Friday, December 3, 2010

Hadiah

Ini hadiah hari krismas...kahkahkah!

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

azlanSemua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.


Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.





sumber: Malaysiakini.com

Tuesday, October 12, 2010

Saturday, October 2, 2010

Langgar!!!

kereta untuk dijual!!!

4) Dua tiga minggu ni, badan rasa lenguh-lenguh... bukan sebab banyak main, dan bukan sebab tak main. Juga bukan sebab banyak kerja, dan bukan pulak tadak kerja..tapi badan tak mahu jadi sihat. Orang arab kata "al- aqlis sallim fil jismis sallim", konon katanya "minda yang cerdas datang dari tubuh yang sihat". Hahah, tapi sepatutnya orang-orang arab tu jugak patut tambah "minda yang serabut, badan jadi lenguh biut". Haha, orang arab-orang arab. Sebut pasal arab, teringat pulak The Cure....
Sakit kepala sebelah ni apa cerita?

5) Dua, tiga hari lepas ada kawan ofer buat berbekam kat rumah dia..peluang keemasan katanya, kerana tukang bekam ni bukan selalu ada...caj berbekam pulak sangat murah berbanding di tempat-tempat komersial seperti yang terdapat di Giant. Aku nak sangat pergi... tapi tak berkesempatan. Keluar minum dengan kawan-kawan pun langsung tiada dalam diari harian.. aku nak sangat tulis semula dalam diari " malam ini keluar minum dengan Jang!". Tapi tiba waktu malam je,... terus hilang ingatan.

6) Dah lama aku tak ke Masjid Taqwa, batu 6, atau Masjid Duyung. Nasib baik masih lagi ada hati untuk ke masjid dekat kampung walaupun sekadar untuk solat isyak dan kadang-kadang subuh. Sebenarnya bukan tak nak pergi, tapi tiada tertulis juga dalam diari..kenapa eh semua yang ditulis dahulu semuanya dah tertanggal dakwat? Betul-betul BSKL!

8) Orang kata penantian itu satu penyeksaan... memang betul. Naik gila aku dibuatnya kerana menunggu.. sekarang ni duk tengah merapu ni kerana menunggula.. tunggu petang menjelma.. jangan hujan di tengah hari sudah...dan jangan pula hujan tak berenti-renti. Ya Allah, janganlah kau turunkan hujan jika ia berupa bencana.... Hujan itu dari segi fitrahnya adalah rezeki!

3) Minggu depan, aku travel dengan ahli-ahli syurga. Harapnya, tempias keahliannya terlekat pada aku juga. Boleh ke masuk syurga kalau tak beramal? Dan boleh ke masuk syurga kalau selalu berbuat mungkar? Bolehkah hanya mengharapkan rahmat Tuhan, sedang diri sendiri selalu memusuhiNYA? errr..

8 lagi) Dulu, masa di maktab..kerap juga aku travel dengan ahli syurga harapnya. Kami ke merata tempat dengan naik kaki dan kenderaan awam. Kata-kata AR Tompel selalu jadi pegangan " lebih baik kita jalan kaki, dah tentu penat!". Hahahahaha


p/s: Kalaula mereka tahu penat jalan kaki sebenarnya nikmat...tentu mereka tidak kesal dalam memilih serta bersedia untuk berjalan..... walau dengan apa cara sekalipun.

p/s lagi : Li, demo mikir abih doh ko nok terimo jadi calon? malu Li,..malu!!



" Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh).
Sehingga kamu masuk kubur.Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!". - At Takathur 109: 1-3

Wednesday, September 29, 2010

Tinggi ???

No. 2

Itu no rumahnya
Di lorong kedua, di taman kedua
Dari taman perumahan mega

No. 2, itu yang dia dapat
Nak lari lagi cepat, nafas dah sesak
Perlahan, dipintas pula
Berduyun-duyun... mereka

Melompat, takut jadi katak
Meluncur, takut jadi ular
Berlari, atas tanah ada duri
Terbang, awan hitam pula menghalang
Berenang, nanti dia tenggelam
Berkenderaan, naik keldai mana padan

Ada tembok memisahkan
Ada khandak, tak terjangkaukan
Muhyidin takkan nak lawan Najib
Kah Kah Kah Kah
Mau mati ke?

Terrima.

-samsa-
di pondok itu pada sekian tarikh



p/s: Amacam Galas ? Tergalas ke tak tergalas? Nak kena tanya Ku Li ke ni?


"Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara telah diputus, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman". - Maryam 19:39

Merapu ikan kerapu # 2

kamu bagaimana?


Apa murid-murid?

A-a I-i U-u E-e O-o

Dalam perut rasa gelora
kenapa begini jadinya?
hari-hari ia melanda
sungguh tak tertahan rasanya jiwa

ada rasa geli-geli
semacam tergeletek hati
apakah petanda ini?
adakah sudah tercucuk duri?

Hitam putih dan kelabu
begitulah katanya lagu
menanda hati yang sedang celaru
kata orang haru biru

apa kisah apa cerite
dalam suka ada nestape
memang sudah resam dunie
nak buat camana terimalah seadanye

air koko disangka milo
timbang sekati disangka sekilo
baju bundle bukan cap POLO
itulah dia ooooooooooooooooooo

Tuesday, August 24, 2010

Raya tinggal 1 hari lagi

Sumber: Malaysiakini.com [keratan]

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati dipercayai disembelih seorang saudara terdekat di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor di Kota Bharu hari ini.

Dalam kejadian pada 11.40 pagi tadi, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala lelaki yang menyerangnya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih dirinya sendiri.


Ramai orang gila...

ada yang sah..
ada yang tidak
yang sah sah tidaklah salah
yang tidak sah juga tidak salah;
..tapi keterlaluan... dan tidak baik

orang gila sebab macam-macam..
tapi yang lumrah; hukum karma..


Selamat menghabisi 15 Ramadhan terakhir dengan jayanya..

malam esok sama-sama sambut badr kubra.. perayaan itu penting untuk jiwa..


Sedang Mendengar ::: Hukum Karma - Wings

Tuesday, August 10, 2010

Tuesday, August 3, 2010

19 Tahun Lebih Tua

Candle Light Vigil : Sempena 50 Tahun Kezaliman I.S.A
(Kota Bharu)


sebahagian daripada prop


Puisirama dari Kasih Sayang DKK


Deklarasi dari aktivis



ini yang depa marah dan takut


dibanjiri polis


bersedia untuk bersurai dan akhirnya di tahan


Kronologi:

Petang : Tiga trak polis dan 2 buah balai bergerak di letakkan di Taman Hijau, beserta sejumlah anggota polis

7.45 ptg - beberapa orang anak muda dan aktivis kelihatan di medan selera Stadium

8.00 mlm : Short meeting
> percaturan strategi dan penukaran tempat protest
> menghubungi press dan kawan-kawan


8.20 mlm : Bergerak ke Astaka di depan stadium
> setup

8.45 mlm : Memulakan aksi protest setelah azan isyak habis berkumandang
> bacaan puisi
> deklarasi

Sejurus memulakan : Press dan polis sampai

9.10 mlm : Berjaya dan bersurai
>Dua aktivis ditahan


Fakta : 1) Hujan mencurah ke bumi tidak berhenti henti
2) Bilangan aktivis hanya sekitar 11-13 orang
3) Bilangan polis melebihi demonstran dalam nisbah 1:3@4...tapi kawan kata, 1:5
4) Kasih Sayang sepatutnya menyampaikan dua puisirama dan satu lagu tetapi
hanya sempat membaca tidak sampai sekerat daripada satu puisi
5) Deklarasi sempat dihabiskan (Tahniah!)
6) sekeluarga wartawan ditahan sejurus semua bersurai dan beredar
7) Seorang demonstran wanita turut terlibat
8) Prop dirampas, malah yang sudah di bawa lari juga dirampas sebagai bhn bukti

Soalan:
1)Kenapa masih ada tangkapan selepas kami akur untuk bersurai pada kesekian kalinya?
2) Bagaimana polis boleh sampai dengan begitu cepat? Jika ketangkasan seperti ini dipraktikkan polis dalam kes-kes jenayah maka ia sangatlah bagus, tetapi adakah mereka juga bertindak demikian?


p/s : Foto diambil dari laman FB Aina Sayuty http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000606063129&v=wall&ref=ts : Terima kasih

Sedang Mendengar ::: Hukum Rimba - Marjinal

Wednesday, July 28, 2010

Politik katanya



Aku antara penggemar akhbar Sinar Harian sejak ia mula diterbitkan dengan harga 50 sen senaskah. Walaupun ‘content’ Sinar Harian sekarang, aku rasakan tidak lagi berani dan setulus sebelumnya, tetapi aku masih salah seorang pembaca yang akan memilih akhbar ini berbanding beberapa lagi akhbar dan suratkhabar lain yang beredar di pasaran tempatan. Dari sudut berita, ia masih boleh diambil kira setelah ditolak itu dan ini mengikut kata hati dan rencana sendiri pemikiran di kepala otak.



Antara berita yang menarik perhatian semalam ialah di helaian N2 denga tajuk “ Guru Gred 41 hingga 48 dibenar berpolitik: KSN”. Mengikut apa yang diberitakan, bermula 1 Ogos ini, maka Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah gred berkenaan akan dibenarkan melibatkan diri dalam arena politik. Buletin Utama malam tadi menyiarkan kenyataan Najib mengenai perkara ini yang sekaligus mengesahkan berita yang disiarkan oleh akhbar berkenaan (dan mungkin di dalam beberapa suratkhabar lain juga). Dan selepas itu, tersiar pula respon dari Muhyidin, yang mengesahkan lagi dan lagi apa yang dikatakan oleh KSN. Tetapi, dengan tambahan bahawa guru-guru yang ingin menceburi politik mestilah mendapatkan kebenaran dari KSU kementerian berkenaan, bukan boleh sewenang-wenangnya.



Sebenarnya, sebelum ini pun ramai guru-guru yang terlibat secara langsung dengan politik parti ini dengan mengenepikan terus Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ramai! Bukan kepalang!. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dengan parti politik pembangkang, tetapi bilangan yang terlibat secara langsung. Dan di antara mereka boleh tahan juga jumlahnya yang dikenakan tindakan. Tetapi, Ramai! Bukan Kepalang! Juga yang terlibat dengan parti politik pemerintah; secara langsung memegang jawatan dalam parti dari peringkat bawahan sehingga kepada peringkat pimpinan, tetapi tidak dikenakan tindakan. Malah kuasa dan kerja-kerja politik golongan ini dihargai dan peluang kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan mereka bersinar gemerlapan. Apakah makna kepada peraturan 21 tersebut?



Sekarang kita lihat pula, apa makna Guru-guru gred 41 hingga 48 dibenarkan berpolitik. Baiklah, sebagaimana makluman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri di Kementerian Pelajaran Malaysia, dia mengatakan bahawa setiap guru yang ingin menceburi politik hendaklah mendapatkan kebenaran KSU kementerian terbabit. Akan tetapi, mungkinkah KSU akan membenarkan guru yang berpihak kepada pembangkang atau parti politik berhaluan kiri sekiranya mereka memohon kebenaran untuk berpolitik? Hahaha..kabur nampaknya di situ.. Akan tetapi peratus membenarkan guru menceburi parti politik kanan, agaknya mungkin akan besar..berlumba-lumbalah..jika peraturan tidak membenarkan pun sudah ramai yang menceburi politik berkenaan, apatah lagi jika ia dibenarkan…kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pun mungkin makin laju macam jet. Guna pengaruh politik untuk naik tinggi…



Di sekolah pula, mungkin akan terjadi kerenah birokrasi yang kuat. Bayangkan anak orang PAS atau DAP yang miskin (tetapi kuat menentang) memohon bantuan; sebagai contoh KWAPM yang memerlukan pengesahan JKKK yang berkebetulan guru disekolah berkenaan ialah pengerusinya, atau mungkin guru di sekolah berkenaan (yang menceburi politik kanan dengan jawatan) menjadi Guru Penapis penerimaan borang KWAPM…hahaha lingkup….lingkup. Dan bayangkan penyalahgunaan ruang sekolah untuk kempen politik? Hahaha lingkup-lingkup.



Sudah nasib aku bukan guru gred 41, kalau tak, ada peluang beb join politik! Hah, Fazri, Matyie dan yang lain-lain lagi, jalan sudah terbuka, bila mau tubuh parti? Boleh aku jadi kader bawahan..kahkahkah




p/s Aku naik 41 pun gaji tak naik-naik, nak cebur politik apa, baju pun kena gosok sendiri hahahaha



Sedang Mendengar ::: Ku Kekosongan – Uji Rashidcheh!!



“Ketika Allah memberikan kepada mereka sebagian dari karunia-Nya, mereka menjadi kikir dan berpaling, dan selalu menentang (kebenaran)” - At-Taubah 9:76

Sunday, July 25, 2010

Ketimpang!!!

Sanggar Singa Murti : Bengkel Gamelan Bali
Dataran Shahbandar : 25/07/2010

UniteStrict Tease



Kalau tengok surat khabar, tiap-tiap hari isu perpaduan UMNO-PAS di canangkan. Di akhbar Sinar Harian pula, pandangan rakyat dan pemimpin akar umbi tentang isu tersebut semacam paparan wajib pada tiap-tiap hari. Yang di tanya pula kebanyakkannya ialah pengerusi KRT, atau persatuan-persatuan melayu, tidak pula menggambarkan keseluruhan pimpinan akar umbi atau rakyat marhaen dari pelbagai sisi komposisi penyokong parti atau simpatizer atau orang kebanyakan. Jika ia menyeluruh, aku rasa, mungkin ada salah satu jawapan tulus yang berbunyi, “saya x kisah samada ia berpadu ke apa ke, yang penting saya hidup bebas..cukup makan, sebab saya tak minat sangat politik-politik parti ni”. Tidak semestinya, tapi keMUNGKINannya besar. Maka, tidak hairan jika kebanyakan pendapat mengatakan bahawa isu perpaduan dua entity politik ini mesti digerak..haha, aku tersenyum sambil geleng-geleng kepala saja…baik aku tengok gamelan.



Crack Me - Subculture



Entah kenapa banyak benar event diadakan di Negeri Terengganu sejak kebelakangan ni. Ada shuffle lah, nanyilah, karnival itu, carnival ini dan semestinya, setiap event kebanyakkan yang lebih ditonjolkan adalah artis daripada agenda sebenar event tersebut. Konvo sini artis, konvo sana artis. Meniaga tepi jalan pun nak kena jemput artis, mapuh kerah cokeng! Itu tak termasuk lagi acara bulanan iaitu Program Juara Rakyat. Program Juara Rakyat ni, selain menampilkan artis popular, juga menampilkan artis-artis tempatan dan acara wajib yang paling boring gile sejak zaman-berzaman; Karaoke. Macam Sial! Ops…tak baik menyumpah di sini.



Yang paling aku rasa tak berbaloi ialah ada guru yang kena bertugas untuk acara ini. Kena ‘set-up booth’ dan macam-macam. Sekolah aku sendiri kena menampilkan satu persembahan kanak-kanak khas / istimewa (istilah ini, sungguh aku rasa geli) tempoh hari di salah satu acara Program Juara rakyat ni. Oleh kerana ia bukanlah acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, maka ia tidak di ‘sponsor’ dan haram ‘claim’. Dahlah jauh nak mampus, panas pulak tu.Kahkahkah, buruh paksa!. Sian budak-budak cacat ni. Oh ya, program juara rakyat ni mengikut tema bulanan. Aku tak pula pasti benar samaada bantuan orang miskin, OKU dan warga emas diberikan pada bulan tema kebajikan sahaja atau ia diberikan pada tiap-tiap acara. Sebab aku, bak kata The Clash “I fought the law!” dan aku dengan aksi menentang, tidak pernah menghadirkan diri walaupun sebenarnya terlibat secara langsung dengan salah satu acara program ini. Jangan pulak kerana aku menyampah, ada yang larang mak bapak dia pergi untuk ambil apa-apa bantuan dan dana yang disumbangkan…duit kita gak tu..pergi je terima kalau ada…tapi aku; lebih baik aku layan gamelan!



Ballard of a Thin ManBob Dylan



Semalam, berakhirnya temasya Festival Gamelan Sedunia 2010. Banyak kumpulan Gamelan yang turut serta dalam festival ini. Antaranya dari Indonesia, Jepun, Jerman dan semestinya dari Malaysia sendiri yang kebanyakkannya terdiri dari kumpulan-kumpulan gamelan Institusi Pengajian Tinggi. Disamping itu, ada juga kumpulan gamelan tradisional dari Negeri Terengganu sendiri (aku panggilnya tradisional hanya kerana ia dianggotai oleh+ anak muda juga sebenarnya orang-orang tua pewaris kepada pemain gamelan istana di zaman dahulu). Dua malam sudah, aku sempat menyaksikan beberapa persembahan gamelan, antaranya persembahan kumpulan gamelan jawa dari Solo Indonesia; Garasi Seni Banawa (lebih gothic dan dark dari Therion, lebih soprano dari pavarotti, scary, kuno dan macam-macam lagi…sungguh horrow dan bunyiannya macam-macam..jika anda suka Pink Floyd atau Roger Waters, maka itu sebenarnya tiada apa-apa jika dibandingkan dengan bunyian gamelan jawa ini..ia sungguh satu persembahan yang sangat mengkagumkan), kumpulan gamelan dari Universiti Malaysia Sarawak, sempat sedikit aksi Gamelan Minangkabau(penari-penarinya memijak-mijak kaca sampai berderai…spesies begini bahaya dijadikan isteri. Takut-takut disuruh pijak belakang, dipijaknya kita sampai hancur lebur tulang-temulang kita), aksi kumpulan pemuzik tradisional moden Istana Budaya (agak ‘lame’ dan tipikal malaysia..terkadang terasa instrumen melebihi hasil bunyi-bunyian) dan tak terlupakan kumpulan Gamelan Bali. Persembahan Gamelan Bali, sungguh menarik..bukan dari segi kostum atau persembahan tarian ceritanya, tetapi dari segi muziknya; sedap di halwa telinga, rancak, pengunaan masa yang tepat seperti ada metronome yang mengira, laju, padat, tetapi semuanya masih lagi asli tradisional dan segar. Pun begitu, penceritaan dan seni tari dewa dewinya juga tidak dapat disangkal lagi. Jika tidak melebih-lebih, tarinya lebih super duper superb dari tarian latihan Madhuri Dixit dalam cerita dilto pagal hail. Nama kumpulan gamelan ini adalah Sanggar Singa Murti. Sesiapa yang meminati muzik gamelan tetapi tidak berpeluang ke festival, jika ada persembahan dari kumpulan ini, pergi aje la… aku rasa ia berbaloi.



Pagi semalam sempat juga aku bawa murid-murid program aku + murid aliran perdana mengikuti Bengkel Gamelan Bali di tapak festival berkenaan, tapi itulah.. budak-budak khas ni, kalau dengar orang bercakap-cakap mereka akan cepat boring dan ia aku rasakan sedikit mengganggu perjalanan bengkel berkenaan..jadi kami bawa mereka pergi dari bengkel berkenaan ke taman awam batu buruk untuk mereka melepaskan tekanan.



Seperkara mengenai kepergian aku ke Festival Gamelan tersebut, aku juga berjumpa dengan muka-muka yang familiar… sungguh aku rasa terkejut melihat mereka juga meminati muzik-muzik sebegini. Antaranya Kuyie, Edie Old Parasit dan Edder Vadder. Oh ya, memang persembahan begini tidak menarik minat rakyat tempatan sebab ia bukanlah program artis-artis popular dan penyanyi perdana Negara, jadi anda tidak perlu memikirkan kesesakan parking.



Cis, kau ingat aku pergi ke festival berkenaan sebagai apa? HaHAhaHAha, aku pergi adalah sebagai seorang budayawan. HaHAhaHa, kalau tak percaya tanya Dinsman atau Azizi Abdullah, mereka mengatakan aku adalah budayawan…kan Jera Kan?, kan Zaidi kan? Kan kawan-kawan kan? Dan jangan pula buat sembarangan kerana aku juga adalah seorang ulama’. HaHAhaHAha, kalau tak percaya tanya Ustaz Mohammad Mustaffa, Adun Demit…Hahahaha..kalau tak percaya tanya anak-anak muda harapan rakyat di Kelantan…Kan Jera kan? Persatuan penulis Kelantan apa cerita beb?



p/s : Apa beza Surat Khabar dengan Akhbar ? ahli bahasa, guru bahasa, juru bahasa, persatuan bahasa, peribahasa, dok reti base tolong jawab.




Sedang Mendengar ::: Comfortably Numb - Pink Floyd



“ Telah membuatkan kalian lalai, bermegah-megahan. Sampai kalian masuk dalam kubur”. At-Takathur 112: 1-2.



Wednesday, July 21, 2010

7, 8... 8 Lagi!

Sedikit sambungan tentang Indonesia


Sebelum berangkat ke Indonesia, aku secara peribadinya telah didatangi dengan beberapa nasihat supaya berwaspada, malah sewaktu menuju ke kapal terbang juga, masih terjumpa dengan penasihat ;- berwaspada katanya. Juga di dalam kapal terbang; hati-hati ya!. Semuanya memberi gambaran-gambaran negative akan tahap keselamatan pelancong Malaysia ke Indonesia. BERWASPADA!. Terima kasih, nasihat-nasihat itu aku simpan, tapi aku sendiri lebih percaya pada diri, dan membuang semua gambaran negative. Juga memberi keyakinan kepada sang isteri..aku tahu dia ada sedikit rasa tak sedap hati. Tapi aku tetap optimis!


Berwaspada, tidak hanya perlu di Indonesia, malah di mana-mana. Di Malaysia sendiri pun apa kurangnya..ramai orang sakit jiwa. Kering, tak cukup modal..itu sang tidur yang cakap..dalam tidurnya, ada betul apa yang dibebelkan. Hah!


Natijah daripada kurang menghiraukan gambaran2 yang diberikan orang, aku dapati dan temui sendiri apa yang aku percaya… mereka (baca: orang Indonesia) cuma seperti kita, malah lebih adab dan berbudaya…kalaupun pegangannya memang macam-macam yang terkadang tidak terfikirkan..hahaha.. Senang sekali aku berada di sana.


Bos!


Aku dapat bos baru sekembali dari cuti. Ramah, lembut tapi tegas. Teliti benar orangnya. Bila ada yang tak kena, terus sound, tak kira di mana. Tapi bila ada keperluan yang kita tak tahu di mana hendak dapatkan..maka dia kadang-kadang penyelamat. Dengan menyelamatkan orang, kadang-kadang dia mematikan orang lain pula. Sebagai contoh, aku tidak dapat mengakses internet di kelas, makanya aku ke makmal computer, ia tidak susah..malah aku senang hati ke makmal kerana bilik itu ada aircond. Kerana kedatangan aku ke makmal computer dengan alasan untuk mengakses internet, terus saja dia adakan akses di kelas aku..cepat. Esoknya aku dah dapat akses di kelas sendiri. Apa jadi? Disebaliknya, technician computer sekolah aku kena sound depan2 aku, katanya, “koman Dil (merujuk kepada nama tech tersebut)! Saya nak awak adakan akses internet ke program kelas cikgu shabri, biar semua orang senang!” arahnya. Tapi sebenarnya technician itu adalah orang harapan dia sendiri untuk membuat renovation di sekolah..bukan renovation kemudahan sahaja. Semua! Setelah dia masuk dah 2 orang pekerja kena buang, dah ramai cikgu2 kena sound, dan ramai jugak pentadbir kena buat kerja..KERJA BETUL-BETUL!


Kadang-kadang senang, kadang-kadang rimas bila dapat bos yang jenis macam ni. Hari-hari masuk kat kelas aku, apa cerita? Nak mengajar pun terkadang tak keruan..3 hari lepas dia minta pendrive kelas untuk copy gambar-gambar yang kami ambil dengan menggunakan kamera dan video miliknya. Kami pinjam (sebenarnya dia yang ofer) kamera dan videonya semasa kelas kami mengadakan kem di Sri Indah, tempoh hari. Aku bagi dia pendrive 2 gig yang sudah penuh dengan maklumat-maklumat program kami. Tak lama kemudian, dia datang bawa laptop miliknya ke kelas aku, sedang aku sendiri tengah sibuk mengajar. Habis je aku mengajar, dia datang menghampiri, “ 2 gig nak buat apa, ni ambik ni!” Dia bagi aku pendrive 8 gig. Aku cepat-cepat salin kembali segala isi-isi yang terkandung dalam pendrive miliknya, dan hari ini aku pulangkan pendrive tersebut. Apa jadi? Dia bagi terus pendrive tu kat aku.Percuma.Pergh!!!!!! Hati pedih, tapi girang hahaha


Hari ini juga dia bertengkar dengan vendor, tak mahu signature barang yang dihantar oleh vendor untuk sekolah. Katanya macamana vendor boleh hantar barang gantian tanpa membuat pemeriksaan terlebih dahulu (berkaitan dengan barang-barang computer dan makmal), apa yang patut diganti dan apa yang tak patut.. Dalam hati aku cakap, senang je bos…depa sudah makan..projek!!



“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada mu; dan syukurilah nikmat Allah…(sehingga akhir ayat)” An Nahl 16:114

P/S: Aku biasa tengok bos2 main sign je semua dokumen


Sedang Mendengar ::: Yesterday - The Beatles

Saturday, July 17, 2010

lama

Lama betul aku tak update blog. Sepanjang waktu itu kerap juga aku ke laman sesawang rakan-rakan..ternyata ramai daripada mereka pun sudah agak lama tidak mengemaskinikan blog masing-masing. Agaknya tiba waktu malas kot? Atau masing-masing sibuk? Atau tiba-tiba semua jadi mati idea untuk menulis.

Sebenarnya banyak perkara juga yang menyebabkan aku tiba-tiba berenti seketika.. tapi pangkalnya tidak terlepas dari malas. Sakit kepala dengan rutin yang kian serabut, berlawan dengan masa yang semakin cepat berlalu ; di sekolah, dirumah, di Kelantan di Terengganu dan di jalanraya yang membosankan tentunya, terpaku dengan keributan piala dunia, sesak nafas dengan pembetukan rumahtangga mencari jalan untuk bahagia selamaya, terjelopok dengan masalah kesihatan (lagi2 demam), terasyik dengan beberapa buah buku dan macam-macam lagi. Hal-hal ini menyebabkan tiada daya untuk aku gerakkan minda, bagi mengarahkan jari jemari ke papan kekunci computer riba.

Dalam suasana itu, bulan lepas, sempat juga aku ke Indonesia dan secara spesifiknya ke Bandung, bersama isteri tersayang. Terima kasih kepada wikkitravel yang banyak membantu persediaan eksplorasi kami sebelum keberangkatan. Terima kasih juga kepada Makcu Alia (http://makcu.blogspot.com) kerana secara tidak langsung gambar-gambar di blognya dahulu menambahkan keghairahan aku untuk membawa isteri ke sana. Tentang Indonesia ni, ramai juga yang bertanya tentang kos dan pakejnya. Dan jawapan yang sebetul lagi benar, kami tidak pergi dengan mana-mana travel agent dan tidak memilih apa-apa pakej. Kami pergi sendiri. Explore sendiri, naik turun angkot, bajaj, keretapi, bas dan jalan kaki. Ianya sedikit memenatkan tetapi ianya serius “real fun”. Tabik spring kepada sang isteri kerana bersedia mengembara. Malah bersedia juga menjadi backpacker. Rasanya itu tidak kejamkan saying?

Banyak tempat untuk dituju di Indonesia, aku sendiri secara peribadi berhasrat untuk ke sana lagi, jika tiada aral melintang. Banyak budaya boleh dilihat, banyak benda boleh dipelajari. Ianya negeri yang aku sangat rekemen untuk dilawati. Jika tersadung di Jakarta, eloklah ke Jalan Jaksa/ Jalan Kiyai Haji Wahid kerana di sana banyak rumah penginapan murah (berderetan sepanjang jalan). Dan jangan takut untuk ke lorong-lorong gelap sekitar jalan itu kerana di sana mungkin ada rumah penginapan alternative jika sederetan tempat penginapan di sepanjang jalan sudah penuh. Sungguh ia Nampak menakutkan tetapi sungguh ia adalah kebiasaan. Dan anda tidak akan tersangka-sangka akan keramahan dan adab penghuni-penghuni lorong bila anda melalui kawasan mereka.
suasana di lorong-lorong kecil di jalan Jaksa di siang hari

Di Indonesia ada satu benda yang ‘obvious’ yang tidak terdapat di Malaysia. Gunung Berapi. Sempat juga kami ke Tangkuban Perahu, melihat kawah-kawah gunung berapi di sana. Terdapat beberapa kawah kecil yang masih lagi aktif dan bau belerangnya menusuk ke hidung. Jika maukan satu pengalaman yang ‘adventure’, explore sendiri. Tak payah gunakan tourist guide, tak payah gunakan perkhidmatan pelancongan.. Tahap inkuiri dengan sesuatu tempat dan kejadian mampu mencapai tahap maksimum di saat kita tiada sesiapa yang membimbing. Dan jangan pula tertipu dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang kononnya untuk membantu, kerana sesuatu benda yang tidak Nampak di mata bukan semuanya sukar..jika anda ada kepercayaan.

salah satu tempat gunung berapi yang kawahnya aktif

Cis, rupanya tulisan aku sudah agak panjang, tak sempat pula aku nak bercerita dengan lebih lanjut.. tak dapat juga aku menceritakan pengalaman mendapat Guru Besar baru dan bagaimana aku boleh stuck dengan FB (walaupun hakikatnya aku tiada di sana) haha…



Minyak naik lagi, apa cerita ni? Serabut betul dunia fana ni…

Wednesday, June 23, 2010

din din deng

demam...
banyak perkara demam
demam pilihanraya
demam kebangkitan rakyat
demam gaza
demam rasuah
demam bola....menutup segala perkara demam seketika..
time world cup ni, kalau ada rompakan bank secara besar-besaran pun orang masih nak baca suratkhabar dari muka belakang dulu...kan!

p/s: aku tengah demam

Tuesday, May 18, 2010

Tahu

Anda tahu banyak? Anda mesti mati!!!







Sedang Mendengar : Sembunyi & Alam Barzakh -
Wings



"setiap yang bernyawa pasti merasai mati"

Tuesday, May 11, 2010


Sudah agak lama aku tidak menghabiskan masa bersama teman-teman. Minum-minum, lepak-lepak seperti dilupakan. Maafkan aku kawan. Masa sungguh tidak mengizinkan. Badan sentiasa kepenatan. Maafkan, maafkan. Harap semuanya faham.



Izinkan aku persiapkan diri menjadi suami. Benarkan aku melebihi masa menuntuni isteri. Bila semuanya lancer, aku kembali. Kita ke kedai kopi, kita bernyanyi, menari,berpuisi, berlari dan sama-sama mengaji.



Sekali lagi aku lampirkan puisi ikut dan tak ikut puisi yang aku tulis dalam entri yang sebelumnya. Didedikasikan kepada semua teman;



Time minum kopi kita sering bersengketa
Kau kata aku sering tak tunjuk muka
Aku kata aku mungkin tak datang, err siapa lagi ada?
Kau kata member-member semua ada..
Aku kata sori geng, x dapat datang..banyak kerja
Kau kata aku “susah nak buat kirra”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Masa kat sekolah, x sepi dengan kelahi
Aku tengah mengajar kat kelas, kau lalu kat sebelah tepi
Kau tunjuk isyarat minum, aku tunjuk isyarat nanti
Kelas aku lambat lagi nak abis, kau pun berlalu pergi
Tengah mengajar, takkan aku nak berenti
Kau cakap, “ajak minum pun susah, sampainya hati..”
Aku terkedu “..er, mapuh ah gini”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Masa berniaga pun berbalah juga
Kau kata “aku lama doh jaga, kau la pula”
Aku kata aku ‘no’ hal, kalau nak berjalan..sila
Jaga setengah jam, ada call masuk pula
Aku panggil kau “ Wei mat, marila jaga..aku ada emergency case la..”
Kau cakap, aku banyak alasan..kau membebel x tahu nak berenti bila..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Waktu berkasih pun tak genap juga
Kau ajak date, aku cakap nanti dulu la
Kau cakap aku tak serupa orang lainla
Aku cakap kalau tak macam orang takkan aku macam drakula
Kau cakap, kalau tak suka cakap je tak suka
Aku kata aku suka, takkan tak percaya..
Kau cakap habis tu nak tunggu sampai bila..
Aku cakap sabarla..Allah suka ( x reti ke aku banyak kerja?)
Kau cakap, kalau begitu baik putus aja..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Time cakap politik pun dok tahu tengoh tepi
Aku kata rilek ler, kita bukan nak berbalah, kita berdisukusi
Kau kata “sudahlah kau memang selalu nak menangkan parti”
Aku kata ni bukan pasal parti, ni reality
Boleh tengok contoh sedia ada kat sana sini
Kau cakap “ Pegi mampuslah…pergi matiiiiii!”
Kau pun berlalu pergi
Aku cakap laa…aku salah lagi..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Waktu mesyuarat pun kacau bilau
Kau kata aku tukang draft, yang tukang presentnya kau
Aku cakap, “baiklah bos! Saya buat isi biar semua orang terpukau”
Bila ada orang bangkang, kau cakap aku pulak lahabau
Aku cakap la.. biasala meeting, mesti ada setuju mesti ada bangkang, ni siapa sebenarnya lahabau?”
Kau cakap aku lawan towkey, aku pulak kau halau

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Time makan kenduri pun begitu
Kau yang asyik ajak aku, aku angguk je setuju
Aku cakap, kita pergi sama-sama, biar aku jemput kat rumahmu
Kau cakap kau banyak kerja, kau suruh aku pergi dulu
Sudah makan, aku call kau aku cakap dah dua jam aku tunggu
Kau cakap “ hor hor mung tunggu situ, mung tunggu situ!”
Dah tiga jam kau tak sampai lagi buat apa aku tunggu
Semua orang tengok aku dah bebulu,
Baik aku balik, aku jugak reti malu
Kau asyik cakap nanti dulu-nanti dulu
Muka aku dah naik biru, aku dah tak boleh tunggu
Kau cakap “Blah la lu!” “member-member pun tak boleh tunggu!”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Mapuh ah gitu. Hok saloh..sokmo aku
Hok betul sokmo mu



Tuesday, May 4, 2010

Lidah

dulu dah tayang lidah ni...jadi jawapannya ini bukan Rolling Stone

Masa berak berkualiti aku, akhir-akhir ini sering sahaja dihabiskan dengan memikirkan satu perkara sahaja. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, masa berada di rumah syaitan itulah aku tiba-tiba jadi professor, aku jadi angkasawan, jadi perdana menteri, jadi suami mithali, jadi jutawan, jadi pekebun sayur, jadi aktivis jalanan, jadi penulis lirik, jadi jurulatih, jadi alim ulamak dan sebagainya. Nak kata menghantui, seperti ianya tidak...nak kata tidak, ia selalu hadir.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan sapaan begini : Untungnya jadi isteri Cikgu Sabri, nok jadi isteri cikgu sabri gok lah (juga lah). Sapaan begini menyebabkan aku sedikit tersentak...namun sentakan aku itu sebenarnya sedikit pun tidak memerasankan orang lain. Bercakap pasal persaaan ni, aku teringat seorang kawan berkata : "La, mung dok puah ati jugok ke? aku napok mung biasa je...aku memang dok tahan doh tadi, kalu sikit lagi ye jawab memang makkang jek ah". Kata-kata tu terpacul dari mulut seorang teman, bila mana aku memberitahu bahawa aku sangat geram dengan orang ketiga yang kami 'deal'. Aku pun tak pernah lihat macamana riak muka aku masa aku marah, masa aku serius, masa aku bergurau, masa aku sedih dan masa aku 'happy', sebab tak pernah pulak aku cadangkan cermin kecil dalam poket. Yang aku perasan, kalau aku bergurau pun mereka mennganggap aku serius, dan terkadang benda serius, selalu sahaja mereka anggap aku bergurau.

Berbalik kepada cerita tadi, sebenarnya oleh kerana sapaan dari seorang teman itulah yang menyebabkan masa membuang yang tidak membuang masa itu, berlegar-legar dikepala akhir-akhir ini. Kamu bagaimana? Sapaan itu menjengkelkan...bukan sedikit. Sapaan itu akan menjadi kurang menjengkelkan, malah menghiburkan jika teman berkenaan adalah seorang wanita, yang belum berkahwin...haha, begitukah?

Dulu, sewaktu di sekolah lama, menjadi tabiat aku untuk datang awal dan terus ke kantin sekolah. Biasanya akulah orang pertama yang datang bertandang ke kantin. Kebanyakkan dari waktunya, aku hanya bertandang tanpa memesan minuman atau makanan kerana aku telah pun bersarapan di dewan makan asrama sekolah berkenaan bersama-sama murid asrama. Ada juga guru yang bertanya kehairanan, kenapa aku selalu ke kantin di awal pagi sedangkan aku tidak makan dan minum di situ? Jawapan aku senang " haha, Buletin pag!". Tidak!! Tiada peti televisyen yang memancarkan warna warni kepalsuan berita diawal pagi di situ. "BP" ini asli, bukan laporan bertulis yang dibaca oleh personaliti di kaca TV. Kebanyakan pemberita di situ adalah wanita, yang hampir 98 peratus adalah berstatus isteri orang. Macam-macam cerita, berita dan buah mulut berkumandang, tanpa perlu menekan butang 'channel'. Semua macam bertih-bertih yang dihambur ketika tok dukun menghalau hantu... Ini PERCUMA!

Aku di situ seperti tunggul bagi pemberita, bagai penonton siaran tertunda bolasepak yang sudah diketahui keputusannya.. Tiada malu dan banyak kemaluan-kemaluan yang tidak juga malu dan mahu malu. Berita banyak berkisar kepada rumahtangga sendiri, si anu dan si anu. Berita, kebobrokan suami, keperkasaan isteri, yang bagai tiada sempadan dan tiada didikan agama dan panduan bila lidah berkata-kata. Ada kelakar dan ada yang kasar, ada yang sulit-sulit, ada yang gelap dan ada yang tersorok dibalik kepekatan cahaya di sebuah lubang kecil... Begitulah cerita-berita itu disampaikan tanpa ada tapisan dari Lembaga Penapis Filem dan akta penyiaran. Ini juga sebenarnya menjengkelkan dan penyebab kepada hilangnya respek aku, seorang lelaki kepada si suami-suami (mangsa) pemberita tadi, walaupun mereka (suami) tidak bersalah.

Lagi tentang teman yang menyapa; aku sedia maklum, bahawa yang menyapa itu seorang isteri yang baik kepada suaminya, dan baik pula perilakunya. Mungkin kata-kata itu tersasul keluar kerana kagumnya atau apa saja; yang padanya tidak membawa apa-apa makna dan implikasi..sekadar tumpang berasa beruntung atau bagaimana..Tiada apa-apa kesan pun. Tidak membawa kepada runtuhnya kasih sayang sepasang suami isteri kepada mereka berdua..itu anggapan-anggapan positif aku tentang perasaan si penyapa ketika menyapa. Bagi penyapa bahkan ramai perempuan-perempuan lain pun aku rasa merasakan ia biasa saja..tiada maksud. Hanya bergurau senda... Tapi aku pula yang terasa sakit telinga... TETAPI

Bayangkan, bagaimana perasaan si suami jika terdengar gurauan ini? Pergh mesti rasa berdesing..mesti rasa macam dia (suami)tak guna..dan bayangkan pula kita si suami mendengar ungkapan begitu dari lidah sang isteri kepada orang lain walaupun isteri kita tidak bermaksud apa-apa.. bagaimana rasanya? bagaimana?


Haha dunia sangat mencabar...lapangan kerja dan sosial sangat berbahaya kepada
aku, kamu kau dan dia!

SESUATU PERKARA YANG BAIK-BAIK BERMULA DARI LIDAH, SESUATU PERKARA YANG BURUK JUGA BERMULA DARINYA...MANISKAN IA JANGAN SAMPAI MENJADI GULA, MASAMKAN IA JANGAN SAMPAI MENJADI CUKA.



Sedang Mendengar ::: Belajar Sama Sama - MARJINAL :P

Tuesday, April 20, 2010

ALAMAK!!!!!

Ini bukan gambar Calon Pilihanraya P94 Hulu Selangor
yang menarik diri.


Ini Khairul, bukan Ibrahim Ali. Jauh sekali Kamalanathan. Khairul adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah kerencatan akal teruk. Pernah, penyelaras bertanyakan pendapat guru-guru untuk 'transfer' Khairul ni ke PDK (Pemulihan dalam komuniti ; sebuah pusat asuhan di bawah seliaan JKM), tapi aku membantah.." Biarlah dia duk sini" kataku. Penyelaras aku seorang yang menjaga kebajikan guru,selain menjaga kebajikan murid. Dia mengusulkan demikian kerana memikirkan tanggungjawab guru untuk mendidik akan bertambah sukar dengan penambahan Khairul ke program kami. Lagipun, dasar Pendidikan Khas ialah mengambil murid yang boleh di ajar, dan kerencatan akal teruk, jika menurut borang penempatan hendaklah di hantar ke pusat jagaan harian. Itu aku sedia maklum. Akhirnya usul itu digugurkan.

Sudah lebih 2 minggu Khairul di program kami. Minggu lepas, aku yang terpaksa basuh kasut dia, tergelak sakan PPM melihat aku yang bertungkus lumus membasuh kasutnya...cilakak punya Khairul. Hari Khamis ni, tak tahulah sama ada aku jugak yang akan jadi mangsa atau dia sendiri yang akan membasuhnya secara rela atau paksa. Tapi aku tak kesah sangat. Aku percaya budak-budak ni lama kelamaan akan dapat apa yang ditunjukkan...

Khairul kami letakkan di kelas 4. Kelas 'low function' tahap dewa bersama-sama dengan dua orang lagi kawan-kawannya yang menghidap sindrom down. Aku sendiri tak banyak sangat mengajar kelas 4 ni. Masa aku banyak habis untuk mengajar kelas 1 dan 2 serta kelas bersama murid-murid inklusif. Kelas 3 pun sama macam kelas 4, tak banyak masa. Walaupun kami agihkan kanak-kanak ini kepada kelas masing-masing, ia sebenarnya hanyalah dalam satu kelas. Kelas pecahan 1,2,3, dan 4 ini jika ia berada di kelas aliran perdana, ia hanyalah seperti kumpulan kecil. Bermakna guru yang mengajar kumpulan 1 akan dengar suara guru yang mengajar kumpulan 2, 3 dan 4 sekaligus bersama-sama dengan suara pelajar-pelajarnya. Hiruk pikuk. Isteri tersayang pernah datang melihat kelas kami dan dia tidak dapat bayangkan suasana kelas kami..pening kepala katanya..kehkehkeh. Tapi awas!, ini bukan neraka..bahkan mungkin syurga yang tersembunyi!!!

Berbalik kepada cerita Khairul, dia selalu mengganggu aku mengajar di kelas yang selain dari kelasnya. Paling aku hangin, bila dia mengganggu aku mengajar di kelas satu. Dia juga selalu memanggil-manggil nama aku semasa aku berada di kelas dua. Aku tak berapa kesah sangat kalau dia ganggu aku semasa aku mengajar di kelas tiga. Khairul ni, sebenarnya spesies tak suka buat kerja jugak. Kalau diberi mewarna dia akan conteng kertas tu dalam masa beberapa saat saja. Lepas tu dia akan tunjuk dan kata "udoh shekgu" (hodoh, cikgu).

Ada satu kemsuykilan aku tentang Khairul ni. Aku rasa dia ada ilmu pukaula. Dia selalu sangat duduk atas riba aku 'time' aku 'concentrate' dengan anak-anak lain. Aku pernah di tegur "Doh tu bakpe pulok khairul duk atas riba tu?". Cheh patut rasa berat semacam je! Dia jugak selalu sangat bertempek dekat aku tanpa aku sedari..Dah la badan penuh dengan panau. Aku selalu jugak cakap dengan dia tentang panau dia, tapi dia senyum je...Bile aku buat-buat macam geli, die lagi nak peluk-peluk aku. Bila aku halau dia balik ke kelas dia, mesti dia tepuk dahi dan berkata " Alamak!". Dalam kelas aku tak pernah pulak dia tidur kat atas 'tile', tapi dalam kelas cikgu-cikgu lain selalu sangat dia buat perangai tidur kat atas lantai, dan kadang-kadang menyorok kat bawah meja. Tapi aku buat dunno je..seronok kadang-kadang melihat cikgu-cikgu memujuk ni..hahaha kejam tak?

Khairul selalu jugak merasuah aku dengan mengurut belakang 'time' aku marah-marah... Perangai serupa macam Hakimi masa aku mula-mula berkenalan baik dengannya. Yang bezanya, Hakimi tak boleh bercakap, Khairul cakap takde kesinambungan.

Ini perbualan yang aku amat-amati daripada khairul dengan salah seorang dari cikgu program kami. Guru itu berasal dari luar Terengganu

Khairul: Shekgu, ulor
Cikgu : Ulor apa dia pulak?
Khairul: Kat nung ong...
Cikgu : Kat mana? Ada ular ke? Kat mana?
Khairul : Bloza
Cikgu : Ah, pening kepala la aku bcakap ngan khairul ni
Khairul : Sawwit, sawwit ada nyok ngat
Cikgu : Kamu ni cakap apa ni, Ada ular kat ladang kelapa sawit kat tempat buldozer parking ke?
Khairul : [berjalan sambil menjuih bibir dan menggeleng-gelengkan kepala] ... ikang wang! (Ikan haruan)

Aku dan kawan (guru) mengalir air mata tergelak...Khairul-Khairul........ALAMAK!!!!


Sedang Mendengar ::: Sore Tugu Pancoran -Iwan Fals



"....Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. "... - Al Hajj 22:78

Saturday, April 17, 2010

Isi

(gambar hiasan)
Model: Lempu
Kumpulan: The Farouk
Lokasi : Kolet Teras Timur (RIP)
Lagu : On The Radio

Ham,

Aku dok berasa mung dok Pahang

Mung orang ngaji tinggi-tinggi

Dok supe aku, ngaji cek aloh ning

Tapi guane yang jadi rohok ngak nok massuk; dessup dallang ati


Ham,

Mung kannang orang dok reti

Alek sane lebih pada panda lagi

Dok kang dok leh amak-amak

Hok mane se molek hok mane se udoh


Dunie ning tepat tipu daye

Plawok blake seme

Harta dok leh kelek wat gi taroh skali dalang liang

Dok dang staaharrang, nok ngemah rumoh besor dallang

waima start injeng kete pong dok uleh


Ham,

Tadok gamok wase aku nok ghoyat-ghoyat

Kecang mung kate blebey

Sikit mung wak dok wappe sare

Kepet pallle tambak ttiang kang

Mung menyenyeh pulok kate

Nok nyappa takdok hikmah stotek arang!!!


Ham,

Dok kene conngok dok lepah caccang doh aku

Mikkir ke mung, nok wwiiii nye mung jadi comel

Balah orang lain hok ttulih dalang surat

… sebak? Mung saing aku



Saing mung,


Ahmad Shabri b. Mohd.




Sedang Mendengar ::: Misty - Cromok

Bukit

Di sana bukit tinggi, duduk di atas selamat bahaya

Di sana bukit tinggi, duduk di atas berlapang dada

Di sana bukit tinggi, penuh dengan pelbagai sumber

Di sana bukit tinggi, Hidup mewah bukan biasa

Di sana bukit tinggi, boleh berucap “WAHAI RAKYAT JELATA’

“BUKAN AKU KETURUNAN RAJA, TAPI KAYA BAK PENGUASA


Di sini tanah datar, buat kaum petani tua

Di sini tanah datar, orang banyak berlumba-lumba

Di sini tanah datar, ada kala ceria, banyak pula duka nestapa

Di sini tanah datar, tempat sumber habis ditimba

Di sini tanah datar, sisa-sisa mahal harganya

Di sini tanah datar, kemaraunya gersang, tengkujuh bah melanda


Di sini aku, bukan di sana

Tidak galak mencari harta di sana

Segan di sini untuk menderita..

Biar aku sama berlumba..

Sama susah, sabar itukan nama!

Namaku Ahmad, Aku takkan ke sana!

Biarlah aku di sini,

Sabar berlumba, harap ketemu di siNUN..Amin.


Sedang Mendengar ::: Serati tidak bias jadi undang -Wings

Tuesday, April 13, 2010

Pening


Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun
Hazlan zakaria
Apr 13, 10
6:42pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini. Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta. Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta. "Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."
Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun. "Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis. Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama. "Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi.









dan lagi;

'Report card' merah untuk Najib
Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan

(Analisis bersempena setahun kepimpinan PM ke-6 pada 4 April 2010)

PERDANA Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menyambut ulangtahun pertamanya pemerintahannya 4 April lepas, dalam keadaan yang getir dan penuh dilema.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpinnya, berada dalam keadaan terumbang-ambing dan masih hilang arah akibat cabaran getir dari kelompok pembangkang yang berkredibiliti seperti Pakatan Rakyat.

Najib berada dalam keadaan dilema kerana dalam tempoh setahun pemerintahannya, sarat dengan skandal dan isu-isu panas terbongkar satu demi satu tanpa sempat dikambus, ditambah dengan baggage dari pemerintahan PM yang lalu.

"Saya fikir tiada banyak beza antara Najib dengan Abdullah, cuma Abdullah nampak lebih slow, Najib lebih cergas, tetapi cara keduanya menguruskan politik dan ekonomi, sama-sama teruk," kata Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

"Masalah kepada Najib ialah kerana, beliau mewarisi stail 'flip flop' Abdullah dan tidak konsisten, dalam hal tertentu saya fikir Abdullah lebih tegas dan berpendirian daripada Najib," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ternyata, usaha untuk memulihkan imej beliau dan imej Umno-BN yang tercalar teruk semasa kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih gagal dipulihkan sehingga kini.

APCO jejaskan Najib


Usaha memulihkan imej peribadinya terus gagal dan dimusnahkan dengan ledakan isu syarikat Israel, APCO Worldwide yang dilantik secara rasmi dengan perjanjian bertulis oleh kerajaan, sebagaimana pendedahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bombshell yang dilepaskan Anwar begitu memeranjatkan, sehingga sewaktu ucapan khas beliau di Parlimen, seluruh anggota Kabinet tidak mampu duduk dalam dewan, macam 'cacing kepanasan' walaupun penyaman udara di Parlimen begitu dingin membeku.

Dengan terbongkarnya hubungan erat berbayar kerajaan Umno-BN dengan APCO, baru rakyat tahu bahawa inilah puncanya, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Abdullah pada 4 April 2009, Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang diteraskan dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Juga ditubuhkan Yayasan 1Malaysia.

Sebelum ini, rakyat tidak mengetahui apa sebenarnya atau dari sumber mana atau siapa yang menasihati Najib memperkenalkan konsep baru ini. Dalam tempoh setahun ini, minda seluruh rakyat Malaysia seolah-olah 'dipaku' dengan 1Malaysia

Seluruh intipati ucapan Anwar yang mengemukakan bukti secara jelas wujudnya penasihat Zionis Israel yang ditempatkan di pejabat PM di Putrajaya, tidak mampu ditangkis atau dijawab sepatahpun, oleh pemimpin Umno-BN. Mereka hanya menjawabnya dengan usaha merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk dihukum.

Najib cuma menjawab Anwar dengan menafikan bahawa konsep 1Malaysia sama dengan konsep 1Israel, yang turut menggunakan khidmat APCO dalam tahun 1990-an oleh PM Israel, Ehud Barak, ketika itu.

"APCO semasa menasihati Ehud Barak, perkenalkan slogan 'people first'. Ini sama dengan slogan 'rakyat didahulukan' cuma kita tambah 'pencapaian diutamakan'. Israel juga buat 1Israel Foundation, sama dengan Yayasan 1Malaysia.

"APCO juga perkenalkan health care untuk Ehud menarik sokongan rakyat. Di sini kita guna Klinik 1Malaysia. Apakah semua ini persamaan secara kebetulan atau sebaliknya," ujar Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

"Barangkali mereka tukar letterhead saja, format kertas kerja APCO kekal, 1Israel ditukar jadi 1Malaysia," getus Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Masalah besar yang berlaku ialah, kerajaan Malaysia tidak cermat menyelidiki latar belakang APCO.

"Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaik pulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan. Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

"Apakah pentadbiran PM mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?" soal Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Inilah dilema yang dihadapi Najib. Beliau hanya ada dua pilihan sahaja. Iaitu, mengaku bahawa kerajaan tersilap dengan menggunakan khidmat perisik Israel, atau kedua menghukum Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Omar Mustapha Ong, yang membawa APCO ke dalam pejabat PM melalui syarikat Mind Team dan Ethos Consultancy sebagaimana didakwa Anwar.

Umno masih belum pulih dan BN yang bercelaru


Kecelaruan semakin membungkam Najib, apabila Umno-BN gagal memberikan sokongan padu kepada PM, dengan serangan terbaru terhadap kepimpinannya.

Tatkala Najib bercakap mengenai 1Malaysia, tanpa mengira kaum dan warna kulit, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berdegar-degar bercakap soal kepentingan Melayu.

Najib bercakap soal pluralisme, Muhyiddin bercakap soal racisme. Ia kelihatan bercanggah. Tetapi mungkin juga ianya strategi untuk mengaut sokongan lebih banyak.
Apa pun dari segi dalaman Umno, sudah wujud persepsi PM dan TPM tidak sebulu, berlainan kem, sudah lama berlaku.

Ketika penulis bersembang-sembang dengan penganalisis MCA di Parlimen baru-baru ini, penulis melontarkan persoalan dikhabarkan wujudnya campur tangan pemimpin Umno yang cenderung menyokong puak-puak tertentu dalam MCA, beliau kelihatan tidak selesa.

"Kita tahu memang Umno tidak mahu 'orang tertentu' jadi Presiden MCA, tapi buat apa campur urusan MCA, dalam rumah Umno sendiri 'bocor', mereka belum pulih, tapi kata sudah pulih," bidas beliau.

Memang Umno belum pulih. Ketiga-tiga Naib Presiden yang ditempatkan menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, langsung tidak membantu Najib menguruskan Umno.

Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menerajui Pulau Pinang gagal mengawal Ketua Umno Bahagian dan ahli-ahli Umno berantakan sesama sendiri. Bergaduh dengan Gerakan dan menimbulkan pelbagai kekecohan sehingga menjejaskan Umno.

Di Terengganu, Dato' Seri Hishammuddin Hussein gagal mententeramkan gelodak perang kumpulan Dato' Seri Idris Jusoh dengan Dato' Ahmad Said. Umno Terengganu terus berpecah belah.

Di Kedah, Dato' Mohd Shafie Apdal lebih teruk, kerana didakwa gagal mengadakan mesyuarat perhubungan. Ketua-Ketua Umno Bahagian tidak menyokongnya. Mereka menolak orang Sabah dilantik memimpin orang Kedah.

Manakala di Perlis, pergaduhan antara puak Dato' Seri Shahidan Kassim dengan Dato' Seri Md Isa Sabu, berterusan. Kerajaan negeri terumbang-ambing, sama macam Umno Perlis, bergaduh hingga ke akar umbi.

Di Perak, selepas Dato' Seri Mohd Zambry Kadir disahkan oleh Mahkamah sebagai MB. Umno-BN tidak mampu mentadbir negeri dengan baik. Pegawai kerajaan dan rakyat tidak menyokong beliau. Sidang Dun dibuat dalam keadaan kelam kabut seumpama 'penjenayah yang mahu menyembunyikan harta rompakannya.

Di Pahang kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob dikhabarkan tidak mampu bertahan akibat keadaan kewangan negeri yang amat buruk. Hasil kerajaan, terutamanya balak sudah licin dikebas kroni. Saman syarikat balak tidak mampu dibayar. Dalam keadaan terumbang-ambing, kerajaan pusat terpaksa menampung bebanan besar kewangan Pahang.

Di Negeri Sembilan, kemasukan semula pesalah rasuah politik wang Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam Dewan Undangan Negeri menjadikan kedudukan MB, Dato' Seri Mohamad Hassan bagaikan 'telur di hujung tanduk.'

Krisis Isa-Mohamad ini memang tajam. Selepas Isa tersingkir dari jawatan MB. Beliau dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Tetapi dijatuhkan selepas menang jawatan Naib Presiden Umno, dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu dari Negeri Sembilan.

Perbalahan ini menjadi semakin tajam apabila ramai orang Mohamad, tewas jawatan Ketua Umno Bahagian dalam pemilihan tahun lepas. Dengan hanya kelebihan empat kerusi di Dun berbanding Pakatan Rakyat, Umno-BN Negeri Sembilan masih hidup tetapi bagaikan 'bernafas di dalam lumpur.'

Begitu juga di Melaka. Najib hanya memburukkan imej Umno-BN, dengan mengekalkan pesalah politik wang dalam Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri.

Seperti kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, "Dia (PM) taruk (lantik) Ali Rustam jadi Ketua Menteri, sudah musnah dia punya imej mahu hapus rasuah.

"Sekarang kita boleh cakap, dia punya bising mahu hapus rasuah cuma 'menanam tebu di bibir mulut' sahaja,"katanya.

Sementara di Johor, kubu kuat Umno, berada dalam keadaan yang sama. Johor juga banyak warlord dalam Umno, banyak berpecah belah. Tetapi mereka masih beruntung kerana rakyat menyokong mereka.

Masalah besar kepada MB, Dato' Abdul Ghani Othman ialah kegagalannya mengurus ekonomi negeri sehingga ditegur dalam laporan audit. Pembangunan di WPI tidak berjalan dengan lancar.

"Lihat sahaja bangunan sebesar Johor Waterfront depan mata MB pun dia tidak nampak, terbengkalai macam 'gajah putih'. Itu pun Umno-BN tidak mampu uruskan," kata AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Keseluruhannya kepada kita, jelas bahawa Umno masih gagal dan terus gagal dipulihkan. Keadaan ini ditambah terukkan oleh BN. Komponen-komponennya seperti MCA, Gerakan dan MIC, yang terus gagal berfungsi dan berpecah belah.

Sokongan, keampuhan dan kesepaduan Umno-BN terhadap kepimpinan Najib yang diuar-uarkan dalam media talibarut hanyalah kosmetik semata-mata. Ia tidak lebih sekadar usaha untuk 'membeli persepsi' baik rakyat terhadap PM.

Isu-isu yang menghantui


Memang PM kelihatannya nampak tenang. Tetapi sebenarnya kerajaan yang dipimpinnya serabut dengan pelbagai isu dan skandal yang menghantui.

Yang menghantui Najib bukannya hantu Altantuya Shaariibuu, tetapi kesan daripada kes pembunuhan warga Mongolia itu, begitu kuat impaknya kepada politik negara.

Isu yang membabitkan Najib atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kematian Altantuya sebagaimana yang didakwa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak timbul.

Beliau melakukan pembohongan yang besar apabila mendakwa Anwar yang mengarahkannya mengaitkan Najib-Rosmah dengan Altantuya. Soal ini biarlah Anwar menjelaskannya.

Tetapi isu ini memang besar. Tetapi ia sudah dipencilkan, hanya kepada isu pembunuhan. Hakikat yang disembunyikan ialah soal rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Dari awal kes Altantuya dibongkarkan ialah isu komisyen. Altantuya datang ke Malaysia pada bulan Oktober 2006, untuk berjumpa dengan Abdul Razak Baginda kerana mahu menuntut baki komisyen yang dijanjikan hasil urusniaga kapal selam.

Pada tahun 2002, syarikat Perancis-Sepanyol bernama Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, iaitu harga yang paling tinggi dalam sejarah penjualannya.

Kes ini membabitkan DCNS, sebuah syarikat Perancis, yang pakar dalam pembinaan kapal laut tentera. Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dalam perbahasan Parlimen, iaitu pada sesi sidang belanjawan tahun 2004, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembelian kapal selam dengan sebuah syarikat di Perancis, DCN International yang melibatkan wang sebanyak RM 7.7 bilion.

Beliau berkata, sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, Perimekar Sdn Bhd serta rakan kongsinya mendapat keuntungan lebih daripada RM300 juta hasil dari pembelian kapal selam tersebut.

Syarikat tersebut katanya, bertindak sebagai orang tengah dalam pembelian kapal selam itu antara DCN International dengan kerajaan Malaysia.

"Apakah peranan yang dimainkan oleh Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam ini sehingga meraih keuntungan sebanyak RM300 juta," soal beliau.

Di Dewan Rakyat, pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Zainal Abidin Zin, mengakui bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar, untuk tujuan perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Kes-kes ini sebenarnya mencetuskan keraguan, siapakah Altantuya sebenarnya. Adakah beliau broker yang digunakan dalam urusan jual beli? Dan, apakah tujuan sejumlah wang yang dibayar kepadanya oleh Razak Baginda sebelum beliau ditemui mati.

Masalah yang cuba ditutup di sini ialah hubungan rapat Razak Baginda dengan Najib-Rosmah, apakah kaitan mereka dengan Perimekar?

Persoalan-persoalan inilah yang berlegar di minda rakyat sebenarnya. Ia masih gagal dihapuskan Najib selepas setahun menjadi PM.

Persepsi yang sukar ditangkis


PM Najib barangkali mempunyai pendekatan yang tersendiri, namun beliau tidak terlepas dari persepsi buruk terhadap stail kepimpinannya.

"Dulu kita ada kerajaan tiga beranak, sekarang kita dipimpin oleh kerajaan suami isteri," getus seorang blogger orang kuat Umno.

Ia bukannya persepsi rakyat atau Pakatan Rakyat. Malah orang dalam Umno sendiri mengakui kalau hendak 'selamat' dalam Umno, mesti baik dengan Rosmah.

Ada sumber mengatakan, orang yang terbabit dalam urusan perniagaan pula mendakwa, jika hendak mendapat rezeki sama ada kontrak atau tender, juga mesti melalui Rosmah.

Malah pada peringkat awal Najib menjadi PM, ada dakwaan bahawa diarahkan kepada pihak tertentu, menyediakan bilik untuk Rosmah (di pejabat kerajaan), juga menyediakan tiga orang pegawai untuk beliau. Hal ini tidak pernah berlaku kepada PM-PM sebelum ini.

Situasi yang sebegini mencetuskan persepsi bahawa kemungkinan ada campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Najib.

Barangkali keadaannya tidak begitu. Barangkali Rosmah tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran Najib. Tetapi jika ditanya rata-rata rakyat Malaysia, mereka akan mengatakan bahawa, persepsi mereka ialah, Rosmah yang dictate Najib.

Begitu juga yang dialami oleh Tun Abdullah Badawi. Semasa pemerintahannya dikaitkan dengan campur tangan isteri, anak dan menantunya dalam pentadbiran negara dan parti.

Dalam keadaan sekarang, jika persepsi terhadap Najib terus kekal begitu, ia amat membahayakan masa depan politik beliau. Selagi persepsi ini tidak dapat dihapuskan, selagi itulah Najib tidak akan dianggap pemimpin yang berjaya membawa perubahan.

Isu-isu kempen Hulu Selangor


Najib memasuki tahun kedua pemerintahannya dengan cabaran Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Hulu Selangor dianggap sebagai penentu 'hidup mati' karier politik beliau, dan juga penentu masa depan BN.

Terdapat banyak isu yang tidak dapat dihuraikan secara terperinci dalam kolum yang terhad ini. Barangkali cukup sekadar catatan ringkas, untuk dikaji lebih teliti buat kempen Pakatan Rakyat di Hulu Selangor nanti.

Antaranya ialah isu pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion, yang didakwa membabitkan pembayaran komisyen yang besar juga belum selesai.

Isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang menekan dan menindas rakyat terpaksa ditangguhkan pembentangannya di Parlimen kerana bantahan Pakatan Rakyat, juga merupakan satu rekod buruk.

Dua isu besar yang membahayakan keselamatan negara secara khusus iaitu, isu kehilangan enjin jet F5E bernilai 50 juta dan pengakuan kerajaan bahawa maklumat pertahanan negara bocor kepada kedutaan asing juga memalukan negara. Malah yang lebih buruknya ialah, kedua-dua kes ini berlaku semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Isu royalti Kelantan juga harus diketengahkan. Ia bukan soal Najib semata-mata, ianya adalah merupakan salah laku pemimpin Umno, bermula pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghalang Terengganu yang diperintah PAS menerima royalti. Mereka tidak peduli walaupun penduduk Terengganu lebih 90 peratus orang Melayu.

Dasar ini diteruskan oleh Abdullah, sehingga wang ihsan digunakan oleh Umno sewenang-wenangnya, melakukan projek yang membazirkan wang rakyat. Penyelewengan wang ihsan terbukti dengan runtuhnya beberapa buah bangunan di Terengganu walaupun hanya baru beberapa tahun dibina.

Kepincangan dasar terhadap orang Melayu juga harus dibangkitkan. Isu PPSMI misalnya. Walaupun kerajaan sudah mengumumkan ia akan dihapuskan pada tahun 2012, namun kesan buruknya terhadap rakyat, sudah dan sedang berlaku pada waktu ini.

Isu ini sebenarnya membuktikan betapa rakusnya pemimpin Umno, untuk mempertahankan kuasa, orang-orang Melayu dimangsakan.

Antara lain yang diboleh dibangkitkan ialah isu Model Ekonomi Baru (MEB), isu Felda dan sebagainya.

Kesimpulan


Daripada rentetan skandal, penyelewengan dan isu yang dipaparkan dalam catatan ini, amat jelas, banyak persoalan yang masih kabur menghantui kepimpinan Najib.

Sehingga kini, Najib ternyata gagal mengurus persepsi bahawa pemerintahannya tiada beza dengan Abdullah.

Data dari skala politik, ekonomi dan sosial menunjukkan dengan jelas bahawa usaha Najib untuk membawa reform, bagi menarik sokongan rakyat pelbagai kaum kepadanya masih gagal

Setakat ini, dalam tempoh setahun, report cardnya dipenuhi dengan dakwat merah. Sekiranya dakwat merah ini berterusan sehingga PRU ke-13, maka beliau berkemungkinan besar menjadi PM terakhir daripada Umno-BN.