Sunday, December 6, 2009

Top Up Kepala (Nospan)

Sungguh 'sangat bermakna' cuti aku pada kali ini. Rutin harian di kala siang lebih banyak masa-masa dibuang untuk berada dalam kedaan pegun- tapi bergerak - ada flow cerita - tapi tak ikut 'sequence' - dalam tidak sedar. Dalam cuti begini, banyak juga aku menghabiskan masa dengan membaca buku yang memang aku niatkan untuk tidak dihabiskan secara total.. itu pun pembacaan aku sering kali diambil alih oleh tugas-tugas drama dan filem-filem serta kehidupan aku yang aku sendiri saksikan. Ia menolong mempercepatkan objektif pembacaan aku...iaitu : jangan baca sampai habis! Dalam cuti ini juga aku telah mula terjerumus ke alam 'game' aplikasi capaian internet..sungguh celaka!!

Tadi secara sengaja aku melekakan diri menonton setiap perlawanan badminton masters final. Mak terkejut kerana melihat perangai aku yang sering kali ketawa berdekah-dekah menyaksikan perlawanan-perlawanan tersebut. "Doh kat mana kelakor?" tegurnya yang melihatkan perangai aku yang asyik berdekah-dekah itu laksana menonton cerita "madu tiga' atau siri komedi bujang lapok atau doremi arahan P.Ramlee. Soalan itu sengaja aku tak jawab atau aku memang keliru nak jawab apa..jadi ia berlalu begitu sahaja.

Dulu, masa kecik-kecik kami selalu juga bermain badminton kat kampung..Ia satu permainan bermusim..Jika ada keriuhan Piala Thomas dan Uber, masa tu jugalah kami budak-budak kecik sibuk bermain badminton. Banyak cara kami main badminton, dari main teboh-teboh (pukul) biasa tidak ber net, sehingga ke 'net pagar', sehingga ke net tali dan jaring2 pukat nelayan. Sangat seronok. Ia adalah salah satu permainan moden yang diacu dalam suasana kampung yang tiada kemudahan gelanggang dan alatan.

Selain badminton, banyak juga permainan dan sukan moden yang kami mainkan dengan edisi kampung, contohnya lompat tinggi di mana tiang dibuat daripada pelepah kelapa yang dibuang daunnya, tetapi ditinggalkan sedikit untuk dibuat takat/gred mata. Palangnya pula boleh sahaja digunakan daripada kayu yang bersaiz kecil dan ringan untuk ditampung oleh lebihan daun kelapa pada batang tiang tadi. Selain itu, kami juga bermain hoki ala kampung dimana stick hoki boleh sahaja dibuat daripada pelepah nibung atau pinang atau nipah..Ada juga yang menggunakan ranting pokok yang agak besar yang mempunyai bentuk seakan-akan stick hoki yang sebenar. Bolanya pula ada kalanya adalah dari buah jambu batu atau dari kertas yang digumpal membentuk bola. Bagi bola kertas kami biasanya akan membuat layer dari plastik bungkusan supaya lebih tahan daripada hancur dipukul oleh stick ciptaan kami sendiri, atau bila terjatuh ke dalam lopak air.

Disamping sukan-sukan yang disebutkan tadi, ada beberapa lagi jenis sukan moden yang kami versikan ia dalam bentuk kampung, antaranya ialah 'bola katok' (yang diadaptasikan dari baseball) dan bola sepak yang golnya dibuat dari batang nibung atau buluh, yang dimainkan kebanyakannya di dalam baroh (baroh ning mende ah dalam bahasa standard?).

Tapi dalam musim-musim tengkujuh begini sukan-sukan moden sebegitu biasanya tidak dimainkan. Malah sukan dan permainan tradisional pun tidak dimainkan. Kami budak-budak kecik lebih suka main air bah! Dari kampung, kami biasanya berbasikal ke sawmill di Banggol Air Lilih melalui jalan kampung untuk mencari lebihan kayu yang tidak diperlukan lagi oleh sawmill berkenaan. Kayu-kayu ini kami kutip hari demi hari. Bila cukup kami akan masuk ke kilang kami sendiri di kampung... dan bermulalah seni pertukangan yang akhirnya membuahkan sebuah perahu sekurang-kurangnya sebuah untuk satu isi rumah. Aku yang keras tangan ini pun berjaya juga menyiapkan perahu dengan petolongan kawan-kawan. Musim bah memang bes...itu dulu..sekarang kami semua dah jadi pengecut barangkali..bila musim bah je..jadi rungsing..sebab dah mula ada harta..sudah mula sayang harta..sudah mula sayang nyawa!!!!!!!

( Bila tgk kawan2 main Mafia Wars, aku teringat,,,dulu kami main perang betul-betul..berlari betul2..menyorok dalam semak betul-betul...agaknya lebih sihat dari menggunakan senjata canggih, tapi sakit pinggan mengadap komputer :p )

9 comments:

  1. musim bah 2 ape?musim tengkujuh ke?

    ReplyDelete
  2. baroh kl bahasa standard aku waser lagoon...

    ReplyDelete
  3. wahh..saya ada pengalam serik nak main badminton. nak kata tobat tu tak le tapi rasa2nya takkan main lagi la kot. kenapa ummi hurairah? uwwa..tak pahammm....

    ReplyDelete
  4. Latar belakang tempat pembesaran kita kelihatan tidak jauh bezanya, saya dengan mudahnya memahami apa yang anda tulis. Benar2 faham. Saya rindukan itu semua dan bau hujan serta air bah di kejauhan sana...

    Saya ingin terus berkongsi tulisan saya dengan anda, sila lihat kotak emel anda.

    ReplyDelete
  5. Ain,
    ya!

    The Farouk,
    Ye dok mung lagoon hahaha..lagoon tu mende lain

    Saya
    Kenapa? x munasabah pulak kalau main badminton boleh mendatangkan kesakitan atau kecelakaan, walaupun x mustahil..

    Nafastari,
    ye ke?, haha. Bagaimana keadaan anda di sana? Baru2 ini saya mendengar berita tentang letupan bom lagi di Rawalpindi, tetapi saya tidak dapat mengakses ke blog anda untuk mengetahui cerita2 di sana.. baiklah saya buka email sekarang

    ReplyDelete
  6. Setiap hari ada letupan bom, ia sudah tidak pelik lagi. Rawalpindi cuma 30 minit dari tempat saya. Pada minggu lepas lokasi pengeboman di ibupejabat tentera navi itu, cuma beberapa ratus meter dari rumah saya. Kami di sini sihat2 adanya, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. baroh bhs standard klu dok slh ialah sawah @ bendang.. tempat orang tanam padi. Biasanya digunakan sewaktu musin kemarau kerana air kering dalam tu.

    ReplyDelete
  8. sindrom org yg dh ptt nikah...

    ReplyDelete
  9. Nafastari,
    Alhamdulillah..tapi berhati-hatilah selalu

    MNI74,
    Bijok...betul, tapi aku rasa gini..baroh ni bendang atau sawah padi yang sudah lama tidak digunakanuntuk membuat padi... bendang atau sawah padi yang digunakan samada musim kemarau atau tidak,,,kita panggil gelung,...kahkahkah..aku rasela, sebab dari penggunaan perkataan tu biasa aku sebut gitu.. WallahuA'lam

    ReplyDelete