Buaya di sungai, bukan senang nak cari makan
Harimau di hutan bukan senang nak cari makan
Kalau di hutan, mahu seminggu sekali baru harimau dapat makanan
Kalau di sungai mahu, sehari sang buaya dapat makan udang sekadar lekat di celah gigi,-
Belum dapat mengalas perut lagi.
Tapi bila duduk dalam masyarakat
Dia dibela-dipelihara
Tatang secukup-cukupnya
Bila sakit datang, doktor cepat bertandang
Buaya seekor, satu hari makan, habis RM 150
Harimau seekor, satu hari makan habis RM 150.
Rakyat, kais pagi makan besok hari
Tragis-tragis
Dapat gaji habis membayar bil,-
Bayar hutang
Nak kencing pun pakai bayaran.
Beli kereta kena bayar
Naik kereta kena bayar
Turun kereta kena bayar
Pakai kereta kena bayar.
Beli rumah kena bayar
Tengok rumah kena bayar
Naik rumah kena bayar.
Masuk sekolah kena bayar
Keluar sekolah kena bayar juga.
Masuk universiti kena bayar
Keluar universiti kena bayar lagi.
Masuk hospital kena bayar
Keluar hospital pun kena bayar.
Bersalam pun kena bayar!
Tak percaya?
Tanya tok kadi
Tanya orang buat kenduri.
……………………………………………………………………
*Tau, sekarang, kalau tanya budak-budak “ Buaya tinggal di mana?” “di zoo cikgu” ok. “Harimau?”, “di zoo cikgu?” ok. “ular?”, “di zoo cikgu”, “burung?” “di zoo cikgu”, “ikan?”, “di zoo cikgu”, “ikan dalam air”, “Ya betul, dalam air contohnya sungai, kolam, laut, mengikut spesies”, “cikgu, betul la di zoo ada ikan, kita tengok doh, ada banyak ikan di zoo!”. “haha, betul, tapi habitatnya di mana?” “habitat tu mende cikgu” , “habitat tu, tempat tinggalla, tempat dia tidur, cari makan, populasi dia” , “Cikgu! Cikgu!, betul la harimau tido dalam zoo, makan dalam zoo, betul la tu..buaya pun gitu gok!”, Hahahahahahahahahhahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahah
Madi P = seorang mat Metal
berambut panjang, menggerbang,
berseluar askar, berbaju hitam,
kawan kita, sahabat si Jang.
Madi P, seorang penjual air tebu di Wakaf Tengah
Madi P : Aku bangun lambat sokmo pagi, kadang-kadang kul 10, kadang2 kul 11 baru bangun
Aku : Dok leh bangun lewat pagi, Di…., lambat reazeki
Madi P : Eh, aku derah buleh rezeki, mesin2 buleh selalu, mung lambat!, kerja-kerja-kerja akhir bulan baru buleh makan hahaha
Aku : ( terkedu, tidak terkata)
"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambanya-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" -Al-Ankabuut; 29:62
Nampaknya manusia telah membentuk dunia yang sebegitu mahal, tanpa duit kita tidak cool!
ReplyDeleteDari satu sudut, anak2 murid itu kelihatan bijak walaupun mereka sebenarnya cuma berlaku jujur kepada apa yang dilihatnya.
Dunia sangat korup, kan?
itulah menafaat yg diperolehi hasil pembangunan yang dikehendaki dan dituntut oleh sebahagian besar drpd kita selama ni.. skrg dah dapatkan hasilnya.. nak gunakan pembangunan kenalah sanggup membayar..walau skit pun..itulah ungkapan ( lebih kurangla ) seorg menteri satu ketika dulu..
ReplyDeletekedua nya ( cikgu & murid2 )tidak salah dalam hal tu.. yg membezakan mereka hanya pengalaman & tindakan masing2..
Pendek kata, celik je bijik mata semua perkara/benda melibatkan duit. Tambah-tambah yang dok kat bandar.
ReplyDeleteJadi labi n haji bakhil jela... sorng rimau, sorang beruk si tarzan labu. hahaha
ReplyDeleteCikgu n murid2 tu biasala, si cikgu tgh wat set induksi tu...nak tarik minat muridla katakan..dah masuk step 1, barulah bleh citer mane habitat n so on.. kalau cikgu tu ajar guna wikipedia, ok gak.kalau di akhir pengajaran budak2 still ckp habitat kat zoo, mapuh kerah cokeng la cikgu tu..kahkahkah
yg mamat tebu tu plak, dia mamai tu, baru bgn tido. rambut pun xsikat lagi. mgkin xsedar apa dia ckp ke mung tu.hahahah kreatif x??
nok blh bini pn kna byr weh....
ReplyDeletemadi? hahaha..
ReplyDeleteguane ye lening?
Nafastari,
ReplyDeletememang, murid itu bijak, dan dia berkata berdasarkan fakta yang terpampang di depan mata. Hutan telah semakin habis di tarah, buaya sudah semakin terancam dengan pembangunan. Habitat asal telah musnah. Mereka sanggup membina zoo yang besar daripada mengekalkan habitat asal haiwan. Suatu masa nanti National Geographic hanya perlu pergi ke Zoo utk shooting, sebab tida lagi habitat asal kahkahkah...
Saya setuju, memang, dunia tersangat korup!
MNI,
ReplyDeleteDi Johor Selatan, masuk tandas bayar 50 sen. Mandi RM 1. haahaha.
Pn. Aishah,
Ye betul! Gaji 2500 masih bersesak-sesak di flat kecik dan buruk. Gaji 5000 x cukup. Gaji 10000 pun tak cukup.. jom duduk dalam gua hahaha
Ejam,
Mapuh kerah.. habitat kat zoo jugok. benda depan mata dengan lisan, menang benda depan mata. Benda depan mata dengan realia (video), menang benda depan mata. Mamat tu kawan aku..perkara pertama yang dia jaga adalah rambut. Rambut dia menggerbang rapi. Suatu ketika, menurut cerita dari seorg kawan, dia pergi ke surau utk solat subuh berjamaah. Belum pun sempat org sembahyang subuh dia dah balik, katanya org2 kat surau tu sembahyangnya pelik, sembahyang subuh sorang2, x baca qunut pulak tu, tidak lama kemudian (semasa dia dah balik dan berada di premis sendiri), terdengar suara bilal iqamah, rupanya mereka sembahyang subat subuh..hahahaha. Sori bro!
Rul,
hahahaha..memang la.
DzulAzwardiShah,
Masa kami berjumpa, dia sihat sejahtera dan ceria-ceria seperti selalunya. Masih seperti dulu!
susah betol nak carik duit kan...
ReplyDeleteawak;
ReplyDeleteiya lah..
sesusah mana pun duit mesti masih boleh dicari.br ni berjumpa meor di cm...katanya "aku jd cikgu gitar je skang,cr sesuap mkn.nak keja,pape pun bole.duit bole dicari tp hati n pemikiran mau dijaga..." awk ada hati n pemikiran yg telus sbb tu rezeki awk lebih tang lain ni...tak sama mcm org lain ;)
ReplyDeletedunia dah korup.pemikiran masyarakat n kanak2 pun dah kena racun.harap kita bukan tergolong dlm itu kerana kita masih sedar.amin.
honey-honey,
ReplyDeletememang meor jadi cikgu gitar. cikgu betul2, yang mengajar dapat duit.
Amin.. tq.
Nasir bilal Khan- Cinta Si Penggali Kubur "Alhamdulillah"