Showing posts with label memori daun pisang. Show all posts
Showing posts with label memori daun pisang. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Jogja-Solo yang indah

sedikit mengenai "Kasih Sayang Jogja-Solo tour" pada beberapa minggu lepas


Kami bernasib baik, mempunyai kontak (orang perhubungan) yang baik. Jadi sebaik tiba di Adi Soemarmo Airport di Solo, kami terus di jemput oleh mereka; iaitu Anggit dan rakan bandnya Tumjung. Sebelum itu, semasa menjalani prosedur biasa kemasukan ke Negara baru, kami semua telah dikejutkan dengan keletah Muiz dan Yoe yang tidak mendapatkan borang VOA (visa on arrival) dan kastam semasa di dalam pesawat terbang.. terkadang rasa macam tak masuk akal macamana ‘form’ tersebut terlepas pandang dari mereka sedang pramugari yang cantik molek terkedek-kedek ke setiap tempat duduk penumpang mendistribusikan borang-borang tersebut. Jadi kami ketawa dan menakut-nakutkan mereka sebentar..haha.. Keluar dari lapangan atau bandara di dalam bahasa Indonesia, kami terus diterkam oleh mereka berdua dan setelah berkenal-kenalan kami terus di bawa menaiki van ke tempat makan untuk mengisi perut sebelum ke stesyen keretapi untuk bertolak ke Jogjakarta. Dan, sebelum ke stesyen tersebut mereka sempat membawa kami berputar-putar di sekitar Bandar Solo.

Setengah jam sebelum keretapi ke Jogja tiba, kami sudah sampai di Stasiun Solo Balapan. Setelah membeli tiket dan befoto-fotoan kami terus menaiki keretapi meninggalkan Anggit dan Tumjung..apa yang kami selalu bualkan sepanjang sekejap bersama mereka hanyalah kesukaan yang tidak habis-habisan pada akhirnya mengulang-ngulang perkataan ; bisa’…ular bisa!. Haha. Jadi sekarang kami sudah berada di dalam kereta api kelas ekonomi seperti yang dinyanyikan Marjinal. Kereta api penuh sesak dan aku serta Najid terpaksa berdiri bersesak-sesak juga. Setelah lebih kurang 1 jam perjalanan, maka sampailah kami di Stasiun Tugu, Jogjakarta, dekat dengan Pekan sibuk yang terkenal..Malioboro!

di ruang tamu rumah penginapan harum

Di sini, kami disambut oleh Indra Menus (To Die-YogyaHC), dan seorang teman wanita yang aku sudah lupa namanya..maklumlah nama-nama mereka agak unik dan susah lidah kami hendak menyebut.. dan kami berjalan kaki dari stesyen keretapi ke tempat penginapan kami di Malioboro. Malioboro memang terkenal sebagai kota pelancongan dengan barang-barang murah dan peniaga-peniaga tepi jalan yang begitu meriah…dan setelah lebih kurang 15 minit menapak (agaknya tak sampai atau mungkin lebih), kami sampai di tempat penginapan, Harum namanya..Dengan harga yang berpatutan, kami jadikan ia rumah sementara kami! Setelah melepaskan lelah dan menyimpan barang-barang yang berserabut..kami keluar untuk minum..kopi arang kata Indra! Biar betul, ini macam nujum pak belalang!

kopi arang, pisang aroma dll ( tengok tu betul2 arang)

Jadi, kami menapaklah lagi menyusuri peniaga-peniaga kecil Malioboro yang begitu sibuk menawar-nawarkan produk, juga yang bersibuk-sibuk mengajak kami ke gerai minum mereka sampailah kami ke tempat yang dimaksudkan untuk menikmati kopi..rupanya ia berhampiran dengan stesen kereta api. Jadinya ia ibarat berpatah balik dan kami menganggap ia adalah sebuah perjalanan menambahkan stamina hahaha. Jadi sekerang kami di venue menikmati kopi…yang betul-betul guna arang..kelat dan tawar rasanya, tetapi masih boleh dihirup oleh bibirku dan laju tengkuk menelan. Bermakna, ia kategori sedap [ kan siapa yang pernah membaca jurnal aku tetang makanan maklum kalau aku kata ok maknanya ia sedap :P]. Seingat aku, selain Indra sendiri, hanya aku dan Najid sahaja yang mencuba kopi tersebut sementara kawan-kawan yang lain memilih untuk minum air-air lain. Mat memilih es jeruk ( yang akhirnya menjadi air minuman utamanya dan ramai kawan-kawan akhirnya mengikut ;- sejenis minuman berais seperti air limau nipis; sort of lah!). Dan hidangan istimewa yang kami nikmati di sini ialah Pisang Aroma, yang ternyara memang beraroma dan menjadi kegilaan tengkuk teman-teman. Selepas itu kami pulang ke penginapan dan Indra serta kawan perempuan tadi memisahkan diri dari kami buat kami berehat sekadar mungkin.

makan2 bersama indra dan teman (yang di sebelah indra itu saya perkenalkan...MR Debab yang masih belum berpunya dan kuat sembahyang sunat )

Sekarang kami sedang berehat…mandi, solat dan ada yang sempat ronda. Agak selesa juga berada di rumah penginapan Harum ini. Nenek tua empunya rumah, malah menyediakan air mineral sejuk beserta gelas untuk jamuan. Kalau dinihari, sering sahaja aku melihat nenek itu berbalas-balas mesej sambil menyapu perkarangan rumah dan di dalam rumah.. mungkin mesej pakwe agaknya. Debab dengan selamba roknya memanggil nenek itu dengan panggilan neng.. neng itu maksudnya ‘miss’..apalah Debab! Aku lebih selesa memanggilnya ibu..dengan sedikit lorat Indonesia ibu’. Pukul 8 malam, Indra dengan termengah-mengahnya sampai ke penginapan.. katanya ada show di Taman Budaya Yogyakarta, berhampiran dengan Pasar Buku Shopping Center. Agak aku dia akan membawa kami ke toko-toko buku tersebut [kerana pada siangnya tak sudah-sudah aku mengulang untuk mencari buku-buku] dan selepas itu ke show..tapi meleset. Kami naik bas, dan kami turun dan kami hanya melewati sahaja pasar buku yang separuh tutup itu lantas terus ke show. ..nah!,katanya seorang teman dari Resist Book pun ingin berjumpa aku di sana. Oh! ini adalah free show.. yang bertiket! Pelik kan?

Menurut penyampai, show tersebut adalah bertujuan berkongsi budaya muzik Australia dengan Indonesia.. wah! Layan.. persembahan pertama adalah persembahan solo dengan customize keyboard yang telah diprogramkan dengan macam2 bunyi…layan, dan layan dan akhirnya semua layan zzzz…penat.. Bila persembahan kedua yang menggabungkan element dram dan gitar yang noise, aku tengok hanya Yoe sahaja yang bersungguh-sungguh melayan sedang yang lain asyik layan tidur.. Memang energetic, tetapi bagi aku agak lame.. jemu… mungkin sebab aku juga keletihan ditambah dengan ‘frust’ tak dapat ke pasar buku.. selesai je persembahan kedua aku keluar bersama-sama dengan Najid.. Bila tengok je aku keluar, sederetan kawan2 yang bersama dari Malaysia pun keluar..lepas tu seorang..dan seorang lagi..lepas tu semua pakat keluar. Aku tak tahu samaada persembahan ketiga ‘on’ atau tak..rasanya tak sebab semua orang pakat keluar. Teman dari Resist yang kononnya ingin berjumpa dengan aku pun tak muncul-muncul.. dan kami menapak sesambil mencari tempat makan buat bekal perut supaya tidak berbunyi semasa dibuai mimpi.

Najid masih segar sebelum show

Selesai makan, kami terus ke penginapan.. semuanya menapak… bak kata AR Tompel, “mm..lebih baik jalan kaki..dah tentu penat!”. Yoe, macam biasa.. sampai lepak jap terus zzzz.. aku, Muiz, dan Mat bersembang-sembang sambil praktis ala kadar kat atas katil dengan Najid yang menjadi penunggu setia…maklumlah kami x sempat praktis langsung pun dekat Malaysia sebab masing-masing berdiam di tempat yang jauh-jauh; melata!. Dan tidaklah mudah untuk kami berjumpa dan berkumpul.

Pagi itu kami bergerak seawal mungkin, membeli belah dan ke pasar buku tanpa bantuan Indra. Saja aku suruh indra berehat-rehat dulu di rumah, walaupun rencananya indra akan berkunjung ke tempat penginapan kami pada jam 10. Kesian juga kat dia melayan kerenah kami, so kami ikut kaki sendiri je. Lebih kurang sepuluh kilo jugak kot buku yang aku borong..dan Najid pulak hampir sekodi memborong kain batik sarung. Ada pulak makcik jual batik tu cakap bahasa jawa ngan aku dan suruh aku translate kat Najid, apa ingat aku orang jowo ke? At last aku cakap jugak kat makcik tu, aku pun orang Malaysia..hah!


bersambung daa....

Tuesday, August 3, 2010

19 Tahun Lebih Tua

Candle Light Vigil : Sempena 50 Tahun Kezaliman I.S.A
(Kota Bharu)


sebahagian daripada prop


Puisirama dari Kasih Sayang DKK


Deklarasi dari aktivis



ini yang depa marah dan takut


dibanjiri polis


bersedia untuk bersurai dan akhirnya di tahan


Kronologi:

Petang : Tiga trak polis dan 2 buah balai bergerak di letakkan di Taman Hijau, beserta sejumlah anggota polis

7.45 ptg - beberapa orang anak muda dan aktivis kelihatan di medan selera Stadium

8.00 mlm : Short meeting
> percaturan strategi dan penukaran tempat protest
> menghubungi press dan kawan-kawan


8.20 mlm : Bergerak ke Astaka di depan stadium
> setup

8.45 mlm : Memulakan aksi protest setelah azan isyak habis berkumandang
> bacaan puisi
> deklarasi

Sejurus memulakan : Press dan polis sampai

9.10 mlm : Berjaya dan bersurai
>Dua aktivis ditahan


Fakta : 1) Hujan mencurah ke bumi tidak berhenti henti
2) Bilangan aktivis hanya sekitar 11-13 orang
3) Bilangan polis melebihi demonstran dalam nisbah 1:3@4...tapi kawan kata, 1:5
4) Kasih Sayang sepatutnya menyampaikan dua puisirama dan satu lagu tetapi
hanya sempat membaca tidak sampai sekerat daripada satu puisi
5) Deklarasi sempat dihabiskan (Tahniah!)
6) sekeluarga wartawan ditahan sejurus semua bersurai dan beredar
7) Seorang demonstran wanita turut terlibat
8) Prop dirampas, malah yang sudah di bawa lari juga dirampas sebagai bhn bukti

Soalan:
1)Kenapa masih ada tangkapan selepas kami akur untuk bersurai pada kesekian kalinya?
2) Bagaimana polis boleh sampai dengan begitu cepat? Jika ketangkasan seperti ini dipraktikkan polis dalam kes-kes jenayah maka ia sangatlah bagus, tetapi adakah mereka juga bertindak demikian?


p/s : Foto diambil dari laman FB Aina Sayuty http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000606063129&v=wall&ref=ts : Terima kasih

Sedang Mendengar ::: Hukum Rimba - Marjinal

Wednesday, July 21, 2010

7, 8... 8 Lagi!

Sedikit sambungan tentang Indonesia


Sebelum berangkat ke Indonesia, aku secara peribadinya telah didatangi dengan beberapa nasihat supaya berwaspada, malah sewaktu menuju ke kapal terbang juga, masih terjumpa dengan penasihat ;- berwaspada katanya. Juga di dalam kapal terbang; hati-hati ya!. Semuanya memberi gambaran-gambaran negative akan tahap keselamatan pelancong Malaysia ke Indonesia. BERWASPADA!. Terima kasih, nasihat-nasihat itu aku simpan, tapi aku sendiri lebih percaya pada diri, dan membuang semua gambaran negative. Juga memberi keyakinan kepada sang isteri..aku tahu dia ada sedikit rasa tak sedap hati. Tapi aku tetap optimis!


Berwaspada, tidak hanya perlu di Indonesia, malah di mana-mana. Di Malaysia sendiri pun apa kurangnya..ramai orang sakit jiwa. Kering, tak cukup modal..itu sang tidur yang cakap..dalam tidurnya, ada betul apa yang dibebelkan. Hah!


Natijah daripada kurang menghiraukan gambaran2 yang diberikan orang, aku dapati dan temui sendiri apa yang aku percaya… mereka (baca: orang Indonesia) cuma seperti kita, malah lebih adab dan berbudaya…kalaupun pegangannya memang macam-macam yang terkadang tidak terfikirkan..hahaha.. Senang sekali aku berada di sana.


Bos!


Aku dapat bos baru sekembali dari cuti. Ramah, lembut tapi tegas. Teliti benar orangnya. Bila ada yang tak kena, terus sound, tak kira di mana. Tapi bila ada keperluan yang kita tak tahu di mana hendak dapatkan..maka dia kadang-kadang penyelamat. Dengan menyelamatkan orang, kadang-kadang dia mematikan orang lain pula. Sebagai contoh, aku tidak dapat mengakses internet di kelas, makanya aku ke makmal computer, ia tidak susah..malah aku senang hati ke makmal kerana bilik itu ada aircond. Kerana kedatangan aku ke makmal computer dengan alasan untuk mengakses internet, terus saja dia adakan akses di kelas aku..cepat. Esoknya aku dah dapat akses di kelas sendiri. Apa jadi? Disebaliknya, technician computer sekolah aku kena sound depan2 aku, katanya, “koman Dil (merujuk kepada nama tech tersebut)! Saya nak awak adakan akses internet ke program kelas cikgu shabri, biar semua orang senang!” arahnya. Tapi sebenarnya technician itu adalah orang harapan dia sendiri untuk membuat renovation di sekolah..bukan renovation kemudahan sahaja. Semua! Setelah dia masuk dah 2 orang pekerja kena buang, dah ramai cikgu2 kena sound, dan ramai jugak pentadbir kena buat kerja..KERJA BETUL-BETUL!


Kadang-kadang senang, kadang-kadang rimas bila dapat bos yang jenis macam ni. Hari-hari masuk kat kelas aku, apa cerita? Nak mengajar pun terkadang tak keruan..3 hari lepas dia minta pendrive kelas untuk copy gambar-gambar yang kami ambil dengan menggunakan kamera dan video miliknya. Kami pinjam (sebenarnya dia yang ofer) kamera dan videonya semasa kelas kami mengadakan kem di Sri Indah, tempoh hari. Aku bagi dia pendrive 2 gig yang sudah penuh dengan maklumat-maklumat program kami. Tak lama kemudian, dia datang bawa laptop miliknya ke kelas aku, sedang aku sendiri tengah sibuk mengajar. Habis je aku mengajar, dia datang menghampiri, “ 2 gig nak buat apa, ni ambik ni!” Dia bagi aku pendrive 8 gig. Aku cepat-cepat salin kembali segala isi-isi yang terkandung dalam pendrive miliknya, dan hari ini aku pulangkan pendrive tersebut. Apa jadi? Dia bagi terus pendrive tu kat aku.Percuma.Pergh!!!!!! Hati pedih, tapi girang hahaha


Hari ini juga dia bertengkar dengan vendor, tak mahu signature barang yang dihantar oleh vendor untuk sekolah. Katanya macamana vendor boleh hantar barang gantian tanpa membuat pemeriksaan terlebih dahulu (berkaitan dengan barang-barang computer dan makmal), apa yang patut diganti dan apa yang tak patut.. Dalam hati aku cakap, senang je bos…depa sudah makan..projek!!



“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada mu; dan syukurilah nikmat Allah…(sehingga akhir ayat)” An Nahl 16:114

P/S: Aku biasa tengok bos2 main sign je semua dokumen


Sedang Mendengar ::: Yesterday - The Beatles

Tuesday, May 11, 2010


Sudah agak lama aku tidak menghabiskan masa bersama teman-teman. Minum-minum, lepak-lepak seperti dilupakan. Maafkan aku kawan. Masa sungguh tidak mengizinkan. Badan sentiasa kepenatan. Maafkan, maafkan. Harap semuanya faham.



Izinkan aku persiapkan diri menjadi suami. Benarkan aku melebihi masa menuntuni isteri. Bila semuanya lancer, aku kembali. Kita ke kedai kopi, kita bernyanyi, menari,berpuisi, berlari dan sama-sama mengaji.



Sekali lagi aku lampirkan puisi ikut dan tak ikut puisi yang aku tulis dalam entri yang sebelumnya. Didedikasikan kepada semua teman;



Time minum kopi kita sering bersengketa
Kau kata aku sering tak tunjuk muka
Aku kata aku mungkin tak datang, err siapa lagi ada?
Kau kata member-member semua ada..
Aku kata sori geng, x dapat datang..banyak kerja
Kau kata aku “susah nak buat kirra”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Masa kat sekolah, x sepi dengan kelahi
Aku tengah mengajar kat kelas, kau lalu kat sebelah tepi
Kau tunjuk isyarat minum, aku tunjuk isyarat nanti
Kelas aku lambat lagi nak abis, kau pun berlalu pergi
Tengah mengajar, takkan aku nak berenti
Kau cakap, “ajak minum pun susah, sampainya hati..”
Aku terkedu “..er, mapuh ah gini”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Masa berniaga pun berbalah juga
Kau kata “aku lama doh jaga, kau la pula”
Aku kata aku ‘no’ hal, kalau nak berjalan..sila
Jaga setengah jam, ada call masuk pula
Aku panggil kau “ Wei mat, marila jaga..aku ada emergency case la..”
Kau cakap, aku banyak alasan..kau membebel x tahu nak berenti bila..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Waktu berkasih pun tak genap juga
Kau ajak date, aku cakap nanti dulu la
Kau cakap aku tak serupa orang lainla
Aku cakap kalau tak macam orang takkan aku macam drakula
Kau cakap, kalau tak suka cakap je tak suka
Aku kata aku suka, takkan tak percaya..
Kau cakap habis tu nak tunggu sampai bila..
Aku cakap sabarla..Allah suka ( x reti ke aku banyak kerja?)
Kau cakap, kalau begitu baik putus aja..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Time cakap politik pun dok tahu tengoh tepi
Aku kata rilek ler, kita bukan nak berbalah, kita berdisukusi
Kau kata “sudahlah kau memang selalu nak menangkan parti”
Aku kata ni bukan pasal parti, ni reality
Boleh tengok contoh sedia ada kat sana sini
Kau cakap “ Pegi mampuslah…pergi matiiiiii!”
Kau pun berlalu pergi
Aku cakap laa…aku salah lagi..

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Waktu mesyuarat pun kacau bilau
Kau kata aku tukang draft, yang tukang presentnya kau
Aku cakap, “baiklah bos! Saya buat isi biar semua orang terpukau”
Bila ada orang bangkang, kau cakap aku pulak lahabau
Aku cakap la.. biasala meeting, mesti ada setuju mesti ada bangkang, ni siapa sebenarnya lahabau?”
Kau cakap aku lawan towkey, aku pulak kau halau

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Time makan kenduri pun begitu
Kau yang asyik ajak aku, aku angguk je setuju
Aku cakap, kita pergi sama-sama, biar aku jemput kat rumahmu
Kau cakap kau banyak kerja, kau suruh aku pergi dulu
Sudah makan, aku call kau aku cakap dah dua jam aku tunggu
Kau cakap “ hor hor mung tunggu situ, mung tunggu situ!”
Dah tiga jam kau tak sampai lagi buat apa aku tunggu
Semua orang tengok aku dah bebulu,
Baik aku balik, aku jugak reti malu
Kau asyik cakap nanti dulu-nanti dulu
Muka aku dah naik biru, aku dah tak boleh tunggu
Kau cakap “Blah la lu!” “member-member pun tak boleh tunggu!”

Aku dok tahu mung dok tahu
Aku ingat ke mung tahu

Mapuh ah gitu. Hok saloh..sokmo aku
Hok betul sokmo mu



Thursday, December 31, 2009

Sudah naik # 4

Tahun sudah naik satu
dari 9 ke 10 jadinya
umur sudah naik satu
tinggal kosong di belakang
satu cokeng timbul di depan

Apa mau buat?
Apa mau buat?

Gula sudah naik
Tengah malam masa tidak ada orang
Awas semut, jangan masuk dalam kantung
Jangan masuk dalam makanan
Jangan buat onar dalam minuman
Kalau tidak kau akan ku cincang!
Tapi semut naik juga
Itu kan makanan dia

Apa mau hairan?
Apa mau hairan?

Kasi angkat itu lantai
Biar ia tinggi
Kalau tak mampu suruh saja depa berenti
Biar depa reti
Tapi rumah tinggi mana pun kami daki juga
Dah memang rumah kita
Cari yang haram
Beralih yang seludup
Kena gaya TAX pun lingkup
Baru orang atas meletup

Apa mau susah?
Apa mau susah?

Aku dapat dua hadiah, kamu dapat satu
Satu minggu satu hadiah baru
Selamat tahun baru
Selamat melingkuplah lu!

Wednesday, November 25, 2009

HARTA!!!!

sketch oleh : Jang Manteras
sumber: arkib A//mince


Ahad baru-baru ini Fazri, Izhan dan isterinya Rafidah serta aku telah menghadiri walimatul urus di rumah Adi. Ye, Adi hok dulu suka tidur bawah baju kat A//mince. Itulah dia! Dia sudah besar! Dan sudah pun selamat diijabkabul dan bergelar seorang suami. Kami hanya berkesempatan untuk pergi kenduri last pasangan pengantin baru itu, iaitu pada hari ketiga...di rumah Adi. Itu cerita lain, cerita yang tak berapa bes...cerita orang kawin berlambak!... Foto-foto perkahwinan beliau dan pasangannya pun bersepah-sepah kat facebook, macam kawin2 artis dan anak2 menteri...

aktiviti santai sambil diiringi petikan gitar oleh Eder...
dan ketukan dram angin dari matlo


Selain menunaikan kewajipan walimah, aku juga mempunyai hajat untuk berjumpa seseorang...sepupunya, Marol (tak perlu ditambah gelaran belakangnya haha). Dan sebagaimana dijangka, aku berjaya menemuinya. Malah, kami (Fazri, Izhan dan aku) juga berjaya menemui beberapa rakan lama yang tidak ketemu. Eder, kini sudah berjambang, dan sudah kurus sedikit, mungkin berat badan yang ideal dengan susuk kerangka tubuhnya... juga Abu, yang semakin jelas ke'khalid jamlus'annya dan beberapa muka lain yang agak 'familiar'. Agak lama kami di rumah Adi, ternyata perangai geng-geng lama ini tidak banyak berubah...masih lagi bongok macam dulu-dulu hahaha, tapi ia memang sesuatu yang aku suka..Gurauan-gurauan mereka mengingatkan aku pada satu tempat yang dulu aku diaminya dengan begitu tekun... Dan keletah serta kerenah watak-watak yang selalu mendatanginya... Mungkin jika kami lepak lama sedikit, kami berjaya menjumpai beberapa orang lagi rakan lama yang tak ditemui... Dan mereka yang aku maksudkan di sini semestinyalah mereka yang menyumbang ke arah pengwujudan komuniti di tempat yang kami panggil A//Mince (sebelumnya dikenali sebagai Kamaz Studio).

perbincangan dengan Amnesty International Malaysia

Baik dari mula-mula kewujudan Kamaz Studio, mahupun sambungan daripada A//Mince (yang kami panggil Infoshop dan studio), ia telah berjaya mengumpulkan satu komuniti dan pelbagai karekter serta watak hidup yang bergerak yang mempunyai cerita-ceritanya yang tersendiri. Ini zaman, zaman semangat. Zaman ini, zaman budaya perlawanan. Zaman protest. Zaman menuju kematangan, zaman belajar berkenalan, zaman kerjasama, zaman remaja/retua. Zaman kebangkitan sekelompok komuniti anak muda. Bila aku sebut zaman anak muda, bukanlah bermakna aku sudah pun tua..kalau diikut umur, masih boleh menerajui pemuda Umno, atau Dewan Pemuda Pas, atau Angkatan Muda Keadilan atau pemuda DAP. Tapi zaman itu adalah zaman jiwa gelodak berperang dengan nafsu-nafsi setiakawan, perlawanan dari punca ketipuan, kesepakatan dari persamaan pemikiran dan bermacam-macam. Semangat dia lain daripada semangat zaman aku sedang menulis tulisan ini.

aktiviti membaca kitab menghilangkan tensen

Di sini tempat aku cari makan (A//Mince). Di sini juga tempat kami berkumpul..beramah mesra dan saling kenal-mengenali. Dari Tanjung ke MHC hingga ke segnap negeri hingga sejauh Johor hingga sejauh Nepal hingga sejauh Jerman sampai ke sejauh Amerika.Dari budak-budak sekolah kepada golongan penganggur kepada mat kilang kepada bussinesman dan lain-lain...juga dari pelbagai peringkat usia juga kelas ekonomi dari marhaen kepada golongan berada kepada golongan kerabat diraja. Gelaran-gelaran tertentu diletakkan kepada personal-personal tertentu. Abu-Unite!, Azli-kaki, Marol-bodo/gile (kalu marul baca mesti maroh ni,..sori bro, tulisan ini terlalu telus..mung tahulah budok2 ning jahat, ye panggil mung gitu) [walaupun dia tidaklah bodoh mahupun gile pada hakikat sebenarnya], Shah-setan, Marul-tokey, Ezart-tindik, Ujay-manusia soalan, basri-jaya, Yuh-skate/baygon. Sesetengahnya nama sendiri adalah gelaran; Acong, lempu, Matlo. Segelintirnya pula dibayangi dengan nama band yang dianggotainya atau dengan zine yang dikarangnya; nizang-Mosh, Duang Strict Tease dan sesetengahnya lagi tidak bergelar, tetapi dikenali. Dan di sini juga tempat kami beraktiviti, dari berjamming, bermain kad, lepaking, sleeping (aktiviti ke?) hingga ke menelaah, belajar, mengajar, bermesyuarat, serta menjalankan aktiviti sosial+educational seperti free food serving dan bengkel.

aktiviti memasak untuk keamanan

Dahsyat! Di sini tempat kebisingan tercerna, dengan pelbagai jenis bunyi-bunyian dari yang lembut kepada yang keras-keras. Tempat darah bertemu 'snare'. tempat darah bertemu gitar. Tempat orang melalak sampai terguling-guling, tempat budak-budak botak melompat sambil menyanyi kegirangan, tempat punk-punk bus stand melepaskan geram (yang menyebabkan kami sesekali menjadi seram). Ini semua kegilaan dan semangat anak muda yang tak tahu punca di mana, pusat di mana kepala di mana. Hahaha. Di sini tempat personal-personal mengorak hidup..dari perkawanan sehingga timbul permusuhan kecil, di sini tempat personal-personal mengorak hidup belajar mencari keberjayaan. Di sini tempat pertemuan dan di sini tempat perpisahan yang sementara dan yang bakal menjadi kekal..mungkin. Ia sungguh seperti yang digambarkan oleh Jang manteras. A story of Human's life (lihat sketch di atas)

A//mince terpaksa juga dikorbankan akhirnya...the rest is history.


SELAMAT HARI RAYA EIDIL ADHA. SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH KORBAN.
Individu-individu yang terlibat dalam zaman:) semua di Strict Tease, semua di Kasih Sayang, semua di Eke, semua di Gastacops, semua di Jellybelly, semua di Sleepy Jeremy, semua di Kindsadist, semua di Kill Bridgete, semua di Old Parasite, Adi dan pasangan (selamat pengatin baru juga), Matyi Saturnalia, The Farouk, Awang dok duli, Muiz, Kelong, Jang Manteras, mat pit, kebi, Acom, Marul tokey, Azli, Iwang, dan semua yang aku ingat dan dok ingat

Juga kepada sesiapa sahaja..kaum muslimin dan muslimat.


Dalam memori : Allahyarham Ahmad Sharham (Ah) 1983 -2008. Al-fatihah
(arwah pernah mendiam dan belajar di A//mince buat sekian masa yang agak lama)

Chin Peng Nak Balik Malaysia biarlah oi..korang marah-marah dengki dengki ni apasal..aaaa tuk aku kaa kaa kaa ta, chin peng ba ba ba ba ik aaaaa aa apa! pepepepepejuang kekeke...merdeka..an tu.

p/s: Maaf gambar-gambar tidak terang sebab aku takde scanner. Aku tangkap balik dengan guna hp cikai je. Gambar-gambar adalah dari sumber arkib.

Sedang Mendengar :::: SSK an ode to a//mince -coalitioners

'Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah' - Al-Kautsar 108:2