Thursday, December 31, 2009

A for Arrogance (Agathocles)

Ini aku buat untuk Kasih Sayang, dan sememangnya Kasih Sayang untuk semua

Bumi Meretak...Humanis Terperap.. # 2

Tidur
walau mata tidak terpejam
Walau hari bergerak pantas
Walau kaki gah berjalan
Walau kudrat memerah keringat

Khayal
Walau pelali tidak disuntik
Walau air masih di muka
Walau makanan masih di mulut
Walau maut memberi tanda

Pulau makin jauh ke tengah dan ia terus mengecil
Daratan makin terhakis, air laut semakin hampir
Struktur tanah mula berubah, air bah makin selalu menyimbah
Tidak cukup musim untuk menadah
Kerana semuanya habis ditarah…

Cipta istilah
Mula mencari ahli geologi, mula menambah catatan sejarah
Rutin rakus terus di kejar, meski panduan, batin dan akal telah di surah
Pemanasan global terus disalah, di seret ke sana sini untuk berbalah

Berbagai mesyuarat diusahakan
Tak cukup konvensyen mencari penyelesaian
Rutin rakus tetap berjalan
Tak boleh halang, kerana semua cari makan
Mengkambing hitamkan pembangunan
Atas nama kesenangan semua orang
Atas nama membasmi kemiskinan
Atas nama mendaulatkan kerajaan

Ia kata, keramatnya tiada, pujangga tidak bersuara, auta-nistanya logika, kebenarannya ada, tapi hanya Cuma. Mesti waspada, harus jaga-jaga, wajar bangkit dari lena, tinggalkan khayal yang sia-sia.

Di depan apa kurangnya?
Realiti dari sebalik kata yang salah-menyalahi
Pembangunan untuk kesenangan,-kemewahan bagi mereka yang hanya berkedudukan
Untuk marhaen bersedialah mendepani bencana, kerana kita sentiasa berdiri
Mencari sesuap nasi untuk diri, untuk anak bini dan juga mereka yang duduk.
Sedang mereka yang duduk, di atas kerusi empuk melihat kuli-kuli membanting rutin rakus mereka, untuk kesenangan yang kawan-kawan kita hanya dapat tempiasnya, sedikit..tapi bala tetap menimpa!
Orang lain buat kerja, orang lain dapat malapetaka.
Melarat tidak sudahnya!

Salahkan perompak dan pencuri kecil
Bila rumah mewah dan perusahaan kau di pecah
Hey kau Kapitalis dan Hey kau kuku besi, berkata kau mereka itu penjenayah
Yang hati mereka telah dicuri dan dirompak oleh kesempitan
Yang disedut air-air jernih hatinya menjadi kering
Yang menjadi tidak cukup iman, tidak cukup moral untuk menjadi ‘orang’
Yang kau cuba bangunkan, kerana mereka ini tiada sekepeng modal untuk digelar insan
Yang ibu-bapanya kau jadikan hamba, untuk bersibuk-sibuk dengan kerja
Kerana istilah ‘senang’ kau janjikan, susah-payah tak terjumpa-jumpa
Sedang bangunan-bangunan hampir kesemua tempat bertanah kau bangunkan
Yang akhirnya bangunan bangunan ini menjadi bala golongan marhaen dan kawan-kawan kami :-
Yang terkena tempias istilah ‘senang’
Yang kau kata…… Celaka!

Cis Kapitalis
Gondol semua pasak bumi
Konon untuk menampung populasi
Bukan untuk kepentingan sendiri?

Di sini, bahkan di negara lain pun, populasi meningkat menjadi padat kerana kebanjiran warga yang kau panggil melalui pembangunan
Kau tarah bukit bukan kerana keperluan, tatapi kerana kemewahan
Kerana uwang, yang kau kuasakan, tanpa mengira apa fungsinya..(bukit gunung ganang)
Ahli geologis tidak berguna, saat bencana tidak tertimpa…mudah sahaja sifirnya! Cis!

Jika atas alasan keperluan menampung populasi, kenapa ramai orang yang bergelimpangan di India tidak berumah tidak dibantu. Di India banyak bukit boleh dijadikan penempatan, kau lacurkan ia untuk tujuan pelancongan berkelas tinggi.. biar rakyat sesak hina dina, biar selamanya menjadi hamba kerja…bahkan tanah datar pun banyak yang tidak terusik, tapi tidak kau peduli..kerana mereka tiada berkuasa beli…

Atas alasan populasi apakah ramai rakyat merempat di Indonesia? Tarah tempat tumpuan, tarah gunung-ganang, semuanya untuk orang berkedudukan..sedang marhaen tetap merempat…melarat, meminta-minta, bekerja keras menggunakan kudrat, hidup hanya Cuma-Cuma.

Cis kau pemerintah!
Dalam televisyen berapi-api
Di media cetak pun berperi-peri
Pembangunan sana- pembangunan sini
Tabur segala janji, racun para pengundi
Agung-agung dengan subsidi
Biar terasa terhutang budi
Wajib mengkikut ulul amri
Ini hakam, di sini adli!
Cis cis cis
Kerana kebijakan mereka
Marhaen menderita, terkebil memandang pembangunan yang dipacu
Dari hilir sampalah ke hulu
Menarah apa yang boleh di tarah
Teroka apa yang boleh dibuka
Kesannya kemudian kira
Sasarannya, mestilah dari kalangan mereka-mereka
Rakyat marhaen boleh di lupa
Dengan racun-racun subsidi
Dengan kotak peti televisi

Bumi Meretak..humanis terperak…jahanam
Kemusnahan pasti datang, aku kami dan kau tidak terlepaskan!

Sedang Mendengar ::::: Us & Them (Pink Floyd)

"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?" - Az Zumar 39:60

Sudah naik # 4

Tahun sudah naik satu
dari 9 ke 10 jadinya
umur sudah naik satu
tinggal kosong di belakang
satu cokeng timbul di depan

Apa mau buat?
Apa mau buat?

Gula sudah naik
Tengah malam masa tidak ada orang
Awas semut, jangan masuk dalam kantung
Jangan masuk dalam makanan
Jangan buat onar dalam minuman
Kalau tidak kau akan ku cincang!
Tapi semut naik juga
Itu kan makanan dia

Apa mau hairan?
Apa mau hairan?

Kasi angkat itu lantai
Biar ia tinggi
Kalau tak mampu suruh saja depa berenti
Biar depa reti
Tapi rumah tinggi mana pun kami daki juga
Dah memang rumah kita
Cari yang haram
Beralih yang seludup
Kena gaya TAX pun lingkup
Baru orang atas meletup

Apa mau susah?
Apa mau susah?

Aku dapat dua hadiah, kamu dapat satu
Satu minggu satu hadiah baru
Selamat tahun baru
Selamat melingkuplah lu!

Monday, December 28, 2009

Guane kate?



Kat mane ada jual pistol? Aku nak cari satu. Inikan negara yang macam citer hindustan...haha.

Saturday, December 26, 2009

Goccoh Bes



Dulu aku layan cerita ni, Kalau ada ulang tayangkan bes!

Wednesday, December 23, 2009

Kambing Hitam Lagi dan Lagi

Rentetan perjalanan dan peristiwa negara Malaysia sama macam plot2 dalam cerita hindustan. Dulu sudah cerita hindustan, sekarang sudah sudah sudah cerita hindustan lagi..cis!


Dalam isu enjin pesawat pemintas F-5E yang hilang ni, sapa pulak agaknya yang nak kena jadi KAMBING HITAM?


Politicians lie while others die - I've had enough!
(ATR)




"mung nok bela kambing?, nanti ade pitih Ayah De beli sekor".. dia senyap tapi menunjukkan isyarat tangan 2. "Mung nok dua ekor?". Jawab dia " Hor, tine sekor jatan se (seekor betina dan seekor jantan). "Ok bereh, aku beli mung jage..anok pertama hok mung, anok kedua hok Ayoh De anok ketiga hok mung, anok kepat hok ayoh de, anok kelima ke atas sume hok mung!". Jawab die, "bereh". Ayah De menambah lagi, "Anok kambing mung, bila besor ...beranok, jadi anok mung la" " woh, jahat ngat, bakpe anok Dahhan anok kambing?" nota : Dahhan adalah nama si anak kecil



Sedang mendengar :::: Delete Yourself! - Atari Teenage Riot

"sesungguhnya, orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan beroleh ampunan dan pahala yang besar" - Al-Mulk 67:12

Tuesday, December 22, 2009

KWEK KWEK KWEK - Iwan Fals

Semalam aku pergi hantar anak saudara untuk temuduga MRSM di Kota Putera Besut. Diberitakan, yang dipanggil temuduga untuk ke maktab itu berjumlah seribu lebih orang...yang nak ambil hanya 180 orang...erk!

Nak balik dah, tiba-tiba tersasar ke tempat nih. "Gi round dulu kata anak yang lebih kecil daripada yang lebih besar". "Mana? Kota Bharu?" "Hor kota Bharu".........................................
"SELAMAT DATANG KE KELANTAN!" Kata anak yang lebih kecil "kata nak gi Kota Bharu, bakpe gi kelatang pulok?"

Dan di KHP aku terbeli pulak benda-benda ni


Dan sudut bilik bujang ini sudah tentu akan bertambah bersepah.


Sebelah malamnya pula, tidurku di datangi mimpi ngeri. Mimpi yang menyaksikan nyawa melayang. Mimpi yang menyaksikan aksi perlawanan...aku lawan dan aku kalah.. mimpi yang membuatkan aku berlari tidak cukup tanah.

Tersedar, aku dapati tangan aku aku bersilangan di atas kepala...cis! tapi bagusnya mimpi ini membuatkan aku bangun awal, dan tak mahu tidur lagi!

(seorang pemuda kelihatan menggeletek kaki dua orang anak kecil.. merengkuk mereka keasyikan tidur dek kerana cuaca yang sejuk dan berangin..tapi paksa-paksa bangun juga)

anak kecil : Bakpe?
Pemuda itu : Subuh, subuh (gerakan bibir tanpa suara)
Anak kecil 1: Bakpe kejjap ngat tidur?

Sedang mendengar :::: Loud and Clear - The Cranberries

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada" - Al Hajj 22:46

Thursday, December 17, 2009

Pindah!

Ini sedutan dari PERAK DARUL KARTUN. Berbaloi kalau beli dan baca. Selain dari kartun2 yang bermesej idea daripada kartunis zunar dan konco-konco ada juga tulisan2 yang bukan kartun yang disampaikan oleh orang-orang hebat seperti A. Samad Said, Hishamudin Rais, Pyan Habib dan Rahmat Haron... Alamak kat halaman kedua ni ada ada tercetak HAK CIPTA TERPELIHARA, agak2 kena saman jugak ke aku ni?


Ini pulak CD yang dikirimkan oleh seorang rakan yang menganggotai kumpulan ini. Aku tak tahu motif kenapa dia kirimkan CD ini pada aku melalui seorang teman yang lain, walhal dia sendiri sudah tahu aku sudah pun copy CD ni dalam bentuk MP3 semasa aku melawatnya di Taman Melati dahulu. Jadi aku ambik keputusan untuk reviewlah sikit rilisan ini. Sudah sangat lama berada di pasaran, tapi aku rasa kalau toko-toko kaset biasa confirm tadak CD ni. Dianggotai oleh 7 orang anak muda, semuanya lulusan UIA. Antaranya yang satu batch dengan aku dan yang senior2. Kalau yang terjerumus dalam metal scene dulu-dulu mesti familiar dengan beberapa orang personal dalam kumpulan ini...tapi tunggu, ini bukanlah CDmuzik metal atau yang berat-berat..ia adalah muzik santai tradisional-moden yang menyedapkan halwa telinga. Ada 5 buah lagu, semuanya disusun dengan baik dengan acuan alat muzik moden seperti bass, gitar dan biola dan alatan muzik tradisional seperti gambus dan rebana / darbuka. Lirik-lirik berkisarkan kepada keTuhanan, kasih sayang anak ibu dan ada yang berbentuk menyindir..siapa yang disindir? Hahaha...Sungguh asyik didengar waktu-waktu lapang di kala petang, apa lagi jika berada di pantai..asalnya Dewangga Sakti adalah kumpulan muzik Gamelan yang dianggotai oleh beberapa orang dari mereka semasa di UIA. Koleksi yang agak mesti nih!

Ini pulak, Cd dari Meor..aku memang minat meor sejak pertama kali dengar lagu " itu padang..aku di situ". Ini betul-betul lagu rakyat seperti tajuknya.. ada 10 lagu yang kesemuanya bes bagiku. Kalau aku sebut tajuk lagu-lagu ni mesti orang tahu arah lirik keseluruhan album ini. Ok aku sebut antaranya adalah seperti ISA, Bappakku Seorang YB, Rakyat Bersatu, Shuhada Memali, Kejalan Lagi...lenguh nak taiplah woi... lagipun tadak masa dah ni, sat gi nak tengok bola Malaysia vs Vietnam pulak ni. Apa pun ini jugak Cd yang patut dijadikan koleksi jugak. Ini album Folk of the Year! Antara penyumbang lirik adalah seperti Amir Hamzah, Black, Pyan Habib, Abdullah Jones dan ramai lagi.. wah bola dah nak start..

Akhirnya, bola-bola jugak, doa akhir tahun dan awal tahun jangan lupa baca!!! Selamat menyambut Maal Hijrah 1431

Sunday, December 6, 2009

Top Up Kepala (Nospan)

Sungguh 'sangat bermakna' cuti aku pada kali ini. Rutin harian di kala siang lebih banyak masa-masa dibuang untuk berada dalam kedaan pegun- tapi bergerak - ada flow cerita - tapi tak ikut 'sequence' - dalam tidak sedar. Dalam cuti begini, banyak juga aku menghabiskan masa dengan membaca buku yang memang aku niatkan untuk tidak dihabiskan secara total.. itu pun pembacaan aku sering kali diambil alih oleh tugas-tugas drama dan filem-filem serta kehidupan aku yang aku sendiri saksikan. Ia menolong mempercepatkan objektif pembacaan aku...iaitu : jangan baca sampai habis! Dalam cuti ini juga aku telah mula terjerumus ke alam 'game' aplikasi capaian internet..sungguh celaka!!

Tadi secara sengaja aku melekakan diri menonton setiap perlawanan badminton masters final. Mak terkejut kerana melihat perangai aku yang sering kali ketawa berdekah-dekah menyaksikan perlawanan-perlawanan tersebut. "Doh kat mana kelakor?" tegurnya yang melihatkan perangai aku yang asyik berdekah-dekah itu laksana menonton cerita "madu tiga' atau siri komedi bujang lapok atau doremi arahan P.Ramlee. Soalan itu sengaja aku tak jawab atau aku memang keliru nak jawab apa..jadi ia berlalu begitu sahaja.

Dulu, masa kecik-kecik kami selalu juga bermain badminton kat kampung..Ia satu permainan bermusim..Jika ada keriuhan Piala Thomas dan Uber, masa tu jugalah kami budak-budak kecik sibuk bermain badminton. Banyak cara kami main badminton, dari main teboh-teboh (pukul) biasa tidak ber net, sehingga ke 'net pagar', sehingga ke net tali dan jaring2 pukat nelayan. Sangat seronok. Ia adalah salah satu permainan moden yang diacu dalam suasana kampung yang tiada kemudahan gelanggang dan alatan.

Selain badminton, banyak juga permainan dan sukan moden yang kami mainkan dengan edisi kampung, contohnya lompat tinggi di mana tiang dibuat daripada pelepah kelapa yang dibuang daunnya, tetapi ditinggalkan sedikit untuk dibuat takat/gred mata. Palangnya pula boleh sahaja digunakan daripada kayu yang bersaiz kecil dan ringan untuk ditampung oleh lebihan daun kelapa pada batang tiang tadi. Selain itu, kami juga bermain hoki ala kampung dimana stick hoki boleh sahaja dibuat daripada pelepah nibung atau pinang atau nipah..Ada juga yang menggunakan ranting pokok yang agak besar yang mempunyai bentuk seakan-akan stick hoki yang sebenar. Bolanya pula ada kalanya adalah dari buah jambu batu atau dari kertas yang digumpal membentuk bola. Bagi bola kertas kami biasanya akan membuat layer dari plastik bungkusan supaya lebih tahan daripada hancur dipukul oleh stick ciptaan kami sendiri, atau bila terjatuh ke dalam lopak air.

Disamping sukan-sukan yang disebutkan tadi, ada beberapa lagi jenis sukan moden yang kami versikan ia dalam bentuk kampung, antaranya ialah 'bola katok' (yang diadaptasikan dari baseball) dan bola sepak yang golnya dibuat dari batang nibung atau buluh, yang dimainkan kebanyakannya di dalam baroh (baroh ning mende ah dalam bahasa standard?).

Tapi dalam musim-musim tengkujuh begini sukan-sukan moden sebegitu biasanya tidak dimainkan. Malah sukan dan permainan tradisional pun tidak dimainkan. Kami budak-budak kecik lebih suka main air bah! Dari kampung, kami biasanya berbasikal ke sawmill di Banggol Air Lilih melalui jalan kampung untuk mencari lebihan kayu yang tidak diperlukan lagi oleh sawmill berkenaan. Kayu-kayu ini kami kutip hari demi hari. Bila cukup kami akan masuk ke kilang kami sendiri di kampung... dan bermulalah seni pertukangan yang akhirnya membuahkan sebuah perahu sekurang-kurangnya sebuah untuk satu isi rumah. Aku yang keras tangan ini pun berjaya juga menyiapkan perahu dengan petolongan kawan-kawan. Musim bah memang bes...itu dulu..sekarang kami semua dah jadi pengecut barangkali..bila musim bah je..jadi rungsing..sebab dah mula ada harta..sudah mula sayang harta..sudah mula sayang nyawa!!!!!!!

( Bila tgk kawan2 main Mafia Wars, aku teringat,,,dulu kami main perang betul-betul..berlari betul2..menyorok dalam semak betul-betul...agaknya lebih sihat dari menggunakan senjata canggih, tapi sakit pinggan mengadap komputer :p )