Thursday, July 23, 2009

Merapu - ikan kerapu!

jom ziarah amelia kat kampung!

Dua tiga hari kebelakangan ni, aku selalu sahaja terasa letih…tidur seawal pukul 11 malam pun msh lagi berat untuk bangun awal pagi, dan bila bangun pulak, mesti kepala rasa pening dah tubuh rasa tak sedap. Bukan! Ini bukan mamai. Ini pening, menyucuk-nyucuk sebelah kepala..tengkuk sakit, badan pun sakit. Padahal minggu ini aku tak banyak kerja..eh silap, bukan x banyak kerja, tak banyak buat kerja…

Power Rangers


Minggu ni, aku start ajar power point pada budak2 kumpulan 1. Ye betul, aku mengajar sains, tapi aku ajar macamana nak buat power point… Dan yang sebetulnya aku tak ada point untuk mengajar budak2 tu. Jadi aku sediakan gambar2 pada e-book masing2 dan aku suruhla deme masukkan gambar2 tersebut ke dlm power point dan aku suruh dia tulis perkataan pada setiap gambar tersebut. Satu slaid hanya satu gambar. Maka banyaklah slaid. Sebenarnya aku teringatkan Hakimi, yang jauh lebih tidak berupaya dari mereka yang berada di program ini, tapi tahu menggunakan computer. Tidak! Rumahnya tiada computer dan dia miskin. Memang sejak kebelakangan ini aku selalu teringatkan dia… apa lagi aku mendapat SMS dari sahabat yg memikirkan arah tujunya selepas ini.. aku tidak ada idea buat masa ini, sebab dia berada jauh dariku.

Minggu Ini dan Akan Datang


Aku juga sedang mempertimbangkan untuk menarik diri dari kolektif jagung kerana masalah komitmen. Ye la, berapa kali sangat aku boleh betul2 meniaga jumaat sabtu. Minggu lepas ari jumaat ada program sekolah, ari sabtu pulak ada program sekolah/ppd (TID sepaktakraw n bola jarring). 7 hari seminggu aku jadi hamba kerajaan. Tapi mujur seorang kawan sanggup menggantikan tempat aku untuk program pada hari sabtu tersebut. Aku betul-betul penat dengan semua benda ni, nak kene ke hulu balik ke hilir dan ke hilir balik ke hulu tiap-tiap hari bukanlah sesuatu yang bijak. Minggu ni juga ada pada hari esok (TID – bola tamper) minggu sekali lagi puan ada (TID bola baling), minggu sekali lagi pun ada, minggu sekali lagi pun ada dan minggu sekali lagi pun ada pendek kata tiap2 minggu sebelum Ramadhan menjelang tiba. Tapi untuk esok pun aku sekali lagi minta tolong kawan gantikan.. dan aku tak sanggup mintak tolong orang ganti buat keje aku tiap2 minggu.

Juga Lagi


Aku juga selalu rindukan sekolah lama..ye la, orang kata tempat jatuh lagi dikenang. Dulu, betapa tensennya aku rasa berada di sekolah lama. Sume keje asyik-asyik Shabri, itu Shabri ini Shabri… tapi sebenarnya aku rasa hati aku lebih dekat dengan keadaan dan sekeliling seperti di sana walaupun dibebani dengan keje-keje yang menimbun. Sehingga 2 hari lepas pun ada lagi mereka yang menghubungi aku berhubung kerja yang sepatutnya aku uruskan di sana, mereka tidak tahu bahawa aku sudah hampir 7 bulan bertukar ke negeri asal hahaha. Di tempat baru ni aku lebih rileks. Keje tanpa tekanan yang menekan-nekan. Tapi tetap aku rasa kosong..tidak tenang..mungkin kerana hal keadaan rumah dan tempat keje yang jauh dan mungkin sebab aku rasa aku rapat dengan manusia yang digelar ‘pekak’.

Fakta


Jumaat minggu lepas di Masjid Taqwa, Batu 6.. Ustaz Azhar ada menyebut “ kalu Allah buat dia buta, Allah dok buat dia pekok. Kalu Allah buat dia pekok-bisu, Allah dok buat dia buta.” Sebenarnya ada manusia yang diberikanNya pakej 3, buta, pekak dan bisu (bisu terjadi sebab dia pekak, tak dengar orang cakap..tapi ada juga manusia yang memang dilahirkan tiada suara). Aku rasa fakta Ustaz Azhar itu salah.. memang ada kes terjadi ke atas manusia mengalami ketiga-tiga masalah tersebut, contohnya Helen Keller. Aku pernah tgk cerita mengenainya kat Maktab dulu sbb iyalah, aku ambik pendidikan khas, dan mungkin akan berdepan dengan orang mcm ni… ada sebuah cerita hindi yang mengambil dari cerita Helen Keller ni..tapi disadurkan dan dihindikan (sebenarnya aku x tgk pun cerita tu, ada tengok sikit je kat kepala cerita, dan aku boleh agak pengarah cuba membayangkan kisah hidup Helen keller). Dan aku benar-benar tidak tahu samada betul ke ada orang di India yang mengalami ketiga-tiga masalah tersebut serentak. Tapi 2 tahun lepas aku ada terima satu panggilan telefon dari seorang kwn yang menyatakan anak saudaranya mengalami ketiga-tiga masalah tersebut, dan menanyakan aku penempatan untuk ‘ahli syurga’ tersebut belajar. Kalau x silap sewaktu kwn aku telefon umurnya 3 tahun. Dulu aku igt aku akan terus berada di sana dan aku dengan tak saying mulutnya menyuruh agar dia bawa anak itu ke sekolah aku bila mencapai umur 5/6 tahun dan tgk samada pihak pentadbir sekolah boleh menerima ‘anak’ tersebut atau tak. Aku tidak salahkan Ustaz Azhar, malah aku masih menghormatinya dan masih mahu banyak belajar dari kuliah-kuliahnya..tapi kadang2 kita salah fakta!

Bapak dan Anak


Smalam pulak aku tgk tiga movie, CJ7, IP Man, dan Wushu, Kesemua tiga-tiga cerita tu adalah cerita dari Negara China. Tak sangka pulak aku boleh termengalir air mata tgk cerita CJ7, bila tiba part seorang kanak-kanak menghalau gurunya dan mengharapkan ayahnya berada di sisi pada keesokan harinya (kalau sesape dah tgk cite tu mesti tau part mana). Seingat aku, hanya dua buah cerita yang telah berjaya mengalirkan aku air mata. Satu, cerita “My name is Sam” dan yang ini adalah yang kedua. “My name is Sam” pun cerita mengenai seorang budak dengan ayahnya jugak, dan ayahnya pulak seorang pesakit sindrom down. Cerita-cerita lain x pulak aku mengalirkan air mata jantan aku ni.. Aku perasan kalau cerita dari negara luar mesti endingnya happy walau cerita sesedih mana pun. Cerita tempatan banyak yang habis dengan plot yang sedih..tapi x pernah pulak aku mengalir air mata..rasanyalah..eishh tak kot!
+sape2 nak tahu tentang Helen Keller bolehlah cari kat wikipedia..ada kot. Hah!

10 comments:

  1. yie, kat aku still ada movie hellen keller.. aku penah burn dulu n masih simpan lagi. ada kat atas meja guru aku.. harap maklum. heheheh

    ReplyDelete
  2. ejam,
    harap buley post kat aku kahkahakah..nak buat rujukan balik..kihkihkih

    ReplyDelete
  3. Aku rasa ustaz Azhar maksudkan biasanya atau kebanyakannya begitu. Biasalah mengaji di kg, kadang2 tak berapa jelas. maksud aku, ada lagi sambungannya sepatutnya yang tak dinyatakan. Ada lagi pengecualiannya. Aku wase lah. hehe

    ReplyDelete
  4. aku try mengeburn secepat mungkin jika kelapangan ok.

    ReplyDelete
  5. mu ni memang ada soft spot untuk disable lah briee. Org kata org yg baik utk org yg baik. Insyaallah!

    ReplyDelete
  6. FastRi;
    mungkin.. tapi nadanya mlm itu menyungguh..

    Ejam;
    tima kasih..sgt menghargainya

    MatYie;
    :) x tahu..mungkin! Amin..

    ReplyDelete
  7. alamat mung menda? nak post helen keller

    ReplyDelete
  8. cikgu, betul ke cikgu nak tinggalkan kolektif jagung? bagaimanakah nasib idip2 dan basreejaya? berjayakah mereka menempuh hidup? owh.. sesungguhnya mereka adalah orang yang kesian!

    ReplyDelete
  9. BG
    dok tahu la ambe bos..rase kena..x ape deme 2 org tu blh teruskan tanpa ambe pun, InsyaAllah

    ReplyDelete
  10. skt bdn mcm 2... g ubat @ urut cpat2...aku br dpt drah tggi...

    fkta...x smua org ska hfal....kcuali prof srba tau...mpik pn ada...

    cti ni g r lwat hkimi...ubt skt rndu...bg ht n mnda tnang skt...mslh keje n d rmah dh sntiasa ada...yg blh ubati...bt skt2...

    ustaz pn m'sia gak...msti ada slh...sdg kn ustz faiz ambar pn blh....

    sdap je aku tlis oookkk...mcm best je aku...lntk r...aku x p'nah dpt jg skan d sni...

    ReplyDelete