Showing posts with label tawarikh. Show all posts
Showing posts with label tawarikh. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Then, I remembered

1. Pejam celik pejam celik, dah lebih 3 tahun usia blog ni. Aku pun tak tahu blogspot ni akan expired atau tak. Aku bukanlah celik IT sangat. Dulu kawan-kawan ramai yang buat website guna " cjb.net ". Semua akhirnya expired.. tak boleh pakai. . x lolos!!

2. Expired atau tak perkidmatan blogspot ni, belum tau lagi.. tapi kawan-kawan dah ramai nampaknya expired menulis.. Ghairah untuk menulis dah luntur.. dah lusuh. Aku sendiri pun dapat rasakan dalam diri aku, yang ghairah tu tak ada.. Aku kadang-kadang rindu juga baca tulisan kawan-kawan.. sekurang-kurangnya aku tahu macamana penghidupan mereka walau tak selalu jumpa... tulisan kadang-kadang boleh cerita yang tersurat dan tersirat, asal pandai menafsir... tapi dengan membaca satu post satu bulan tak bolehlah nak diduga bagaimana keadaannya

kawan-kawan sedang mandi



3. Di Banggol Limau  B783, dulu ada Ronin Distro. Walau tak ramai penghuni tapi sibuk..posmen asyik keluar masuk. Dulu masa kat A//mince Infoshop & Studio, kami pernah di tanya, "Ronin distro tu kat mana?" dan ada yang lebih klasik tanya "Kg Banggol Limau tu kat mana?". Kenapa aku cakap klasik? Sebab orang kat sekitar-sekitar sini pun tak kenal dekat mana Banggol Limau, malah ramai yang tak pernah dengar pun nama kampung tu dan ada juga yang konfius dengan Gong Limau di Kemaman, tetapi orang luar Terengganu tadi boleh pulak berminat bertanya kat mana kampung kecil ini :) ..Tapi sekarang di Banggol Limau B783 ni dah tak ada apa-apa. Yang tinggal hanya tiga orang sakit :(

4. Sakit ni adalah titik tengah antara sihat dan mati..ikut adat dan lojik akal, orang sakitlah yang bakal menemui ajal terlebih dahulu kerana ia lebih hampir dengan kematian berbanding orang sihat.. tapi banyak pula yang terjadi adalah sebaliknya.

5. Aku selalu juga dengar ayah tertanya-nanti tentang mati. Dia dah lama sakit. Mak pun sakit juga. Bila ayah dikhabarkan tentang orang meninggal di sekitar  kampung dan kampung sebelah menyebelah, dia jadi berfikir dan selalu merungut kenapa mereka dengan senang meninggal. Agaknya dia mula berfikir dia menderita sakit lama, dan dah agak bosan agaknya dengan sakitnya itu, tetapi belum dipanggil Ilahi. Bila dia terfikir begitu, aku pula berfikir begini " agaknya macamanalah kalau aku yang tiba-tiba mati dulu, atau mak yang pergi meninggalkannya dahulu?"

6. Teringat lagu Wings dulu, " Cari perhentian di mana nak berhenti.."


"... Maka apabila tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya walau sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya". -  An Nahl  16: 63

Saturday, February 4, 2012

Antara Dua Liang

Hari ini...

Cerita makhluk
Bernyawa, bersujud

Tempat terpencil, tidak jauh
Sudut desa, berjalan raya
Antara cakna dan abai

Kemboja, berbatang satu
Berpecah dua menapak bumi
Berdahan dua rantingnya sepuluh
Julainya hitam...

Antaranya dua pusara
Usang..
Pasangan ummat Muhammad
Sudah pasti ber'bin' dan ber'binti ibu mereka
Di alam sana

Kemboja ini tidak rendang
Cukup sekadar menjadi sifat pokok
Manfaatnya sampai juga pada kedua pusara
Walau tidak utuh, walau tidak megah
Cukup untuk di buat berteduh
Hanya cukup... tidak lebih

Kemboja ini menjadi jiran perantaraan;
antara kedua kubur itu..
Juga menjadi saksi
Bukan penolong, bukan penjaga
Hanya di situ.. tetapi manfaatnya semestinya tidak tertolak
Tetapi bukanlah urusan si pohon kemboja untuk mencampuri hal manusia
Apa lagi jika panggilannya arwah; kata jamak kepada roh

Bila Munkar Nakir datang menjengah
Baik hukuman
Baik Saadah
Yang mendapat laba hanya penghuni kedua pusara
Atau mendapat celaka juga mereka
Tiada dapat berbuat apa-apa si pohon kemboja
Jika berbahagia khabarnya, kemboja tumpang gembira
Jika azab beritanya, kemboja hanya mampu berdoa

Kemboja ini tunggal
sepi, tidak berteman
mengharapkan insan membawa pasangan dan juga anak pokok
seperti mana penghuni kedua pusara tadi mengharapkan doa dan;
sedekah fatihah dari anak-anak yang soleh
seperti penghuni kedua kubur tadi mengharapkan pahala dari amal jariah mereka
seperti penghuni kedua liang tadi mengharapkan laba dari ilmu yang dicurahkan

Manusia tidaklah tahu apa yang terjadi pada isi kubur
Setelah meninggalkan jenazah kemas di liang lahat
Saat teringat, teringat peristiwa, lupa bacaannya
Yang masih ada modal dalam hatinya, bertahlillah mereka;
menjemput jiran dan kaum keluarga
Setelah itu kembali lupa

Kedua pusara ini kadang dilawati
Di atasnya pun jadilah ia berseri
Di dalamnya, sekejap bersenang hati
Dengan bacaan dan doa itu dan ini
Adat datang, pergi kembali

Kemboja menjadi pemerhati
Teduh manfaatnya kepada penziarah
Daun gugur, ada yang kutip ada yang marah-marah banyaknya sampah
Kemboja tiadalah ia berdarah, adapun hanyalah bergetah

Tanah perkuburan, lumrahlah ia sunyi
Meriahnya jarang sekali
Hari Raya 6, Hari Raya Puasa, Menjelang separuh Syaaban; Hitung sendiri!

Kehidupan di dalam, kurang yang peduli
Walaupun peringatan sudah lama diberi

Tunggulah, tiba saat itu!

".... Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat melewatkannya/ menangguhkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukannya/mempercepatkannya". - An Nahl  16:61


p/s : Adil itu meletakkan sesuatu pada tempat/haknya
       (kasut itu haknya di kaki walaupun harganya 100x ganda mahal dari kopiah heh!)


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL. Jom Hayati kesah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib dan kesahnya yang di surahkan : Al-Lahab 111: 1-5

Ya Allah, aku memohon cintaMu. Dan cinta orang yang menyintaiMu. Dan amalan yang membawaku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikan perasaan mencintaiMu lebih kuat dihatiku, mengatasi cintaku kepada diriku sendiri, ahli keluargaku dan air yang sejuk di kala kehausan. Amin

Thursday, September 8, 2011

lembing = lembu - kambing

buat kesekian-kesekian dan kesekian kalinya


Kita tahu, tapi tidak nampak
Kita percaya, tapi tidak yakin

cermin sisi kita buang
cermin pandang belakang kita tidak hiraukan

apa lagi Al-Quran,,, simpan saja dalam almari!



"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maa'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana" - At-Taubah 9:71


Fitnahmu...
strategimu...
bakal makan tuan! haha
(mari merayakan fakta-fakta tersembunyi!!!!)

Wednesday, May 25, 2011

Guru Mendidik itu Melawan!

Ahmad KS
SK Dalam Gelung
12345 Putrajaya, Terengganu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj: pt/180/987(bil) 1
Tarikh: 24 Mei 2011
Guru Besar
SK Dalam Gelung
12345 Putrajaya, Terengganu
24 Mei 2011

Tuan,

KELAS BANTU LULUS
-------------------------

Perkara di atas adalah dirujuk;

2. Saya, serta sekalian guru yang ternyata malu-malu untuk memperkatakan secara terbuka dengan ini mengisytiharkan bahawa kami sangat menyokong program di atas yang dilakukan tiap-tiap hujung minggu Jumaat dan Sabtu sebagai satu program sokongan kepada kelas petang dan malam yang telah sedia ada. Wow! Sangat hebat dan sungguh bertuah kami.

3. Program ini memang sangat perlu dan patut diadakan demi meranapkan ops, memartabatkan lagi anak bangsa.. kerana mereka semua sememangnya patut ditekan-tekankan supaya memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia juga akhirat. Ini kerana semua benda lain tak perlu dipelajari terutamanya mencari ikan sekilau di dalam baruh atau bersama kawan mencari buah getah untuk dimain pukul-pukul. Semua pengalaman tersebut boleh dibeli di kedai-kedai runcit berdekatan, jadi tidak perlulah mereka sedikit kelonggaran masa untuk belajar sendiri seperti yang ditekankan dalam pembelajaran konstruktivisme. Apa yang mereka perlukan ialah kelas hujung minggu ini.. itu pokok kejayaan sebenar

4. Program ini juga ternyata sangat hebat kerana ia merentasi dan melampaui pekeliling yang menyatakan guru hanya boleh di panggil pada dua kali sabtu setiap bulan jika ada sebarang keperluan yang mendesak.

5. Disamping itu, kami guru-guru memang sangat berbesar hati dengan kewujudan program ini kerana dengan sendirinya masa kami bersama keluarga sangat terhad. Ini adalah plan yang baik untuk menjarakkan anak dan untuk lari dari tanggungjawab sebagai suami atau lebih-lebih lagi isteri serta sebagai anak/bapak/ibu. Semua itu ternyata tidak penting untuk pemupukan generasi yang mapan pada masa depan. Yang lebih penting ialah kejayaan program ini diharap dapat meningkatkan prestasi sekolah.

6. Selain daripada itu, jika kita berbalik kepada murid, program ini memang amat menguntungkan mereka kerana setelah diamat-amati program pembelajaran berterusan begini adalah untuk pengasahan minda dan mengelakkan stress... dan perlulah diingat, kanak-kanak tidak ada hak untuk bersosial dan mendapat kasih sayang yang utuh dari keluarga di rumah kerana memang kanak-kanak zaman moden ini ditakdirkan untuk belajar sahaja... sebab mereka ternyata tiada perasaan


sekian terima kasih

"CUKUP PUAS HATI, LEBIH DARIPADA TU"


Yang sohih,

Ahmad Ks

Wednesday, September 29, 2010

Tinggi ???

No. 2

Itu no rumahnya
Di lorong kedua, di taman kedua
Dari taman perumahan mega

No. 2, itu yang dia dapat
Nak lari lagi cepat, nafas dah sesak
Perlahan, dipintas pula
Berduyun-duyun... mereka

Melompat, takut jadi katak
Meluncur, takut jadi ular
Berlari, atas tanah ada duri
Terbang, awan hitam pula menghalang
Berenang, nanti dia tenggelam
Berkenderaan, naik keldai mana padan

Ada tembok memisahkan
Ada khandak, tak terjangkaukan
Muhyidin takkan nak lawan Najib
Kah Kah Kah Kah
Mau mati ke?

Terrima.

-samsa-
di pondok itu pada sekian tarikh



p/s: Amacam Galas ? Tergalas ke tak tergalas? Nak kena tanya Ku Li ke ni?


"Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara telah diputus, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman". - Maryam 19:39

Tuesday, August 3, 2010

19 Tahun Lebih Tua

Candle Light Vigil : Sempena 50 Tahun Kezaliman I.S.A
(Kota Bharu)


sebahagian daripada prop


Puisirama dari Kasih Sayang DKK


Deklarasi dari aktivis



ini yang depa marah dan takut


dibanjiri polis


bersedia untuk bersurai dan akhirnya di tahan


Kronologi:

Petang : Tiga trak polis dan 2 buah balai bergerak di letakkan di Taman Hijau, beserta sejumlah anggota polis

7.45 ptg - beberapa orang anak muda dan aktivis kelihatan di medan selera Stadium

8.00 mlm : Short meeting
> percaturan strategi dan penukaran tempat protest
> menghubungi press dan kawan-kawan


8.20 mlm : Bergerak ke Astaka di depan stadium
> setup

8.45 mlm : Memulakan aksi protest setelah azan isyak habis berkumandang
> bacaan puisi
> deklarasi

Sejurus memulakan : Press dan polis sampai

9.10 mlm : Berjaya dan bersurai
>Dua aktivis ditahan


Fakta : 1) Hujan mencurah ke bumi tidak berhenti henti
2) Bilangan aktivis hanya sekitar 11-13 orang
3) Bilangan polis melebihi demonstran dalam nisbah 1:3@4...tapi kawan kata, 1:5
4) Kasih Sayang sepatutnya menyampaikan dua puisirama dan satu lagu tetapi
hanya sempat membaca tidak sampai sekerat daripada satu puisi
5) Deklarasi sempat dihabiskan (Tahniah!)
6) sekeluarga wartawan ditahan sejurus semua bersurai dan beredar
7) Seorang demonstran wanita turut terlibat
8) Prop dirampas, malah yang sudah di bawa lari juga dirampas sebagai bhn bukti

Soalan:
1)Kenapa masih ada tangkapan selepas kami akur untuk bersurai pada kesekian kalinya?
2) Bagaimana polis boleh sampai dengan begitu cepat? Jika ketangkasan seperti ini dipraktikkan polis dalam kes-kes jenayah maka ia sangatlah bagus, tetapi adakah mereka juga bertindak demikian?


p/s : Foto diambil dari laman FB Aina Sayuty http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000606063129&v=wall&ref=ts : Terima kasih

Sedang Mendengar ::: Hukum Rimba - Marjinal

Wednesday, March 10, 2010

Tali





"sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya"
- Al Baqarah 2:255

Saturday, January 9, 2010

Percayalah, setan selalu beserta kita - Doel Sumbang

Terkejut besar aku semalam, ketika dalam perjalanan ke Rusila, apabila seorang kawan (apih), membaca dengan kuat satu sms yang dihantar kepadanya mengatakan Salahudin mengutuk keras kejadian menyerang gereja. “Guane, serang gereja pulok doh?”, aku bertanya meminta kepastian. Sambil jiwa aku mengetus penuh emosi yang aku cuba tahan-tahankan.. Aku menjadi begitu resah, sebenarnya..tetapi tidak pula aku tonjolkan keresahan aku dalam bentuk zahir dan kata-kata hamburan.

Apa nak jadi dengan manusia-manusia yang hidup dalam Negara Malaysia? Perlakuan menyerang gereja selain dikutuk oleh Agama Islam sendiri, ia juga menunjukkan bahawa peradaban manusia di Malaysia sungguh-sungguh jauh daripada ketamadun umat, malah boleh aku katakan ianya jahilliyah. Sesal sebentar rasanya berada di bumi ini. Apa aku nak jawab kalau Michelle tanya? Macamana aku nak jawab kalau Jayamani tanya?

Penggunaan Nama Allah oleh Agama Kristian
Lega rasanya bila PAS membuat pendirian yang aku kira sangat tepat, iaitu agama-agama samawi tidak salah menggunakan perkataan Allah jika kena pada tempatnya.. Dikala orang sibuk-sibuk melenting pasal penggunaan nama Allah ini, aku cuba menganggapkan bahawa ianya sengaja diperbesar-besarkan supaya ia dapat menutup kes-kes berprofil tinggi yang sedang dibincangkan terutama kes kehilangan enjit pesawat pemintas F-5E, yang cuba dikambinghitamkan pegawai berpangkat rendah. Ianya sama dengan penghebohan golongan black metal di Malaysia, satu ketika dahulu, untuk menutup berita-berita skandal yang membabitkan pemimpin tertinggi Negara..skripnya diulang-ulang.

Tentang Perlembagaan
Sahabat karib menulis bahawa dalam isu penggunaan nama Allah oleh Herald, ia meletakkan kesalahan kepada Perlembagaan Persekutuan. Dahulu, semasa aku mengaji, aku selalu memberikan pertentangan dengan isi kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan atau lebih glamer dizaman pengajian aku hari itu dengan nama “Federal Constitution”. Aku sentiasa tidak berpuashati membaca kes-kes judiciary lampau yang tidak memihak kepada perlaksanaan hukum berdasarkan syariat yang diputuskan mahkamah syariah, kerana mahkamah syariah berada dibawah bidang kuasa state list dan peruntukan FC selalu menyebut, jika ada mana-mana jurisdiction daripada mana-mana mahkamah yang bercanggah atau ‘overlap’, maka , FC prevail!..Aku juga berasa begitu marah dengan arwah Tunku Abdul Rahman yang menjustifikasikan artikel 3(1) dengan mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan agama rasmi ialah ianya hanya atas maksud kepada “ritual ceremony’ dan bukan bermakna bahawa negara ini adalah Negara Islam yang sebenarnya….(cis aku bercakap mengenai perlembagaan sedangkan aku hanyalah seorang penggagal!)

Jagat!
Pun begitu (ceh gila kepala ayat), bila aku sedang meningkat umurku, dan bila dikaji semula kandungan FC, aku merasakan ianya masih boleh diterima pakai…Memang ia sekular!, dan memang ia digubal oleh Lord Reid, iaitu penjajah yang bukan beragama Islam, bersama kalau tidak silap lapan orang lagi. Diantara ke Sembilan orang penggubal FC ini hanya seorang sahaja beragama Islam yang didatangkan khas dari India. Tetapi dalam konteks sementara waktu yang agak panjang, ianya masih sesuai. Dikhabarkan Perlembagaan Rakyat 1947 yang diusahakan oleh golongan kiri lebih mesra rakyat dan bersifat demokratik daripada FC, maka jika perlembagaan itu dilaksanakan maka ianya adalah bonus..dan mungkin kecelaruan rakyat tidak banyak seperti sekarang. Akan tetapi jika Dustur berasaskan Al-Quran dan Hadith, maka tidak syak lagi, perjalanan Negara akan menjadi lebih baik dari segala hukum yang terbaik.

Ia bersangkutan dengan orang!
Masih lagi dengan FC, ia sebenarnya bersangkutan dengan interpretasi. Yang membuat interpretasi adalah orang, dan orang itu adalah para hakim. Artikel 3(1) dengan jelas mengakui bahawa agama Islam adalah agama rasmi, sambil mengesahkan bahawa agama lain juga boleh diamalkan dengan bebas di Negara ini. Artikel 11(1)(4) pula dengan jelas menegaskan bahawa undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan (bg KL, Labuan dan Putrajaya), boleh mengawal dan menyekat mana-mana doktrin agama yang cuba disebarkan kepada penganut agama Islam. Dan yang penting, YDPA diakui sebagai ketua Negara. Dan dalam jadual 4 FC, ikrar perlantikan YDPA, dengan jelas memulakan dengan basmalah dan bersumpah dengan Wallahi: Wabillahi :Watallahi. Jika diinterpretasikan dengan betul-betul, maka merujuk kepada perlembagaan ini, bahawa memang Negara ini Negara Islam, dan undang-undang Islam boleh tertubuh di negara ini melalui bidang kuasa mahkamah syariah di setiap negeri-negeri. Tapi ia bersangkut dengan interpretasi personal para hakim, dan orang yang mula-mula mempengaruhi hakim Malaya ialah Tunku dengan statementnya.

Separation of power
Sepatutnya Negara ini mengamalkan kuasa-kuasa yang terpisah iaitu executive – legislative (perundangan -refer pada parlimen ye, yang enact bill, ) – judiciary (penghakiman). Tapi rata-rata keputusan hakim yang melibatkan hubungkait dengan kuasa eksekutif biasanya kuasa kehakiman itu ditelan lenyapkan oleh kuasa eksekutif. Kuasa kehakiman di Negara ini sangat bergantungan (dependency) dengan kuasa eksekutif. Mungkin sebab gaji dan jawatan kahkahkah.. Dalam Islam ia tidak mengenal semua ini dan para ulama fikah bersependapat bahawa gabenor-gabenor dan juga pemerintah tertinggi akan menghadapi perbicaraan dan hukuman yang sama seperti orang lain. Sedang Amirul Mukminin Saidina Umar sendiri pernah ditegur oleh Qadhi. Tetapi di Negara ini terutamanya, bahkan di negara-negara ia berlaku sebaliknya. Hakim di sini sejak mula-mula sampai sekarang takut untuk membuat interpretasi yang betul dengan perlembagaan yang ada, mereka lebih rela merujuk common law of England walaupun kes itu berkaitan dengan rukun kawin orang Islam. Cis! (Aku sebenarnya boring dengan kes Fatimah vs logam.. itu tahun berapa tu 18 berapa? Berapa kurun dah tu?). Dan sepengetahuan aku, di England sendiri pun, ia tidak lagi menggunakan common law sekarang ni.

p/s : aku menulis mengikut daya ingatan aku, bukan mengikut sumber rujukan dan fakta yang tepat..jadi silalah membuat rujukan, dan betulkan aku jika ada yang tersalah, maklumlah aku sekarang berada dalam keadaan dellusion yang tidak memungkinkan aku mendapat harta waris mengikut "probate and law of succession".
Depa cakap bahasa aku berterabur, susah paham...aku pun tak tahu terjemah..dan aku pun tak pandai Inggeris jugak..azhabu ila sha'tiil bahri fil masa'

erk..surau pulak?

Sedang Mendengar :::: Hukum Rimba ( Marjinal )

"Sesungguhnya Allah menyukai kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kamu menjadikan sebarang kawan kamu dari orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negeri kamu dan membantu untuk mengusir kamu, dan barangsiapa yang menjadikan mereka itu sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim" - Almumtahanah 60:8-9

"Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa" - Al Maaidah 5:8

Sabda Rasulullah SAW "semua kamu adalah dari keturunan Adam, dan Adam itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas orang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa (Bukhari dan Muslim)

Monday, November 23, 2009

Asmaradana

Ini adalah budak-budak Sek Men Agama Chung Hwa Wei Sin

Ni, apa kejadah memasak dalam dorm ni? Asrama x sediakan makanan ke?


Tingkatan 1-3 tinggal di asrama : SMASZAL

Tingkatan 4-5 duduk asrama lagi : SMAASZA

Umur 18, pun duk asrama walaupun 1 bulan cuma : KUSZA

Lepas tu duk asrama lagi bila hijrah ke Kuala Lumpur : SDAF College IIUMMC

Hijrah ke Gombak, mana lagi asrama la : Mahhallat Asma' IIUM

Kalau hospital nama asrama, mesti aku letak jugak tempat lepak aku di situ

Balik ke asrama lama : SDAF College IIUMMC

Hijrah pula ke PJ, juga tinggal di asrama : Saidina Abu Bakar College, IIUMMC

lagi-lagi duk asrama, tak puas-puas : Mahallat Bilal, IIUM

Umur dah 24 tahun pun, masih duduk asrama lagi : Kolej Aman, MPIK

Kerja pun kena duduk asrama : Aspura SKPX XXXX

Tahun ni aku dah tak payah tinggal di asrama yeay!!!

Pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM di Kelantan terpaksa tinggal di asrama lantaran banjir...Dan asrama tersebut terpaksa dikongsi bersama dengan mangsa-mangsa banjir di kawasan setempat...Kesian nak belajar pun terganggu, nak periksa pun tak selesa.