Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Selepas 2 Millenium

1. Tahun ke 15 selepas millenium. Sesetengah pendapat mengatakan 15 tahun adalah tempoh wajib baligh bagi mukallaf, walaupun seseorang itu tidak mengalami mimpi naik gajah, atau datang haid. Walaupun ramai diantara kita yang cukup umur lebih awal daripada itu disebabkan oleh kedatangan mimpi atau kedatangan darah, tapi ditegaskan sekali lagi bahawa 15 tahun adalah usia wajib baligh dan dikira mukallaf. Mukallaf bermakna, tanggungjawab dosa dan pahala adalah ditanggung oleh individu mukallaf itu sendiri di atas setiap tindak gerak pelakunya.

2. Tahun millenium dahulu, aku sudah dikira dewasa apabila umur telah mencapai 21 tahun. Sekarang, aku baligh dalam dewasa setelah memasuki 15 tahun kedewasaan. Tapi nampaknya semua masih agak sama, evolusinya sangat perlahan! Masih lagi perubahan ke arah kebaikan kabur dan tidak jelas. Masih lagi ragu-ragu dan was-was dalam tindak perkara. Ynag paling mengecewakan pengetahuan dirasakan sangat kurang dibandingkan dengan usia, malah dirasakan semakin lanjut usia semakin jahil dari semua perkara. Menuntut ilmu, bermula dari awal kembali, Sifat Dua Puloh yang dipelajari seawal usia 6 tahun, dihafal dan menjadi handalan dikalangan kanak-kanak seusia dan yang lebih tua, seakan tidak membawa makna bahkan malah tidak mengerti langsung lewat meniti usia yang berpuluh-puluh ini. Aku pening dalam pening, sesat dalam sesat, tak tahu di mana.

3.Seorang penyair berkata:
         orang yang bingung dalam menyingkap masalah
         hanya akan menyia-nyiakan umurnya
         selalu bingung, tidak pernah mencapai keberjayaannya
         dan sentiasa nampak bodoh

4. Hai usia! janganlah cepat meninggalkan roh dan jasad Shabri terkejar-kejar. Hai roh! janganlah kau kecundang dengan nafsu dan godaan syaitan. Hai akal dan nurani! janganlah kau hanyut dibawa arus kesesatan yang tidak tahu bahawa kau telah tersesat!. Semoga diusia baligh ini, dikurniakan kekuatan dalam menuju kematian. Amin.

5. "Dunia adalah penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" 


Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepada mu dari Tuhanmu, sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya - Az Zumar 39:55


Wednesday, October 24, 2012

K.A.M.I

1. Dua hari lepas, aku dikunjungi oleh rombongan rakan-rakan guru dan murid-murid PPKI sekolah lama aku. Sekolah lama aku yang dimaksudkan di sini adalah sekolah sebelum aku mengajar di sekolah sekarang, iaitu sekolah yang ke-empat. Sekarang, sekolah yang kelima. Objektif utama lawatan mereka ke sini ialah untuk berjumpa aku.. terharu betul..tak tahu nak cakap apa.. Terima kasihla aku ucapkan kepada penyelaras mereka yang sanggup memenuhi tuntutan bekas anak-anak murid aku itu..Aku tahu di kalangan mereka tidak ada yang membaca blog aku, dan aku memang tak mahu blog aku dibaca oleh rakan-rakan yang terlibat dengan rakan sekerja yang bermajikan sama (baca: KPM). Sudah barang tentulah kami telah menzahirkan ucapan terima kasih sesama kami pada hari tersebut, namun ucapan terima kasih di sini adalah ucapan dari hati yang jika tuan empunya diri tidak tahu pun adalah tidak mengapa.


2. Disamping berjumpa dengan aku, mereka juga menyatakan bahawa mereka juga ingin melihat dan belajar tentang cara-cara menternak itik. Kata mereka, manalah tahu jika keadaan mengizinkan dan rasa terbuka hati, mereka juga akan mengusahakan industri yang sama. Aku dengan rasa ikhlas hati menerangkan serba sedikit tentang pengetahuan kami dalam hal tersebut dan membawa mereka ke ladang mini ternakan kami. Aku juga memberi galakan kepada mereka untuk sama-sama menternak sama kerana aku sendiri tahu akan keadaan bentuk muka bumi di sekolah mereka.. Apa lagi, pentadbir sekolah mereka sangat menyokong sebarang usaha untuk melaksanakan projek yang memberikan pendapatan dan memberi manfaat kepada sesi PDP murid. Aku memang sangat percaya bahawa ilmu adalah untuk dikongsi, sebab itulah aku menggalakkan mereka. Bahkan idea untuk menternak itik sendiri telah aku cetuskan semasa berada di sekolah tersebut untuk dijadikan salah satu industri sekolah disamping kebun yang kami usahakan, tetapi keadaan untuk melaksanakannya masih tidak sesuai bagi aku pada saat itu.


3. Berbalik kepada industri sekolah (program), sesetengah dari kami (guru-guru pendidikan khas di Malaysia) membuatkan hasil usaha mereka sebagai sesuatu yang eksklusif. Mereka lebih mementingkan 'benchmark' daripada manfaat ilmu yang boleh dikongsi. Sesetengah dari kami pula, tidak terlepas dari bersaing sesama sendiri untuk menunjukkan bahawa program mereka lebih hebat dari yang lain. Keadaan bersaing ini, kebiasaannya berlaku dikalangan sekolah-sekolah yang penyelaras atau penolong kanan pendidikan khas mereka adalah wanita.. sungguh sesuatu yang melemaskan. Aku rasa hal ini adalah tidak perlu dan tidak pula wujud jika matlamat utama sesuatu projek di letakkan untuk manfaat ilmu kepada murid melebihi daripada matlamat menonjolkan kehebatan program. Alhamdulillah, walaupun penyelaras aku perempuan dan semua guru serta ppm adalah wanita, tetapi hal-hal bersaing dan ingin menunjuk tidak pernah timbul. Cuma oleh kerana aku seorang sahaja guru lelaki, maka beban kerja buruh menimbun sedikit ke atas diri aku. Bahkan aku lebih dilihat sebagai seorang tukang kebun berbanding seorang guru...kahkahkah.. aku tidak kisah. Rakan-rakan di sini pun sebenarnya banyak membantu pada kadar limit seorang wanitalah...

4. Objektif sampingan yang lain, lawatan mereka juga adalah sebagai jaringan persahabatan dan perkenalan baru di antara warga guru, ppm dan murid antara kami. Aku suka perasaan muhibbah sebegini, dan yang paling aku suka aku dapat bemesra walau sekadar sekejap dengan Nabil, dengan Balqish, dengan Athirah, dengan Azhaari dan mereka yang lain yang merindui aku ..bagi aku mereka semua adalah superb..yang lebih penting daripada itu, aku percaya mereka adalah golongan ahli syurga, insyaAllah.

Nabil dulu suka mengaku yang dia adalah Cikgu Shabri
5. Sebagaimana dahulu, Nabil masih lagi petah bercakap. Dia sentiasa mengikut ke mana saja aku pergi semasa lawatan ini, sampai dalam ladang ternakan itik pun dia ikut walaupun kami melarang semua sekali dari memasukinya kerana keadaan ladang yang becak akibat hujan. Nabil adalah seorang murid terencat akal yang istimewa.. kebanyakan percakapannya tidak mempunyai kesinambungan.. aku pernah bercerita mengenainya di ----> sini 


Balqis dan syuhada bergaduh

Balqis dan syuhada berbaik semula
6. Balqis pula, dengan halnya. Demi ternampaknya aku semasa usai sampai dia terus menangis membuatkan rakan-rakan guru di tempat aku mengajar sekarang terpinga-pinga, bahkan guru-guru dia sendiri tidak menjangkakan dia akan menangis. Dia ni terlajak suka kat aku, dan selalu sahaja suka datang menempel membuatkan aku sendiri jadi tak selesa, sebab dia ni dah besar panjang.. penyelarasnya berkali-kali memberi amaran dengan berkata " Ingat, isteri Cikgu Shabri marah".. Kadang-kadang jika trik amaran itu pun tidak menjadi, akan ada seseorang yang akan mengaku bahawa dia adalah girl friend aku untuk mengelak Balqis terus dari melakukan gangguan seksual terhadap aku...kahkahkah..kesian Balqis. Balqis ni jika dia syok atau terlalu  fokus, kepalanya akan automatik terteleng, dan jaga-jaga mungkin air liurnya tumpah.

7. Aku tiba-tiba teringat pada khairul. Khairul juga adalah seorang kanak-kanak terencat akal. Ntah apa terjadi padanya. Aku pernah tulis pasal khairul di ---> sini. Aku juga teringat pada Hakimi.. tapi aku yakin Hakimi sudah ok. Aku pernah tulis pasal Hakimi dalam lebih kurang 10 entri. Disamping semua anak-anak istimewa ini yang aku sentiasa ingat dan merindui selalu ialah anak aku sendiri..

8. Malam ni, bakal haji akan berangkat ke padang arafah untuk melontar... melontar kepada syaitan.. tetapi ingat syaitan sentiasa ada di mana-mana.



".... Katakanlah: 'sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)'..." - Maksud surah Al-Baqarah 2: 120

Monday, April 9, 2012

Then, I remembered

1. Pejam celik pejam celik, dah lebih 3 tahun usia blog ni. Aku pun tak tahu blogspot ni akan expired atau tak. Aku bukanlah celik IT sangat. Dulu kawan-kawan ramai yang buat website guna " cjb.net ". Semua akhirnya expired.. tak boleh pakai. . x lolos!!

2. Expired atau tak perkidmatan blogspot ni, belum tau lagi.. tapi kawan-kawan dah ramai nampaknya expired menulis.. Ghairah untuk menulis dah luntur.. dah lusuh. Aku sendiri pun dapat rasakan dalam diri aku, yang ghairah tu tak ada.. Aku kadang-kadang rindu juga baca tulisan kawan-kawan.. sekurang-kurangnya aku tahu macamana penghidupan mereka walau tak selalu jumpa... tulisan kadang-kadang boleh cerita yang tersurat dan tersirat, asal pandai menafsir... tapi dengan membaca satu post satu bulan tak bolehlah nak diduga bagaimana keadaannya

kawan-kawan sedang mandi



3. Di Banggol Limau  B783, dulu ada Ronin Distro. Walau tak ramai penghuni tapi sibuk..posmen asyik keluar masuk. Dulu masa kat A//mince Infoshop & Studio, kami pernah di tanya, "Ronin distro tu kat mana?" dan ada yang lebih klasik tanya "Kg Banggol Limau tu kat mana?". Kenapa aku cakap klasik? Sebab orang kat sekitar-sekitar sini pun tak kenal dekat mana Banggol Limau, malah ramai yang tak pernah dengar pun nama kampung tu dan ada juga yang konfius dengan Gong Limau di Kemaman, tetapi orang luar Terengganu tadi boleh pulak berminat bertanya kat mana kampung kecil ini :) ..Tapi sekarang di Banggol Limau B783 ni dah tak ada apa-apa. Yang tinggal hanya tiga orang sakit :(

4. Sakit ni adalah titik tengah antara sihat dan mati..ikut adat dan lojik akal, orang sakitlah yang bakal menemui ajal terlebih dahulu kerana ia lebih hampir dengan kematian berbanding orang sihat.. tapi banyak pula yang terjadi adalah sebaliknya.

5. Aku selalu juga dengar ayah tertanya-nanti tentang mati. Dia dah lama sakit. Mak pun sakit juga. Bila ayah dikhabarkan tentang orang meninggal di sekitar  kampung dan kampung sebelah menyebelah, dia jadi berfikir dan selalu merungut kenapa mereka dengan senang meninggal. Agaknya dia mula berfikir dia menderita sakit lama, dan dah agak bosan agaknya dengan sakitnya itu, tetapi belum dipanggil Ilahi. Bila dia terfikir begitu, aku pula berfikir begini " agaknya macamanalah kalau aku yang tiba-tiba mati dulu, atau mak yang pergi meninggalkannya dahulu?"

6. Teringat lagu Wings dulu, " Cari perhentian di mana nak berhenti.."


"... Maka apabila tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya walau sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya". -  An Nahl  16: 63

Friday, December 16, 2011


1. Orang tua-tua kata kalau hujan start hari Jumaat (baca:pada musim tengkujuh), biasanya ia akan berlarutan dua tiga hari. Aku tunggu juga saat itu..oleh kerana ari ini dan malam tadi hujan (kalendar Islamkan bermula dengan malam). Tapi, ternyata sehingga kini tidak menampakkan tanda-tanda itu walaupun tak mustahil. Aku bukan kemarukkan hujan, tapi aku nak tengok apa aktiviti kanak-kanak sekarang, bila tiba musim hujan yang lebat.

2. Kanak-kanak zaman sekarang, sangatlah berbeza dengan zaman aku membesar. Dulu musim tengkujuh begini, kami semua sibuk dengan pelbagai aktiviti. Pian boh(musim banjir) menjadi pesta bagi kami walaupun pada hakikatnya orang tua kami agak gusarkannya. Iyalah apa tidaknya, kalau banjir besar berlaku, padi yang ditanam sekali setahun itu akan turut musnah. Semai-semai padi bakal tercabut dari umbinya.. tapi cerita kami berlainan..pian boh menjadi pesta. Kalau tidak sibuk membikin perahu kayu atau leger yang diperbuat dari tong minyak tar, kami sibuk dengan aktiviti memancing dan menahan taut..kalau tidak dapat ikan, dapat ular!..ataupun sekurang-kurangnya, kami sibuk dengan aktiviti mandi baruh, atau jika air kurang kami mandi alur (alur sungai).

3. Kanak-kanak zaman sekarang, tak kira hujan tak kira kemarau, aktiviti utama mereka ialah bermain games (di buat berdasarkan pemerhatian ke atas anak-anak saudara). Belum pun masuk tadika sudah sibuk dengan laptop. Bayangkan perjalanan hidup mereka.. dari kecil mengendap komputer. Maunya umur masuk 10 tahun dah nak kena pakai spek. Aku kadang-kadang rasa susah hati dengan kecenderungan begini. Selain daripada faktor-faktor kesihatan mungkin,.. faktor pengalaman mencorak variasi hidup mungkin menjadi suram.

4. Atau mungkin orang nak kata bakal jadi genius komputer? Kalau majoriti berperanan begitu, adakah kita nak panggil genius juga?

Wednesday, November 2, 2011

U.B.I



ubi kayu ubi stele
koho layu, koho kelat berase

ubi kayu ubi stele
duduk termanggu, duduk kire-kire

ubi kayu ubi stele
nok makang nasik buddu, kaki panjang seele

ubi kayu ubi stele
berasa sebu, dalam jiwe

ubi kayu ubi stele
laut hija-biru, tebeng gi kene ngap die

ubi kayu ubi stele
bukang bende baru. tahun lain pong serupe tule

ubi kayu ubi stele
sudah takdir ku, nok wak guane ke die


: zaman mapan!!: zaman tidak mapan piang boh buleh gok cabuk-cabuk semai!!!:

Selamat untuk rakyat siam! cepat-cepatlah surut boh, mulut kami berbau longkang makan gandum!!!!


Dan Al Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat
- Al An'aam 6:155

Thursday, September 8, 2011

lembing = lembu - kambing

buat kesekian-kesekian dan kesekian kalinya


Kita tahu, tapi tidak nampak
Kita percaya, tapi tidak yakin

cermin sisi kita buang
cermin pandang belakang kita tidak hiraukan

apa lagi Al-Quran,,, simpan saja dalam almari!



"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maa'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana" - At-Taubah 9:71


Fitnahmu...
strategimu...
bakal makan tuan! haha
(mari merayakan fakta-fakta tersembunyi!!!!)

Wednesday, May 25, 2011

Guru Mendidik itu Melawan!

Ahmad KS
SK Dalam Gelung
12345 Putrajaya, Terengganu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj: pt/180/987(bil) 1
Tarikh: 24 Mei 2011
Guru Besar
SK Dalam Gelung
12345 Putrajaya, Terengganu
24 Mei 2011

Tuan,

KELAS BANTU LULUS
-------------------------

Perkara di atas adalah dirujuk;

2. Saya, serta sekalian guru yang ternyata malu-malu untuk memperkatakan secara terbuka dengan ini mengisytiharkan bahawa kami sangat menyokong program di atas yang dilakukan tiap-tiap hujung minggu Jumaat dan Sabtu sebagai satu program sokongan kepada kelas petang dan malam yang telah sedia ada. Wow! Sangat hebat dan sungguh bertuah kami.

3. Program ini memang sangat perlu dan patut diadakan demi meranapkan ops, memartabatkan lagi anak bangsa.. kerana mereka semua sememangnya patut ditekan-tekankan supaya memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia juga akhirat. Ini kerana semua benda lain tak perlu dipelajari terutamanya mencari ikan sekilau di dalam baruh atau bersama kawan mencari buah getah untuk dimain pukul-pukul. Semua pengalaman tersebut boleh dibeli di kedai-kedai runcit berdekatan, jadi tidak perlulah mereka sedikit kelonggaran masa untuk belajar sendiri seperti yang ditekankan dalam pembelajaran konstruktivisme. Apa yang mereka perlukan ialah kelas hujung minggu ini.. itu pokok kejayaan sebenar

4. Program ini juga ternyata sangat hebat kerana ia merentasi dan melampaui pekeliling yang menyatakan guru hanya boleh di panggil pada dua kali sabtu setiap bulan jika ada sebarang keperluan yang mendesak.

5. Disamping itu, kami guru-guru memang sangat berbesar hati dengan kewujudan program ini kerana dengan sendirinya masa kami bersama keluarga sangat terhad. Ini adalah plan yang baik untuk menjarakkan anak dan untuk lari dari tanggungjawab sebagai suami atau lebih-lebih lagi isteri serta sebagai anak/bapak/ibu. Semua itu ternyata tidak penting untuk pemupukan generasi yang mapan pada masa depan. Yang lebih penting ialah kejayaan program ini diharap dapat meningkatkan prestasi sekolah.

6. Selain daripada itu, jika kita berbalik kepada murid, program ini memang amat menguntungkan mereka kerana setelah diamat-amati program pembelajaran berterusan begini adalah untuk pengasahan minda dan mengelakkan stress... dan perlulah diingat, kanak-kanak tidak ada hak untuk bersosial dan mendapat kasih sayang yang utuh dari keluarga di rumah kerana memang kanak-kanak zaman moden ini ditakdirkan untuk belajar sahaja... sebab mereka ternyata tiada perasaan


sekian terima kasih

"CUKUP PUAS HATI, LEBIH DARIPADA TU"


Yang sohih,

Ahmad Ks

Friday, May 20, 2011

Limerik

PENYELARASAN SUBSISDI ADALAH SANGAT PERLU UNTUK PEMACUAN DAN PENGUKUHAN EKONOMI NEGARA SEBAGAI USAHA MEWUJUDKAN NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI... PEMBERIAN SUBSIDI YANG BERTERUSAN MEMBAHAYAKAN NEGARA

Ini cakap-cakap kapitalis
Ini propaganda untuk menyatakan subsidi itu racun-bukan penawar
ini sangat penting dan perlu....
UNTUK MENJADIKAN YANG KAYA BERTAMBAH KAYA DAN YANG MISKIN PAPA KEDANA
Ini untuk dinikmati bersama.

Wednesday, April 13, 2011

kawan (jawapan persoalan)


1) Ahmad seorang pelajar universiti, bertandang ke rumah kawannya Boestaman di Terengganu.. Mereka berdua menaiki keretapi (nampak sangat cerita rekaan, Terengganu mana ada kereta api kahkahkah).Kedua-dua mereka mengambil jurusan undang-undang di sebuah univerisiti tempatan. Mereka memang dikenali sebagai sahabat yang baik. Oleh kerana keakraban mereka berdua, Ahmad sedikit sebanyak tahu bahasa Terengganu.. Tapi taklah cekap sangat.

2) Sampai di rumah Boestaman..sepi. Tiada seorang pun kelihatan di rumah tersebut. Boestaman memanggil-manggil ibunya " mok! mok! oh mok!". Tiada yang menyampuk.. tiba-tiba muncul kawan lama Boestaman dari belakang rumahnya. Nama dia Burhanudin - tinggal dibelakang rumah Boestaman. Setelah bersalaman dengan Boestaman dan Ahmad, Burhanudin mengesyorkan mereka supaya mencari ibunya di pasar. Mereka ke pasar, naik kereta Burhanudin. Ahmad duduk di belakang dan cuba menangkap perbualan Boestaman dengan Burhanudin..tetapi dia tak faham sangat.. bahasa Terengganu.. Tiba di pasar..ibu Boestaman tidak kelihatan. "AKU KATE DOH!" kata Boestaman pada Burhanudin.. mereka balik ke rumah kembali

3) Ibunya tersedia berada di rumah.. rupanya ibunya pergi mesyuarat persatuan ibu tunggal kampung tersebut.. Malam itu, mereka makan bertiga, Ahmad, Boestaman dan ibunya. Ahmad seringkali memerhatikan cara ibu Boestaman makan.. lahap, seperti dia dan juga Boestaman sendiri..

4) Malam itu, sebelum tidur, Ahmad dan Boestaman berbual-bual di pembaringan di atas tilam empuk lama bersaiz queen di dalam gelap.. tiba-tiba Ahmad bertanya;

Ahmad: Man, mak mu umur berapa?
Boestaman: Mok aku baru 42 tahong..bakpe (kenapa)?
Ahmad: takdelah..

...sunyi.....

Ahmad: Mak mu pakai gigi palsu eh?
Boestaman: Hah? 000000....

Boestaman ketawa berdekah dekah dengan bunyiah kahkahkahkah..


Acu, cube tere teh....... kenapakah Boestaman ketawa berdekah dekah?

-jawapan setelah sekian lama

Gigi mok takdok

antara skrip yang mungkin.. (semasa dalam perjalanan ke pasar)
Boestaman: mung style confirm je mok aku ade passor
Burhanudin: Dok lah..tapi sekala kalu taing-taing ginning kerek gok aku juppe die passor
Boestaman: gigi mok takdok



Monday, March 28, 2011

walk, don't run... but fly!


mana nak cari projek-projek kebun ni kat skpk kahkahkahkah


1. Macam piang boh je!. Hujan memanjang...kata bekas kenalan aku dulu "hujan itu sumber". Di ketika dia menuturkan frasa tersebut, dia membiarkan lebih dari seratus kanak-kanak berlari di dalam hujan... yang agak lebat.. haha. Nak buat camana, dia bos, aku kuli...tapi dia lupa dia bukan big bossman.. Nasib baik tiada apa-apa kemalangan jiwa berlaku dan tiada kesan-kesan kotoran degil, kalau tidak mungkin akulah yang bakal disembur oleh the bossest sebab dalam acara tersebut, tanggungjawab terletak di atas batu jemala patik... sebab aku "kepala bapak" dalam tersebut. Hujan memang sumber, Alhamdulillah..
Tapi dah lebih dua minggu aku tak merempit ke sekolah... dan yang pasti, aku selalu lambat!

2. Memang ketiadaan teknologi maklumat, mencacatkan sumber informasi ke otak.. Baru-baru ini, baru aku tersedar, seorang kenalan maya yang aku tidak pernah bersemuka telah kembali menemui Penciptanya. Walaupun, kami tidak pernah bersemuka, tapi aku rasakan dia seperti kawan-kawanku yang pernah bersua mata.. aku meminati tulisannya, dan dia juga salah seorang yang dahulunya sering berkunjung dan memberikan komen ke blog ini.. Allahyarham pernah juga berhasrat untuk menemui aku ketika aku masih bergelar penjual jagung, dan pernah juga berhasrat menemui anak didik aku yang istimewa, katanya. Betul lagi sohih, ajal itu tidak mengenal tempat dan waktu.. Allahyarham sentiasa menceritakan letupan-letupan bom di tempat dia bertugas di Pakistan, tetapi bukanlah bom-bom itu yang mengorbankannya, tetapi Allahyarham terkorban akibat kemalangan di Malaysia. Alfatihah untuknya..

3. Sekarang, suara siti Nurhaliza dah kembali terdengar di rumahku.. ini pun aku paksakan Siti menyanyi kuat-kuat kerana aku dah mula menyambung belajar secara formal.. kalau tidak kerana aplikasi atas talian yang aku terpaksa gunakan, mungkin Siti tidak akan menjerit supaya suaranya terdengar ke rumahku.. sekarang aku dah boleh baca malaysiakini..yabedabedu!!!!
Tapi, antara tidur dalam suasana yang sentiasa hujan, setelah penat ke sana-kemari dan bekerja, dengan membuka laptop dan memasang kaset Siti Nurhaliza, mana yang lebih best?

4. Orang Malaysia ni suka benda-benda yang berestetika daripada yang 'functional' kan? hahahaha


p/s : Nak kena tengok jugak ke ni ha?

Thursday, March 10, 2011

tah ting tah ting sepak keting reboh bleping

Entah kenapa, aku sering sahaja resah, gelisah dan menjadi begitu tidak keruan bila ada usul duit yang mesti dikenakan ke atas murid atau pelajar sebagai bayaran atau yuran tertentu. Tidaklah aku menjadi seorang yang pembantah jika duit atau bayaran yang dikenakan ke atas murid atau pelajar tersebut jika ia sememangnya tidak membebankan.. aku boleh terima, dan bahkan rasa agak bersyukur sebab dengan sendirinya sesuatu aktiviti yang dirancang akan mudah dapat dijalankan dengan lancar.

Dulu, di sekolah lama (sekolah yang aku tinggalkan berakhir 2010), aku pernah membantah dengan keras, bayaran sebanyak RM 20 yang dikenakan kepada setiap seorang murid yang ingin menyertai perkhemahan tahunan. Dengan alasan duit itu akan digunakan bagi membiayai kos pengangkutan [ya, aku akui kos pengangkutan agak mahal kerana pihak sekolah terpaksa menyewa bas bagi mengangkut para pelajar ke tapak perkhemahan yang jauh], dan makan minum murid. Jumlah murid yang menyertai perkhemahan tersebut menjangkau 80 orang dan jika didarab 20 sudah mencapai RM 1060. Sedang peruntukan sedia ada adalah RM 2000 dan jika ditambah jumlahnya adalah RM 3060. Kos menyewa tapak perkhemahan adalah RM 2 perkepala setiap seorang. Tetapi, setelah budi bicara aku dan 2 orang lagi guru termasuk Penolong Kanan Ko dengan pemilik tapak perkhemahan kami hanya membayar untuk 50 orang sahaja, di kali dengan 2 hari. Bermakna sewa tapak yang perlu dibayar adalah RM 100 sahaja, walaupun sebenarnya perkhemahan tersebut memakan masa 3 hari 2 malam. Dan kami menyewa dua buah asrama yang besar bagi keperluan guru lelaki dan perempuan untuk mandi-manda, bertukar pakaian dan sekaligus menjadikannya tempat tidur dan istirehat dengan hanya membayar RM 60. Jumlah tempat penginapan adalah RM 160, murahkan? Setelah diselidiki, kos pengangkutan hanya menelan belanja lebih kurang RM 500 menurut seorang rakan yang ditugaskan untuk urusan bas ini. Bayangkan ada lebih daripada RM 2000 lagi…dan menurut perkiraan mereka semuanya di belanjakan untuk makan minum dan peralatan memasak.

Belanja makan perkhemahan macam belanja buat kenduri kawin je aku rasa.. Wah, betul-betul sakan! Ini perkhemahan ke apa ni? Walaupun aku memang cukup tidak berpuashati dengan mutu murid yang memang tak boleh memasak, hatta untuk memasak cokodok tawar, tapi aku cukup tak berpuashati dengan lauk pauk ala hotel yang dimasak oleh guru-guru! Bukan kerana tak sedap, tapi kerana berbelanja! Sedang, bagi aku ianya boleh sangat dijimatkan dan jika di uruskan dengan betul, murid tidak perlu membayar sampai RM20. Walhasilnya, bila aku fikir-fikir, makan-makan dan minum-minum itu sebenarnya tidak lain daripada bagi memenuhi selera gurulah adanya.

Ini bukanlah cerita rekaan, tetapi inilah yang terjadi dan aku adalah antara Ahli Jawatan Kuasa Induk yang menguruskan perkhemahan tersebut dan sama-sama bermesyuarat dan merancang awal sebelum mesyuarat menyeluruh diadakan. Tapi apalah daya hanya aku seorang yang tidak bersetuju dengan bayaran tersebut dengan alasan ianya memadai.. Aku pernah mengatakan kepada sekalian guru semasa mesyuarat awal bahawa mereka tidak boleh menyamakan taraf sosio ekonomi mereka dengan taraf ekonomi bapak-bapak murid. Kalau seorang guru, RM 20 lebih daripada memadai, tetapi apalah daya bagi seorang pekerja kampong yang memanjat kelapa, mengambil upah menjaga kebun, atau yang mencari sumber hutan untuk membiayai 3 orang anak yang akan mengikuti perkhemahan yang berada dalam darjah 4, 5 dan 6. Mereka terpaksa membayar RM 60! Kalau pandai berjimat RM 60 boleh dibuat belanja makan seminggu untuk ahli keluarga mereka yang 7- 10 orang itu. Tapi debatan aku itu tidak juga di terima dan mereka beralasan lagi bahawa sekolah-sekolah lain juga mengenakan bayaran yang lebih kurang sedemikian..malah ada yang lebih mahal! Walaupun aku juga mempersoalkan persekitaran sekolah, lain kampong, lain taraf ekonominya.. Aku bercakap semua ini sebab aku bertanggungjawab mengisi e-kasih (data sosio ekonomi keluarga) dan aku pernah menghantar beberapa orang muridku ke rumah masing-masing yang kebanyakkannya terlibat dengan sukan yang aku bawa ke sana kemari. Dan rata-rata antara mereka yang aku temui, bukanlah berada orangnya dan ada juga yang hidup mereka cuma-Cuma. Tapi adalah pulak seorang penduduk kampong pesara tentera [yang masih muda dalam lingkungan pertengahan 40an] yang beristerikan seorang ‘nurse’ hospital kerajaan yang menengking-nengking memaki orang kampong yang kononnya lebih sayangkan duit dari kegembiraan anak bila ada orang kampong mengeluh untuk mengembirakan anak mereka dengan membayar dan menyertai perkhemahan..Ceh!

Sekarang aku lagi bingung, usul duit kembali timbul di dalam program aku sendiri. Sebelumnya, apabila orang atas (tebaklah siapa yang tertinggi dalam sebuah sekolah) mengusulkan untuk mengutip sumbangan dari wang elaun murid, aku dan penyelaras program sudah mula betah-membetah sesame kami..sesama sendiri. Dan aku orang yang mula-mula tidak mahu bertanggung jawab dan ikut campur..dan setelah itu penyelarasku pula. Tetapi baru-baru ini terjadi juga! Dalam mesyuarat bersama Kelab Sokongan, orang atas mengusulkan… dan diterima pula oleh Pengerusi kelab.. Aku memandang ke beberapa wajah yang sudah aku kenal pasti..dan ada wajah kelat diantara mereka tapi terpaksa dianggukkan setuju. Aku pasti benar sebab ada antara ibu bapa tersebut yang turut memindahkan anak mereka yang sewaktu dulu bersamaku di sekolah lama ikut bersama perpindahan ku ke sekolah baru. Dan aku telah mengenal pasti muka-muka baru yang mengalami nasib sedemikian yang berasal dari sekolah ini pula. Tapi mereka semua setuju. Untuk membayar RM 150 setahun.

Bukan kami (baca: aku dan penyelaras program) tidak pernah mengutip sumbangan murid, tapi bila ada sesuatu program yang kami rancang, barulah kami pinta dalam skala yang sangat kecil ditambah dengan duit poket kami sendiri..sudah tentunya minyak kereta kami yang sering tak terbayar!... dan pintaan berkali-kali murid sendiri “ Cikgu, belanjalah cikgu, belanjalah!” kahkahkahkah. Antara kami berdua, penyelaraslah yang paling banyak mengeluarkan sendiri duit poketnya.. untuk pembangunan kelas dan program kami juga, banyak sekali dia menyumbang wang, sedang aku lebih banyak menyumbang kerja-kerja buruh. Dan sekarang, aku jadi pusing dengan tindakan ini walhal sebenarnya, kalau difikirkan ia adalah kelebihan untuk kami lagi melakukan aktiviti yang pelbagai.. Dan selepas cuti seminggu ini kami (baca: kami dan murid2 program) akan ke terapi boling dan terapi air, dan selepas itu ke hutan dan ke sana dan ke sinun, semuanya tanpa RM 150 yang kami telah rancang awal-awal lagi.. dan kebanyakannya lebih dari mulut dari yang benar-benar terjadi. Tetapi yang sudah terjadi betul, tidaklah kepalang juga banyaknya…

Sebelum aku tutup dengan tulisan meleret-leret aku ni yang aku sendiri naik jelak, ada dua buah buku yang aku ingin kongsi, yang pertama ini seperti di atas; Harimau! Harimau! yang aku bawa balik dari Indonesia, setelah letih aku mengeyitkan mata dan mengucapkan I love u kepada nona manis empunya (atau mungkin anaknya empunya) took buku tersebut supaya menjualnya. Buku ini seperti yang sedari nampak dipandangan mata; ditulis oleh Muchtar Lubis. Sesiapa yang meminati sastera, pasti merasa tidak asing dengan penulis tanah seberang ini. Aku pun agak heran, kenapa orang-orang yang pernah dipenjarakan selalu sahaja dekat dengan hati aku. Katanya buku ini pernah mendapat Hadiah Yayasan Buku Utama sebagai buku penulisan terbaik di tahun 1975, di Indonesia. Buku ini mengisahkan 7 orang pengumpul dammar yang diburu oleh seekor harimau tua yang kelaparan. Berhari-hari mereka mencuba untuk menyelamatkan diri mereka dari menjadi mangsa buruan dan cepat-cepat keluar dari hutan raya tempat mereka mencari damar. Seorang demi seorang akhirnya terkorban menjadi mangsa harimau tersebut.

Di satu sudut yang lain pula, terjadi petualangan dalam diri masing-masing. Di bawah ancaman di baham harimau yang tak sudah-sudah memburu mereka, mereka bergulat dengan diri mereka sendiri, yang mengangkat kesedaran mereka tentang kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dan setiap ahli pendamar yang lain. Terjadi konflik baca membaca fikiran satu sama lain, bacaan gerak dan sebagainya. Sampai separuh rakan-rakan pendamar mati, ada antara mereka merumuskan untuk memburu dari diburu sedang mereka sebenarnya tidak pula perasan bahawa dikala dia memburu harimau ia telah di buru balas oleh raja rimba tersebut… sampai pada satu tingkat kesedaran akhirnya, mereka memutuskan untuk membunuh harimau yang ada pada diri mereka sendiri dahulu sebelum membunuh harimau nyata di rimba..aku rasa macam dah berbelit-belit pulak aku tulis. Berbelit tulisan aku begitulah agaknya berbelit-belit jiwa-jiwa manusia yang hidup dalam watak-watak dalam novel tersebut… Kalau berani, pergilah memburu buku ini di Indonesia, atau datanglah selongkar perpustakaan serabut di rumahku dan aku bidik tepat ke kepala..Berani? Aku baca buku ini dari siang sampai hampir 2 pagi..bermakna ia agak menarik bukan?

Buku ini pula (di atas), adalah buku terjemahan novel The Yacoubian Building karya Alaa Al Aswany. Aku sebenarnya tidak pernah mengenal langsung penulis ini sebelum ini, tapi ia berjaya mencuri hatiku untuk membeli dan membacanya. Aku pun tak ingat bilakah tarikhnya aku beli ia. Yang pasti, sudah agak lama, dan begitu jugalah buku ini telah aku habisi pun sudah agak lama…tapi aku rasa saying karya sebegini kalau aku tidak berkongsi. Bila baca buku ini, aku selalu teringat dan sering juga cuba membanding –bezakan antara buku ini dengan buku ‘Midaq Valley [Lorong Midaq], karya penulis agung yang pernah memenangi Hadiah Nobel, iaitu Naquib Mahfouz.. dan kedua-duanya adalah dari Mesir. Dan memang aku rasa aku banyak berjumpa kesamaanya, terutama dari latar ceritanya..

Buku ini memaparkan ragam hidup golongan bawahan dan mewah di Kota Kaherah dan identity mereka yang sebenar; antara kejujuran dan persahabatan, hasad dengki, kepura-puraan, tamak, rasuah, cinta, seks, agama dan perjuangan; kesemuanya diadun sebegitu lumat dan dizahirkan melalui watak-watak yang berbeza, yang semuanya ada hubung kait sedikit sebanyak.. Dan kesemua mereka pula ada kena mengena dengan Bangunan Yaacobian, sama ada ianya menjadi tempat tinggal, tempat yang mereka berasal dan tempat yang mereka bekerja dan singgah.

Mereka adalah ahli politik yang rasuah, aristocrat yang suka perpelisiran, homoseksual, ahli perniagaan yang tamak, pejuang agama yang oportunis, malah golongan bawahan dengan segala intrignya. Kisahnya dikembang-kembang menjadi luas dan dihimpit-himpit menjadi sempit;khusus. Kisah percintaan yang buta dan tuli, dan mulus dan mekar.. Asyik sekali aku membaca buku ini. Buku ini aku beli dari KedaiHitamPutih.. cuba tanya jika masih ada stok. Dan mungkin buku ini juga ada di kedai-kedai lain pun, cuba jangan malas mencari jika berminat..sekarang kan zaman IT, Tak mungkin suara Siti Nurhaliza tidak sampai ke corong-corong radio di rumah masing-masing..hah!

Friday, March 4, 2011

Superman is Dead

Tiada akses internet memang bermasalah di zaman sekarang ni... Dulu tiada internet tidak pula masalah ini terasa, tapi semenjak dunia tanpa sempadan ini mula menjajah ke seluruh pelusuk dunia dengan pesatnya ke segenap penjuru bandar dan desa, ketiadaannya menjadi masalah...jadi buta dibuatnya..buta dengan informasi dan jaringan dunia... mungkin jika berada di mesir pada revolusi rakyat yang berlangsung hari itu, aku antara orang yang terkemudian keluar ke jalan raya.. bermasalah bukan?

Dulu di sekolah lama, aku senang sekali melayari internet yang semenjak dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza "Celik IT" itu.. tapi sekarang, aku kembali berada di bawah tempurung.. Lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza itu pun sangat kurang cuping telinga ku ini mendengarnya... antara dengar dan tidak... Bukan meletakkan pertukaran yang tanpa ku pohon ini sebagai alasan mutlak, tetapi lebih dari separuh alasannya adalah begitu.. Ya, aku bertukar sekolah lagi sejak sesi persekolahan 2011 dibuka..hahaha..bukan main-bukan main!

Aku pun menjadi seorang insan yang begitu sangat ketara keletihan.. dan setelah sekian lama aku tidak menghidapi sakit kepala secara rutin harian, sekarang ia menghantui lagi..aku lazimnya akan demam setiap kali menjelang malam dan pagi..lenguh urat sarafku.. Ini berlaku sebulan dua ini...tapi tidaklah pula aku berkongsi duka ini melainkan pada hari yang berbahagia ini...berbahagia sebab dapat mendengar nanyian Siti tentang IT, walaupun mungkin untuk sekadar sebentar ini..Hah!

Dalam keletihan yang tidak tahu di mana puncanya, sempat juga aku menghabiskan buku dalam masa seminggu dua ini.. di bawah merupakan buku-buku yang telah sempat aku habisi (ceh macam menghabiskan riwayat je!)



Isteriku pernah bertanya apabila melihat aku membaca dan memegang buku ini " Itu buku karangan Tok Guru ke?" [dia merujuk kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat]. Aku mengatakan bukan. Aku mengatakan bahawa ini adalah strategi pemasaran yang cuba mengaut untung atas nama. Dan hal-hal seperti ini sudah menjadi ghalib dalam pemasaran dengan membesarkan apa yang sebenarnya kecil dan mengecilkan apa yang sebenarnya besar...sebagai contohnya dalam apa-apa peraduan atau dalam poster-poster pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak bank..
Baiklah, bercakap mengenai buku ini..ia disusun oleh Ahmad Fadhli bin Shaari, iaitu setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan, dengan pandangan sisi dimulakan dengan tulisan Nik Aziz sendiri..[sebenarnya inilah yang isteriku terkeliru, dan dia tidak pernah cuba untuk membaca pun haha]. Buku ini jika dipasaran gelap DIY, lebih merupakan sebuah fanzine yang pro-printed yang mana penceritaannya bukan dari satu pokok seperti sebuah novel. Ia memuatkan banyak penceritaan dari asal Yahudi lampau di Mesir dan sekitarnya [baca: Palestin] serta Madinah, sejarah moden yahudi, sampailah cerita-cerita seputar gerakan Ikhwan di era Yusof Qardhawi dan beberapa komentar sebelum, semasa dan apa yang diharapkan pasca revolusi 2011 ini. Turut dimuatkan gambar-gambar demonstran dan pelbagai lagi yang dipetik di sana sini. Juga turut dimuatkan dengan tulisan Pro. Madya Dr Asri Zainul Abidin bertajuk "Rejim Yang Zalim Mesti di Tukar". Sebuah tulisan semi ilmiah yang kompak dengan fakta dan pandangan-pandangan yang masuk akal dan kritis. Sesiapa yang membaca buku ini akan dapat mengetahui secara ringkas dan jelas apa yang sebenarnya berlaku di Mesir, dan bagaimana Revolusi 2011 ini bermula..dan bagaimana nyanyian Siti Nurhaliza juga sampai ke pelusuk Mesir sehingga rakyat beramai-ramai turun ke jalan! Buku ini berharga RM 10, tetapi aku beli dengan harga RM8 sempena pelancarannya pada minggu lepas



Buku ini akan aku kategorikan ia sebuah buku koleksi perpustakaan peribadi aku... dan sungguh aku akan sekeh kepala jika ia dipinjam tanpa dikembalikan. Ini merupakan buku yang aku bawa balik dari Jogjakarta tempoh hari. Buku ini mengisahkan seorang janda beranak satu yang menjalani kehidupan yang perit saat dia masih bersuami, kerana sentiasa dipukul dan dijadikan bahan oleh kerakusan suaminya..kerakusan suaminya itu jika aku simpulkan terus adalah berpunca kerana kesempitan hidup di era itu dan bagaimana kesempitan hidup ini sebenarnya membuatkan manusia menjadi ganas dan kasar tanpa pedoman..ditambah pula ia adalah zaman kelam di mana manusia berhati binatang. Secara asasnya buku ini sebenarnya ditulis sebegitu indah dan meletakkan susuk seorang perempuan bernama Pelagia, dalam sebenarnya memperlihatkan keaadan sosial [seputar kaum buruh] disekitar kota industri di Rusia sekitar awal abad ke 20, ketika benih-benih revolusi mulai tumbuh.
Buku karya Maxim Gorki ini digarap begitu baik dengan jalan penceritaannya sehingga boleh membawa anda bersama menelusuri keadaan hidup yang tajam, sehingga hidup dalam kesedaran dan bersama-sama memperjuangkan nasib dan kebenaran yang selalu ditipu dan dis0rokkan oleh kaum pemodal dan pemerintah. Sebagaimana yang aku katakan tadi ia menggunakan sosok seorang perempuan dalam menceritakan apa yang sebenarnya berlaku disekitar itu.. Pelagia Vlassov iaitu seorang mangsa korban kekerasan rumahtangga yang mendapat semangat hidupnya kembali setelah sesuatu yang pelik terjadi ke atas anaknya Pavel yang kemudiannya berkembang kepada kawan-kawannya dan seterusnya meresap kepada dirinya sendiri..iaitu semangat perjuangan kaum buruh..bukan main..tak terceritakan! nanti jika diceritakan terus ia akan memakan masa yang panjang untuk aku menulisnya.. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia, dan mengikut penerbit, ia diterjemahkan dari versi Belanda [versi yang dikatan lebih asli dari versi asal dari versi Bahasa Inggeris].. Dan bayangkan penterjemahnya adalah PRAM. Tidak perlu bimbang akan bahasa yang payah, kerana ia tidak begitu. Di Malaysia buku ini boleh dibeli dari Kedai Hitam Putih (website disebelah)..Usahakan!



Dulu, semasa di Maktab, ada seorang teman yang selalu obses dengan gerakan Ikhwan di Mesir. Nama Yusof Qaradhawi sering sahaja meniti dibibirnya ketika membicarakan tentang Ikhwan dan isu-isu agama..terkadang nama Hassan Al Banna sendiri sering tenggelam dengan kekaguman sahabat itu akan Dr Yusof Qardhawi. Dulu semasa tingkatan satu, aku pernah terbaca sebuah buku yang ditulis oleh Hassan Al Banna berjudul " Detik-detik hidupku" yang menceritakan perjuangannya dan Ikhwan di Mesir, namun aku tidak faham sangat..semasa di asrama, aku ajukan buku yang aku baca itu kepada seorang ustaz yang memandu kami dalam usrah..lalu di suruh ustaz berkenaan supaya aku membawanya bila aku pulang dan kembali ke asrama..bila aku pulang kekampung aku tidak lagi menjumpainya sampai saat ini. Di Maktab dahulu aku sibuk juga mencarinya di perpustakaan tetapi tidak berjumpa..lantas aku terpaku juga dengan tetralogi PRAM, dan buku-buku memoir Pak Sako, Keris Mas dkk..
Buku ini dicetak dan diterbitkan di Kuala Lumpur tetapi jika diteliti ia banyak menggunakan Bahasa Indonesia..mungkin terjemahan asalnya adalah dari penterjemah negara Jiran itu..dan aku pun tak faham Editor Bahasa Malaysia itu apa..mungkin memoderasikan bahasa.. Buku ini, jika boleh dianggap memoir, maka ia ya.. banyak menceritakan pengalaman-pengalaman Dr Yusof bersama Al Ikhwan Al Muslimun. Bagaimana dia mula berkenalan dengan Ikhwan, bagaimana dia sanggup berjalan kaki sejauh 11km untuk berdakwah kerana malu untuk meminjam duit dari rakan-rakan, bagaimana perkenalan Dr Yusof dengan pengasas Ikwan; Hassan Al Banna dan bagaimana kekagumannya dengan tokoh tersebut. Dr Yusof juga banyak menceritakan masalah-masalah luaran dan dalaman Ikhwan sendiri, semasa dunia gelap yang dianggap jahiliah yang diterangi oleh sinar Ikhwan, yang akhirnya gerakan tersebut sendiri menjadi malap..Pengharaman Gerakan Ikhwan di beberapa zaman pemerintahan, dasar-dasar ikhwan dengan kerajaan, dari Era Muhammad Najib dan selepasnya di zaman yang mereka anggat Toghut Jameel Abd Nasir.
Entah kenapa, bila masuk je bab-bab kena penjara, kena dera, aku akan membacanya dengan tekun..bukan buku ini sahaja, buku-buku lain pun yang ber'genre' penjara, tanpa aku sedari, aku tatapinya dengan tekun..mungkinkah suatu hari aku akan disumbatkan ke sana juga..NauzubiLLah. Tetapi, dalam banyak-banyak aksi penderaan yang aku baca dalam pelbagai buku sebelum ini, penderaan-penderaan dan seksaan yang ditanggung oleh anggota Ikhwan di zaman itu adalah jauh lebih dahsyat.. sehinggakan menyebabkan ramai juga tawanan yang mati dalam penyeksaan.. Buku ini pun, kalau bukan seorang pendakwah, seorang revolusioner pun patut baca..untuk ambil pengajaran dan motivasi hahahaha... dan orang-orang tabligh, bacalah buku ni...jangan sempit sangat!!

Tuesday, October 12, 2010

Saturday, October 2, 2010

Langgar!!!

kereta untuk dijual!!!

4) Dua tiga minggu ni, badan rasa lenguh-lenguh... bukan sebab banyak main, dan bukan sebab tak main. Juga bukan sebab banyak kerja, dan bukan pulak tadak kerja..tapi badan tak mahu jadi sihat. Orang arab kata "al- aqlis sallim fil jismis sallim", konon katanya "minda yang cerdas datang dari tubuh yang sihat". Hahah, tapi sepatutnya orang-orang arab tu jugak patut tambah "minda yang serabut, badan jadi lenguh biut". Haha, orang arab-orang arab. Sebut pasal arab, teringat pulak The Cure....
Sakit kepala sebelah ni apa cerita?

5) Dua, tiga hari lepas ada kawan ofer buat berbekam kat rumah dia..peluang keemasan katanya, kerana tukang bekam ni bukan selalu ada...caj berbekam pulak sangat murah berbanding di tempat-tempat komersial seperti yang terdapat di Giant. Aku nak sangat pergi... tapi tak berkesempatan. Keluar minum dengan kawan-kawan pun langsung tiada dalam diari harian.. aku nak sangat tulis semula dalam diari " malam ini keluar minum dengan Jang!". Tapi tiba waktu malam je,... terus hilang ingatan.

6) Dah lama aku tak ke Masjid Taqwa, batu 6, atau Masjid Duyung. Nasib baik masih lagi ada hati untuk ke masjid dekat kampung walaupun sekadar untuk solat isyak dan kadang-kadang subuh. Sebenarnya bukan tak nak pergi, tapi tiada tertulis juga dalam diari..kenapa eh semua yang ditulis dahulu semuanya dah tertanggal dakwat? Betul-betul BSKL!

8) Orang kata penantian itu satu penyeksaan... memang betul. Naik gila aku dibuatnya kerana menunggu.. sekarang ni duk tengah merapu ni kerana menunggula.. tunggu petang menjelma.. jangan hujan di tengah hari sudah...dan jangan pula hujan tak berenti-renti. Ya Allah, janganlah kau turunkan hujan jika ia berupa bencana.... Hujan itu dari segi fitrahnya adalah rezeki!

3) Minggu depan, aku travel dengan ahli-ahli syurga. Harapnya, tempias keahliannya terlekat pada aku juga. Boleh ke masuk syurga kalau tak beramal? Dan boleh ke masuk syurga kalau selalu berbuat mungkar? Bolehkah hanya mengharapkan rahmat Tuhan, sedang diri sendiri selalu memusuhiNYA? errr..

8 lagi) Dulu, masa di maktab..kerap juga aku travel dengan ahli syurga harapnya. Kami ke merata tempat dengan naik kaki dan kenderaan awam. Kata-kata AR Tompel selalu jadi pegangan " lebih baik kita jalan kaki, dah tentu penat!". Hahahahaha


p/s: Kalaula mereka tahu penat jalan kaki sebenarnya nikmat...tentu mereka tidak kesal dalam memilih serta bersedia untuk berjalan..... walau dengan apa cara sekalipun.

p/s lagi : Li, demo mikir abih doh ko nok terimo jadi calon? malu Li,..malu!!



" Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh).
Sehingga kamu masuk kubur.Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!". - At Takathur 109: 1-3

Wednesday, September 29, 2010

Tinggi ???

No. 2

Itu no rumahnya
Di lorong kedua, di taman kedua
Dari taman perumahan mega

No. 2, itu yang dia dapat
Nak lari lagi cepat, nafas dah sesak
Perlahan, dipintas pula
Berduyun-duyun... mereka

Melompat, takut jadi katak
Meluncur, takut jadi ular
Berlari, atas tanah ada duri
Terbang, awan hitam pula menghalang
Berenang, nanti dia tenggelam
Berkenderaan, naik keldai mana padan

Ada tembok memisahkan
Ada khandak, tak terjangkaukan
Muhyidin takkan nak lawan Najib
Kah Kah Kah Kah
Mau mati ke?

Terrima.

-samsa-
di pondok itu pada sekian tarikh



p/s: Amacam Galas ? Tergalas ke tak tergalas? Nak kena tanya Ku Li ke ni?


"Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara telah diputus, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman". - Maryam 19:39

Sunday, July 25, 2010

Ketimpang!!!

Sanggar Singa Murti : Bengkel Gamelan Bali
Dataran Shahbandar : 25/07/2010

Unite – Strict Tease



Kalau tengok surat khabar, tiap-tiap hari isu perpaduan UMNO-PAS di canangkan. Di akhbar Sinar Harian pula, pandangan rakyat dan pemimpin akar umbi tentang isu tersebut semacam paparan wajib pada tiap-tiap hari. Yang di tanya pula kebanyakkannya ialah pengerusi KRT, atau persatuan-persatuan melayu, tidak pula menggambarkan keseluruhan pimpinan akar umbi atau rakyat marhaen dari pelbagai sisi komposisi penyokong parti atau simpatizer atau orang kebanyakan. Jika ia menyeluruh, aku rasa, mungkin ada salah satu jawapan tulus yang berbunyi, “saya x kisah samada ia berpadu ke apa ke, yang penting saya hidup bebas..cukup makan, sebab saya tak minat sangat politik-politik parti ni”. Tidak semestinya, tapi keMUNGKINannya besar. Maka, tidak hairan jika kebanyakan pendapat mengatakan bahawa isu perpaduan dua entity politik ini mesti digerak..haha, aku tersenyum sambil geleng-geleng kepala saja…baik aku tengok gamelan.



Crack Me - Subculture



Entah kenapa banyak benar event diadakan di Negeri Terengganu sejak kebelakangan ni. Ada shuffle lah, nanyilah, karnival itu, carnival ini dan semestinya, setiap event kebanyakkan yang lebih ditonjolkan adalah artis daripada agenda sebenar event tersebut. Konvo sini artis, konvo sana artis. Meniaga tepi jalan pun nak kena jemput artis, mapuh kerah cokeng! Itu tak termasuk lagi acara bulanan iaitu Program Juara Rakyat. Program Juara Rakyat ni, selain menampilkan artis popular, juga menampilkan artis-artis tempatan dan acara wajib yang paling boring gile sejak zaman-berzaman; Karaoke. Macam Sial! Ops…tak baik menyumpah di sini.



Yang paling aku rasa tak berbaloi ialah ada guru yang kena bertugas untuk acara ini. Kena ‘set-up booth’ dan macam-macam. Sekolah aku sendiri kena menampilkan satu persembahan kanak-kanak khas / istimewa (istilah ini, sungguh aku rasa geli) tempoh hari di salah satu acara Program Juara rakyat ni. Oleh kerana ia bukanlah acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, maka ia tidak di ‘sponsor’ dan haram ‘claim’. Dahlah jauh nak mampus, panas pulak tu.Kahkahkah, buruh paksa!. Sian budak-budak cacat ni. Oh ya, program juara rakyat ni mengikut tema bulanan. Aku tak pula pasti benar samaada bantuan orang miskin, OKU dan warga emas diberikan pada bulan tema kebajikan sahaja atau ia diberikan pada tiap-tiap acara. Sebab aku, bak kata The Clash “I fought the law!” dan aku dengan aksi menentang, tidak pernah menghadirkan diri walaupun sebenarnya terlibat secara langsung dengan salah satu acara program ini. Jangan pulak kerana aku menyampah, ada yang larang mak bapak dia pergi untuk ambil apa-apa bantuan dan dana yang disumbangkan…duit kita gak tu..pergi je terima kalau ada…tapi aku; lebih baik aku layan gamelan!



Ballard of a Thin Man – Bob Dylan



Semalam, berakhirnya temasya Festival Gamelan Sedunia 2010. Banyak kumpulan Gamelan yang turut serta dalam festival ini. Antaranya dari Indonesia, Jepun, Jerman dan semestinya dari Malaysia sendiri yang kebanyakkannya terdiri dari kumpulan-kumpulan gamelan Institusi Pengajian Tinggi. Disamping itu, ada juga kumpulan gamelan tradisional dari Negeri Terengganu sendiri (aku panggilnya tradisional hanya kerana ia dianggotai oleh+ anak muda juga sebenarnya orang-orang tua pewaris kepada pemain gamelan istana di zaman dahulu). Dua malam sudah, aku sempat menyaksikan beberapa persembahan gamelan, antaranya persembahan kumpulan gamelan jawa dari Solo Indonesia; Garasi Seni Banawa (lebih gothic dan dark dari Therion, lebih soprano dari pavarotti, scary, kuno dan macam-macam lagi…sungguh horrow dan bunyiannya macam-macam..jika anda suka Pink Floyd atau Roger Waters, maka itu sebenarnya tiada apa-apa jika dibandingkan dengan bunyian gamelan jawa ini..ia sungguh satu persembahan yang sangat mengkagumkan), kumpulan gamelan dari Universiti Malaysia Sarawak, sempat sedikit aksi Gamelan Minangkabau(penari-penarinya memijak-mijak kaca sampai berderai…spesies begini bahaya dijadikan isteri. Takut-takut disuruh pijak belakang, dipijaknya kita sampai hancur lebur tulang-temulang kita), aksi kumpulan pemuzik tradisional moden Istana Budaya (agak ‘lame’ dan tipikal malaysia..terkadang terasa instrumen melebihi hasil bunyi-bunyian) dan tak terlupakan kumpulan Gamelan Bali. Persembahan Gamelan Bali, sungguh menarik..bukan dari segi kostum atau persembahan tarian ceritanya, tetapi dari segi muziknya; sedap di halwa telinga, rancak, pengunaan masa yang tepat seperti ada metronome yang mengira, laju, padat, tetapi semuanya masih lagi asli tradisional dan segar. Pun begitu, penceritaan dan seni tari dewa dewinya juga tidak dapat disangkal lagi. Jika tidak melebih-lebih, tarinya lebih super duper superb dari tarian latihan Madhuri Dixit dalam cerita dilto pagal hail. Nama kumpulan gamelan ini adalah Sanggar Singa Murti. Sesiapa yang meminati muzik gamelan tetapi tidak berpeluang ke festival, jika ada persembahan dari kumpulan ini, pergi aje la… aku rasa ia berbaloi.



Pagi semalam sempat juga aku bawa murid-murid program aku + murid aliran perdana mengikuti Bengkel Gamelan Bali di tapak festival berkenaan, tapi itulah.. budak-budak khas ni, kalau dengar orang bercakap-cakap mereka akan cepat boring dan ia aku rasakan sedikit mengganggu perjalanan bengkel berkenaan..jadi kami bawa mereka pergi dari bengkel berkenaan ke taman awam batu buruk untuk mereka melepaskan tekanan.



Seperkara mengenai kepergian aku ke Festival Gamelan tersebut, aku juga berjumpa dengan muka-muka yang familiar… sungguh aku rasa terkejut melihat mereka juga meminati muzik-muzik sebegini. Antaranya Kuyie, Edie Old Parasit dan Edder Vadder. Oh ya, memang persembahan begini tidak menarik minat rakyat tempatan sebab ia bukanlah program artis-artis popular dan penyanyi perdana Negara, jadi anda tidak perlu memikirkan kesesakan parking.



Cis, kau ingat aku pergi ke festival berkenaan sebagai apa? HaHAhaHAha, aku pergi adalah sebagai seorang budayawan. HaHAhaHa, kalau tak percaya tanya Dinsman atau Azizi Abdullah, mereka mengatakan aku adalah budayawan…kan Jera Kan?, kan Zaidi kan? Kan kawan-kawan kan? Dan jangan pula buat sembarangan kerana aku juga adalah seorang ulama’. HaHAhaHAha, kalau tak percaya tanya Ustaz Mohammad Mustaffa, Adun Demit…Hahahaha..kalau tak percaya tanya anak-anak muda harapan rakyat di Kelantan…Kan Jera kan? Persatuan penulis Kelantan apa cerita beb?



p/s : Apa beza Surat Khabar dengan Akhbar ? ahli bahasa, guru bahasa, juru bahasa, persatuan bahasa, peribahasa, dok reti base tolong jawab.




Sedang Mendengar ::: Comfortably Numb - Pink Floyd



“ Telah membuatkan kalian lalai, bermegah-megahan. Sampai kalian masuk dalam kubur”. At-Takathur 112: 1-2.



Tuesday, May 11, 2010


Sudah agak lama aku tidak menghabiskan masa bersama teman-teman. Minum-minum, lepak-lepak seperti dilupakan. Maafkan aku kawan. Masa sungguh tidak mengizinkan. Badan sentiasa kepenatan. Maafkan, maafkan. Harap semuanya faham.



Izinkan aku persiapkan diri menjadi suami. Benarkan aku melebihi masa menuntuni isteri. Bila semuanya lancer, aku kembali. Kita ke kedai kopi, kita bernyanyi, menari,berpuisi, berlari dan sama-sama mengaji.



Sekali lagi aku lampirkan puisi ikut dan tak ikut puisi yang aku tulis dalam entri yang sebelumnya. Didedikasikan kepada semua teman;



Time minum kopi kita sering bersengketa
Kau kata aku sering tak tunjuk muka
Aku kata aku mungkin tak datang, err siapa lagi ada?
Kau kata member-member semua ada..
Aku kata sori geng, x dapat datang..banyak kerja
Kau kata aku “susah nak buat kirra”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Masa kat sekolah, x sepi dengan kelahi
Aku tengah mengajar kat kelas, kau lalu kat sebelah tepi
Kau tunjuk isyarat minum, aku tunjuk isyarat nanti
Kelas aku lambat lagi nak abis, kau pun berlalu pergi
Tengah mengajar, takkan aku nak berenti
Kau cakap, “ajak minum pun susah, sampainya hati..”
Aku terkedu “..er, mapuh ah gini”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Masa berniaga pun berbalah juga
Kau kata “aku lama doh jaga, kau la pula”
Aku kata aku ‘no’ hal, kalau nak berjalan..sila
Jaga setengah jam, ada call masuk pula
Aku panggil kau “ Wei mat, marila jaga..aku ada emergency case la..”
Kau cakap, aku banyak alasan..kau membebel x tahu nak berenti bila..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Waktu berkasih pun tak genap juga
Kau ajak date, aku cakap nanti dulu la
Kau cakap aku tak serupa orang lainla
Aku cakap kalau tak macam orang takkan aku macam drakula
Kau cakap, kalau tak suka cakap je tak suka
Aku kata aku suka, takkan tak percaya..
Kau cakap habis tu nak tunggu sampai bila..
Aku cakap sabarla..Allah suka ( x reti ke aku banyak kerja?)
Kau cakap, kalau begitu baik putus aja..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Time cakap politik pun dok tahu tengoh tepi
Aku kata rilek ler, kita bukan nak berbalah, kita berdisukusi
Kau kata “sudahlah kau memang selalu nak menangkan parti”
Aku kata ni bukan pasal parti, ni reality
Boleh tengok contoh sedia ada kat sana sini
Kau cakap “ Pegi mampuslah…pergi matiiiiii!”
Kau pun berlalu pergi
Aku cakap laa…aku salah lagi..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Waktu mesyuarat pun kacau bilau
Kau kata aku tukang draft, yang tukang presentnya kau
Aku cakap, “baiklah bos! Saya buat isi biar semua orang terpukau”
Bila ada orang bangkang, kau cakap aku pulak lahabau
Aku cakap la.. biasala meeting, mesti ada setuju mesti ada bangkang, ni siapa sebenarnya lahabau?”
Kau cakap aku lawan towkey, aku pulak kau halau

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Time makan kenduri pun begitu
Kau yang asyik ajak aku, aku angguk je setuju
Aku cakap, kita pergi sama-sama, biar aku jemput kat rumahmu
Kau cakap kau banyak kerja, kau suruh aku pergi dulu
Sudah makan, aku call kau aku cakap dah dua jam aku tunggu
Kau cakap “ hor hor mung tunggu situ, mung tunggu situ!”
Dah tiga jam kau tak sampai lagi buat apa aku tunggu
Semua orang tengok aku dah bebulu,
Baik aku balik, aku jugak reti malu
Kau asyik cakap nanti dulu-nanti dulu
Muka aku dah naik biru, aku dah tak boleh tunggu
Kau cakap “Blah la lu!” “member-member pun tak boleh tunggu!”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Mapuh ah gitu. Hok saloh..sokmo aku
Hok betul sokmo mu



Tuesday, May 4, 2010

Lidah

dulu dah tayang lidah ni...jadi jawapannya ini bukan Rolling Stone

Masa berak berkualiti aku, akhir-akhir ini sering sahaja dihabiskan dengan memikirkan satu perkara sahaja. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, masa berada di rumah syaitan itulah aku tiba-tiba jadi professor, aku jadi angkasawan, jadi perdana menteri, jadi suami mithali, jadi jutawan, jadi pekebun sayur, jadi aktivis jalanan, jadi penulis lirik, jadi jurulatih, jadi alim ulamak dan sebagainya. Nak kata menghantui, seperti ianya tidak...nak kata tidak, ia selalu hadir.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan sapaan begini : Untungnya jadi isteri Cikgu Sabri, nok jadi isteri cikgu sabri gok lah (juga lah). Sapaan begini menyebabkan aku sedikit tersentak...namun sentakan aku itu sebenarnya sedikit pun tidak memerasankan orang lain. Bercakap pasal persaaan ni, aku teringat seorang kawan berkata : "La, mung dok puah ati jugok ke? aku napok mung biasa je...aku memang dok tahan doh tadi, kalu sikit lagi ye jawab memang makkang jek ah". Kata-kata tu terpacul dari mulut seorang teman, bila mana aku memberitahu bahawa aku sangat geram dengan orang ketiga yang kami 'deal'. Aku pun tak pernah lihat macamana riak muka aku masa aku marah, masa aku serius, masa aku bergurau, masa aku sedih dan masa aku 'happy', sebab tak pernah pulak aku cadangkan cermin kecil dalam poket. Yang aku perasan, kalau aku bergurau pun mereka mennganggap aku serius, dan terkadang benda serius, selalu sahaja mereka anggap aku bergurau.

Berbalik kepada cerita tadi, sebenarnya oleh kerana sapaan dari seorang teman itulah yang menyebabkan masa membuang yang tidak membuang masa itu, berlegar-legar dikepala akhir-akhir ini. Kamu bagaimana? Sapaan itu menjengkelkan...bukan sedikit. Sapaan itu akan menjadi kurang menjengkelkan, malah menghiburkan jika teman berkenaan adalah seorang wanita, yang belum berkahwin...haha, begitukah?

Dulu, sewaktu di sekolah lama, menjadi tabiat aku untuk datang awal dan terus ke kantin sekolah. Biasanya akulah orang pertama yang datang bertandang ke kantin. Kebanyakkan dari waktunya, aku hanya bertandang tanpa memesan minuman atau makanan kerana aku telah pun bersarapan di dewan makan asrama sekolah berkenaan bersama-sama murid asrama. Ada juga guru yang bertanya kehairanan, kenapa aku selalu ke kantin di awal pagi sedangkan aku tidak makan dan minum di situ? Jawapan aku senang " haha, Buletin pag!". Tidak!! Tiada peti televisyen yang memancarkan warna warni kepalsuan berita diawal pagi di situ. "BP" ini asli, bukan laporan bertulis yang dibaca oleh personaliti di kaca TV. Kebanyakan pemberita di situ adalah wanita, yang hampir 98 peratus adalah berstatus isteri orang. Macam-macam cerita, berita dan buah mulut berkumandang, tanpa perlu menekan butang 'channel'. Semua macam bertih-bertih yang dihambur ketika tok dukun menghalau hantu... Ini PERCUMA!

Aku di situ seperti tunggul bagi pemberita, bagai penonton siaran tertunda bolasepak yang sudah diketahui keputusannya.. Tiada malu dan banyak kemaluan-kemaluan yang tidak juga malu dan mahu malu. Berita banyak berkisar kepada rumahtangga sendiri, si anu dan si anu. Berita, kebobrokan suami, keperkasaan isteri, yang bagai tiada sempadan dan tiada didikan agama dan panduan bila lidah berkata-kata. Ada kelakar dan ada yang kasar, ada yang sulit-sulit, ada yang gelap dan ada yang tersorok dibalik kepekatan cahaya di sebuah lubang kecil... Begitulah cerita-berita itu disampaikan tanpa ada tapisan dari Lembaga Penapis Filem dan akta penyiaran. Ini juga sebenarnya menjengkelkan dan penyebab kepada hilangnya respek aku, seorang lelaki kepada si suami-suami (mangsa) pemberita tadi, walaupun mereka (suami) tidak bersalah.

Lagi tentang teman yang menyapa; aku sedia maklum, bahawa yang menyapa itu seorang isteri yang baik kepada suaminya, dan baik pula perilakunya. Mungkin kata-kata itu tersasul keluar kerana kagumnya atau apa saja; yang padanya tidak membawa apa-apa makna dan implikasi..sekadar tumpang berasa beruntung atau bagaimana..Tiada apa-apa kesan pun. Tidak membawa kepada runtuhnya kasih sayang sepasang suami isteri kepada mereka berdua..itu anggapan-anggapan positif aku tentang perasaan si penyapa ketika menyapa. Bagi penyapa bahkan ramai perempuan-perempuan lain pun aku rasa merasakan ia biasa saja..tiada maksud. Hanya bergurau senda... Tapi aku pula yang terasa sakit telinga... TETAPI

Bayangkan, bagaimana perasaan si suami jika terdengar gurauan ini? Pergh mesti rasa berdesing..mesti rasa macam dia (suami)tak guna..dan bayangkan pula kita si suami mendengar ungkapan begitu dari lidah sang isteri kepada orang lain walaupun isteri kita tidak bermaksud apa-apa.. bagaimana rasanya? bagaimana?


Haha dunia sangat mencabar...lapangan kerja dan sosial sangat berbahaya kepada
aku, kamu kau dan dia!

SESUATU PERKARA YANG BAIK-BAIK BERMULA DARI LIDAH, SESUATU PERKARA YANG BURUK JUGA BERMULA DARINYA...MANISKAN IA JANGAN SAMPAI MENJADI GULA, MASAMKAN IA JANGAN SAMPAI MENJADI CUKA.



Sedang Mendengar ::: Belajar Sama Sama - MARJINAL :P

Tuesday, April 20, 2010

ALAMAK!!!!!

Ini bukan gambar Calon Pilihanraya P94 Hulu Selangor
yang menarik diri.


Ini Khairul, bukan Ibrahim Ali. Jauh sekali Kamalanathan. Khairul adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah kerencatan akal teruk. Pernah, penyelaras bertanyakan pendapat guru-guru untuk 'transfer' Khairul ni ke PDK (Pemulihan dalam komuniti ; sebuah pusat asuhan di bawah seliaan JKM), tapi aku membantah.." Biarlah dia duk sini" kataku. Penyelaras aku seorang yang menjaga kebajikan guru,selain menjaga kebajikan murid. Dia mengusulkan demikian kerana memikirkan tanggungjawab guru untuk mendidik akan bertambah sukar dengan penambahan Khairul ke program kami. Lagipun, dasar Pendidikan Khas ialah mengambil murid yang boleh di ajar, dan kerencatan akal teruk, jika menurut borang penempatan hendaklah di hantar ke pusat jagaan harian. Itu aku sedia maklum. Akhirnya usul itu digugurkan.

Sudah lebih 2 minggu Khairul di program kami. Minggu lepas, aku yang terpaksa basuh kasut dia, tergelak sakan PPM melihat aku yang bertungkus lumus membasuh kasutnya...cilakak punya Khairul. Hari Khamis ni, tak tahulah sama ada aku jugak yang akan jadi mangsa atau dia sendiri yang akan membasuhnya secara rela atau paksa. Tapi aku tak kesah sangat. Aku percaya budak-budak ni lama kelamaan akan dapat apa yang ditunjukkan...

Khairul kami letakkan di kelas 4. Kelas 'low function' tahap dewa bersama-sama dengan dua orang lagi kawan-kawannya yang menghidap sindrom down. Aku sendiri tak banyak sangat mengajar kelas 4 ni. Masa aku banyak habis untuk mengajar kelas 1 dan 2 serta kelas bersama murid-murid inklusif. Kelas 3 pun sama macam kelas 4, tak banyak masa. Walaupun kami agihkan kanak-kanak ini kepada kelas masing-masing, ia sebenarnya hanyalah dalam satu kelas. Kelas pecahan 1,2,3, dan 4 ini jika ia berada di kelas aliran perdana, ia hanyalah seperti kumpulan kecil. Bermakna guru yang mengajar kumpulan 1 akan dengar suara guru yang mengajar kumpulan 2, 3 dan 4 sekaligus bersama-sama dengan suara pelajar-pelajarnya. Hiruk pikuk. Isteri tersayang pernah datang melihat kelas kami dan dia tidak dapat bayangkan suasana kelas kami..pening kepala katanya..kehkehkeh. Tapi awas!, ini bukan neraka..bahkan mungkin syurga yang tersembunyi!!!

Berbalik kepada cerita Khairul, dia selalu mengganggu aku mengajar di kelas yang selain dari kelasnya. Paling aku hangin, bila dia mengganggu aku mengajar di kelas satu. Dia juga selalu memanggil-manggil nama aku semasa aku berada di kelas dua. Aku tak berapa kesah sangat kalau dia ganggu aku semasa aku mengajar di kelas tiga. Khairul ni, sebenarnya spesies tak suka buat kerja jugak. Kalau diberi mewarna dia akan conteng kertas tu dalam masa beberapa saat saja. Lepas tu dia akan tunjuk dan kata "udoh shekgu" (hodoh, cikgu).

Ada satu kemsuykilan aku tentang Khairul ni. Aku rasa dia ada ilmu pukaula. Dia selalu sangat duduk atas riba aku 'time' aku 'concentrate' dengan anak-anak lain. Aku pernah di tegur "Doh tu bakpe pulok khairul duk atas riba tu?". Cheh patut rasa berat semacam je! Dia jugak selalu sangat bertempek dekat aku tanpa aku sedari..Dah la badan penuh dengan panau. Aku selalu jugak cakap dengan dia tentang panau dia, tapi dia senyum je...Bile aku buat-buat macam geli, die lagi nak peluk-peluk aku. Bila aku halau dia balik ke kelas dia, mesti dia tepuk dahi dan berkata " Alamak!". Dalam kelas aku tak pernah pulak dia tidur kat atas 'tile', tapi dalam kelas cikgu-cikgu lain selalu sangat dia buat perangai tidur kat atas lantai, dan kadang-kadang menyorok kat bawah meja. Tapi aku buat dunno je..seronok kadang-kadang melihat cikgu-cikgu memujuk ni..hahaha kejam tak?

Khairul selalu jugak merasuah aku dengan mengurut belakang 'time' aku marah-marah... Perangai serupa macam Hakimi masa aku mula-mula berkenalan baik dengannya. Yang bezanya, Hakimi tak boleh bercakap, Khairul cakap takde kesinambungan.

Ini perbualan yang aku amat-amati daripada khairul dengan salah seorang dari cikgu program kami. Guru itu berasal dari luar Terengganu

Khairul: Shekgu, ulor
Cikgu : Ulor apa dia pulak?
Khairul: Kat nung ong...
Cikgu : Kat mana? Ada ular ke? Kat mana?
Khairul : Bloza
Cikgu : Ah, pening kepala la aku bcakap ngan khairul ni
Khairul : Sawwit, sawwit ada nyok ngat
Cikgu : Kamu ni cakap apa ni, Ada ular kat ladang kelapa sawit kat tempat buldozer parking ke?
Khairul : [berjalan sambil menjuih bibir dan menggeleng-gelengkan kepala] ... ikang wang! (Ikan haruan)

Aku dan kawan (guru) mengalir air mata tergelak...Khairul-Khairul........ALAMAK!!!!


Sedang Mendengar ::: Sore Tugu Pancoran -Iwan Fals



"....Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. "... - Al Hajj 22:78

Saturday, April 17, 2010

Bukit

Di sana bukit tinggi, duduk di atas selamat bahaya

Di sana bukit tinggi, duduk di atas berlapang dada

Di sana bukit tinggi, penuh dengan pelbagai sumber

Di sana bukit tinggi, Hidup mewah bukan biasa

Di sana bukit tinggi, boleh berucap “WAHAI RAKYAT JELATA’

“BUKAN AKU KETURUNAN RAJA, TAPI KAYA BAK PENGUASA”


Di sini tanah datar, buat kaum petani tua

Di sini tanah datar, orang banyak berlumba-lumba

Di sini tanah datar, ada kala ceria, banyak pula duka nestapa

Di sini tanah datar, tempat sumber habis ditimba

Di sini tanah datar, sisa-sisa mahal harganya

Di sini tanah datar, kemaraunya gersang, tengkujuh bah melanda


Di sini aku, bukan di sana

Tidak galak mencari harta di sana

Segan di sini untuk menderita..

Biar aku sama berlumba..

Sama susah, sabar itukan nama!

Namaku Ahmad, Aku takkan ke sana!

Biarlah aku di sini,

Sabar berlumba, harap ketemu di siNUN..Amin.


Sedang Mendengar ::: Serati tidak bias jadi undang -Wings