Tuesday, January 3, 2012

Yojana

Berjalan jauh banyak dilihat, lama hidup banyak dirasa

7/12/11. Aku ke Hospital Besar Kuala Terengganu (HSNZ) bagi menghadiri temujanji untuk mendapatkan rawatan. Masa temujanji adalah pukul 11 am. Masa mendaftar 10.37. Jumpa doktor pukul 4 lebih..petang!! Nikmat sungguh menunggu.

22/12/11. Ayah warded di hospital. 26/12/11, ayah keluar.

Apa jadi pada pendaftaran?

Aku seorang kakitangan kerajaan. Sebagaimana yang dimaklumkan kakitangan kerajaan tidak lagi perlu kepada GL untuk ke Hospital kerana telah dicanang-canangkan bahawa HRMIS bakal membawa jalan keluar kepada permasalahan untuk mendapatkan GL. Cuba bayangkan, seorang guru yang mengajar di Kemaman, terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital di Kuala Terengganu. Agak-agaknya logik atau tidak nak dapatkan GL on the spot?.

Masa aku pergi untuk dapatkan rawatan, aku terpaksa menunggu lama untuk pendaftaran disebabkan capaian HRMIS tidak dapat dilakukan. Aku memberitahu bahawa aku adalah kakitangan kerajaan dengan harapan dia akan terus melihat kepada HRMIS setelah dimaklumkan begitu. Tetapi tidak, dia meminta GL. Aku meminta supaya menggunakan HRMIS sahaja untuk didaftarkan dengan suara yang sedikit mendesak dan garang. Akhirnya aku diberi nombor pendaftaran. HRMIS? Taik kucing; besor tahik pada jubo!. Tak dapat guna pun.

Masa ayah aku masuk wad secara emergency, aku daftarkan dia. Sebelum apa-apa aku sudah siap-siap cakap aku pegawai kerajaan. Dia minta GL! Aku cakap, "aii kata pakai HRMIS!". dia melihat-lihat komputer dan print satu kad penempatan ke wad. Langsung tak bercakap. Kad yang diprint di beri pada aku..aku amati...Eh ni wad kelas tiga ni cik kak!! selambe dia jawab, "maaf Encik, HRMIS tak dapat line!".

HRMIS dapat line ke tak dapat line ke, itu masalah Hospital. Masalahnya aku sepatutnya mendapatkan hak aku.!!!

Banyak benar aku dengar rungutan pasal HRMIS ni. Aku sendiri pun pernah beberapa kali ke Hospital dan bertekak pasal HRMIS. Semua tak dapat dilaksanakan, tapi aku berjaya tidak membayar kepada perkhidmatan Hospital walaupun tak dapat keistimewaan kelas satu. HRMIS ni, nak kemaskini susah, nak masuk pun susah. Tapi sistem HRMIS nilah yang dibangga-banggakan sangat. Ceh, Lebih sudu dari kuah!!

SUDAHLA, MALAYSIA BELUM SEDIA DENGAN SISTEM CAPAIAN BERASASKAN INTERNET. JANGAN TIPU LA!!!!

Dan sekarang, guru-guru lagi ditekan dengan pelbagai lagi sistem capaian internet yang melemaskan...kahkahkah!!! sudahla woi.. insan pun tak cukup modal lagi!!


Berani hilang tidak hilang, berani mati tidak mati

Aku tukar sekolah lagi..kawan dari Besut pernah kata "huh demo, amat ke tiap-tiap tahun nah tukar!". PK 1 sekolah baru ni pernah berkata didalam mesyuarat perancangan sekolah sebelum ini. " saya, berkhidmat dah 25 tahun, hanya empat kali tukar. Bermakna reputasi perkhidmatan saya adalah baik!". Kahkahkah. Agaknya reputasi aku buruk eh?

Walaupun aku tinggalkan sekolah lama yang aku baru buka program baru setahun itu, namun dalam hati ada juga merasai kerinduannya. Apatah lagi ia bermula dari 0 sehinggalah Program Khas tersebut mendapat pengiktirafan sebagai yang terbaik di daerah tersebut bagi tahun semasa 2011. Dari hanya 5 orang murid sehingga tak sampai 4 bulan mencapai 17 orang murid. Itu pun kami terpaksa menolak dua tiga permohonan baru kerana kekangan guru. Menolak di sini bukanlah menolak secara total, tetapi 'hold' sementara, sehingga masalah kekurangan guru dapat diselesaikan. Ada pula sekolah, yang bermula dengan 3 murid sampai 2,3 tahun pun masih dengan 3 orang murid itulah juga. Dalam kesemua murid yang aku tinggal dan rindukan itu, 2 orang murid ini pasti menjadi ingatan sepanjang zaman.


Ini Nabil namanya. Dia mempunyai masalah kerencatan akal atau MR (mental retardation) atau dalam bahasa yang lebih lembut sekarang dipanggil Intelectual impairment ( Masalah intelek). Bagi aku Nabil sangat istimewa. Dia bercakap tidak mengikut sequence..main ikut cakap je. Tetapi dia petah. Pun begitu, sesetengah dari percakapannya ada juga yang menjawab soalan, walaupun tidak cerdik. Di dalam kelas dia seringkali menganggap bahawa dia itu aku dan aku ini dia. bila aku panggil dia "Nabil!" dia akan dengan sendirinya meletakkan jari telunjuk dibibir dan sejurus itu berkata, "Ning Cikgu Shabri ni, bukan Abil..ingat ah, ning cikgu Shabri..tu Abil" sambil menunjukkan ke arah aku. Sejurus itu biasanya dia akan mengarahkan aku laksana aku memang dia dan dia adalah aku..suruh beratur, suruh ambil kertas, suruh buat kerja dan macam-macam. Kebanyakan masa aku ikut je macam dia suruh, tapi banyak juga masanya aku tak layan. Macam Khairul dahulu, dia ni selalu sangat mengikut kemana aku pergi.. Kalau aku mengajar kat kelas sebelah, selamba je dia keluar dan meninggalkan kelas, guru dan kawan-kawan dia untuk mengacau aku mengajar di kelas aku. Time bulan puasa, dia dapat lesen besar dan menyorok makan kat belakang meja aku. Bila siapa-siapa atau cikgu mana je tanya tentang makanan, dia akan marah-marah dan kata "aih, puasalah!" walaupun dia tengah makan. Hahaha.

Contoh perbualan Nabil

Nabil : mareng (semalam) Abil gi bandor takdi(tadi)
Aku  : Nabil gi bandor mareng? Nabil gi wat mende?
Nabil : Eh, bukan gi bandor..Kuala Lupur lah. Gi naik kete api ari tu. Kat Kale po (KL)
Aku  : Doh, Nabil gi Kuala Lumpur ngan sape?
Nabil : Nabil gi Kolupo dengan ..mmm ..cikgu sabri nok gi kolupo x? nok gi x? naik kete api..syy jangan ajok dia..(sambil menunjukkan kawan-kawannya yang lalu).
Aku  : Ikut dang doh mung ni Nabil
Nabil : Syyyy..Baiklah esok kite gi kolupo.. naik kete api
Aku  : ada duit x nak beli tiket?
Nabil : Laju ngat
Aku  : Apa yang laju? kereta api ke?
Nabil : Kete bobo (volvo).. hok warna biru ongg mareng ada kat koberang (Kuala Berang) takdi (tadi)
Aku : Pulok dohhh...
Nabil pergi meninggalkan aku sekejap dan buat aksi lumba kete sambil bunyi wuuuuummmmm laju sambil corner baring sebelum datang lagi.. itu lah Nabil. kahkahkah!!!!

Sorang lagi yang yang tak kurang manja, aku tulis next entri

p/s: Yojana =jarak yang jauh; kejauhan

"...Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmuNYA) terhadap apa yang mereka kerjakan". An-Nisa' 4:108

6 comments:

  1. aku bukan membaca harini untuk memuji mung abg shab...tapi dari mula aku baca smpi ke abis...mmg ralik..sapaa aku dok sedor bunyi lagu Queen - old fashioned lover boy dari handpong aku....
    ni mungkin penulisan mung hok paling aku suker...hok bab 1 - Hospital tu..aku dok kisoh ngakk...sebab Malaysia kan tempat MENCUBA GAGAL - cuba dan GAGAL dalam sistem on9..,malas nok komen, kekgi aku pun GAGAL.
    hok tentang NABIL tu...hok tu bijok kaliii......mula dia kabo,pahtu bersoalan,jawab dan tukor topik gitu je.....mu tau dok sepekare dalam pale aku masa aku baca DIALOG tu...

    "Nabil ni...dh tentu SYURGA tempat dia, hidup pun HAPPY sokmo...xdok nok fikir HRMIS....jalani hidup denge ozing dok kalor pung walaupung kerajaan halal judi bolasepak..."

    aku harap apa hok mu MULA, BUAT, SAMBUNG ni... akang terus berkekalang hingga ke napah ngelahh kali.
    "nabil adalah rentak...dan kamu gendangnya"

    ReplyDelete
  2. the farouk,
    kita kena jadi mangsa "cobaan" sokmo ke? gagal sokmo ke?
    Nilah patern kerajaan Malaysia..baru buat..KUATKUASA! PPSMI x kaji...rancang, kuatkuasa! banyak lagi..buat, test lah dulu sampai puashati..baru suruh org guna..ke guane? Kalau rancang, kuatkuasa benda yang tak bermasalah oklah..ni hampeh..

    Nabil, aku memang suka dia, kelakor..dan aku setuju kalau dia berkeadaan begitu sokmo, Syurga pastilah tempatnya.. ayah nabil ada 3..itu katanya!! hahaha

    ReplyDelete
  3. Kantak drum,
    aku belek belek kembali naskah naskah lama catatan n lukisan aku..lantas mata terhenti di satu sudut kecil penulisan aku dulu...petikan dari HAMKA...
    "Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan..Memang kalau tiada kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan." (Hamka)

    Secara terurusnya, kita dilihat sedang bergelut dalam satu kawasan kecil yg dihuni duri duri bebanan, hanya segelintir bunga keseronokkan hidup di situ. Pun begitu, kita masih terus menerus berjuang demi untuk keadilan kepada anak- anak kecil yg layak membesar dalam keadaan tidak berbolak balik dan berpeluang samarata dengan orang lain utk BELAJAR dan DIAJAR...
    namun apa yg menjadikan kita 'GILA' sebenarnya adalah KERJA KERJA PENGKERANIAN yg merimaskan dan seperti 'diada adakan' ...seperti 'dibuat buat'...seakan sengaja diwujudkan utk menganggu gugat tujuan sebenar GURU dilahirkan...'TUGAS SEBAGAI PENDIDIK' mendidik! ancaman ini sgt besar dan setiap detik menyerang saraf otak pendidik.
    aku begitu cemburu sewaktu menonton sebuah filem Hindi bertajuk 'TAARE ZAMEEN PAR', lakonan Amir Khan berkisar mengenai seorg budak istimewa di sebuah sekolah. P&P penuh ceria....nyanyian...berlari...bermain....arggghhhhhhhhh tertekan!

    berbalik kepada KERJA PENGKERANIAN....kenapa guru dipertanggungjawabkan melaporkan DAFTAR HARTA MODAL PERALATAN ICT misalnya? ehh...KERANI dan PAR (pembantu am rendah) dh sibuk sangat ke? diluar bidang tugas?

    perlahan- lahan 'SAMPAH SAMPAH KERJA' itu membunuh perancangan mengajar aku!

    berdoa kepada Allah s.w.t semoga dibukakan pintu buta hati PENENTU SISTEM PENDIDIKAN...agar dapat faham erti sebenar GURU untuk MENDIDIK!

    kantak drum,
    ayah nabil ada 3... 1- ayahnya yg dibinkan olehnya....2- idola dia (hok dia suka)...3 - MUNG la....hahahaahahhaa

    ReplyDelete
  4. The farouk;
    panjang tu..luah perasaan? haha..
    Tapi betullah mung kata.. sampah-sampah kerja membunuh perancangan mengajar..bukan mung soranglah aku rasa, kalau x semua pun majoriti.

    the faoruk lagi;
    kalau betul aku salah seorang dari ayah dia..maka aku bersyukur..ALHAMDULILLAH. Aku tumpang gembira dengan kemungkinan syurga yang dia dapat..amin.

    ReplyDelete
  5. kantak drum,
    bukan luahan perasaan...tapi ianya sudah menjadi perbualan harian.
    sampah sampah tu patut dibendung...bukan dikitar semula.. aku rasa terkilan dgn fenomena Pelajar itu mesti dapat A..pelajar tu mesti lulus...sedangkan tahap serta keupayaan menguasai sesuatu tidak sama dan tidak semmestinya dapat dicorakkan.
    misalnya...Akmal begitu meminati bidang automotif...tetapi dia dipaksa mendalami bidang fesyen....huhh...sungguh tidak adil!

    kantak drum,
    walaupun pemikiran aku tidak sehebat org lain mahupun mung, tapi aku tidak putus putus memikirkan bagaimana menjadikan pelajar itu berjaya dalam hidupnya dalam semua aspek...bukan hanya dalam akademik...berapa ramai yang mendapat A...tp dr segi komunikasi out! yang dapat A tapi xsemayang....yang dapat A tapi isap dadah....ahhh....globalisasi membunuh minda.
    dulu dah cantik..KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...maknanya...kita mendidik....mendidik ni lebih meluas skopnya..berbanding KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.....belajar...hurrmmm...hanya ABCDEFG....123456789....Alif BA Ta....tapi moraliti? sahsiah? toleransi? mapuh blang cacang...

    ReplyDelete
  6. en pu,
    betul..sungguh..
    generasi hok mung sebut tu nanti adalah kekgi generasi anak-anak kite..mmg parahlah beb

    ReplyDelete