Tuesday, April 20, 2010
ALAMAK!!!!!
Ini Khairul, bukan Ibrahim Ali. Jauh sekali Kamalanathan. Khairul adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah kerencatan akal teruk. Pernah, penyelaras bertanyakan pendapat guru-guru untuk 'transfer' Khairul ni ke PDK (Pemulihan dalam komuniti ; sebuah pusat asuhan di bawah seliaan JKM), tapi aku membantah.." Biarlah dia duk sini" kataku. Penyelaras aku seorang yang menjaga kebajikan guru,selain menjaga kebajikan murid. Dia mengusulkan demikian kerana memikirkan tanggungjawab guru untuk mendidik akan bertambah sukar dengan penambahan Khairul ke program kami. Lagipun, dasar Pendidikan Khas ialah mengambil murid yang boleh di ajar, dan kerencatan akal teruk, jika menurut borang penempatan hendaklah di hantar ke pusat jagaan harian. Itu aku sedia maklum. Akhirnya usul itu digugurkan.
Sudah lebih 2 minggu Khairul di program kami. Minggu lepas, aku yang terpaksa basuh kasut dia, tergelak sakan PPM melihat aku yang bertungkus lumus membasuh kasutnya...cilakak punya Khairul. Hari Khamis ni, tak tahulah sama ada aku jugak yang akan jadi mangsa atau dia sendiri yang akan membasuhnya secara rela atau paksa. Tapi aku tak kesah sangat. Aku percaya budak-budak ni lama kelamaan akan dapat apa yang ditunjukkan...
Khairul kami letakkan di kelas 4. Kelas 'low function' tahap dewa bersama-sama dengan dua orang lagi kawan-kawannya yang menghidap sindrom down. Aku sendiri tak banyak sangat mengajar kelas 4 ni. Masa aku banyak habis untuk mengajar kelas 1 dan 2 serta kelas bersama murid-murid inklusif. Kelas 3 pun sama macam kelas 4, tak banyak masa. Walaupun kami agihkan kanak-kanak ini kepada kelas masing-masing, ia sebenarnya hanyalah dalam satu kelas. Kelas pecahan 1,2,3, dan 4 ini jika ia berada di kelas aliran perdana, ia hanyalah seperti kumpulan kecil. Bermakna guru yang mengajar kumpulan 1 akan dengar suara guru yang mengajar kumpulan 2, 3 dan 4 sekaligus bersama-sama dengan suara pelajar-pelajarnya. Hiruk pikuk. Isteri tersayang pernah datang melihat kelas kami dan dia tidak dapat bayangkan suasana kelas kami..pening kepala katanya..kehkehkeh. Tapi awas!, ini bukan neraka..bahkan mungkin syurga yang tersembunyi!!!
Berbalik kepada cerita Khairul, dia selalu mengganggu aku mengajar di kelas yang selain dari kelasnya. Paling aku hangin, bila dia mengganggu aku mengajar di kelas satu. Dia juga selalu memanggil-manggil nama aku semasa aku berada di kelas dua. Aku tak berapa kesah sangat kalau dia ganggu aku semasa aku mengajar di kelas tiga. Khairul ni, sebenarnya spesies tak suka buat kerja jugak. Kalau diberi mewarna dia akan conteng kertas tu dalam masa beberapa saat saja. Lepas tu dia akan tunjuk dan kata "udoh shekgu" (hodoh, cikgu).
Ada satu kemsuykilan aku tentang Khairul ni. Aku rasa dia ada ilmu pukaula. Dia selalu sangat duduk atas riba aku 'time' aku 'concentrate' dengan anak-anak lain. Aku pernah di tegur "Doh tu bakpe pulok khairul duk atas riba tu?". Cheh patut rasa berat semacam je! Dia jugak selalu sangat bertempek dekat aku tanpa aku sedari..Dah la badan penuh dengan panau. Aku selalu jugak cakap dengan dia tentang panau dia, tapi dia senyum je...Bile aku buat-buat macam geli, die lagi nak peluk-peluk aku. Bila aku halau dia balik ke kelas dia, mesti dia tepuk dahi dan berkata " Alamak!". Dalam kelas aku tak pernah pulak dia tidur kat atas 'tile', tapi dalam kelas cikgu-cikgu lain selalu sangat dia buat perangai tidur kat atas lantai, dan kadang-kadang menyorok kat bawah meja. Tapi aku buat dunno je..seronok kadang-kadang melihat cikgu-cikgu memujuk ni..hahaha kejam tak?
Khairul selalu jugak merasuah aku dengan mengurut belakang 'time' aku marah-marah... Perangai serupa macam Hakimi masa aku mula-mula berkenalan baik dengannya. Yang bezanya, Hakimi tak boleh bercakap, Khairul cakap takde kesinambungan.
Ini perbualan yang aku amat-amati daripada khairul dengan salah seorang dari cikgu program kami. Guru itu berasal dari luar Terengganu
Khairul: Shekgu, ulor
Cikgu : Ulor apa dia pulak?
Khairul: Kat nung ong...
Cikgu : Kat mana? Ada ular ke? Kat mana?
Khairul : Bloza
Cikgu : Ah, pening kepala la aku bcakap ngan khairul ni
Khairul : Sawwit, sawwit ada nyok ngat
Cikgu : Kamu ni cakap apa ni, Ada ular kat ladang kelapa sawit kat tempat buldozer parking ke?
Khairul : [berjalan sambil menjuih bibir dan menggeleng-gelengkan kepala] ... ikang wang! (Ikan haruan)
Aku dan kawan (guru) mengalir air mata tergelak...Khairul-Khairul........ALAMAK!!!!
Sedang Mendengar ::: Sore Tugu Pancoran -Iwan Fals
"....Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. "... - Al Hajj 22:78
Label:
catatan,
rencah hidup,
review
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebab mun ngajor secara ikhlas laa tu khairul suke ke mun..
ReplyDeletefuhh.. ade ayat "isteri tersayang"..
aku rase gembira bile tgk mun kawin doh
muehehehee..
Apih,
ReplyDeleteHahaha, aku pun rasa gemberia bila tengok aku kawin doh...
Suka sgt baca entri ni.Sebnrnya umi pun ada anak sedara sorg yg mcm khairul ni cuma dok sekronik khairul.Ank sedara sebelah suami.Skang umur doh 12 thn.Baca cerita psl khairul ni teringat dkt hadi,senyum sendiri sbb hadi tu ibarat penyeri keluarga walau hanya fizikal yg sempurna.Dia pun blajar kat skoloh khas dkt shah alam.
ReplyDeleteSyafinaz,
ReplyDeleteKanak-kanak khas ni, kalau orang reti-reti dia percaya, kanak-kanak ni membawa satu rezeki dan rahmah..Tapi ada jugak ibubapa yang menganggapnya beban... 'reti' di sini tidak semestinya bermaksud tahap akademiknya tinggi. Kadang-kadang orang yang mengaji tinggi pun tak boleh 'catch up' tentang rahmah yang dibawa oleh kanak-kanak khas ni. Hadi yang dimaksudkan itu belajar di Sekolah Pendidikan Khas Selangor (S.Alam) atau di bawah program integrasi pendidikan khas di sekolah biasa?
erk..umi, satu lagi..buat baik kepada golongan ini dialu-alukan, tapi jagnan terlebih manja... "berbuat baik" dengan "memanjakan" itu satu aksi dan perlakuan yang berbeza.. Jangan lazimkan diri memanjakan mereka,,,kerana mereka tidak akan belajar..
aduhaii.. sabar betul en.ahmad menjaga & mengajar anak2 macam ni ye. salute lah! kalaulah saya bercakap dengan khairul ni lagi la masak dibuatnya.. lansong tak paham 1 apa. huhuhuhuuu..
ReplyDeleteSaya,
ReplyDeletebelum mencuba, jangan cepat mengalah ;)
tupang suke bila baca dialog tu
ReplyDeletefASTRI,
ReplyDeleteHahaha, banyok lagi dialog dia yang nok pecoh perut bile die serius cakap
Rasanya bawah program integrasi pendidikan khas di sekolah biasa.Dulu sekolah rendah ttdi jaya tp kesian kat dia sebab satu apa pun dia tak dapat nak catch up.Dia bersama dgn bdk2 normal jadi kerap dibuli.Tahun lepas br tukar sekolah dkt seksyen 13.Alhamdulillah,sekurangnya dia boleh survive utk diri dia sbb sekolah br tu banyak ajar kemahiran and etc.Dia pun napok seronok dan enjoy g sekolah.Kalau sblm ni dia x suka g sekolah sbb dia x fhm apa2.Bdk gini dia sgt jujur dan dia akn luah jer apa yg dia rasa.Hadi tak lancar membaca,tp mampu ingat lirik lagu.Satu masalah dia,dia xleh nk control mkn.Lapar sepanjang masa dan berat bdn dia boleh dikatakan agak membimbangkan.Kita dh terang kat dia kenapa dia mesti makan ikut masa dan bkn makan bila rasa nak makan tp dia tak faham.X tahu apa pendekatan utk bdk mcm ni.
ReplyDeleteSalam 1Malaysia untuk Khairul. Semoga ada kemajuan untuknya pada setiap hari.
ReplyDeleteSaya harap dia tidak memandu kereta tanpa lesen pada usia 15 tahun...
syafinaz,
ReplyDeleteJangan bagi makan 'time' bukan makan. Dia akan tunjuk tanda protest..biarkan dia..tetapi memada-madalah ye :)
Nafastari,
Secara logiknya dia tidak akan memandu.. Buat masa ini, dia tidak boleh membuat sebarang aktiviti atau kemahiran motor halus pun... :)