Entah, kenapa tiba-tiba je aku rasa malas nak update blog..Minda aku, aku rasa kosong terus, sama seperti perut yang ketandusan makanan dikala siang. Seminggu bercuti, tiada sesuatu pun yang aku rasakan menarik untuk dikongsi cerita dan maklumat. Sungguh membosankan.. Cuti yang betul-betul membunuh masa dan keringat... Tapi yang untungnya, ruang untuk beribadat agak panjang, cuma aku sahaja yang tidak benar-benar memanfaatkannya...Bak Perdana Menteri ke-5 pulak perilaku aku...zzzz selalu.
Pun begitu, ada beberapa maklumat yang boleh dikongsi ;
1) Bundle di Pantai Teluk Ketapang beroperasi seperti biasa pada petang Jumaat walaupun pada bulan ramadhan.
Malah, semakin banyak pulak aku tengok bundle stalls berbanding hari-hari Jumaat sebelum ini. Cuma pengunjung je yang kurang..mungkin sebab pengunjung tidak menyangka bahawa ada bundle stalls beroperasi seperti biasa di bulan Ramadhan di Teluk Ketapang ni. Agaknye lah...
Yang best : Murah murah dan sangat murah. Memang masyuk...aku kalau x pikir kat mana lagi nak sumbat baju, aku siap borong kot, tapi apakan daya almari sudah agak sendat..kebanyakkannya dengan baju2 subsidi hahahahaha.
Yang tak best : Ramai daripada pembeli yang singgah adalah mereka yang boleh dikatakan golongan berada, yang naik mercs ada, yang naik BMW ada yang naik kete import lain tu biasala,-berlambak. Bukan bermaksud menyekat kebebasan orang, tapi aku terfikir, satu masa nanti mesti harga pakaian bundle ni melonjak tinggi sebab kebanjiran ramai pembeli kaya.. jadi macam kat Batu Buruk satu ketika dulu..harga mahal nak mampus..baik beli baru! Natijahnya, yang miskin dan bertaraf sederhana ni jugaklah yang rugi. tidak mampu memiliki!
2) Ustaz Dato. Ismail Kamus tidak meninggal
Lepas ni jangan lagi ada orang tanya " betul ke Ustaz Ismail kamus meninggal?". Jawapannya tidak!...Ni apa lambat sangat terima rumour ni..dah beberapa hari dah Professor Dr Ismail Salleh meninggal, baru nak tanya soalan ini! ..Memang diakui ramai yang salah faham tentang kematian Allahyarham Professor Dr. Ismail Salleh yang dikaitkan dengan ust. Ismail Kamus. Jadi sekali lagi aku nak bagitau..Ust. Ismail Kamus masih hidup, Alhamdulillah, sekarang berada di Tanah Suci Makkah kerana mengerjakan umrah. Namun begitu takziah diucapkan kepada keluarga arwah (PD Ismail) dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Aku tidak dapat untuk menolak bahawa kepergian Allahyarham merupakan kehilangan yang besar kepada Negara, terutama kepada golongan OKU. PD Ismail Salleh ni adalah idola kepada beberapa sahabat buta aku. Aku pun kagum dengan kebolehan dan kebijakkanya. Allah Maha Besar!
Yang baiknya : tentang rumour ni, ia menunjukkan keperihatinan sesetengah pihak.
Yang tak baiknya : rumour boleh jadi pitnah, dan kelam kabut!
-Oh ya, buku baru UD. Ismail Kamus "Indahnya Hidup Bersyariat" kini berada di pasaran. Sungguh informatif, sungguh berpatutan! Bayangkan buku yang tebalnya lebih 300 muka surat ini, dengan berkulitkan "hard cover" dan kertas yang sangat bermutu tinggi (kertas foto lembut) di jual dengan harga RM55 sahaja, atau mungkin anda akan dapat lebih murah lagi di pasar-2 ceramah/kuliah.
3 Kah Kah Kah, aku sudah ada Ubat..
Jadi aku rasa, aku akan bertambah malas lagi untuk update blog dalam bulan Ramadhan ni..Selain dengan rutin yang cuba aku buat khusus untuk bulan Ramadhan ni, aku ada beberapa ubat sampingan untuk dimain-mainkan semasa kelapangan dan di waktu rehat-rehat selepas balik dari Tarawih, Itu pun jika tiada ahli exco kerajaan haram yang mengajak untuk bermesyuarat di ke kedai kopi...iaitulah CD movie "What to do in case of fire" (jangan tanya citer macamana sbb aku blm tgk lagi), dan dua buah fanzine yang aku dapatkan dari Saudara Nizang iaitu 'MOSH' isu ke 12 dan 'Conscious' isu ke-2. Hahaha, padahal buku "Orang Kota Bharu" karya S. Othman Kelantan yang aku pinjam sebelum cuti hari tu pun tak abis-abis baca lagi..kahkahkah. Di samping itu, aku ada juga beli satu DVD ni, "Queens Of Langkasuka". Cite Dulu2 ni..pun aku belum tengok lagi..tapi dari sinopsis dia cam menarik jer. Hah!
p/s: Aik, mana cerita merdeka? Hahaha!
Selamat menyelongkar pengintip kecik!
1)nnt kt g yi bundle d t.ktpang..mung x prnh bw aku pn g si2...btl2 smua yg kaya nk bli..nnt hbs n mhal...aku lak x dpt bli...
ReplyDelete2)ismail kamus x mrh...dia glak je....
I,u...i,u....knon...uwek nk mntah...
3)...ha,ha,ha...aku ada ubat tdr...mung x da lg...
ReplyDeleteFakhrul,
ReplyDeleteBaiklah..tapi ari jumaat mesti ada kat rumah aku baru boleh pegi..kami pun berniaga di sini. Itula pasal...lenkali kalu org kaya datang beli bundle kita gores dan menang saje kete die padan muke kahkahkahkah
Handsome guy,
Samekom samekom nak beutang la tu
Mr. Kasut,
Tu la pasal...pecoh pale!
sy pasan ke Queen of Langkasuka tu td,terus naip ni...awk,QOL terbaik ah bg sy.sy kaji filem tu dulu utk dptkan gmbran/revision costumes purba bagi watak-watak dlm 1 project company lama dulu.mgk epik disampaikan dlm cite tu agak lain tp storyline tetap menarik.sy kagum dia pamerkan kemewahan dalam istana tu...mmg btol2 melambangkan kekayaan golongan istana zaman dulu.bahasa2 digunakan semua fasih dizahirkan oleh pelakon2.mmg takkan tdo punya tgk cite ni.hehe...bg siapa yg minat epik dan sejarah la..
ReplyDeletehoney-honey
ReplyDeleteTerima kasih di atas info. Maknanya saya x tersalah beli ah ni ha haha ha. Bila dpt tgk pun tak tahu, mungkin mlm raya buat penggati duka cerita soal cinta, selumbar dan juga tongga dan anak wek..cerita tu mungkin akan jadi alternatif yg berguna..jadi peram dulu buat pekasam. Hah!
best gak layan citer 'To Sir With Love'..heheheh layannn
ReplyDeletejgn kt tgk cite epik n sjrah blh tdr...tgh hsap rkok pn blh tdr....ada org 2 la....ha,ha,ha...
ReplyDeleteEjam,
ReplyDeleteTo Sir With Love citer ape ah?
Fakhrul,
Mung jagn wat pitnah, camana plak tgh hisap rokok boleh tido..