Bungkal genap menahan cuba, emas baik menahan uji
Lega sedikit hati aku hari ini. Nampaknya GB dah mula menegur aku, walaupun nampak semacam acuh tak acuh. Haha, takpelah..esok-esok oklah tu gamaknya. Dia pun orang baik-baik. Mungkin jugak dia banyak masalah, hahaha. Tapi, yang menjadi musykilnya dengan cikgu lain nampak macam ok je. Menurut kata S/U sukan sekolah, GB sangat tidak gembira kerana pasukan hoki sekolah tidak menyertai pertandingan peringkat daerah. Sebenarnya sudah dua tiga kali sebelum itu aku diajukan oleh GB, "Ri, hoki kita guane?, latih dok lagi?", tapi setiap kali dia ajukan soalan itu aku ajukan soalan kepanya balik "doh, lawan bile?". Tapi tiada jawapan kerana dia sendiri tidak pasti tarikh pertandingan. Dan semalam pertandingan hoki peringkat daerah telah pun berlangsung. Kami tidak menyertai kerana terlepas mesyuarat. Sebagai orang bawah, memang aku tidak tahu langsung tentang tarikh-tarikh event jika tidak diberitahu oleh orang atas. Aku memang tidak tahu sehinggalah minggu lepas semasa sukan olahraga daerah, aku diberitahu oleh teman tentang pertandingan tersebut. Hanya ada 4 buah sekolah yang menyertai, dan kami cuba buat follow up untuk masuk pertandingan, tetapi di tolak oleh tuan rumah. Menurut kata seorang kawan, bukan tuan rumah yang tak bagi, pengerusi teknik yang tolak...sebab dia takut sekolah dia kalah.. haha ntahla. Dalam sukan pun banyak birokrasi. Sepatutnya semakin banyak penyertaan semakin bagus kerana kita boleh pilih lebih ramai pemain bermutu untuk mewakili daerah.. Minggu lepas pun semasa aku sibuk-sibuk dengan sukan olahraga daerah, GB ada bertanyakan tentang bola baling... Minggu depan pertandingan peringkat zon, tapi sehingga ari ni aku tak buat apa-apa..dan memang aku tiada niat. Kahkahkah...aku nak berehat! Semalam PK KO tanya tentang perjumpaan pengakap, aku kata aku nak blah...dan aku blah...sian dia terkebil-kebil.
p/s mcm takde orang lain.
Terapung tak hanyut, terendam tak basah
Baru lagi TPM, menyeru supaya ditubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji beban guru. Hari ini bertambah lagi kerja-kerja baru yang berlambak-lambak. Kerja-kerja dokumentasi, kerja-kerja fail yang melambak-lambak. Kelas tambahan khas tak berbayar. latihan hujung minggu, itu ini begitu begini.. ini dari cabang sendiri, tak dicampur lagi dengan cabang sekolah aliran perdana..ceh. Rasa macam nak tanam jagung je.
p/s tanam jagung jana duit woo..
Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diselidiki
Malam semalam aku pergi bercukur rambut. Tunggu lebih dari sejam, bercukur lima minit pun tak sampai...maklumlah tidak berfesyen. Dua tiga hari ni, aku ke sekolah dengan berketayap...bukan setakat ditegur oleh murid-murid, bahkan ditegur juga oleh guru-guru. Aku kata, "lagikan batu keras boleh berubah bentuk, inikan pula manusia berjiwa lembut"...hahaha, tapi dengan nada berguraula. Padahal aku pakai ketayap untuk melindungi kepala ku yang sedikit botak akibat berbekam. Dan semalam aku cukur semua rambut yang berbaki. Sekarang dah dogol! Aku berketayap lagi!. Berbalik kepada cerita di kedai gunting, ada seorang kanak-kanak yang juga sedang menunggu giliran, dia menunggu lebih awal dari aku.. Mungkin juga lebih awal dari yang lain-lain. Ini aku agak dari percakapan, isyarat dan perlakuan tukang gunting tersebut dengan kanak-kanak itu. Tapi disebabkan kanak-kanak, dia dinafikan hak oleh tukang gunting tersebut bila sampai gilirannya. Lepas seorang-seorang melangkaui gilirannya. Bila tiba giliran aku, aku suruh tukang gunting itu mengguntingnya terlebih dahulu, kata tukang gunting tersebut "takpe, dia duk sini je!" lantas dia suruh kanak-kanak itu pergi buat kerja dahulu. Katanya, kanak-kanak itu bekerja di kedai sebelah. Oleh kerana dia dah lari meninggalkan kedai gunting tersebut, aku pun naiklah kat atas kerusi gunting. Tapi dalam hati, aku rasa hal ini sangatlah tidak adil. Dulu masa kecik-kecik pernah juga aku pergi sendiri bergunting di kedai. Kayuh basikal dari kampung menyeberangi beberapa buah kampung barulah sampai ke kedai gunting. Aku perasan asyik kena potong oleh orang dewasa saja, terutama kawan-kawan si tukang gunting, dan juga penduduk setempat. Memang membara..tetapi apakan daya, timun takkan nak melanyak durian. Sepatutnya orang-orang tua ni pikirlah, kanak-kanak pun ada perasaan. Kalau membeli pisang goreng pun begitu jugak, kita melangguk menunggu pisang masak dikuali, orang dewasa yang datang kemudian juga yang dapat dulu. Orang-orang yang buat keje ni macam tak pernah jadi kanak-kanak je..
Sudah segaram, seasamnya.
Niat untuk aku berbekam terlaksana juga akhirnya. Aku gembira kerana dapat melakukan apa yang pernah Nabi S.A.W buat. Tapi mitos yang kononnya berbekam tak sakitla, rasa mcm tu jela, rasa macam kena ketik semutla, aku rasa semuanya bohong. Untuk menjadi telus, aku merasakan berbekam itu sakit. Dan jika ada peluang lagi, aku mungkin berfikir dua kali untuk melakukannya. Walau bagaimanapun, berbekam di kepala kurang sedikit sakitnya dibandingkan dengan berbekam di badan. Lain kali kalau aku ada peluang, aku nak berbekam di kepala jela, ok sikit. Tak laratlah nak tahan badan untuk dikeronyok oleh tukang bekam. Tak sakit ke korang rasa kena toreh-toreh dengan pisau? Hahahaha... Yang besnya, boleh dengar tukang bekam azan sebelum melakukan proses berbekam kepada setiap orang yang bakal dibekamnya... rasa macam nak gi berperang je.
erk..botak kepala ni sebenarnya protes supaya Malaysia tidak dipengaruhi dan didalangi serta bersahabat baik dengan sesiapa atau sebarang agensi yang ada kaitan dengan zionis, Apco ke, Apollo ke apa-apa jela.
Sedang Mendengar ::: If Not For You - Bob Dylan
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui". - Az Zumar 39:48
ku selak awan terlihat bintang,
ReplyDeletetimbulnya suram menutup mata,
kiri kanan dalang mendatang,
hilanglah jiwa, buntulah kata..
saya,
ReplyDeleteIngatkan korporat rupanya keparat
Semua dimakan sampai buncit
Apa nak buat sudah tersurat
Bagai anjing menyalak bukit