Saturday, July 4, 2009

M kelas # 2

“mung ngiga ke? (mengigau)” itulah kata-kata pertama yang terpacul di mulut seorang rakan bila aku ajukan untuk jamm bersama… aku katakan tidak bolehkah aku jamm? Kadang-kadang benda yang telah lama kita tak buat, dan bila kita sesekali buat maka ia seperti membuat sesuatu tanpa kita sedar…jika seorang perompak yang telah lama meninggalkan aktiviti merompak dan merompak sekali lagi maka tidaklah boleh dia disabitkan dari sebarang kesalahan jenayah kerana dia dianggap mengigau, dan mengigau itu adalah satu tindakan di bawah sedar.. wah, wah, wah mesti haru.. hahaha

Dan semalam, aku jamming lagi dengan rakan yang sama dan dengan pertambahan seorang ahli yang lain..tidak pulak aku diajukan soalan samada aku mengigau atau tidak.. Aku akui muzik ni memang susah di buang terus dari hati. Dia ada semacam penyakit rindu bila lama-lama kita tinggalkan.. aku tidak berapa kisah sangat sebenarnya. Dulu, bila tensen sering jugak aku jamm walaupun duit dah tinggal serdak.. ya lah, masa tengah jamm boleh lupakan sedikit masalah..tapi itu dulu, sekarang walau tensen atau tidak, aktiviti jamm ni sudah terlalu jarang aku buat… dan aku pun selesa begini. Rasa kepuasan melakukan aktiviti riadah ni pun sudah agak pudar… Cuma bila penyakit rindu datang, aku selalu saja akur dengan naluri bermuzik aku jika tiada halangan dari segi pengaksi, studio, dan masa.

Aku tidak mempunyai hobi yang khusus… aku tidak gila melakukan sesuatu kerja yang bukan kerja… Aku tidak rasa bahawa bermuzik itu adalah hobi ku, dan tidak pula aku rasa bermain juga sebagai hobi, malah tidur yang selalu aku buat pun tidak aku kategorikan sebagai hobi.. Biasa aku dengar kawan-kawan bila bersembang tentang sesuatu, mereka sangat bersungguh-sungguh, contohnya memancing, asyik sekali mereka bercerita. Contohnya bermain, futsal, badminton dan sebagainya, mereka juga sangat bersungguh-sungguh. Contohnya bermuzik, mereka juga bercerita dengan bersungguh-sungguh juga…

Aku juga tidak mempunyai minat kepada makanan yang melampau-lampau. Aku tidak boleh merasa sedap dengan tidak.. kalau kena dengan selera tekak, aku boleh makan, kalau tidak aku hanya cakap tak sedap. Tu je. Aku tidak boleh review makanan dan aku tidak tahu di mana kedai yang menyediakan makanan yang lazat-lazat.. kawan-kawan selalu juga bercerita tentang kedai itu dan ini tapi bagi aku lebih kurang saje. Tidak ada excitement langsung. Tidak sangat teruja.. Ada juga orang yang mengatakan bahawa aku ni manusia yang hilang nikmat. Walau bagaimana pun aku sangat terkejut dengan sebuah kedai di area Semerak Kelantan yang menjual pulut ikan bakar..sedap, tapi tidaklah pulak sampai ia menjadi kegilaan aku.. Aku pelik kerana ia sangat murah dan lain dari kebiasaan.

Aku pun tidak tahu apa yang aku hendak tulis dan apa aku merapu…tapi aku tidak mahu ketinggalan.. ketinggalan mende? Kapal terbang? Feri? Perahu?.. Aaah ape ni!

12 comments:

  1. Apakah makanan yang di katakan melampau2 tu? Mmmm... duk pikir lagi ni.. mmmmm

    ReplyDelete
  2. Nur,
    hurm, maksudnya minat kepada sesuatu makanan dengan bersungguh-sungguh hati, contohnya mee bandung " pergh, rasa dia dalam banyak2 kedai, kedai A bes sekali, dia punya rasa belacan tu..pergh bes, lepas tu pedas dia tak berapa sangat, mee diaa lembut, sayur dia banyak..memang bes ah, aku kalau tiap2 kali lalu mesti aku singgah" hahaha gitulah akan maksudnya

    ReplyDelete
  3. bukan ke mu tergila2 kan game kapal angkasa masa kita duk di tmn permata dulu...hahahahah

    ReplyDelete
  4. waaaaaaa.. mu jammmm dehh..
    patotlaaa minat juliza adzlizang...hehehhee

    ReplyDelete
  5. Lempu,
    ntah la, aku x igt..mungkin jugak..tapi mungkin blm sampai tergila-gila...Masa kat taman permata ari tu aku ingat aku tergila-gilakan gadis yang raut wajahnya seperti nurul izzah anwar hahahaha

    Makcu,
    x semestinya sbb jamm minat Juliza adzlizan.. saya lebih minat dengan TGNA dan TGHH.. tapi juliza adalah bekas kekasih saya.. err dia menyanyi lagi ke ah?

    ReplyDelete
  6. hehehe.. mun tahap kene kawin doh ni beri..

    ReplyDelete
  7. Cursive,
    Eh, ye ke? bakpe pulok?

    ReplyDelete
  8. mung sorg m'sia yg plik n xada ctrsa...tp mung t'llu giat m'bt keje sj...mmg ia nya luar dr keje...tp i2 sj yg mung truja...jd i2 la hobi mung...."slagi blm ttp mta...keje,keje...

    ReplyDelete
  9. Rul,
    Batara guru call ari tu,dia igt aku kat chendering... dia nak tmpang blk airport..i miss the train la, kalau x boleh suh dia belanja sotong celup tepung... biarla aku x berapa mkn pun hahaha

    ReplyDelete
  10. mmg active mindedla ko ni beri.. ko kena kawin ni..baru seimbang hormon badan ko yg org len ingat pelik tu.. biar mung bijok, bining mung pun bijok.. pastu bleh selalu berbiniing...ngeh..ngeh..ngeh

    ReplyDelete
  11. mung g mkn b'2 je ngn dia....x goossip dh....batara gruh dh kawen...tp i miss jg...nnt aku dtg mung blnja mkn best2 d sna k...mung x tak tau kdai...tp aku tau....CAN-CAN

    ReplyDelete
  12. ejam;
    tegakkan tangan hingga ke siku pusingkan dia secara berat dan susah payah dan angkat jari telunjuk..itu isyarat mende?

    Rul;
    can

    ReplyDelete