![]() |
| Gheppok |
Saturday, January 26, 2013
Rencong - Rencat
Wednesday, October 3, 2012
Nilai orang putih, akhlak orang kita
2. Sementara menunggu, banyak jugalah majalah yang aku bedal baca atau sekadar belek-belek tengok gambar. Dalam banyak-banyak artikel yang aku baca, aku tertarik dengan input yang dibawakan oleh Reader Digest edisi jun 2006 kalau tak silap aku.. Isunya ialah " How polite we are". Mula-mula aku ambik RD tu kerana aku tersalah baca 'polite' tu sebagai 'politic' kat front page digest tersebut. Entahlah aku terkena sindrom apa, asal ada perkataan politik je mesti aku rasa sedikit tertarik untuk tengok.. rupanya mata aku tersalah. Dan perkara begini memang kerap juga berlaku, sejak sekian lama. Dulu aku terpinga-pinga lihat bas mini kat Terengganu ada tertulis 'THAILAND' kat papan destinasinya. Lama aku tenung, memang sah tulis thailand..biar betul!!! aku memberitahu kawan seraya sedikit mengejek apa gila pulak bas mini ni destinasinya thailand. Bila aku beritahu dia, dia seperti tercari-cari, mana. Dia pun membaca destinasi-destinasi yang tertulis kat papan destinasi bas tersebut..ia rupa-rupanya TANJUNG.. sejurus tu jugak perkataan thailand tadi tiba-tiba hilang dari pandangan mata, dan mata ini juga sekarang nampak perkataan yang aku maksudkan tadi Thailand adalah Tanjung.. eh apa daa, jauh benar larinya tanjung dengan thailand.
3. Ok, berbalik pada RD tadi, walaupun bukanlah ia memperkatakan tentang politik, tapi ia masih tetap menarik sebagai bahan maklumat yang boleh membuka minda. Tajuknya SOPAN, BAIK, BERTIMBANG RASA, PRIHATIN...ikut sukalah anda nak menterjemahkan 'polite' tu sebagai apa. Menurut artikel tu, setelah membuat kajian ke atas 35 buah negara, di dapati warga kota New York adalah yang berada di tingkat paling atas tahap kesopanan mereka. Kedua adalah penduduk sebuah kota di Kanada, Diikuti oleh penduduk beberapa buah kota lain seperti Zurich di New Zealand, Zagreb di Crotia dan diikuti pula oleh penduduk-penduduk di beberapa kota lain di negara-negara Eropah. Suprisingly..orang Kuala Lumpur, kalau mengikut artikel tersebut is among the lowest level. 30 something. Dan kebanyakkan penduduk di kota-kota negara-negara asia tenggara semuanya berada di level paling bawah.. yang tinggi sikit penduduk di Jakarta. Sampel yang team-team RD ni buat ialah a) meteraburkan kertas..nak tgk siapa yang tolong kutip, b) beli goodies kat kedai nak tengok samada penjual atau cashier tu ucap terima kasih ke tidak, dan c) tolong pegang pintu nak tengok samada sempat masuk atau penyek hidung. Dalam ketiga-tiga sampel ni, orang Kuala Lumpur paling berhati mulia cuma bila tolong pegang pintu je.. dan paling sikit ucap terima kasih. Orang Kuala Lumpur agaknya ada emas dalam mulut kot.
4. Apa kata, aku simpulkan orang kuala lumpur tu sebagai orang malaysia secara umum di mana-mana negeri, boleh tak? Mungkin ada orang kata kajian tu tak semestinya betul dan tak menggambarkan keseluruhan penduduk di kota yang dikaji..mungkin ya.., tapi aku lebih dari setengah percaya. i) Aku minum kopi kat banyak kedai, dan ucap terima kasih bila pekedai hantar air..tapi haram depa tak jawab..padahal kopi itu akhirnya akan menjadi pendapatan kepada mereka atau kedai syarikat mereka..cumanya, aku tak pernahlah pulak persoalkan kecuali hari ini, dalam tulisan ini. ii) Aku bayar duit kopi, tapi sangat jarang pekedai yang berkata terima kasih. Yang selalu kata terima kasih ialah cashier kat stesen minyak shell dengan ucapan "terima kasih sila datang lagi", tu pun tak sempat habis skrip muka dah mengadap ke mesin duit balik. Yang nak ada adab sikit pun ialah penjual-penjual kat pasar dengan lafaz akad jual beli. iii) Hati betul-betul rasa gembira bila masuk kiosk petronas kat stesen minyak petronas di merang. Demi melangkah masuk je, kita akan dikejutkan dengan ucapan salam dan selamat datang. Kadang-kadang ucapan salam itu datangnya dari pekerja yang sedang mengelap tingkap :)
5. Di Malaysia, yang menjadi cashier, yang jaga kaunter kerajaan atau tidak, yang jadi bellboy, yang suka lalu lalang kebanyakkannya orang Islam.. aaiiiikkkk???
p/s terasa teringin baca buku lydia teoh "the rude malaysian" lah pulak..masalahnya buku tu muncul time-time tak ada duit je, chessss
Monday, February 6, 2012
Hospital lagi
Sebagaimana yang aku inginkan, aku diberitahu tentang prosedur dan kenapa dikehendaki membuat MRI. Baiklah. Dalam 40 minit siap MRI. Terima kasih. Tempoh masa yang diambil untuk semua sekali dalam 2 jam. Pukul 11.30 aku dah sampai balik ke sekolah. Tak lekang jugalah aku dengan ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan jabatan itu, sampai makcik cleaner pun aku cakap terima kasih.
Pukul 2 aku ke Hospital lagi. Kali ini ke klinik neurologi. Sampai je kaunter pendaftaran SOPD mereka kehairanan tengok temujanji aku pukul 2. Kata mereka, klinik neuro buka pagi je. Aku cakap, temujanji ni doktor yang buat. Terkebetulan pula temujanji awal dalam kad tu adalah pukul 11, tetapi doktor potong semula buat pukul 2 kerana katanya repot dan prosedur MRI lambat. Jadi dia ubah temujanji ke pukul 2. So aku cakap bukan aku pandai-pandai potong dah ubah masa. Aku pun tak kuasa nak berulang balik ke rumah dan datang balik, tapi terpaksala datang juga sebab dah doktor buat pukul 2. Baru dia diam. Nurse kat situ call doktor dan katanya doktor ada kat wad. Lama kami tunggu........pesakit lain memang tak ada..kami je. Doktor ramai, tapi bukan yang bahagian neuro..bahagian ro ro lain contohnya uronology hahaha. Aku tahu sebab aku nampak doktor yang rawat aku kat sini.
Satu Sister ni pulak (nurse yang pakai baju biru tu kalau nak tahu) datang tanya, mintak kad TCA. aku cakap dah bagi. Seperti sangkaan aku, dia mesti syak yang aku sengaja ubah masa temujanji..Aku dah hangin sedikit. Cakap pun dah sedikit tegang. Demi melihat aku tegang begitu dia jadi kendur. Kali ni sister tu pulak call doktor.. katanya kat wad. Tak lama selepas itu, kami dipanggil oleh ketua jabatan sendiri iaitulah doktor pakar kat situ. Doktor-doktor dan semua kakitangan kat sini panggil dia boss. Doktor neuro tadi tak jugak turun-turun dari wad (kau boleh berprasangka yang doktor tu sebenarnya tak ada pun kat wad). Aku berprasangka baik je lah. Doktor ni (boss) baik-baik aje adanya. Pernah dengar orang cakap, orang besar-besar dia suka layan orang, orang bawah-bawah ni je yang sibuk-sibuk gila kuasa. Tu yang kita nampaklahkan, tak tahulah kalau disebaliknya orang orang atas ni suka marah-marah orang bawah, orang bawah-bawah ni ikut prosedur je, kahkahkah.
Memang sejak menjadi bahan syak wasangka tadi lagi aku dah bertekad nak luahkan masa jumpa doktor ni nanti. Dan sebelum berakhirnya perjumpaan kami tu, aku ada cakap kat doktor tu, "maaf doktor, boleh tak kalau lain kali jangan ada pertindihan dan salah maklumat. boleh tak tgk betul-betul tarikh? 16/1 hari tu kami dah datang, tak buat apa-apa pun, balik bodo sebab MRI belum buat..kata nak review MRI. Dah tu kenapa bagi tarikh temujanji sebelum tarikh MRI? Bukan pakai Kad lain-lain pun. Lagi pun semua maklumat dan data pesakit dikongsi semua jabatan. Hari ni pula kenapa bagi masa pukul 2? dah tau klinik neuro buka pagi sahaja? Tersipu-sipu juga boss, katanya takpa, lain kali datang jumpa dia sendiri dan dia tunjuk depan kami semua tarikh dalam kad sakit dengan tarikh yang dia buat untuk simpanan dia dalam komputer sekarang adalah sama. Kami minta diri beredar.
Cis niat aku nak mintak time slip terus jadi terlupa kerana perasaan membuak-buak menunjuk ajar. Eh apa daa.. dah takde bukti pulak aku nak bagi kat guru besar esok kenapa memonteng mesyuarat kahkahkah
p/s; Hospital ni bukan bahasa kita!!!
Dalam spanish di panggil hospital, english, hospital, albanian spital, french hopital..
Rumah Sakit
Friday, December 16, 2011
1. Orang tua-tua kata kalau hujan start hari Jumaat (baca:pada musim tengkujuh), biasanya ia akan berlarutan dua tiga hari. Aku tunggu juga saat itu..oleh kerana ari ini dan malam tadi hujan (kalendar Islamkan bermula dengan malam). Tapi, ternyata sehingga kini tidak menampakkan tanda-tanda itu walaupun tak mustahil. Aku bukan kemarukkan hujan, tapi aku nak tengok apa aktiviti kanak-kanak sekarang, bila tiba musim hujan yang lebat.
2. Kanak-kanak zaman sekarang, sangatlah berbeza dengan zaman aku membesar. Dulu musim tengkujuh begini, kami semua sibuk dengan pelbagai aktiviti. Pian boh(musim banjir) menjadi pesta bagi kami walaupun pada hakikatnya orang tua kami agak gusarkannya. Iyalah apa tidaknya, kalau banjir besar berlaku, padi yang ditanam sekali setahun itu akan turut musnah. Semai-semai padi bakal tercabut dari umbinya.. tapi cerita kami berlainan..pian boh menjadi pesta. Kalau tidak sibuk membikin perahu kayu atau leger yang diperbuat dari tong minyak tar, kami sibuk dengan aktiviti memancing dan menahan taut..kalau tidak dapat ikan, dapat ular!..ataupun sekurang-kurangnya, kami sibuk dengan aktiviti mandi baruh, atau jika air kurang kami mandi alur (alur sungai).
3. Kanak-kanak zaman sekarang, tak kira hujan tak kira kemarau, aktiviti utama mereka ialah bermain games (di buat berdasarkan pemerhatian ke atas anak-anak saudara). Belum pun masuk tadika sudah sibuk dengan laptop. Bayangkan perjalanan hidup mereka.. dari kecil mengendap komputer. Maunya umur masuk 10 tahun dah nak kena pakai spek. Aku kadang-kadang rasa susah hati dengan kecenderungan begini. Selain daripada faktor-faktor kesihatan mungkin,.. faktor pengalaman mencorak variasi hidup mungkin menjadi suram.
4. Atau mungkin orang nak kata bakal jadi genius komputer? Kalau majoriti berperanan begitu, adakah kita nak panggil genius juga?
Thursday, September 8, 2011
lembing = lembu - kambing
Kita percaya, tapi tidak yakin
cermin sisi kita buang
cermin pandang belakang kita tidak hiraukan
apa lagi Al-Quran,,, simpan saja dalam almari!
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maa'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana" - At-Taubah 9:71
Fitnahmu...
strategimu...
bakal makan tuan! haha
(mari merayakan fakta-fakta tersembunyi!!!!)
Wednesday, May 25, 2011
Guru Mendidik itu Melawan!
SK Dalam Gelung
12345 Putrajaya, Terengganu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj: pt/180/987(bil) 1
Tarikh: 24 Mei 2011
Guru Besar
SK Dalam Gelung
12345 Putrajaya, Terengganu
24 Mei 2011
Tuan,
KELAS BANTU LULUS
-------------------------
Perkara di atas adalah dirujuk;
2. Saya, serta sekalian guru yang ternyata malu-malu untuk memperkatakan secara terbuka dengan ini mengisytiharkan bahawa kami sangat menyokong program di atas yang dilakukan tiap-tiap hujung minggu Jumaat dan Sabtu sebagai satu program sokongan kepada kelas petang dan malam yang telah sedia ada. Wow! Sangat hebat dan sungguh bertuah kami.
3. Program ini memang sangat perlu dan patut diadakan demi meranapkan ops, memartabatkan lagi anak bangsa.. kerana mereka semua sememangnya patut ditekan-tekankan supaya memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia juga akhirat. Ini kerana semua benda lain tak perlu dipelajari terutamanya mencari ikan sekilau di dalam baruh atau bersama kawan mencari buah getah untuk dimain pukul-pukul. Semua pengalaman tersebut boleh dibeli di kedai-kedai runcit berdekatan, jadi tidak perlulah mereka sedikit kelonggaran masa untuk belajar sendiri seperti yang ditekankan dalam pembelajaran konstruktivisme. Apa yang mereka perlukan ialah kelas hujung minggu ini.. itu pokok kejayaan sebenar
4. Program ini juga ternyata sangat hebat kerana ia merentasi dan melampaui pekeliling yang menyatakan guru hanya boleh di panggil pada dua kali sabtu setiap bulan jika ada sebarang keperluan yang mendesak.
5. Disamping itu, kami guru-guru memang sangat berbesar hati dengan kewujudan program ini kerana dengan sendirinya masa kami bersama keluarga sangat terhad. Ini adalah plan yang baik untuk menjarakkan anak dan untuk lari dari tanggungjawab sebagai suami atau lebih-lebih lagi isteri serta sebagai anak/bapak/ibu. Semua itu ternyata tidak penting untuk pemupukan generasi yang mapan pada masa depan. Yang lebih penting ialah kejayaan program ini diharap dapat meningkatkan prestasi sekolah.
6. Selain daripada itu, jika kita berbalik kepada murid, program ini memang amat menguntungkan mereka kerana setelah diamat-amati program pembelajaran berterusan begini adalah untuk pengasahan minda dan mengelakkan stress... dan perlulah diingat, kanak-kanak tidak ada hak untuk bersosial dan mendapat kasih sayang yang utuh dari keluarga di rumah kerana memang kanak-kanak zaman moden ini ditakdirkan untuk belajar sahaja... sebab mereka ternyata tiada perasaan
sekian terima kasih
"CUKUP PUAS HATI, LEBIH DARIPADA TU"
Yang sohih,
Ahmad Ks
Thursday, March 10, 2011
tah ting tah ting sepak keting reboh bleping
Dulu, di sekolah lama (sekolah yang aku tinggalkan berakhir 2010), aku pernah membantah dengan keras, bayaran sebanyak RM 20 yang dikenakan kepada setiap seorang murid yang ingin menyertai perkhemahan tahunan. Dengan alasan duit itu akan digunakan bagi membiayai kos pengangkutan [ya, aku akui kos pengangkutan agak mahal kerana pihak sekolah terpaksa menyewa bas bagi mengangkut para pelajar ke tapak perkhemahan yang jauh], dan makan minum murid. Jumlah murid yang menyertai perkhemahan tersebut menjangkau 80 orang dan jika didarab 20 sudah mencapai RM 1060. Sedang peruntukan sedia ada adalah RM 2000 dan jika ditambah jumlahnya adalah RM 3060. Kos menyewa tapak perkhemahan adalah RM 2 perkepala setiap seorang. Tetapi, setelah budi bicara aku dan 2 orang lagi guru termasuk Penolong Kanan Ko dengan pemilik tapak perkhemahan kami hanya membayar untuk 50 orang sahaja, di kali dengan 2 hari. Bermakna sewa tapak yang perlu dibayar adalah RM 100 sahaja, walaupun sebenarnya perkhemahan tersebut memakan masa 3 hari 2 malam. Dan kami menyewa dua buah asrama yang besar bagi keperluan guru lelaki dan perempuan untuk mandi-manda, bertukar pakaian dan sekaligus menjadikannya tempat tidur dan istirehat dengan hanya membayar RM 60. Jumlah tempat penginapan adalah RM 160, murahkan? Setelah diselidiki, kos pengangkutan hanya menelan belanja lebih kurang RM 500 menurut seorang rakan yang ditugaskan untuk urusan bas ini. Bayangkan ada lebih daripada RM 2000 lagi…dan menurut perkiraan mereka semuanya di belanjakan untuk makan minum dan peralatan memasak.
Belanja makan perkhemahan macam belanja buat kenduri kawin je aku rasa.. Wah, betul-betul sakan! Ini perkhemahan ke apa ni? Walaupun aku memang cukup tidak berpuashati dengan mutu murid yang memang tak boleh memasak, hatta untuk memasak cokodok tawar, tapi aku cukup tak berpuashati dengan lauk pauk ala hotel yang dimasak oleh guru-guru! Bukan kerana tak sedap, tapi kerana berbelanja! Sedang, bagi aku ianya boleh sangat dijimatkan dan jika di uruskan dengan betul, murid tidak perlu membayar sampai RM20. Walhasilnya, bila aku fikir-fikir, makan-makan dan minum-minum itu sebenarnya tidak lain daripada bagi memenuhi selera gurulah adanya.
Ini bukanlah cerita rekaan, tetapi inilah yang terjadi dan aku adalah antara Ahli Jawatan Kuasa Induk yang menguruskan perkhemahan tersebut dan sama-sama bermesyuarat dan merancang awal sebelum mesyuarat menyeluruh diadakan. Tapi apalah daya hanya aku seorang yang tidak bersetuju dengan bayaran tersebut dengan alasan ianya memadai.. Aku pernah mengatakan kepada sekalian guru semasa mesyuarat awal bahawa mereka tidak boleh menyamakan taraf sosio ekonomi mereka dengan taraf ekonomi bapak-bapak murid. Kalau seorang guru, RM 20 lebih daripada memadai, tetapi apalah daya bagi seorang pekerja kampong yang memanjat kelapa, mengambil upah menjaga kebun, atau yang mencari sumber hutan untuk membiayai 3 orang anak yang akan mengikuti perkhemahan yang berada dalam darjah 4, 5 dan 6. Mereka terpaksa membayar RM 60! Kalau pandai berjimat RM 60 boleh dibuat belanja makan seminggu untuk ahli keluarga mereka yang 7- 10 orang itu. Tapi debatan aku itu tidak juga di terima dan mereka beralasan lagi bahawa sekolah-sekolah lain juga mengenakan bayaran yang lebih kurang sedemikian..malah ada yang lebih mahal! Walaupun aku juga mempersoalkan persekitaran sekolah, lain kampong, lain taraf ekonominya.. Aku bercakap semua ini sebab aku bertanggungjawab mengisi e-kasih (data sosio ekonomi keluarga) dan aku pernah menghantar beberapa orang muridku ke rumah masing-masing yang kebanyakkannya terlibat dengan sukan yang aku bawa ke sana kemari. Dan rata-rata antara mereka yang aku temui, bukanlah berada orangnya dan ada juga yang hidup mereka cuma-Cuma. Tapi adalah pulak seorang penduduk kampong pesara tentera [yang masih muda dalam lingkungan pertengahan 40an] yang beristerikan seorang ‘nurse’ hospital kerajaan yang menengking-nengking memaki orang kampong yang kononnya lebih sayangkan duit dari kegembiraan anak bila ada orang kampong mengeluh untuk mengembirakan anak mereka dengan membayar dan menyertai perkhemahan..Ceh!
Sekarang aku lagi bingung, usul duit kembali timbul di dalam program aku sendiri. Sebelumnya, apabila orang atas (tebaklah siapa yang tertinggi dalam sebuah sekolah) mengusulkan untuk mengutip sumbangan dari wang elaun murid, aku dan penyelaras program sudah mula betah-membetah sesame kami..sesama sendiri. Dan aku orang yang mula-mula tidak mahu bertanggung jawab dan ikut campur..dan setelah itu penyelarasku pula. Tetapi baru-baru ini terjadi juga! Dalam mesyuarat bersama Kelab Sokongan, orang atas mengusulkan… dan diterima pula oleh Pengerusi kelab.. Aku memandang ke beberapa wajah yang sudah aku kenal pasti..dan ada wajah kelat diantara mereka tapi terpaksa dianggukkan setuju. Aku pasti benar sebab ada antara ibu bapa tersebut yang turut memindahkan anak mereka yang sewaktu dulu bersamaku di sekolah lama ikut bersama perpindahan ku ke sekolah baru. Dan aku telah mengenal pasti muka-muka baru yang mengalami nasib sedemikian yang berasal dari sekolah ini pula. Tapi mereka semua setuju. Untuk membayar RM 150 setahun.
Bukan kami (baca: aku dan penyelaras program) tidak pernah mengutip sumbangan murid, tapi bila ada sesuatu program yang kami rancang, barulah kami pinta dalam skala yang sangat kecil ditambah dengan duit poket kami sendiri..sudah tentunya minyak kereta kami yang sering tak terbayar!... dan pintaan berkali-kali murid sendiri “ Cikgu, belanjalah cikgu, belanjalah!” kahkahkahkah. Antara kami berdua, penyelaraslah yang paling banyak mengeluarkan sendiri duit poketnya.. untuk pembangunan kelas dan program kami juga, banyak sekali dia menyumbang wang, sedang aku lebih banyak menyumbang kerja-kerja buruh. Dan sekarang, aku jadi pusing dengan tindakan ini walhal sebenarnya, kalau difikirkan ia adalah kelebihan untuk kami lagi melakukan aktiviti yang pelbagai.. Dan selepas cuti seminggu ini kami (baca: kami dan murid2 program) akan ke terapi boling dan terapi air, dan selepas itu ke hutan dan ke sana dan ke sinun, semuanya tanpa RM 150 yang kami telah rancang awal-awal lagi.. dan kebanyakannya lebih dari mulut dari yang benar-benar terjadi. Tetapi yang sudah terjadi betul, tidaklah kepalang juga banyaknya…
Sebelum aku tutup dengan tulisan meleret-leret aku ni yang aku sendiri naik jelak, ada dua buah buku yang aku ingin kongsi, yang pertama ini seperti di atas; Harimau! Harimau! yang aku bawa balik dari Indonesia, setelah letih aku mengeyitkan mata dan mengucapkan I love u kepada nona manis empunya (atau mungkin anaknya empunya) took buku tersebut supaya menjualnya. Buku ini seperti yang sedari nampak dipandangan mata; ditulis oleh Muchtar Lubis. Sesiapa yang meminati sastera, pasti merasa tidak asing dengan penulis tanah seberang ini. Aku pun agak heran, kenapa orang-orang yang pernah dipenjarakan selalu sahaja dekat dengan hati aku. Katanya buku ini pernah mendapat Hadiah Yayasan Buku Utama sebagai buku penulisan terbaik di tahun 1975, di Indonesia. Buku ini mengisahkan 7 orang pengumpul dammar yang diburu oleh seekor harimau tua yang kelaparan. Berhari-hari mereka mencuba untuk menyelamatkan diri mereka dari menjadi mangsa buruan dan cepat-cepat keluar dari hutan raya tempat mereka mencari damar. Seorang demi seorang akhirnya terkorban menjadi mangsa harimau tersebut.
Di satu sudut yang lain pula, terjadi petualangan dalam diri masing-masing. Di bawah ancaman di baham harimau yang tak sudah-sudah memburu mereka, mereka bergulat dengan diri mereka sendiri, yang mengangkat kesedaran mereka tentang kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dan setiap ahli pendamar yang lain. Terjadi konflik baca membaca fikiran satu sama lain, bacaan gerak dan sebagainya. Sampai separuh rakan-rakan pendamar mati, ada antara mereka merumuskan untuk memburu dari diburu sedang mereka sebenarnya tidak pula perasan bahawa dikala dia memburu harimau ia telah di buru balas oleh raja rimba tersebut… sampai pada satu tingkat kesedaran akhirnya, mereka memutuskan untuk membunuh harimau yang ada pada diri mereka sendiri dahulu sebelum membunuh harimau nyata di rimba..aku rasa macam dah berbelit-belit pulak aku tulis. Berbelit tulisan aku begitulah agaknya berbelit-belit jiwa-jiwa manusia yang hidup dalam watak-watak dalam novel tersebut… Kalau berani, pergilah memburu buku ini di Indonesia, atau datanglah selongkar perpustakaan serabut di rumahku dan aku bidik tepat ke kepala..Berani? Aku baca buku ini dari siang sampai hampir 2 pagi..bermakna ia agak menarik bukan?
Buku ini pula (di atas), adalah buku terjemahan novel The Yacoubian Building karya Alaa Al Aswany. Aku sebenarnya tidak pernah mengenal langsung penulis ini sebelum ini, tapi ia berjaya mencuri hatiku untuk membeli dan membacanya. Aku pun tak ingat bilakah tarikhnya aku beli ia. Yang pasti, sudah agak lama, dan begitu jugalah buku ini telah aku habisi pun sudah agak lama…tapi aku rasa saying karya sebegini kalau aku tidak berkongsi. Bila baca buku ini, aku selalu teringat dan sering juga cuba membanding –bezakan antara buku ini dengan buku ‘Midaq Valley [Lorong Midaq], karya penulis agung yang pernah memenangi Hadiah Nobel, iaitu Naquib Mahfouz.. dan kedua-duanya adalah dari Mesir. Dan memang aku rasa aku banyak berjumpa kesamaanya, terutama dari latar ceritanya..
Buku ini memaparkan ragam hidup golongan bawahan dan mewah di Kota Kaherah dan identity mereka yang sebenar; antara kejujuran dan persahabatan, hasad dengki, kepura-puraan, tamak, rasuah, cinta, seks, agama dan perjuangan; kesemuanya diadun sebegitu lumat dan dizahirkan melalui watak-watak yang berbeza, yang semuanya ada hubung kait sedikit sebanyak.. Dan kesemua mereka pula ada kena mengena dengan Bangunan Yaacobian, sama ada ianya menjadi tempat tinggal, tempat yang mereka berasal dan tempat yang mereka bekerja dan singgah.
Mereka adalah ahli politik yang rasuah, aristocrat yang suka perpelisiran, homoseksual, ahli perniagaan yang tamak, pejuang agama yang oportunis, malah golongan bawahan dengan segala intrignya. Kisahnya dikembang-kembang menjadi luas dan dihimpit-himpit menjadi sempit;khusus. Kisah percintaan yang buta dan tuli, dan mulus dan mekar.. Asyik sekali aku membaca buku ini. Buku ini aku beli dari KedaiHitamPutih.. cuba tanya jika masih ada stok. Dan mungkin buku ini juga ada di kedai-kedai lain pun, cuba jangan malas mencari jika berminat..sekarang kan zaman IT, Tak mungkin suara Siti Nurhaliza tidak sampai ke corong-corong radio di rumah masing-masing..hah!
Saturday, October 2, 2010
Langgar!!!
kereta untuk dijual!!!4) Dua tiga minggu ni, badan rasa lenguh-lenguh... bukan sebab banyak main, dan bukan sebab tak main. Juga bukan sebab banyak kerja, dan bukan pulak tadak kerja..tapi badan tak mahu jadi sihat. Orang arab kata "al- aqlis sallim fil jismis sallim", konon katanya "minda yang cerdas datang dari tubuh yang sihat". Hahah, tapi sepatutnya orang-orang arab tu jugak patut tambah "minda yang serabut, badan jadi lenguh biut". Haha, orang arab-orang arab. Sebut pasal arab, teringat pulak The Cure....
Sakit kepala sebelah ni apa cerita?
5) Dua, tiga hari lepas ada kawan ofer buat berbekam kat rumah dia..peluang keemasan katanya, kerana tukang bekam ni bukan selalu ada...caj berbekam pulak sangat murah berbanding di tempat-tempat komersial seperti yang terdapat di Giant. Aku nak sangat pergi... tapi tak berkesempatan. Keluar minum dengan kawan-kawan pun langsung tiada dalam diari harian.. aku nak sangat tulis semula dalam diari " malam ini keluar minum dengan Jang!". Tapi tiba waktu malam je,... terus hilang ingatan.
6) Dah lama aku tak ke Masjid Taqwa, batu 6, atau Masjid Duyung. Nasib baik masih lagi ada hati untuk ke masjid dekat kampung walaupun sekadar untuk solat isyak dan kadang-kadang subuh. Sebenarnya bukan tak nak pergi, tapi tiada tertulis juga dalam diari..kenapa eh semua yang ditulis dahulu semuanya dah tertanggal dakwat? Betul-betul BSKL!
8) Orang kata penantian itu satu penyeksaan... memang betul. Naik gila aku dibuatnya kerana menunggu.. sekarang ni duk tengah merapu ni kerana menunggula.. tunggu petang menjelma.. jangan hujan di tengah hari sudah...dan jangan pula hujan tak berenti-renti. Ya Allah, janganlah kau turunkan hujan jika ia berupa bencana.... Hujan itu dari segi fitrahnya adalah rezeki!
3) Minggu depan, aku travel dengan ahli-ahli syurga. Harapnya, tempias keahliannya terlekat pada aku juga. Boleh ke masuk syurga kalau tak beramal? Dan boleh ke masuk syurga kalau selalu berbuat mungkar? Bolehkah hanya mengharapkan rahmat Tuhan, sedang diri sendiri selalu memusuhiNYA? errr..
8 lagi) Dulu, masa di maktab..kerap juga aku travel dengan ahli syurga harapnya. Kami ke merata tempat dengan naik kaki dan kenderaan awam. Kata-kata AR Tompel selalu jadi pegangan " lebih baik kita jalan kaki, dah tentu penat!". Hahahahaha
p/s: Kalaula mereka tahu penat jalan kaki sebenarnya nikmat...tentu mereka tidak kesal dalam memilih serta bersedia untuk berjalan..... walau dengan apa cara sekalipun.
p/s lagi : Li, demo mikir abih doh ko nok terimo jadi calon? malu Li,..malu!!
" Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh).
Sehingga kamu masuk kubur.Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!". - At Takathur 109: 1-3
Wednesday, September 29, 2010
Tinggi ???
Itu no rumahnya
Di lorong kedua, di taman kedua
Dari taman perumahan mega
No. 2, itu yang dia dapat
Nak lari lagi cepat, nafas dah sesak
Perlahan, dipintas pula
Berduyun-duyun... mereka
Melompat, takut jadi katak
Meluncur, takut jadi ular
Berlari, atas tanah ada duri
Terbang, awan hitam pula menghalang
Berenang, nanti dia tenggelam
Berkenderaan, naik keldai mana padan
Ada tembok memisahkan
Ada khandak, tak terjangkaukan
Muhyidin takkan nak lawan Najib
Kah Kah Kah Kah
Mau mati ke?
Terrima.
-samsa-
di pondok itu pada sekian tarikh
p/s: Amacam Galas ? Tergalas ke tak tergalas? Nak kena tanya Ku Li ke ni?
"Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara telah diputus, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman". - Maryam 19:39
Tuesday, August 3, 2010
19 Tahun Lebih Tua
(Kota Bharu)
bersedia untuk bersurai dan akhirnya di tahanKronologi:
Petang : Tiga trak polis dan 2 buah balai bergerak di letakkan di Taman Hijau, beserta sejumlah anggota polis
7.45 ptg - beberapa orang anak muda dan aktivis kelihatan di medan selera Stadium
8.00 mlm : Short meeting
> percaturan strategi dan penukaran tempat protest
> menghubungi press dan kawan-kawan
8.20 mlm : Bergerak ke Astaka di depan stadium
> setup
8.45 mlm : Memulakan aksi protest setelah azan isyak habis berkumandang
> bacaan puisi
> deklarasi
Sejurus memulakan : Press dan polis sampai
9.10 mlm : Berjaya dan bersurai
>Dua aktivis ditahan
Fakta : 1) Hujan mencurah ke bumi tidak berhenti henti
2) Bilangan aktivis hanya sekitar 11-13 orang
3) Bilangan polis melebihi demonstran dalam nisbah 1:3@4...tapi kawan kata, 1:5
4) Kasih Sayang sepatutnya menyampaikan dua puisirama dan satu lagu tetapi
hanya sempat membaca tidak sampai sekerat daripada satu puisi
5) Deklarasi sempat dihabiskan (Tahniah!)
6) sekeluarga wartawan ditahan sejurus semua bersurai dan beredar
7) Seorang demonstran wanita turut terlibat
8) Prop dirampas, malah yang sudah di bawa lari juga dirampas sebagai bhn bukti
Soalan:
1)Kenapa masih ada tangkapan selepas kami akur untuk bersurai pada kesekian kalinya?
2) Bagaimana polis boleh sampai dengan begitu cepat? Jika ketangkasan seperti ini dipraktikkan polis dalam kes-kes jenayah maka ia sangatlah bagus, tetapi adakah mereka juga bertindak demikian?
p/s : Foto diambil dari laman FB Aina Sayuty http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000606063129&v=wall&ref=ts : Terima kasih
Sedang Mendengar ::: Hukum Rimba - Marjinal
Tuesday, April 20, 2010
ALAMAK!!!!!
Ini Khairul, bukan Ibrahim Ali. Jauh sekali Kamalanathan. Khairul adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah kerencatan akal teruk. Pernah, penyelaras bertanyakan pendapat guru-guru untuk 'transfer' Khairul ni ke PDK (Pemulihan dalam komuniti ; sebuah pusat asuhan di bawah seliaan JKM), tapi aku membantah.." Biarlah dia duk sini" kataku. Penyelaras aku seorang yang menjaga kebajikan guru,selain menjaga kebajikan murid. Dia mengusulkan demikian kerana memikirkan tanggungjawab guru untuk mendidik akan bertambah sukar dengan penambahan Khairul ke program kami. Lagipun, dasar Pendidikan Khas ialah mengambil murid yang boleh di ajar, dan kerencatan akal teruk, jika menurut borang penempatan hendaklah di hantar ke pusat jagaan harian. Itu aku sedia maklum. Akhirnya usul itu digugurkan.
Sudah lebih 2 minggu Khairul di program kami. Minggu lepas, aku yang terpaksa basuh kasut dia, tergelak sakan PPM melihat aku yang bertungkus lumus membasuh kasutnya...cilakak punya Khairul. Hari Khamis ni, tak tahulah sama ada aku jugak yang akan jadi mangsa atau dia sendiri yang akan membasuhnya secara rela atau paksa. Tapi aku tak kesah sangat. Aku percaya budak-budak ni lama kelamaan akan dapat apa yang ditunjukkan...
Khairul kami letakkan di kelas 4. Kelas 'low function' tahap dewa bersama-sama dengan dua orang lagi kawan-kawannya yang menghidap sindrom down. Aku sendiri tak banyak sangat mengajar kelas 4 ni. Masa aku banyak habis untuk mengajar kelas 1 dan 2 serta kelas bersama murid-murid inklusif. Kelas 3 pun sama macam kelas 4, tak banyak masa. Walaupun kami agihkan kanak-kanak ini kepada kelas masing-masing, ia sebenarnya hanyalah dalam satu kelas. Kelas pecahan 1,2,3, dan 4 ini jika ia berada di kelas aliran perdana, ia hanyalah seperti kumpulan kecil. Bermakna guru yang mengajar kumpulan 1 akan dengar suara guru yang mengajar kumpulan 2, 3 dan 4 sekaligus bersama-sama dengan suara pelajar-pelajarnya. Hiruk pikuk. Isteri tersayang pernah datang melihat kelas kami dan dia tidak dapat bayangkan suasana kelas kami..pening kepala katanya..kehkehkeh. Tapi awas!, ini bukan neraka..bahkan mungkin syurga yang tersembunyi!!!
Berbalik kepada cerita Khairul, dia selalu mengganggu aku mengajar di kelas yang selain dari kelasnya. Paling aku hangin, bila dia mengganggu aku mengajar di kelas satu. Dia juga selalu memanggil-manggil nama aku semasa aku berada di kelas dua. Aku tak berapa kesah sangat kalau dia ganggu aku semasa aku mengajar di kelas tiga. Khairul ni, sebenarnya spesies tak suka buat kerja jugak. Kalau diberi mewarna dia akan conteng kertas tu dalam masa beberapa saat saja. Lepas tu dia akan tunjuk dan kata "udoh shekgu" (hodoh, cikgu).
Ada satu kemsuykilan aku tentang Khairul ni. Aku rasa dia ada ilmu pukaula. Dia selalu sangat duduk atas riba aku 'time' aku 'concentrate' dengan anak-anak lain. Aku pernah di tegur "Doh tu bakpe pulok khairul duk atas riba tu?". Cheh patut rasa berat semacam je! Dia jugak selalu sangat bertempek dekat aku tanpa aku sedari..Dah la badan penuh dengan panau. Aku selalu jugak cakap dengan dia tentang panau dia, tapi dia senyum je...Bile aku buat-buat macam geli, die lagi nak peluk-peluk aku. Bila aku halau dia balik ke kelas dia, mesti dia tepuk dahi dan berkata " Alamak!". Dalam kelas aku tak pernah pulak dia tidur kat atas 'tile', tapi dalam kelas cikgu-cikgu lain selalu sangat dia buat perangai tidur kat atas lantai, dan kadang-kadang menyorok kat bawah meja. Tapi aku buat dunno je..seronok kadang-kadang melihat cikgu-cikgu memujuk ni..hahaha kejam tak?
Khairul selalu jugak merasuah aku dengan mengurut belakang 'time' aku marah-marah... Perangai serupa macam Hakimi masa aku mula-mula berkenalan baik dengannya. Yang bezanya, Hakimi tak boleh bercakap, Khairul cakap takde kesinambungan.
Ini perbualan yang aku amat-amati daripada khairul dengan salah seorang dari cikgu program kami. Guru itu berasal dari luar Terengganu
Khairul: Shekgu, ulor
Cikgu : Ulor apa dia pulak?
Khairul: Kat nung ong...
Cikgu : Kat mana? Ada ular ke? Kat mana?
Khairul : Bloza
Cikgu : Ah, pening kepala la aku bcakap ngan khairul ni
Khairul : Sawwit, sawwit ada nyok ngat
Cikgu : Kamu ni cakap apa ni, Ada ular kat ladang kelapa sawit kat tempat buldozer parking ke?
Khairul : [berjalan sambil menjuih bibir dan menggeleng-gelengkan kepala] ... ikang wang! (Ikan haruan)
Aku dan kawan (guru) mengalir air mata tergelak...Khairul-Khairul........ALAMAK!!!!
Sedang Mendengar ::: Sore Tugu Pancoran -Iwan Fals
"....Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. "... - Al Hajj 22:78
Monday, April 12, 2010
Di mana-mana
......" Setan setan politik
Kan datang mencekik
Walau dimasa paceklik
Tetap mencekik
Apakah selamanya politik itu kejam ?
Apakah selamanya dia datang tuk menghantam ?
Ataukah memang itu yang sudah digariskan
Menjilat, menghasut, menindas, memperkosa hak hak sewajarnya
Maling teriak maling
Sembunyi balik dinding
Pengecut lari terkencing kencing
Tikam dari belakang
Lawan lengah diterjang
Lalu sibuk (kasak kusuk) mencari kambing hitam".......
Thursday, December 17, 2009
Pindah!
Ini sedutan dari PERAK DARUL KARTUN. Berbaloi kalau beli dan baca. Selain dari kartun2 yang bermesej idea daripada kartunis zunar dan konco-konco ada juga tulisan2 yang bukan kartun yang disampaikan oleh orang-orang hebat seperti A. Samad Said, Hishamudin Rais, Pyan Habib dan Rahmat Haron... Alamak kat halaman kedua ni ada ada tercetak HAK CIPTA TERPELIHARA, agak2 kena saman jugak ke aku ni?
Ini pulak CD yang dikirimkan oleh seorang rakan yang menganggotai kumpulan ini. Aku tak tahu motif kenapa dia kirimkan CD ini pada aku melalui seorang teman yang lain, walhal dia sendiri sudah tahu aku sudah pun copy CD ni dalam bentuk MP3 semasa aku melawatnya di Taman Melati dahulu. Jadi aku ambik keputusan untuk reviewlah sikit rilisan ini. Sudah sangat lama berada di pasaran, tapi aku rasa kalau toko-toko kaset biasa confirm tadak CD ni. Dianggotai oleh 7 orang anak muda, semuanya lulusan UIA. Antaranya yang satu batch dengan aku dan yang senior2. Kalau yang terjerumus dalam metal scene dulu-dulu mesti familiar dengan beberapa orang personal dalam kumpulan ini...tapi tunggu, ini bukanlah CDmuzik metal atau yang berat-berat..ia adalah muzik santai tradisional-moden yang menyedapkan halwa telinga. Ada 5 buah lagu, semuanya disusun dengan baik dengan acuan alat muzik moden seperti bass, gitar dan biola dan alatan muzik tradisional seperti gambus dan rebana / darbuka. Lirik-lirik berkisarkan kepada keTuhanan, kasih sayang anak ibu dan ada yang berbentuk menyindir..siapa yang disindir? Hahaha...Sungguh asyik didengar waktu-waktu lapang di kala petang, apa lagi jika berada di pantai..asalnya Dewangga Sakti adalah kumpulan muzik Gamelan yang dianggotai oleh beberapa orang dari mereka semasa di UIA. Koleksi yang agak mesti nih!
Ini pulak, Cd dari Meor..aku memang minat meor sejak pertama kali dengar lagu " itu padang..aku di situ". Ini betul-betul lagu rakyat seperti tajuknya.. ada 10 lagu yang kesemuanya bes bagiku. Kalau aku sebut tajuk lagu-lagu ni mesti orang tahu arah lirik keseluruhan album ini. Ok aku sebut antaranya adalah seperti ISA, Bappakku Seorang YB, Rakyat Bersatu, Shuhada Memali, Kejalan Lagi...lenguh nak taiplah woi... lagipun tadak masa dah ni, sat gi nak tengok bola Malaysia vs Vietnam pulak ni. Apa pun ini jugak Cd yang patut dijadikan koleksi jugak. Ini album Folk of the Year! Antara penyumbang lirik adalah seperti Amir Hamzah, Black, Pyan Habib, Abdullah Jones dan ramai lagi.. wah bola dah nak start..Akhirnya, bola-bola jugak, doa akhir tahun dan awal tahun jangan lupa baca!!! Selamat menyambut Maal Hijrah 1431










