Friday, July 31, 2009

Di Palang ini!


Dipetik dari al-banjari online ( http://politikbanjar.blogspot.com/ blh juga klik di paparan kiri)

Di palang ini - akan ku humban ke neraka kamu !
Laungan itu tidak lagi sedap didengar,ia menjadi racun bisa yg mampu membunuh,dan di palang ini, akan ku humban kamu ke neraka..BEBASKAN TAHANAN I.S.A !!


Saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......


Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....


Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.


Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.


Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...


Bagaikan binatang di zoo


Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.


Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan. Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...


*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.


[..] Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam. (*)kredit kepada merdekareview

Tuesday, July 28, 2009

BEJADOH!

i love the world
but the world
are against me!

Hah!

currrent press and electronic medias frequently make a biased judgement about news they print/show. And it have always been their ways, making their own conclusion that is, in spreading the news to the mass communities that will inevitably lead people, more or less, to believe in everything they show without having to investigate whether or not it's true. In addition, the medias make people really dependable, thus, people are reluctant to seek for alternative media which i think are not only free from government's control but are more transparent. -Narrator #4

Thursday, July 23, 2009

TUTUP!


Banyak sudah tutup,
Ini sudah bahaya!
Tak tahu yang ditutup ditutup
Yang ditutup dibuka pun dah banyak!
Ini sudah bahaya!
Yang mati ditutup, tak tahu
Yang mati, dibuka pun sudah ada
Ini sudah bahaya!
Yang dibuka dibuka
Yang baik-baik sahaja
Yang ditutup ditutup..
Inilah kes bahaya!
Inilah kes rosak!
Inilah kes menular!
Kalau boleh tak mahu tutup,
tapi kalau boleh nak tutup semua
biar selamat..
biar boleh buat duit
biar konspirasi tak terbongkar
biar tidak bimbang
biar tidak cemas
biar kehidupan berjalan seperti biasa
biar mata-mata semakin menjengah
ekonomi kita!
Ini betul-betul bahaya!
Tutup!!!
" Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kaum yang berfikir" -AL-JAATSIYAH 45:13.

Merapu - ikan kerapu!

jom ziarah amelia kat kampung!

Dua tiga hari kebelakangan ni, aku selalu sahaja terasa letih…tidur seawal pukul 11 malam pun msh lagi berat untuk bangun awal pagi, dan bila bangun pulak, mesti kepala rasa pening dah tubuh rasa tak sedap. Bukan! Ini bukan mamai. Ini pening, menyucuk-nyucuk sebelah kepala..tengkuk sakit, badan pun sakit. Padahal minggu ini aku tak banyak kerja..eh silap, bukan x banyak kerja, tak banyak buat kerja…

Power Rangers


Minggu ni, aku start ajar power point pada budak2 kumpulan 1. Ye betul, aku mengajar sains, tapi aku ajar macamana nak buat power point… Dan yang sebetulnya aku tak ada point untuk mengajar budak2 tu. Jadi aku sediakan gambar2 pada e-book masing2 dan aku suruhla deme masukkan gambar2 tersebut ke dlm power point dan aku suruh dia tulis perkataan pada setiap gambar tersebut. Satu slaid hanya satu gambar. Maka banyaklah slaid. Sebenarnya aku teringatkan Hakimi, yang jauh lebih tidak berupaya dari mereka yang berada di program ini, tapi tahu menggunakan computer. Tidak! Rumahnya tiada computer dan dia miskin. Memang sejak kebelakangan ini aku selalu teringatkan dia… apa lagi aku mendapat SMS dari sahabat yg memikirkan arah tujunya selepas ini.. aku tidak ada idea buat masa ini, sebab dia berada jauh dariku.

Minggu Ini dan Akan Datang


Aku juga sedang mempertimbangkan untuk menarik diri dari kolektif jagung kerana masalah komitmen. Ye la, berapa kali sangat aku boleh betul2 meniaga jumaat sabtu. Minggu lepas ari jumaat ada program sekolah, ari sabtu pulak ada program sekolah/ppd (TID sepaktakraw n bola jarring). 7 hari seminggu aku jadi hamba kerajaan. Tapi mujur seorang kawan sanggup menggantikan tempat aku untuk program pada hari sabtu tersebut. Aku betul-betul penat dengan semua benda ni, nak kene ke hulu balik ke hilir dan ke hilir balik ke hulu tiap-tiap hari bukanlah sesuatu yang bijak. Minggu ni juga ada pada hari esok (TID – bola tamper) minggu sekali lagi puan ada (TID bola baling), minggu sekali lagi pun ada, minggu sekali lagi pun ada dan minggu sekali lagi pun ada pendek kata tiap2 minggu sebelum Ramadhan menjelang tiba. Tapi untuk esok pun aku sekali lagi minta tolong kawan gantikan.. dan aku tak sanggup mintak tolong orang ganti buat keje aku tiap2 minggu.

Juga Lagi


Aku juga selalu rindukan sekolah lama..ye la, orang kata tempat jatuh lagi dikenang. Dulu, betapa tensennya aku rasa berada di sekolah lama. Sume keje asyik-asyik Shabri, itu Shabri ini Shabri… tapi sebenarnya aku rasa hati aku lebih dekat dengan keadaan dan sekeliling seperti di sana walaupun dibebani dengan keje-keje yang menimbun. Sehingga 2 hari lepas pun ada lagi mereka yang menghubungi aku berhubung kerja yang sepatutnya aku uruskan di sana, mereka tidak tahu bahawa aku sudah hampir 7 bulan bertukar ke negeri asal hahaha. Di tempat baru ni aku lebih rileks. Keje tanpa tekanan yang menekan-nekan. Tapi tetap aku rasa kosong..tidak tenang..mungkin kerana hal keadaan rumah dan tempat keje yang jauh dan mungkin sebab aku rasa aku rapat dengan manusia yang digelar ‘pekak’.

Fakta


Jumaat minggu lepas di Masjid Taqwa, Batu 6.. Ustaz Azhar ada menyebut “ kalu Allah buat dia buta, Allah dok buat dia pekok. Kalu Allah buat dia pekok-bisu, Allah dok buat dia buta.” Sebenarnya ada manusia yang diberikanNya pakej 3, buta, pekak dan bisu (bisu terjadi sebab dia pekak, tak dengar orang cakap..tapi ada juga manusia yang memang dilahirkan tiada suara). Aku rasa fakta Ustaz Azhar itu salah.. memang ada kes terjadi ke atas manusia mengalami ketiga-tiga masalah tersebut, contohnya Helen Keller. Aku pernah tgk cerita mengenainya kat Maktab dulu sbb iyalah, aku ambik pendidikan khas, dan mungkin akan berdepan dengan orang mcm ni… ada sebuah cerita hindi yang mengambil dari cerita Helen Keller ni..tapi disadurkan dan dihindikan (sebenarnya aku x tgk pun cerita tu, ada tengok sikit je kat kepala cerita, dan aku boleh agak pengarah cuba membayangkan kisah hidup Helen keller). Dan aku benar-benar tidak tahu samada betul ke ada orang di India yang mengalami ketiga-tiga masalah tersebut serentak. Tapi 2 tahun lepas aku ada terima satu panggilan telefon dari seorang kwn yang menyatakan anak saudaranya mengalami ketiga-tiga masalah tersebut, dan menanyakan aku penempatan untuk ‘ahli syurga’ tersebut belajar. Kalau x silap sewaktu kwn aku telefon umurnya 3 tahun. Dulu aku igt aku akan terus berada di sana dan aku dengan tak saying mulutnya menyuruh agar dia bawa anak itu ke sekolah aku bila mencapai umur 5/6 tahun dan tgk samada pihak pentadbir sekolah boleh menerima ‘anak’ tersebut atau tak. Aku tidak salahkan Ustaz Azhar, malah aku masih menghormatinya dan masih mahu banyak belajar dari kuliah-kuliahnya..tapi kadang2 kita salah fakta!

Bapak dan Anak


Smalam pulak aku tgk tiga movie, CJ7, IP Man, dan Wushu, Kesemua tiga-tiga cerita tu adalah cerita dari Negara China. Tak sangka pulak aku boleh termengalir air mata tgk cerita CJ7, bila tiba part seorang kanak-kanak menghalau gurunya dan mengharapkan ayahnya berada di sisi pada keesokan harinya (kalau sesape dah tgk cite tu mesti tau part mana). Seingat aku, hanya dua buah cerita yang telah berjaya mengalirkan aku air mata. Satu, cerita “My name is Sam” dan yang ini adalah yang kedua. “My name is Sam” pun cerita mengenai seorang budak dengan ayahnya jugak, dan ayahnya pulak seorang pesakit sindrom down. Cerita-cerita lain x pulak aku mengalirkan air mata jantan aku ni.. Aku perasan kalau cerita dari negara luar mesti endingnya happy walau cerita sesedih mana pun. Cerita tempatan banyak yang habis dengan plot yang sedih..tapi x pernah pulak aku mengalir air mata..rasanyalah..eishh tak kot!
+sape2 nak tahu tentang Helen Keller bolehlah cari kat wikipedia..ada kot. Hah!

Monday, July 20, 2009

Friday, July 17, 2009

Puisi Mata Hati


Jangan kau miskin
Kalau kau miskin
Diaorang kata kau beban

Sampah yang x boleh dibuang
Dipelihara naik tocang

Merugikan pendapatan awam
Harga tambang nak naik terpaksa tangguh
Sebab kau miskin tidak berwang

Jangan kau miskin
Kalau kau miskin
Katanya;
Negara tidak produktif
Sebab kau sentiasa seduktif
Minta bantuan sahaja, kau sendiri tidak proaktif
Ini zaman hadhari, bukan zaman primitif

Jangan kau miskin
Kalau kau miskin
Kau akan dihina
Kau akan dinista

Banyak soalan yang kau akan di tanya
Macamana nak uruskan keluarga?
Macamana nak beli kereta?
Apa jaminan boleh bahagia?

Jangan kau miskin
Kalau kau miskin
Macam mana nak uruskan dunia?
Macamana nak elak sengketa?
Macam duit adalah segala-galanya..
Dia lupa dunia ini sementara

Tapi

Jangan kau kaya
Kalau kau kaya,
diaorang kata kau rasuah
biarlah kau miskin papa kedana
melarat naik bas, sekupang duit dalam poket
isi minyak kereta sepuluh ringgit cuma



biarlah kau sakit
perit merit
terpekik dalam batin berkocak, menangis
sewaktu isteri terbaring sendiri
anak tidur kelaparan
yuran PASTI bulan lepas belum berbayar


Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai yang dengki
atau tumpang sekaki
minta belanja secawan kopi
tolong bayar bil
atau belikan kayu api



Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai lagi setengah mati
nak jadi kaya
sampai mati tak kaya-kaya.



Tapi

Jangan kau sederhana
Kalau kau sederhana kau tak akan kemana
Belanja lebih katanya berlagak kaya
Belanja sedikit kau diperlekehkan pula
Belanja sederhana tidak pula di terima
Katanya sekadar itu cuma?
Tak tahu menilai, tak reti nak rasa

Jangan kau sederhana
Kalau kau sederhana
Dikatanya kau meniru, jgn penduli orang mesti peduli aku
Ikut lah aku satu persatu..
Di tolak segan, di terima malu
Banyaknya pihak tidak boleh berpadu

Jangan kau jangan..
Belah lah saja siapakah diri mu
Tekan lah tekan sampai ketemu
Biar berabu, biar pilu

Lebih baik jadi lembu
Habis nyawa..habis begitu
Akhirat tak payah bertemu

* tulisan senggeng adalah petikan dari tulisan Muhaimin Sulam pd 5/7/09. Di ambil dan di campur adukkan tanpa kebenaran. Tulisannya boleh dibaca di blog beliau di sisi kiri blog ni ada link.
*Boleh juga tgk Muhaimin yang pandai menulis dan aku yg tak reti menulis
* Lagu di cedok dgn kebenaran ya.. jgn slh faham

Wednesday, July 15, 2009

Pengaruh Huruf dalam hidup

ni gambar zaman muda ni..
sume set2 jahat saje kat dalam gambar ni ,
tak caya tgk tu ada rantai kat seluar tu, tu buat cekik tengkuk org tu
sekarang sume dah dewasa, dah ada anak pun, dah jadi ustaz, dah jadi cikgu dah jadi pensyarah,
dah keje pejabat-pejabat, dah jadi pegawai-pegawai, pakai kemeja, dah smart ddah-dah dan dah
dari kiri: basri, nizangi,lempuli(duduk), nazri, ujayi,apihi, matyi, boh jahati.

A - nama aku mula dengan huruf A

B - aku selalu nampak kat kedai makan dan kedai kopi yang aku singgah huruf B

C - dulu kawan aku ada buka Cc kat Kustem

D - sampai sekarang aku x ada jawapan Dian P. Ramlee anak P. Ramlee dengan sapa?..bapak aku pun tak tahu

E - aku ada E-mail, kawan2 selalu suka (gelak) dengan nama email tu

F - dulu memang aku takut kalau dapat F9 dalam Bahasa Inggeris

G - aku suka degar GGOK kat Trg.FM

H - H1N1.. aku takut wei

I - aku selalu tengok iklan I-talk sebelum berita jam lapan

J - ramai kawan aku jadi ustaz J-QAF

K - aku suka dengar lagu Kkk took my baby away

L - kelas aku sekarang dah tak ada LCD, dulu ada!

M - Aku pernah pegang dan angkat M16, tembak je tak pernah

N - nokia N70, model telefon aku

O - dulu, aku suka tengok cerita Opah, lakonan Ghazali Buyong, Normala Omar, Norlia Ghani dan kwn2 die

P - aku suka tengok cerita P. Ramlee, walaupun dah berkali-kali tengok

Q - dulu ada sebuah girl band nama QT- aku ingat lagu dia bunyi shoo..b doo.. shoo bdobdo papap

R - RPI tak siap-siap lagi..pening-pening..

S - nama aku sekerat lagi bermula dengan huruf S

T - dulu aku ada scooter dengan no. plate TR 876..aku dah jual RM350 je..ntah apa ke gile..skarang aku nyesal je rasa

U - ada jugak sekali sekala aku buat U-turn kat tempat tak boleh U-turn..haha jgn ikut!

V - scooter aku dulu tu model suzuki V100.

W - aku tak suka tegok WWF atau WCW atau apa-apa rancangan gusti

X - X-girlfren aku nama Liza, tak dok org pun tahu aku penoh ada gfren..dia gfren aku masa tadika.. waktu tu PASTI tak establish lg.

Y - aku pernah tgk Y2k main live

Z - aku dah ada 2 orang kenalan bernama Zack

KORANG APE PEDULIK!!!

Depa sume dah menang, aku je belum..tak boleh jadik ni..aku nak menang gak!

Tuesday, July 14, 2009

One Too Many Morning - Bobby (ini separuh je!)



Down the street the dogs are barkin'
And the day is a-gettin' dark.
As the night comes in a-fallin',
The dogs 'll lose their bark.
An' the silent night will shatter
From the sounds inside my mind,
For I'm one too many mornings
And a thousand miles behind.


From the crossroads of my doorstep,
My eyes they start to fade,
As I turn my head back to the room
Where my love and I have laid.
An' I gaze back to the street,
The sidewalk and the sign,
And I'm one too many mornings
An' a thousand miles behind.


It's a restless hungry feeling
That don't mean no one no good,
When ev'rything I'm a-sayin'
You can say it just as good.
You're right from your side,
I'm right from mine.
We're both just too many mornings
An' a thousand miles behind.....
...................
.......
* menang kecik menang ke kalah?
hahahahaha drama....drama... drama di mana-mana

Monday, July 13, 2009

Shhhhh! jangan main dengan ular, nanti kena PATUK!

Ular dijinak-jinakkan makan ia akan tuannya

Ular dijinak-jinakkan berkeras juga perlu ada.


Apa khabar Manek Urai?
Selamat mengundi esok hari!

Kalah dan Menang; dia kata

Haikal mengamuk kerana tak dapat e-book..
dia mengasingkan diri di bawah meja, jenuh PPM memujuk,
dah keluar pun mengamuk-ngamuk lagi..hahaha



Kalau menang kita akan bina di Manek Urai ini jambatan

Kalau menang kita akan jadikan Manek Urai bandar Agropolitan (Pak menteri aku)

Kalau Kalah nak bina apa? nak bina tembok?
Kalau Kalah nak jadikan apa? jadikan padang jarak?

Aku : Menang tetap arang buleh wak bakar jagung
Kalah jadi abu buleh wat baja

Tuesday, July 7, 2009

Jagung # ?

Inilah wajah e-book. awasi anak-anak anda daripada ragut!
e-book sama function dengan laptop biasa. K
emungkinan untuk di curi juga adalah sangat tinggi.
Berhati-hatilah!

Minggu ini aku betugas RMT sekolah..sudah tiga hari sepatutnya aku bertugas temasuk hari ini, tetapi ketiga-tiga hari aku ‘miss’ daripada tugasan tersebut. Hari pertama, hari Ahad. Aku turun seawall pukul 6.45 pagi, tapi aku tiba di sekolah dah pukul 7.45++. Aku miss. Hari ke dua, hari isnin, aku turun agak lewat dalam pukul 6.50 pagi namun setibanya aku ke sekolah hanya tinggal 2, 3 orang sahaja yang masih makan, makanan RMT. Aku Berjaya dapatkan menu, tetapi aku masih tidak berjaya dapatkan bilangan murid yang dating makan pada hari tersebut. Jadi aku simpulkan aku gagal. Hari ini, aku turun seawall pukul 6.40 pagi, dan sampai sebelum pukul 7.30 pagi. Tetapi tiada murid dan tiada makanan. Rupanya mereka semua sudah makan dan bila aku check rupanya ramai yang tak sempat makan kerana makanan habis. Dan bila aku check lagi, rupanya menu pagi ini ialah ayam dan kentang goreng.. patutlah. Aku cuba tanya pada guru-guru lama dekat sini siapa yang sebenarnya ‘incharge’ bahagian RMT untuk aku dapatkan jumlah semua murid yang sepatutnya mendapat manfaat tersebut. Namun semua jawapan yang diterima agak mengecewakan. Antara jawapan yang lazim aku dapat “ Tak tahu” atau ‘berapa tak tahu, saya tak pasti” atau “cuba tanya cikgu…” (sambil bertanya kepada guru yang lain), dan memberikan jawapan yang was-was.. Ini semua merapu!

KETINGGALAN

Sudah agak lama aku tidak ter’miss’ call kawan atau memberikan sms kosong kepada rakan kontak. Bila aku renung-renung rupanya mungkin sebab aku sudah tidak lagi meletakkan phone aku di dalam poket atau mungkin sebab keadaan phone dulu itu sendiri(phone yg rosak tu), sekarang tiada lagi kotoran degil!. Masalah itu kira setel. Masalah aku sekarang ialah masalah LUPA. Hari ahad, hari tu sebab aku sampai lewat ke sekolah ialah kerana inilah-lupa. Aku lupa kasut, makanya aku kembali semula ke rumah untuk mengambil kasut. Sebenarnya sudah 2 kali kejadian yang sama berlaku, tetapi kali ini jaraknya agak jauh, dan ia mengambil masa yang agak panjang. Semalam pun aku lupa lagi..kali ini aku lupa ambil phone aku yang tertinggal di dalam kelas semasa ingin hadir ke suatu majlis bersama Pengarah di sebuah hotel, makanya aku bergegas kembali ke sekolah untuk mengambil phone tersebut. Hari ini aku lupa phone lagi, walaupun dua tiga orang dah bertanya dan pesan “kemana phone? tinggal sarung je..” aku cakap “Allah, ada kat kelas” “pergila ambil nanti tertinggal” “baiklah”. Sampai kat kelas aku ambil benda lain dan terus ke tempat yang lain tanpa mengambil phone tersebut. Hari Ahad baru ni pun sama, aku tertinggal juga; laptop. Juga di dalam kelas. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terpaksa berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal itu-laptop. Memang minggu ni agaknya minggu lupa aku

BENDAHARI

Walaupun aku ni agak pelupa, tapi tidak pula aku di lupakan oleh guru-guru dan kakitangan kat sekolah ini dalam hal tugasan. Hari Ahad baru-baru ini sepatutnya aku bertanggung jawab untuk berucap di perhimpunan sekolah bagi melaporkan semua perkara / aktiviti yang berlaku pada minggu lepas; sebab aku adalah guru yang bertugas pada minggu lepas. Dan oleh kerana aku sampai lewat ke sekolah, pada hari itu kerana ketinggalan kasut, makanya masa untuk bersedia bagi memberikan ucapan agak suntuk, dan tiba-tiba seorang guru telah pun menelefon aku; x sempat nak angkat. Dan seorang guru yang lain pulak call katanya guru besar dan PK HEM sibuk mencari-cari aku untuk ucapan tersebut, lalu kataku tolong saja ganti ku dan katanya dia tiada idea untuk berucap. Bila aku sampai ke tapak perhimpunan Guru Besar telah memberi ucapan dan aku terlepas.. Sibuklah guru-guru perempuan mengatakan aku ponteng..agak aku la, sebab bila jumpa je mesti mereka tengok aku lain macam. Hahahaha. Tapi aku hairannya kalau cikgu lain x beri ucapan, x dela pulak mereka sibuk-sibuk, tak tahu pun sapa yang bertugas pd minggu lepas etc. Ini mmg aku hairan dan x ramai jugak guru-guru kat sini yang selalu ke tapak perhimpunan, aku lihat ada je guru yang duk melepak kat kantin time perhimpunan, tapi semenjak aku dan PK KO aku yang selalu kelihatan di tapak perhimpunan barula aku perasan dah tak ramai guru yang melepak di kantin, tapi ada lagi.

Hari ini, aku tidak dilupakan lagi untuk mereka beri aku tugasan. Aku di lantik tanpa undian ramai untuk menjadi bendahari Koperasi Sekolah. Sebelum itu aku di lantik sebagai Pengurus Koperasi dan aku cakap aku x reti dan tidak tahu di mana untuk aku order barang dan sebagainya.. mereka yang hadir di dalam mesyuarat tanpa surat itu semua tergelakkan aku, akhirnya GB menetapkan supaya aku diberikan tugas sebagai bendahari memandangkan aku adalah bendahari Program Integrasi yang tak formal. Dan tidak semena-mena juga aku diajukan surat untuk mesyuarat S/U sukan peringkat daerah dengan katanya aku adalah S/U sukan sekolah yang baru dan telah di lantik..apa ni? 3 kali pelawaan aku tolak untuk jawatan ini atas alasan aku berada di Program Integrasi bukan program perdana tapi akhirnya aku kena jugak. Kerja S/U sukan ini mmg aku pernah buat di sekolah lama malah aku boleh dikatakan berjaya dengan tugasan itu dan hasil kerja buat aku pun pernah dijadikan contoh, tapi untuk menjadi S/U sukan di sini adalah sesuatu yang berlainan yang susah difahami oleh kebanyakan guru dan pentadbir sekali pun.. memang aku pelupa tapi aku tidak dilupakan. Nasib-nasib. Kira pitih lu sket!





+ esok keputusan PPSMI mari kita dengar dan tengok


+ jagung 2 minggu direct x menege, apa citer?

Saturday, July 4, 2009

M kelas # 2

“mung ngiga ke? (mengigau)” itulah kata-kata pertama yang terpacul di mulut seorang rakan bila aku ajukan untuk jamm bersama… aku katakan tidak bolehkah aku jamm? Kadang-kadang benda yang telah lama kita tak buat, dan bila kita sesekali buat maka ia seperti membuat sesuatu tanpa kita sedar…jika seorang perompak yang telah lama meninggalkan aktiviti merompak dan merompak sekali lagi maka tidaklah boleh dia disabitkan dari sebarang kesalahan jenayah kerana dia dianggap mengigau, dan mengigau itu adalah satu tindakan di bawah sedar.. wah, wah, wah mesti haru.. hahaha

Dan semalam, aku jamming lagi dengan rakan yang sama dan dengan pertambahan seorang ahli yang lain..tidak pulak aku diajukan soalan samada aku mengigau atau tidak.. Aku akui muzik ni memang susah di buang terus dari hati. Dia ada semacam penyakit rindu bila lama-lama kita tinggalkan.. aku tidak berapa kisah sangat sebenarnya. Dulu, bila tensen sering jugak aku jamm walaupun duit dah tinggal serdak.. ya lah, masa tengah jamm boleh lupakan sedikit masalah..tapi itu dulu, sekarang walau tensen atau tidak, aktiviti jamm ni sudah terlalu jarang aku buat… dan aku pun selesa begini. Rasa kepuasan melakukan aktiviti riadah ni pun sudah agak pudar… Cuma bila penyakit rindu datang, aku selalu saja akur dengan naluri bermuzik aku jika tiada halangan dari segi pengaksi, studio, dan masa.

Aku tidak mempunyai hobi yang khusus… aku tidak gila melakukan sesuatu kerja yang bukan kerja… Aku tidak rasa bahawa bermuzik itu adalah hobi ku, dan tidak pula aku rasa bermain juga sebagai hobi, malah tidur yang selalu aku buat pun tidak aku kategorikan sebagai hobi.. Biasa aku dengar kawan-kawan bila bersembang tentang sesuatu, mereka sangat bersungguh-sungguh, contohnya memancing, asyik sekali mereka bercerita. Contohnya bermain, futsal, badminton dan sebagainya, mereka juga sangat bersungguh-sungguh. Contohnya bermuzik, mereka juga bercerita dengan bersungguh-sungguh juga…

Aku juga tidak mempunyai minat kepada makanan yang melampau-lampau. Aku tidak boleh merasa sedap dengan tidak.. kalau kena dengan selera tekak, aku boleh makan, kalau tidak aku hanya cakap tak sedap. Tu je. Aku tidak boleh review makanan dan aku tidak tahu di mana kedai yang menyediakan makanan yang lazat-lazat.. kawan-kawan selalu juga bercerita tentang kedai itu dan ini tapi bagi aku lebih kurang saje. Tidak ada excitement langsung. Tidak sangat teruja.. Ada juga orang yang mengatakan bahawa aku ni manusia yang hilang nikmat. Walau bagaimana pun aku sangat terkejut dengan sebuah kedai di area Semerak Kelantan yang menjual pulut ikan bakar..sedap, tapi tidaklah pulak sampai ia menjadi kegilaan aku.. Aku pelik kerana ia sangat murah dan lain dari kebiasaan.

Aku pun tidak tahu apa yang aku hendak tulis dan apa aku merapu…tapi aku tidak mahu ketinggalan.. ketinggalan mende? Kapal terbang? Feri? Perahu?.. Aaah ape ni!