Tuesday, July 7, 2009

Jagung # ?

Inilah wajah e-book. awasi anak-anak anda daripada ragut!
e-book sama function dengan laptop biasa. K
emungkinan untuk di curi juga adalah sangat tinggi.
Berhati-hatilah!

Minggu ini aku betugas RMT sekolah..sudah tiga hari sepatutnya aku bertugas temasuk hari ini, tetapi ketiga-tiga hari aku ‘miss’ daripada tugasan tersebut. Hari pertama, hari Ahad. Aku turun seawall pukul 6.45 pagi, tapi aku tiba di sekolah dah pukul 7.45++. Aku miss. Hari ke dua, hari isnin, aku turun agak lewat dalam pukul 6.50 pagi namun setibanya aku ke sekolah hanya tinggal 2, 3 orang sahaja yang masih makan, makanan RMT. Aku Berjaya dapatkan menu, tetapi aku masih tidak berjaya dapatkan bilangan murid yang dating makan pada hari tersebut. Jadi aku simpulkan aku gagal. Hari ini, aku turun seawall pukul 6.40 pagi, dan sampai sebelum pukul 7.30 pagi. Tetapi tiada murid dan tiada makanan. Rupanya mereka semua sudah makan dan bila aku check rupanya ramai yang tak sempat makan kerana makanan habis. Dan bila aku check lagi, rupanya menu pagi ini ialah ayam dan kentang goreng.. patutlah. Aku cuba tanya pada guru-guru lama dekat sini siapa yang sebenarnya ‘incharge’ bahagian RMT untuk aku dapatkan jumlah semua murid yang sepatutnya mendapat manfaat tersebut. Namun semua jawapan yang diterima agak mengecewakan. Antara jawapan yang lazim aku dapat “ Tak tahu” atau ‘berapa tak tahu, saya tak pasti” atau “cuba tanya cikgu…” (sambil bertanya kepada guru yang lain), dan memberikan jawapan yang was-was.. Ini semua merapu!

KETINGGALAN

Sudah agak lama aku tidak ter’miss’ call kawan atau memberikan sms kosong kepada rakan kontak. Bila aku renung-renung rupanya mungkin sebab aku sudah tidak lagi meletakkan phone aku di dalam poket atau mungkin sebab keadaan phone dulu itu sendiri(phone yg rosak tu), sekarang tiada lagi kotoran degil!. Masalah itu kira setel. Masalah aku sekarang ialah masalah LUPA. Hari ahad, hari tu sebab aku sampai lewat ke sekolah ialah kerana inilah-lupa. Aku lupa kasut, makanya aku kembali semula ke rumah untuk mengambil kasut. Sebenarnya sudah 2 kali kejadian yang sama berlaku, tetapi kali ini jaraknya agak jauh, dan ia mengambil masa yang agak panjang. Semalam pun aku lupa lagi..kali ini aku lupa ambil phone aku yang tertinggal di dalam kelas semasa ingin hadir ke suatu majlis bersama Pengarah di sebuah hotel, makanya aku bergegas kembali ke sekolah untuk mengambil phone tersebut. Hari ini aku lupa phone lagi, walaupun dua tiga orang dah bertanya dan pesan “kemana phone? tinggal sarung je..” aku cakap “Allah, ada kat kelas” “pergila ambil nanti tertinggal” “baiklah”. Sampai kat kelas aku ambil benda lain dan terus ke tempat yang lain tanpa mengambil phone tersebut. Hari Ahad baru ni pun sama, aku tertinggal juga; laptop. Juga di dalam kelas. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terpaksa berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal itu-laptop. Memang minggu ni agaknya minggu lupa aku

BENDAHARI

Walaupun aku ni agak pelupa, tapi tidak pula aku di lupakan oleh guru-guru dan kakitangan kat sekolah ini dalam hal tugasan. Hari Ahad baru-baru ini sepatutnya aku bertanggung jawab untuk berucap di perhimpunan sekolah bagi melaporkan semua perkara / aktiviti yang berlaku pada minggu lepas; sebab aku adalah guru yang bertugas pada minggu lepas. Dan oleh kerana aku sampai lewat ke sekolah, pada hari itu kerana ketinggalan kasut, makanya masa untuk bersedia bagi memberikan ucapan agak suntuk, dan tiba-tiba seorang guru telah pun menelefon aku; x sempat nak angkat. Dan seorang guru yang lain pulak call katanya guru besar dan PK HEM sibuk mencari-cari aku untuk ucapan tersebut, lalu kataku tolong saja ganti ku dan katanya dia tiada idea untuk berucap. Bila aku sampai ke tapak perhimpunan Guru Besar telah memberi ucapan dan aku terlepas.. Sibuklah guru-guru perempuan mengatakan aku ponteng..agak aku la, sebab bila jumpa je mesti mereka tengok aku lain macam. Hahahaha. Tapi aku hairannya kalau cikgu lain x beri ucapan, x dela pulak mereka sibuk-sibuk, tak tahu pun sapa yang bertugas pd minggu lepas etc. Ini mmg aku hairan dan x ramai jugak guru-guru kat sini yang selalu ke tapak perhimpunan, aku lihat ada je guru yang duk melepak kat kantin time perhimpunan, tapi semenjak aku dan PK KO aku yang selalu kelihatan di tapak perhimpunan barula aku perasan dah tak ramai guru yang melepak di kantin, tapi ada lagi.

Hari ini, aku tidak dilupakan lagi untuk mereka beri aku tugasan. Aku di lantik tanpa undian ramai untuk menjadi bendahari Koperasi Sekolah. Sebelum itu aku di lantik sebagai Pengurus Koperasi dan aku cakap aku x reti dan tidak tahu di mana untuk aku order barang dan sebagainya.. mereka yang hadir di dalam mesyuarat tanpa surat itu semua tergelakkan aku, akhirnya GB menetapkan supaya aku diberikan tugas sebagai bendahari memandangkan aku adalah bendahari Program Integrasi yang tak formal. Dan tidak semena-mena juga aku diajukan surat untuk mesyuarat S/U sukan peringkat daerah dengan katanya aku adalah S/U sukan sekolah yang baru dan telah di lantik..apa ni? 3 kali pelawaan aku tolak untuk jawatan ini atas alasan aku berada di Program Integrasi bukan program perdana tapi akhirnya aku kena jugak. Kerja S/U sukan ini mmg aku pernah buat di sekolah lama malah aku boleh dikatakan berjaya dengan tugasan itu dan hasil kerja buat aku pun pernah dijadikan contoh, tapi untuk menjadi S/U sukan di sini adalah sesuatu yang berlainan yang susah difahami oleh kebanyakan guru dan pentadbir sekali pun.. memang aku pelupa tapi aku tidak dilupakan. Nasib-nasib. Kira pitih lu sket!





+ esok keputusan PPSMI mari kita dengar dan tengok


+ jagung 2 minggu direct x menege, apa citer?

6 comments:

  1. selamat pagi cikgu!!jangan bahang RMT wak balik sudoh..dok pun wak makan tengah hari...hahaha

    ReplyDelete
  2. dulu masa aku dpt tau yg aku ditempatkan di dungun, sepu aka the farouk, "abih la mung, kene skoloh sultan omar. budok2 bapok jahat." lebih kurang gitu la katanya. dan alhamdulillah, mmg aku ditmptkan di skoloh tu. masa tu disiplin agak terkawal dan bila pengetua tu bersara dan dpt pengetua baru, disiplin semakin x tkwl. maka, sultan omar (so) mmg terkenal dengan masalah disiplin pelajar, walaupun di sisi lain byk juga kejayaannya. aku tak kesah semua tu. aku selesa di sini dari segi kerja buat. aku rasa cikgu2 sini xlah sesibuk cg2 skoloh lain. mungkin salah satunya cikgu2 sini mencecah 100 org. Jawatan aku yg paling besar yg baru aku lepas ialah bendahari PIBG. dgn jawatan tu aku dikecuali dari jd guru kelas dan kerja2 lain pun agak terkawal, tadok kerja ngarut. leni aku available dan ada yg suruh aku amik bendahari koperasi pulok. 1 jwtn yg paling aku xmboh & tkt. aku tkt nak berurusan dgn supplier. aku x kesah kalau stkt buat akaun dan uruskan ke$. kesimpulannya, aku rasa bersyukur duduk skoloh ni. rasa tak terbeban sangat dengan kerja buat. seronok ada la. sori bos, panjang sket.

    ReplyDelete
  3. rohock
    slmt ptg..saya tidak akan!

    Fastri
    aku sedang mendengar KARUT - ANOTHER ME

    ReplyDelete
  4. i miss the train very much...
    mmg plik org skliling...i2 sbb aku x ska amek tau hal org len d sek...bt skit ht je nyibk psal aku...tmbh2 aku d sek ngn wife...x bt keje depa ngata...bt keje pn depa ngata....
    "org,org pnye psal...sy x ska nk msk cmpr...."
    a.r.tompel

    ReplyDelete
  5. rul
    hhah haha. high court, supreme court tennis court

    ReplyDelete
  6. 'court kering mu beh'
    -syed sokmomu beh

    ReplyDelete