, dan ucap terima kasih bila pekedai hantar air..tapi haram depa tak jawab..padahal kopi itu akhirnya akan menjadi pendapatan kepada mereka atau kedai syarikat mereka..cumanya, aku tak pernahlah pulak persoalkan kecuali hari ini, dalam tulisan ini. ii) Aku bayar duit kopi, tapi sangat jarang pekedai yang berkata terima kasih. Yang selalu kata terima kasih ialah cashier kat stesen minyak shell dengan ucapan "terima kasih sila datang lagi", tu pun tak sempat habis skrip muka dah mengadap ke mesin duit balik. Yang nak ada adab sikit pun ialah penjual-penjual kat pasar dengan lafaz akad jual beli. iii) Hati betul-betul rasa gembira bila masuk kiosk petronas kat stesen minyak petronas di merang. Demi melangkah masuk je, kita akan dikejutkan dengan ucapan salam dan selamat datang. Kadang-kadang ucapan salam itu datangnya dari pekerja yang sedang mengelap tingkap :)

5. Di Malaysia, yang menjadi cashier, yang jaga kaunter kerajaan atau tidak, yang jadi bellboy, yang suka lalu lalang kebanyakkannya orang Islam..    aaiiiikkkk???

p/s terasa teringin baca buku lydia teoh  "the rude malaysian" lah pulak..masalahnya buku tu muncul time-time tak ada duit je, chessss

Friday, September 21, 2012

FiTnaH dUNia

Aku saksikan manusia sanggup menarik lidahnya
menjulur keluar, berkata nista dalam bicara
tikam belakang tanpa senjata
mengejar jawatan, mencari nama...

Aku saksikan manusia sanggup terkial-kial, setengah gila
pekakkan telinga, butakan mata, simpan sementara agama
tamak haloba mencari harta
cemas dan risau dalam menjaganya

Aku saksikan manusia meninggalkan prinsipnya
mengharam-halalkan cara sesedap rasa
kebenaran seolah milik peribadinya
keadilan seakan hak mutlaknya
ketepikan semua rujukan dan panduan yang diturunkanNya
Demi kuasa...terus berkuasa

Aku saksikan ibu membunuh anaknya
bapa meratah lahap anaknya
anak membuang ibubapanya
isteri mendua-tiga suaminya
wanita telanjang-tercabut pakaiannya
lelaki dayus melata; rapuh imannya
nafsu merajalela,.. demi cita-cita dunia

Fitnah dunia..berpusu-pusu
tumbuh mekar tanpa segan silu
DUNIA INI MENIPU