Monday, August 31, 2009

Sudah Naik # 2


Sedang yang lain bersenang memikirkan juadah
berbuka, bersahur dan makan malam berhibur
beramal dengan mudah, ke masjid tidak payah
bermain dengan anak di atas rumah,
bermain mercun dengan cucu di tanah
kamu masih mencari sakinah

Dia datang bukan sekali
dia datang bukan sehari
sehingga kini kamu bersabar menanti
teruskanlah..
semoga esok terbit mentari
yang naik surut kembali..
sakinah, pasti datang menjamah hati
Asal tidak lupa berserah... pada Ilahi ya Rabbi

.............................................................................

Betul mati tidak boleh di sekat
Ajal Milik Allah, perantaranya Malaikat
Hidup mesti di teruskan jua..
pencegahan perlu, untuk menolak bala,
bukan hanya sekadar berserah
Usaha, tindakan juga perlu di kerah..
kita yang patut berubah
Sudahkah lupa ayat Allah?

Dua hari berenti, naik lagi
bila berhenti, tidak pasti...
Kabar bukat bertiup lagi
Semakin serius, semakin bahaya kini
hendak menolak, tidak tahu cara
Gunalah, apa yang ada..
Jangan menolak sinis,
Biar pahit dahulu, asal akhirnya manis
Hidung dan mulut perlu bertapis

.................................................................................

Tolong fahamkan aku,
ntah kenapa, pengeluar juga tepaksa menanggung beban
Di atas kenaikkan ini

Dulu aku belajar ekonomi
Walaupun tak dapat satu tapi tiga,
Tapi masih lagi aku ingat kata guru....,
"jika, permintaan meningkat- pengeluaran meningkat
Jika pengeluaran meningkat, untung dapat beberapa kali lipat"
Salahkah guruku? Salahkah buku-buku?

....................................... .

Petang tadi aku mengirimkan sms berbunyi begini;

"Harga minyak jenis RON95 akn dinaikkan drp RM1.75 kepada RM1.80 seliter. RON97 drp RM 1.80 kepada RM2 seliter (sebenarnya RM2.05). Kenaikan ini dijangka bkuatkuasa tgh mlm ni. Inilah hadiah MERDEKA dr "mereka". Selamat mengisi minyak! ".(Klaus italic tidak diletakkan kpd 3 sms pertama).

Beberapa orang memberi respon dan beberapa org lagi -nil. Ini antara respond mereka, hah! ha, haha. ;

1) Ibrahim Ismail, Wakaf Tapai - "TQ, mls nak msuk baris. Dah kenal BN"
2) Nurfarhana, Cendering - "Syabas! slamat hr merdeka"
3) Nazikul Ain, Kuala Lumpur -" jgnlah"
4) Fakarudin, Pasir Puteh - " hidup bn. Bini Najib "
5) Che Asiah, Tepoh - " Trm ksh ats mklumn i2, jom pkat2 g isi myk..Pe2 pn, slmt brbka n brtrwh"

"Hai hamba-hambaKu yang beriman, sesungguhnya bumiKu luas, maka sembahlah Aku saja" - Al-Ankabuut 29:56




Merdeka = "Racing", jalan mana lu nak? Jln Airport? Jln Kamarudin? Jln Hujung Minggu?



Sinopsis

Sebuah kisah moden, puitis dan ungkapan kata-kata indah yang mencerminkan Malaysia – masyarakatnya, tempat dan keindahan semangatnya

Sunday, August 30, 2009

Abar!


Janggut oh janggut kenapa engkau janggut
macamana aku tak janggut

sebab ayoh de janggut sebab ayah de janggut.
.
(nyanyian oleh : Muhammad Naqib b. Abd Aziz. 4 tahun)

Jika kau dambakan keceriaan
bersuka ria ke sana sini
berhuha dengan lagak selebriti
bersosial dengan watak penari
bukan, aku bukan ...
sebab aku miskin dan membosankan

jika kau dambakan impian
bertakhta dengan emas berlian
walaupun kebosanan engkau ketepikan
..Bruce Wayne, engkau perlukan..
bukan, aku bukan...
sebab aku miskin lagi membosankan

jika kau ingikan kemajuan
bangunan menggapai awan
menara menyentuh bintang
bukan, aku bukan...
sebab aku miskin dan membosankan

jika kau agungkan kebebasan
laksana burung bebas terbang
tanpa arah dan tujuan
tanpa rujukan dan pedoman
bukan, aku bukan...
sebab aku miskin dan membosankan

lembu hitam, ganas, garang dan pendiam.

Pada Tahun 1988, seekor lembu hitam telah dikorbankan bagi mengadakan kenduri kesyukuran dan bersempena acara berkhatan seorang insan..

Bagi orang Islam, lembu disembelih untuk dijadikan korban, atau untuk di masak buat kenduri, buat makan-makan..dan... lembu.... bukan disembelih untuk diambil kepalanya sebagai alat dan bahan 'perarakan'. Ni mana belajar ni?

Merdeka!!!

Deretan stall bundle di kiri dan kanan jalan
lokasi : Pantai Teluk Ketapang


Entah, kenapa tiba-tiba je aku rasa malas nak update blog..Minda aku, aku rasa kosong terus, sama seperti perut yang ketandusan makanan dikala siang. Seminggu bercuti, tiada sesuatu pun yang aku rasakan menarik untuk dikongsi cerita dan maklumat. Sungguh membosankan.. Cuti yang betul-betul membunuh masa dan keringat... Tapi yang untungnya, ruang untuk beribadat agak panjang, cuma aku sahaja yang tidak benar-benar memanfaatkannya...Bak Perdana Menteri ke-5 pulak perilaku aku...zzzz selalu.

Pun begitu, ada beberapa maklumat yang boleh dikongsi ;
1) Bundle di Pantai Teluk Ketapang beroperasi seperti biasa pada petang Jumaat walaupun pada bulan ramadhan.
Malah, semakin banyak pulak aku tengok bundle stalls berbanding hari-hari Jumaat sebelum ini. Cuma pengunjung je yang kurang..mungkin sebab pengunjung tidak menyangka bahawa ada bundle stalls beroperasi seperti biasa di bulan Ramadhan di Teluk Ketapang ni. Agaknye lah...
Yang best : Murah murah dan sangat murah. Memang masyuk...aku kalau x pikir kat mana lagi nak sumbat baju, aku siap borong kot, tapi apakan daya almari sudah agak sendat..kebanyakkannya dengan baju2 subsidi hahahahaha.
Yang tak best : Ramai daripada pembeli yang singgah adalah mereka yang boleh dikatakan golongan berada, yang naik mercs ada, yang naik BMW ada yang naik kete import lain tu biasala,-berlambak. Bukan bermaksud menyekat kebebasan orang, tapi aku terfikir, satu masa nanti mesti harga pakaian bundle ni melonjak tinggi sebab kebanjiran ramai pembeli kaya.. jadi macam kat Batu Buruk satu ketika dulu..harga mahal nak mampus..baik beli baru! Natijahnya, yang miskin dan bertaraf sederhana ni jugaklah yang rugi. tidak mampu memiliki!

2) Ustaz Dato. Ismail Kamus tidak meninggal
Lepas ni jangan lagi ada orang tanya " betul ke Ustaz Ismail kamus meninggal?". Jawapannya tidak!...Ni apa lambat sangat terima rumour ni..dah beberapa hari dah Professor Dr Ismail Salleh meninggal, baru nak tanya soalan ini! ..Memang diakui ramai yang salah faham tentang kematian Allahyarham Professor Dr. Ismail Salleh yang dikaitkan dengan ust. Ismail Kamus. Jadi sekali lagi aku nak bagitau..Ust. Ismail Kamus masih hidup, Alhamdulillah, sekarang berada di Tanah Suci Makkah kerana mengerjakan umrah. Namun begitu takziah diucapkan kepada keluarga arwah (PD Ismail) dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Aku tidak dapat untuk menolak bahawa kepergian Allahyarham merupakan kehilangan yang besar kepada Negara, terutama kepada golongan OKU. PD Ismail Salleh ni adalah idola kepada beberapa sahabat buta aku. Aku pun kagum dengan kebolehan dan kebijakkanya. Allah Maha Besar!
Yang baiknya : tentang rumour ni, ia menunjukkan keperihatinan sesetengah pihak.
Yang tak baiknya : rumour boleh jadi pitnah, dan kelam kabut!
-Oh ya, buku baru UD. Ismail Kamus "Indahnya Hidup Bersyariat" kini berada di pasaran. Sungguh informatif, sungguh berpatutan! Bayangkan buku yang tebalnya lebih 300 muka surat ini, dengan berkulitkan "hard cover" dan kertas yang sangat bermutu tinggi (kertas foto lembut) di jual dengan harga RM55 sahaja, atau mungkin anda akan dapat lebih murah lagi di pasar-2 ceramah/kuliah.

3 Kah Kah Kah, aku sudah ada Ubat..
Jadi aku rasa, aku akan bertambah malas lagi untuk update blog dalam bulan Ramadhan ni..Selain dengan rutin yang cuba aku buat khusus untuk bulan Ramadhan ni, aku ada beberapa ubat sampingan untuk dimain-mainkan semasa kelapangan dan di waktu rehat-rehat selepas balik dari Tarawih, Itu pun jika tiada ahli exco kerajaan haram yang mengajak untuk bermesyuarat di ke kedai kopi...iaitulah CD movie "What to do in case of fire" (jangan tanya citer macamana sbb aku blm tgk lagi), dan dua buah fanzine yang aku dapatkan dari Saudara Nizang iaitu 'MOSH' isu ke 12 dan 'Conscious' isu ke-2. Hahaha, padahal buku "Orang Kota Bharu" karya S. Othman Kelantan yang aku pinjam sebelum cuti hari tu pun tak abis-abis baca lagi..kahkahkah. Di samping itu, aku ada juga beli satu DVD ni, "Queens Of Langkasuka". Cite Dulu2 ni..pun aku belum tengok lagi..tapi dari sinopsis dia cam menarik jer. Hah!

p/s: Aik, mana cerita merdeka? Hahaha!

Selamat menyelongkar pengintip kecik!

Monday, August 24, 2009

" Bagai Menanti Laki Pulang "

"Sepuluh bintang bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu?"

Permatang Pasir : SeLaMat MeNGunDi!

"Dan masing-masing orang memperoleh derjat-derjat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan" - Al-An'aam 6:132

Sunday, August 23, 2009

Satu lagi yang baru!



Sinopsis

Mengisahkan seorang kanak-kanak India yang ingin membina sebuah model rumah di sekolahnya. Memaparkan keadaan sosio ekonomi yang dialami kebanyakan rakyat di Malaysia.

Friday, August 21, 2009

DiKau Menjelma Lagi!

Ramadhan, lama ku tunggu, kau kunjung juga!
Ingin ku ucapkan;

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERTARAWIH
SELAMAT BERTADARRUS
SELAMAT BERQIAMULLAIL
SELAMAT BERSEDEKAH
SELAMAT BERZAKAT
SELAMAT MENTARBIAHKAN DIRI
SELAMAT MENCARI MALAM QADAR

RAMADHAN ADALAH MADRASAH!

Thursday, August 20, 2009

Cerita - Tazkirah!



Sinopsis

Tazkirah yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri oleh pemimpin rohanian yang paling berpengaruh di Malaysia, Tok Guru Nik Aziz tentang cara berniaga yang beretika menurut Islam.

Kambing Hitam - Lagi!


Apa kejadahnya ni?
Lokasi : Pulau Ketam


Atas nama keberedaran bahan-bahan lucah
Capaian blog di sekat
Atas nama kenyataan palsu dan hasutan
Penulis blog bakal di tangkap
Atas nama keselamatan
I.S.A diteruskan
Atas nama menyusahkan orang awam
Perhimpunan jadi haram

Bongok! beritahulah "KAMI PERUT DAN Kamu makanan!"

"....Dan sesungguhnya telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan." - Thaahaa 20; ..61

*Seseorang yang aku panggil abg Joh, telah meninggal dunia pd. 18/8 akibat kemalangan jalan raya. Aku baru tahu. Senang citer arwah abang Joh ni ialah isteri kpd abg Mat Lela kg Dusun. Anak dia Lias konggo, Awang dan kwn baru aku Joe. Al-fatihah

Wednesday, August 19, 2009

Lagi!



Sinopsis

Sebuah kisah yang mengingatkan kita bahawa walaupun berlaku pelbagai pertembungan di Malaysia, hidup tetap diteruskan – walaupun tidak semuanya manis.

Tuesday, August 18, 2009

Potong Saga




Sinopsis

Filem jenaka tentang seorang pemuda Cina yang diberi panduan yang salah untuk membuka akaun bank Islam.

Monday, August 17, 2009

Four Minutes - Roger Waters

Tengahari tadi, setelah habis kelas aku ke kantin untuk menghilangkan dahaga yang teramat sangat, sesambil berniat untuk mengasapkan diri. Bila tiba je dekat kantin, maka ternampaklah Guru Besar yang terkebetulan juga menghilangkan dahaganya di situ. Selalunya kalau aku nampak GB ada di kantin aku tidak akan masuk, aku patah balik atau ke tempat lain dahulu sementara menunggu GB beredar. Pertamanya, sebab bila aku minum, aku nak hisap rokok. Aku segan nak merokok depan GB. Keduanya, memang jenis aku tidak berapa selesa berkawan dengan orang-orang besar, terutama majikan sendiri..Fitnah beb! Tapi tadi, aku dah tak boleh mengelak sebab aku perasan dia, bila dah berada depan mata. Kurang elok dan tidak manislah untuk aku berpatah balik, seperti mengelak. Jadi aku masuklah jugak dan duduk disebelahnya sambil memesan air - kopi peng.

"Adat lurah timbunan sarap"
Tukang bancuh air di kantin ni sudah sedia maklum dengan selera minuman ku, kalau pagi kopi '0', dan kalau aku datang waktu tengahari dia akan membancuh kopi peng, tanpa perlu aku memberitahu air apa yang aku nak. Dan dia juga sedia maklum kalau aku masuk melalui pintu belakang, maknanya aku hanya ke kantin untuk merokok dan kalau melalui pintu depan bermakna aku memerlukan air untuk diteguk dan menjadi teman sendirian atau teman untuk berbual-bual dengan rakan yang lain. Dia memang sedia maklum.. Dulu masa aku mula-mula datang ke sekolah ini, kopi tidak ada, walaupun di menu ada tertulis kopi '0', kopi, kopi 'o' peng dan kopi peng, kata si pembancuh air, tiada penggemar kopi di situ. Aku memberitahu, sesudah kedatangan aku ke sini, kopi sudah patut ada, sebab aku penggemar kopi. Dan sekarang kopi sudah sentiasa ada untuk aku walaupun kadang-kadang ia kehabisan stok juga. Dan sekarang, aku rasa penggemar kopi di sekolah ini semakin bertambah. Sama juga situasinya di sekolah lama. Mula-mula datang tiada kopi dan akhirnya peminat kopi makin bertambah. Apa pulak termelalut citer kopi ni..

"Menengadah Matahari"
Sedang asyik2 menikmati kopi peng, tiba-tiba GB bersuara, katanya dia tengok ramai orang kat Padang Midin pada malam jumaat baru-baru ni. Kereta yang parking penuh di bahu kiri dan kanan jalan. Katanya, rupa-rupanya malam itu ada kuliyyah Ust. Azhar Idrus di situ.. Dia menambah lagi, katanya "tapi iya lah, dia (Ust. Azhar) mengajar benda yang betul". Aku menambah " benda hok betul ni iya lah, biasalah kadang-kadang menyakitkan utk di dengar". Tiba2 dia senyap. Ah, sudah fikirku..aku tersalah cakap ke? Setelah senyap seketika dia menyambung, katanya ada seorang cikgu kat kampung dia hendak ditukarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri ke Ketengah Jaya, kerana terlibat dalam kerja-kerja mengutip derma untuk pembinaan surau..dan katanya lagi, menurut keterangan cikgu tersebut ada beberapa lagi waiting list yang juga akan ditukarkan bila-bila masa yang difikirkan perlu, kerana keterlibatan dalam politik berhaluan kiri. Bahaya katanya. JPN suka pasang spy. Aku mula bertanya, apa jadi dengan cikgu tadi? Kata GB, dia bercadang untuk menyaman JPN kerana pertukaran tersebut kerana ia tidak mengikut prosedur. Dia tidak pernah di panggil dan diberikan amaran, tiba-tiba di tukarkan.. Dalam hati, aku cuba respek pada cikgu tersebut. Gila, Hardcore!

Dalam pada itu, aku cuba fikir2 kenapa GB cakap cerite ni kat aku. Aku memang sedia maklum bahawa dia tahu aku pun berhaluan menentang, tapi apa mesej yang cuba disampaikan? Mungkinkah dia takut guru sekolahnya juga terkena tindakan yang sama? Hahaha. Ketengah Jaya pun bes..Felda! Mesti dapat ngorat anak dara yang bersepah-sepah kahkahkah. Atau mungkin dia takut dia akan terasa malu jika ada anak buahnya yang ditukarkan kerana akitiviti-aktiviti luar yang lagaknya bertentangan dengan kehendak orang-orang atas. Ntahla..malas pulak aku ambil pusing. Pandai makan, pandai simpan.

Cerita pagi ..."bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas".
Pagi tadi aku mengimamkan solat hajat di sekolah, sebab aku tengok tiada guru yang mengambil posisi tersebut. Biasanya, Guru Besar sendiri yang mengimamkan solat hajat ni, atau pun PK KO atau pun ustaz. Aku jarang-jarang je mengimami mereka.. sekadar menjadi jemaah jika aku tiada kelas pagi, atau jika murid-murid datang memberitahu aku jika ketiadaan imam. Pagi tadi, belum pun sempat aku dipanggil murid, aku terus ke musolla bila aku tengok tiada imam. Sedang bersiap-siap membetulkan saf, tiba-tiba GB naik..dan setelah selesai solat aku diminta pulak oleh GB untuk memberikan tazkirah.. aduh, nak pecah kepala otak, tak tahu nak cakap apa. Ustaz pun ada kat belakang. Aku cakap, GB sajalah yang berikan tazkirah, GB tak nak. Dia suruh aku jugak, aku cakap GB lah seeloknya memberi tazkirah. GB cakap, tak apa..dia cakap aku jugak. Mati kutu aku, aku cakap lebih aulanya ustaz, banyak ilmu sikit. Aku tengok anak mata budak-budak tu dah tak tenteram, sekejap ke muka aku, sekejap ke muka GB, pas tu ke muka aku balik, pastu ke GB, pastu ke aku balik. Kata ustaz takpelah, biar aku saja yang memberikan tazkirah..Jeng kleng! Ku gagahi jugak. Aku bangun dan memberikan sedikit kata dua, buat motivasi budak2. Dalam hati dup dap dup dap. Aku memang tak bolehlah nak bercakap depan orang ramai..kering idea..muka pun rasa tebal semacam je. lebih kurang 10 minit aku berenti dan minta izin GB untuk masuk kelas..tengah berjalan menuju ke kelas aku tersenyum sendirian.. not bad! HAhahaha..aku mat rock ke aku ustaz ni? kompius2. Tapi kenapa pulak aku suka lagu2 folk? kompius-mengompiuskan lagi.

"Bubu duduk, jiwaku hilang"
Ah, kami tak jadi ke Kemaman..sume sebab H1N1. JPN arahkan supaya membatalkan lawatan tersebut. Pengurus Kilang Plastik dekat rumah Mat Yie macam kecewa je kami tak jadi datang..aku cakap tak apa, kalau ada rezeki kami datang lain kali. Apa pun terima Kasih pada Mat Yie DKR sebab bersusah-susah tolong aku cari Kilang ni.

"Aku nampak olah, kelibat hang sudah ku tahu"
Salam untuk warga permatang pasir! Apa citer GobalaKrishnan? hahahaha

'Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakinya tiba-tiba mereka menjadi gembira' . - Ar-Ruum; 30:48

Sunday, August 16, 2009

Ada seorang kawan namanya Ah Meng

Dari sudut ke sudut aku berdiri
Memerhatikan dunia
Dari saat ke saat aku begini
Nikmati anugerah Mu

Namun masih ada lagi yang tak mengerti
Untuk apakah segalanya?

haha, mesti lama x dengar kan? acu teke lagu mende?

Tuesday, August 11, 2009

"Hidup Untuk Membayar "- Nafiri

Buaya di sungai, bukan senang nak cari makan
Harimau di hutan bukan senang nak cari makan
Kalau di hutan, mahu seminggu sekali baru harimau dapat makanan
Kalau di sungai mahu, sehari sang buaya dapat makan udang sekadar lekat di celah gigi,-
Belum dapat mengalas perut lagi.

Tapi bila duduk dalam masyarakat
Dia dibela-dipelihara
Tatang secukup-cukupnya
Bila sakit datang, doktor cepat bertandang
Buaya seekor, satu hari makan, habis RM 150
Harimau seekor, satu hari makan habis RM 150.

Rakyat, kais pagi makan besok hari
Tragis-tragis
Dapat gaji habis membayar bil,-
Bayar hutang
Nak kencing pun pakai bayaran.

Beli kereta kena bayar
Naik kereta kena bayar
Turun kereta kena bayar
Pakai kereta kena bayar.

Beli rumah kena bayar
Tengok rumah kena bayar
Naik rumah kena bayar.

Masuk sekolah kena bayar
Keluar sekolah kena bayar juga.

Masuk universiti kena bayar
Keluar universiti kena bayar lagi.

Masuk hospital kena bayar
Keluar hospital pun kena bayar.

Bersalam pun kena bayar!
Tak percaya?
Tanya tok kadi
Tanya orang buat kenduri.


……………………………………………………………………

*Tau, sekarang, kalau tanya budak-budak Buaya tinggal di mana?” “di zoo cikgu” ok. “Harimau?”, “di zoo cikgu?” ok. “ular?”, “di zoo cikgu”, “burung?” “di zoo cikgu”, “ikan?”, “di zoo cikgu”, “ikan dalam air”, “Ya betul, dalam air contohnya sungai, kolam, laut, mengikut spesies”, “cikgu, betul la di zoo ada ikan, kita tengok doh, ada banyak ikan di zoo!”. “haha, betul, tapi habitatnya di mana?” “habitat tu mende cikgu” , “habitat tu, tempat tinggalla, tempat dia tidur, cari makan, populasi dia” , “Cikgu! Cikgu!, betul la harimau tido dalam zoo, makan dalam zoo, betul la tu..buaya pun gitu gok!”, Hahahahahahahahahhahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahah


Madi P = seorang mat Metal
berambut panjang, menggerbang,
berseluar askar, berbaju hitam,
kawan kita, sahabat si Jang.
Madi P, seorang penjual air tebu di Wakaf Tengah

Madi P : Aku bangun lambat sokmo pagi, kadang-kadang kul 10, kadang2 kul 11 baru bangun
Aku : Dok leh bangun lewat pagi, Di…., lambat reazeki
Madi P : Eh, aku derah buleh rezeki, mesin2 buleh selalu, mung lambat!, kerja-kerja-kerja akhir bulan baru buleh makan hahaha
Aku : ( terkedu, tidak terkata)


"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambanya-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" -Al-Ankabuut; 29:62

Saturday, August 8, 2009

Masa, selepas masa - Norah Jones


Jika Kamu Gembira, Berada di Jalan Yang Betul

aku tumpang gembira

Jika Kamu Berduka, Di Jalan Yang Benar

biar aku sabarkan



* 1) Tahniah pd Nurhakimah Kamil kerana sudah bergelar isteri. BarakaLlahulaka wa baraka alaika wa jama'a bainakuma fi khair
2)Tahniah pd kenalan pang rok lama, berhasrat berumah tangga. Haha, sapa eh?
3) Takziah pd Keluarga dan sahabat handai WS Rendra di atas kepergiannya. Wa, mung jgn nangis. Wa, mung di mana? lama x ketemu



"Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdi Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui" - Yaasin 36:38

Friday, August 7, 2009

Sudah Naik!

Melingkar jauh merenung nasib
Entahkan sabut tenggelam
Entahkan besi timbul
Tersadai pukat di daratan

Menyimbah selut ke dalam
Membawa sabut dan saratan
Puas menguis, puas menyapu
Belum tentu, esok sejahtera

Gula jadi madu
Padi di sawah jadi hempedu
Beras jadi mutiara
Ubi kayu mula di puja

Tuak, tebu tidak berguna
Payung di biarkan saja di beranda
Bermain anak dalam duka
Susu mula berganti air putih - tanpa rasa

Tanah rong sudah tenggelam
Hanya pucuk nampak di pandangan


" Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati" Al-Mulk 29:13

Wednesday, August 5, 2009

Masalah dalam fikiran - Marianne Faithfull

Malam tadi aku ke klinik. Jarang sekali aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang patut atau mengambil ubat dari klinik. Aku perasan jika aku demam teruk sekali pun, bila tiba giliran menunggu di klinik, demam / sakitku akan menjadi sedikit kebah..ntah psiko entah apa, selalunya begitu. Aku memang jenis yang tak berapa suka ambil ubat. Tapi di waktu-waktu yang aku tak tahan, aku ambik juga. Tapi, aku lebih suka telan ubat yang aku dapatkan sendiri di kedai atau farmasi.

“Berbukit di balik pendakian…”
Semalam di klinik lebih sejam aku menunggu giliran untuk berjumpa doctor. Daripada 2,3 orang yang berada kat ruang menunggu, sehinggalah melimpah ruah sampai ke luar pesakit yang datang, namaku tidak juga dipanggil. Hairan aku, klinik swasta pun terpaksa menunggu lama. Aku rasa tu mungkin kali pertama dan terakhir aku ke situ. Tak mahu dah aku.. Kerana letih menunggu itu satu, kerana pesakit-pesakit yang dating rata-ratanya adalah perempuan, itula yang menyebabkan aku rimas..pandang ke kiri salah, pandang ke kanan salah, pandang ke tv pun mengadap orang, pandang ke depan pun mengadap orang – perempuan. Betul la belakang dinding, tempat aku bersandar, gile ke kalu aku nak mengadap ke dinding?

“Duduk meraut ranjau, berdiri mengintai jarah”
Bila no giliran aku dipanggil cepat-cepat aku masuk, tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Dan bila diperiksa dan soal selidik sikit, aku akui bahawa apa yang doctor tu cakap pasal aku tu betul.. dan aku dinasihatkan supaya memakai cermin mata gelap. Wah lepas ni bolehlah aku bergaya dengan cermin mata hitam kahkahkah.. Sebenarnya dulu pun aku pernah dinasihatkan doctor supaya memakai cermin mata.. tapi iyalah aku ni degil.. bila pakai cermin matakan, nampak macam macho pulak.. aku tak suka macho2 ni, jadi biarlah aku begitu… itu fikiran aku dulu. Sekarang aku rasa aku dah perlu ikut nasihat doctor kot… tapi tak tahula samada aku berjaya menjadi pencermin mata atau tidak…Rimas weh! Bukan, aku bukan rabun yang memerlukan kanta cembung atau pun kanta cenkung. Dan aku bukanlah mengalami sakit mata yang mudah berjangkit tu… Aku cuma perlu perbaiki diri untuk aku sendiri.

Biasa
Hari ini pula, rutin biasa..tiada apa yang menarik, cuma ada sedikit keributan dan kekalutan menyiapkan kerja-kerja yang diberikan saat-saat akhir. Tengah syok2 main badminton dengan budak-budak, tergedik-gedik penyelaras aku dating, katanya URGENT!...meh mesyuarat kejap, bincang dan mulakan tugas!.. Budak-budak ku biarkan saja bermain badminton di dataran, sambil mengharapkan guru yang berada di kelas sebelah dataran tersebut menyilau-nyilau aktiviti budak2 aku; tanpa pesan, Hah! Berada dalam bidang pendidikan ni, aku sudah mulai faham dengan jangkaan-jangkaan yang tidak diduga.. Biasa sangat kalau esok nak pakai petang ni bagi tugas, lusa program ari ni baru nak mesyuarat, esok buat kerja, lusa start program. Hahaha. Sungguh tidak professional, tapi aku sudah jemu untuk menjadi “beruk kena ipuh” dan itu aku FAHAM! Pemahaman aku bertambah kuat bilamana aku pun terasa kadang-kadang bekerja dibawah tekanan hasilnya lebih bagus daripada kerja yang dirancang…tapi eloklah jangan diulang! Sebab gagal merancang sebenarnya adalah merancang untuk gagal..itu kata orang!

*hari ini aku dapat beberapa sms yang menyejukkan hati. haha! SMS =Saya Masih Suci

...Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. - Al-Baqarah, 2:..189