1. Lapan bulan blog ni tak terusik..kesian aku tengok, kalau tengok aku pun kesian. Kesian ini adalah singkatan kasihan. Kasih bermakna sayang / suka. Blog ni takde kene mengene dengan blog 'kaseh' xRiziex Dum Dum Tak. Tidak sama sekali.
2. Banyak betul kejadian yang berlaku kat Malaysia akhir-akhir ni... semua kejadian gempak nampus. Bukan aku tak peduli, bahkan bukan aku tidak sering membicarakannya, namun ia sekadar berlegar di ruang legar yang sempit bersama kawan dan rakan-rakan sekerja...Hidup ini memang celaka, kalau sekarang mati lagi bahana!
3. Mati adalah subjek yang sering orang takut nak bincangkan. Tak suka berbual bicara pasal kematian. Kata mereka, tak bermotivasi dan berpandangan positif dan kehadapan. Paling tak suka ialah golongan perempuan... kalau bercakap pasal mati diri sendiri, mesti tunjuk muka tak bes, dan nak lari dari tajuk... kalau tak percaya boleh try test tengok, apa reaksi mereka. Patutlah jihad di medan perang orang wanita tak kena, diaorang memang takut mati rupanya, dengar perkataan pun dah tak suka. Ini bukanlah tuduhan melulu tetapi dari pengalaman sendiri. Walaupun tanpa kajian formal, tetapi sudah cukup untuk buat sedikit generalisasi. Pun begitu, aku akur bahawa ia tidak muktamad. tapi cubalah deh tera tengok skali.
4. Di Palestin, setakat hari ni angka kematian di pihak Palestin sudah lebih daripada 400 orang setelah hampir dua minggu serangan Israel ke atas Gaza. Ibu bapa mereka kebanyakkannya gembira kerana menganggarkan anak mereka mati sebagai syuhada, dan tiada riak menyesal daripada mereka kerana dek meninggalnya anak-anak mereka, suami-suami mereka dan rakyat-rakyat mereka. Diceritakan daripada Tok-tok guru bahawa pada ketika Nabi S.A.W dikatakan telah terbunuh di peperangan Uhud, ramai kaum muslimin bertempiaran lari tiada arah, sesetengah mereka kembali ke Madinah, tetapi kaum-kaum wanita Madinah melemparkan mereka dengan batu dan menghalau mereka supaya kembali ke medan perang. Begitu teguhnya para isteri dan wanita Madinah berada di belakang menyokong perjuangan Islam. Sekarang cuba beritahu bini kita nak gi berperang, tobat mereka tak bagi, melainkan kita kerja sebagai askar. Itu pun, payah nak berpisah, kalau boleh nak disuruhnya ganti orang lain.. Haha, nampaknya kaum lelaki sekarang lebih takut pada bini daripada mati kan?
5. Lima.. aku dah suntuk nak masuk meeting!!! Harreyy