2. Expired atau tak perkidmatan blogspot ni, belum tau lagi.. tapi kawan-kawan dah ramai nampaknya expired menulis.. Ghairah untuk menulis dah luntur.. dah lusuh. Aku sendiri pun dapat rasakan dalam diri aku, yang ghairah tu tak ada.. Aku kadang-kadang rindu juga baca tulisan kawan-kawan.. sekurang-kurangnya aku tahu macamana penghidupan mereka walau tak selalu jumpa... tulisan kadang-kadang boleh cerita yang tersurat dan tersirat, asal pandai menafsir... tapi dengan membaca satu post satu bulan tak bolehlah nak diduga bagaimana keadaannya
kawan-kawan sedang mandi |
3. Di Banggol Limau B783, dulu ada Ronin Distro. Walau tak ramai penghuni tapi sibuk..posmen asyik keluar masuk. Dulu masa kat A//mince Infoshop & Studio, kami pernah di tanya, "Ronin distro tu kat mana?" dan ada yang lebih klasik tanya "Kg Banggol Limau tu kat mana?". Kenapa aku cakap klasik? Sebab orang kat sekitar-sekitar sini pun tak kenal dekat mana Banggol Limau, malah ramai yang tak pernah dengar pun nama kampung tu dan ada juga yang konfius dengan Gong Limau di Kemaman, tetapi orang luar Terengganu tadi boleh pulak berminat bertanya kat mana kampung kecil ini :) ..Tapi sekarang di Banggol Limau B783 ni dah tak ada apa-apa. Yang tinggal hanya tiga orang sakit :(
4. Sakit ni adalah titik tengah antara sihat dan mati..ikut adat dan lojik akal, orang sakitlah yang bakal menemui ajal terlebih dahulu kerana ia lebih hampir dengan kematian berbanding orang sihat.. tapi banyak pula yang terjadi adalah sebaliknya.
5. Aku selalu juga dengar ayah tertanya-nanti tentang mati. Dia dah lama sakit. Mak pun sakit juga. Bila ayah dikhabarkan tentang orang meninggal di sekitar kampung dan kampung sebelah menyebelah, dia jadi berfikir dan selalu merungut kenapa mereka dengan senang meninggal. Agaknya dia mula berfikir dia menderita sakit lama, dan dah agak bosan agaknya dengan sakitnya itu, tetapi belum dipanggil Ilahi. Bila dia terfikir begitu, aku pula berfikir begini " agaknya macamanalah kalau aku yang tiba-tiba mati dulu, atau mak yang pergi meninggalkannya dahulu?"
6. Teringat lagu Wings dulu, " Cari perhentian di mana nak berhenti.."
aku jiran kepada banggul limau..kampung kecil..penduduk sikit..tp ada jiwa yg hebat disitu. cikgu matematik aku pun duk banggol limau..usop korr...pok dare mung ahh...
ReplyDeleteinsya balik ni nok jengok gok saing baik aku..pok mat a.k.a ayoh mung..buleh guraa mcm member2 okmo kalu yer nge aku..
sebenornya aku pun makin lupa akan saat saat sakit...ni tengoh sihat..owoss...timakaseh mengingatkan aku wahai sahabat.
The Farouk,
ReplyDeleteCikgu usop tu bukan pok sedara aku, pok dua pupu la...apa daa..sekarang mung sakit..jatuh mutor hahaha
Specialshowtoday.
ok