Friday, July 17, 2009

Puisi Mata Hati


Jangan kau miskin
Kalau kau miskin
Diaorang kata kau beban

Sampah yang x boleh dibuang
Dipelihara naik tocang

Merugikan pendapatan awam
Harga tambang nak naik terpaksa tangguh
Sebab kau miskin tidak berwang

Jangan kau miskin
Kalau kau miskin
Katanya;
Negara tidak produktif
Sebab kau sentiasa seduktif
Minta bantuan sahaja, kau sendiri tidak proaktif
Ini zaman hadhari, bukan zaman primitif

Jangan kau miskin
Kalau kau miskin
Kau akan dihina
Kau akan dinista

Banyak soalan yang kau akan di tanya
Macamana nak uruskan keluarga?
Macamana nak beli kereta?
Apa jaminan boleh bahagia?

Jangan kau miskin
Kalau kau miskin
Macam mana nak uruskan dunia?
Macamana nak elak sengketa?
Macam duit adalah segala-galanya..
Dia lupa dunia ini sementara

Tapi

Jangan kau kaya
Kalau kau kaya,
diaorang kata kau rasuah
biarlah kau miskin papa kedana
melarat naik bas, sekupang duit dalam poket
isi minyak kereta sepuluh ringgit cuma



biarlah kau sakit
perit merit
terpekik dalam batin berkocak, menangis
sewaktu isteri terbaring sendiri
anak tidur kelaparan
yuran PASTI bulan lepas belum berbayar


Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai yang dengki
atau tumpang sekaki
minta belanja secawan kopi
tolong bayar bil
atau belikan kayu api



Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai lagi setengah mati
nak jadi kaya
sampai mati tak kaya-kaya.



Tapi

Jangan kau sederhana
Kalau kau sederhana kau tak akan kemana
Belanja lebih katanya berlagak kaya
Belanja sedikit kau diperlekehkan pula
Belanja sederhana tidak pula di terima
Katanya sekadar itu cuma?
Tak tahu menilai, tak reti nak rasa

Jangan kau sederhana
Kalau kau sederhana
Dikatanya kau meniru, jgn penduli orang mesti peduli aku
Ikut lah aku satu persatu..
Di tolak segan, di terima malu
Banyaknya pihak tidak boleh berpadu

Jangan kau jangan..
Belah lah saja siapakah diri mu
Tekan lah tekan sampai ketemu
Biar berabu, biar pilu

Lebih baik jadi lembu
Habis nyawa..habis begitu
Akhirat tak payah bertemu

* tulisan senggeng adalah petikan dari tulisan Muhaimin Sulam pd 5/7/09. Di ambil dan di campur adukkan tanpa kebenaran. Tulisannya boleh dibaca di blog beliau di sisi kiri blog ni ada link.
*Boleh juga tgk Muhaimin yang pandai menulis dan aku yg tak reti menulis
* Lagu di cedok dgn kebenaran ya.. jgn slh faham

2 comments:

  1. miskin harta,kaya budi bahasa dh x wjud lg...
    miskin hati,kaya kebgkakan....
    -jehan miskin-

    ReplyDelete
  2. Jehan miskin,
    hahaha artist jahat.
    miskin segala-galanya pun sudah ramai..
    tapi jangan kau miskin!
    "hampir2 kepapaan menyebabkan kekafiran!"
    Tapi Jangan Kau Kaya
    "kekayaan sesat boleh menyebabkan kekufuran"

    ReplyDelete