Wednesday, March 10, 2010

Tali





"sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya"
- Al Baqarah 2:255

Monday, March 1, 2010

Alhamdulillah....selesai

1)Banyak betul orang marah kat aku sebab merahsiakan perkahwinan...Ni, mesti sebab baca blog Jang ni...Haha, apa pun dengan rendah hati aku pohon maaf kepada semuanya. Betul, aku telah selamat diijabkabulkan, dengan pasangan Pn. Siti Asmah binti Mohamad, Alhamdulillah...Harap berkekalan membawa ke syurga. Diharap juga ibadah aku makin lebih sempurna selepas ini.

2)Mengapa aku tidak gembar-gemburkan akan melangsungkan perkahwinan? Banyak alasan jika mau dikarang..tapi biarlah.. Yang wajib dan yang patut telah pun selesai, itu yang utama. Yang lain hanyalah tambahan...

3) Aku akui, memang banyak kejutan..namun selagi ia bukan kejutan elektrik, aku harap ia tiada masalah dan tidak menimbulkan kecederaan dan kematian. Kahkahkah, apa kebendanya ni?

4) Ada juga kawan-kawan yang bertanyakan tentang gambar. Maaf, aku sendiri tidak mempunyai gambar-gambar majlis akad nikah dan kenduri kesyukuran di rumah pengantin perempuan setakat ini. Dan kawan-kawan tentu ada yang memahami; aku kurang gemar bergambar. Apa lagi kalau ada bilang " 1, 2, 3".

5) Ramai orang tidak percaya aku bakal berkahwin, dan paling parah housemate aku baru sebentar tadi, selepas mengucapkan tahniah kerna telah pun berkahwin, tiba-tiba bertanya kembali..."Eh betul dok sebenornya mung nikoh doh ni?" Nasib baik ada sebungkus hadiah yang diberi kepada aku pagi ini, lantas aku tunjukkan kepadanya.."Tu acu mung tengok, ape mende tertulis kat atas kad tu!!". Garu kepala kawan itu.. Aku ketawa sahaja melihat gelagatnya yang nampak macam masih tak percaya.

6) Alang-alang menulis, inginlah aku menjemput kawan-kawan ke rumah pada 14/3/10. Majlis kecil tahlil dan solat hajat mintak bahagia, dan mintak juga kakak ipar selamat melahirkan orang baru sempena majlis menyambut menantu ni. X bawak hadiah tak apa, datang mintak doa je..itu lebih aula. Yang jauh2, x payahlah bersusah-susah nak balik...doa jelah je yang terbaik untuk aku dari jauh. Yang dekat-dekat tapi ada kerje lain pun, kalau tak datang pun takpe jugak..doa je la. Yang x mahu datang sebab malas pun x apa juga. Aku "No Hal!", tapi apa ke nama kawan camtu?" hahaha. Oh ya, tahlil dan solat hajat selepas zohor! Bye bye baby.

p/s:
1)Mat yie: msg mung paling bermotivasi dan mengisafi. Lu, rock no 1. Ustad lebih sikit.
2)Apih dan Pok: Weh, sori x dpt gi Rusila ari tu, aku kabo doh kang aku nok gi nikoh, yang mung mari turut aku di rumoh jugok tu bakpe?
Base dok caye ke saing puok mung ni! haha