Tuesday, June 30, 2009

Kambing Hitam Ke?

Apa khabar kau di sana?
(entri tiada kena mengena dengan gambar)


mbek....

mbek... mbek...

mbek.... mbek... mbek...

mbek... mbek... mbek...mbek...

mbek... mbek... mbek...

mbek...mbek...

mbekkkkkkkkkkkkkkk..........

Monday, June 29, 2009

Kawan dan salah, Lawan dan mati

Nama: Nur Amylia Ezzati
Masalah : Sindrom Down
Sekarang sedang berada di HSNZ, terlantar akibat tersepit kaki dalam roda motosikal;
Tulang belakang betis dan tumit hilang akibat kemalangan tersebut ;
berkemungkinan hilang upaya untuk berjalan (Naudzubillah);
sama-samalah berdoa supaya dia cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa.
adil ke 9 lawan 1?
Kalu adil, kitab mana yang ajar begitu?
Apa lagi 10, 11, 12, 13 14,15, 16,17 ,18 lawan 1
Bukan saja tak adil malah ia memeras, menindas, mengugut dan yang sekutu


Sabar Umar atau marah Umar perlu di ikut?
Jika sabar adakah betul ia adalah patut
Jika marah adakah itu yang sebenarnya di tuntut?


Kemahiran mana yang perlu diperlaku?
menipu-muslihat supaya dapat bersatu..
berlawan terus dan tamatlah riwayatmu...


Kamu keliru?
Hahaha aku pun ragu..
bijaksana mana yang perlu di temu..


Friday, June 26, 2009

Tag Dari Pn. Rafidhah

Lagi2 tag. Lepas ni aku harap aku tak dapat doh tag tug ni... Kiranya aku ni kalau orang sweeden panggil"nizdmruih" lah....atau dalam bahasa melayunye "pemalas"


1. Bekas kekasih saya – Judliza Adzlizan

2. Saya sedang mendengar – kelapa yang jatuh serta guruh yang berdentum-dentam

3. Mungkin saya patut – buat lesson plan sebab dah miss dah seminggu

4. Saya suka – tengok ikan kat bilik saya ni

5. Sahabat-sahabat saya – buat apa agaknya sekarang ni, tengah main dengan anak-anak ke?

6. Saya tak faham – dengan Majlis Sukan Negara

7. Saya kehilangan – kad pengenalan sebanyak 3 kali hahaha cakduh sungguh

8. Ramai yang berkata – mung tunggu mende lagi? Pada saya..

9. Cinta itu adalah – kehendak naluri dan fitrah…..juga, syaitan!

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – duduk di atas kerusi roda sambil memandang keluar rumah

11. Saya akan cuba – memujuk hati supaya sentiasa bersabar

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – abadi

13. Telefon bimbit saya – dah rosak satu, betul-betul menyusahkan saya

14. Bila saya terjaga – mesti saya tak tertidur

15. Saya paling meluat – dengan firaun, namrud dan orang yang berperangai macam mereka

16. Pesta/parti adalah – pesta pantai (RIP) dan Parti Tupperware

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – sang kancil

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – tak tahu

19. Hari ini – saya tak menege jagung

20. Malam ini saya akan – tidur, malam esok pun saya akan tidur, malam lusa pun saya akan tidur selagi saya tak mati

21. Esok pula saya akan – pergi ke sekolah..eh brapa kali sabtu nak kena sekolah ni ha?

22. Saya betul-betul inginkan – rumah

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini – saya tengok telinga masih bengkak walaupun sudah pecah

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – Mydin Mall, Astaka

25. Makanan Barat atau Jepun? – Dua dua x suka

26. Bilik yang terang atau gelap? – tengok kesesuaian masa

27. Makanan segera adalah – blh tahan

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – "baru balik ni, kekgi ah ambe gi making nasik”

29. Lepas ini saya akan – keluar dari bilik ini

30. Siapa yang anda ingin tag – tak tahu

Tag Yang Tertunda


1. Copy badge "2009 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
..Farah.Dia pandai menulis dan ada hati yang agak besar. Tapi aku tak pernah teropong hatinya apa lagi melakukan pembedahan untuk mengiyakan kenyataan aku tadi dan aku tak kenal pun dia sapa.. tapi dia seorang kawan.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
a) makan x jadi isi..jadi tulang agaknye
b) suka dengar (tgk jugak) Janis Joplin, Bob Dylan, Roger Waters,The Doors, Iwan Fals, Tracy Chapman, Jewel, Norah Jones, Sheryl Crow, Kembara, Jamal Abdillah, Wann, Juliza Adzlizan, Shidee / Sil Khannaz, Langsuir, Wings, Search, Cryptic Malediction / Kasih Sayang, Inikah Hidup, Strict Tease, Sleepy Jeremy, JellyBelly, Rai Ko Ris, Down to Earth, Dully Dog and the , the, the / Mawaddah, Hadad Alwi n Sulis, Hijaz, Ustaz Shamsuri.
c) Suka baca tulisan Pramoedya Ananta Toer, Hamka, Said Zahari, Nik Abdul Aziz, Abd Hadi Awang, Hishamudin Rais, Subky Latif, Abd. Aziz Bari, Bernie Tan, Lee Ban Chen, Andrew Mathew dan lagi dan lagi..
d) PR kureng sikit terutama dengan orang yang pegawai-pegawai
e) Suka makan maggi bila demam
f) Tak suka makan daging, ayam, ikan besar..tapi aku bukan veggie, vegan atau pun vegetables
g) Ada kenalan lebih dari seribu (datang dan pergi)
h) Dulu masa aku baca buku “Aku Melawan Teroris!” karangan Imam Samudera, aku beragan-angan nak pergi Afghanistan…siap bagi motivasi kat kakak seorang budak yang adiknya belajar di Timur Tengah, yang suka berpesatuan yang ala-ala jihad supaya dia jangan gentar dan sepatutnya bersyukur memiliki adik yang sangat waja hatinya. Hahaha.. Sungguh bersemangat sampai miss kelas dengan dia-dia sekali dan dengan beberapa orang kawan lain lagi yang asyik membaca di library..Aku x hasut korang ponteng kelas pun ahh…jgn salah faham
i) penjagung bersama rakan-rakan kat teluk ketapang sebagai kerja main-main
j) Sayang anak butir bernama Hakimi b. Shamsudin
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Salah satu kelemahan aku ialah aku tak pandai memilih..eh betul ke? hahaha
p/s: Pn Rafidah tag anda nanti dulu eh

Thursday, June 25, 2009

Awang muke bekok

Patutlah sehari dua ni, aku rasa macam nak demam je..rupanya aku nak dapat anak..Tapi mmg sedari awal lagi aku tahu demam ini bukanlah kerana influenza A (H1N1)

Kejadian telinga bengkak laksana jerawat batu yang besar melanda lagi diriku. Ni bukanlah kali pertama aku menghadapi situasi ni, sudah agak kerap.. Dan biasanya tubuh aku menjadi lemah bila 'anak' ini mahu keluar...semalam pun di tengah-tengah malam aku terjaga dari tidurku..rasa x senang tidur..rasa lenguh-lenguh seluruh badan..Dan pagi tadi aku rasa amat berat untuk bangun.. bangun dan tidur kembali..dan kemudiannya bangun tergesa-gesa bila memikirkan masa sudah agak lewat untuk mempersiapkan diri bagi tujuan solat, mandi dan ke sekolah!


Mereka semua Prihatin

Tiba di sekolah aku ditegur oleh murid-muridku yang nakal "woh bapok telinga cikgu..bakpe telinga cikgu bekok cikgu?". Aku bukanlah jenis yang suka melihat cermin di waktu pagi. Di waktu petang pun, juga di waktu malam; aku tak suka tengok cermin! walaupun kat bilik aku ada cermin...kat kelas aku pun ada dua cermin yang besar...tapi aku tak suka tengok!

Bila mereka tegur begitu baru aku teringat akan keadaan telinga aku..tiba-tiba baru aku terasa sakit, baru terasa berat telinga ini..tapi aku buat tak layan sangat. Budak2 tu diam dari bercakap-cakap tentang telinga aku bila aku herdik mereka kelas sedang bermula.

Dulu di sekolah lama pun kejadian ini biasa terjadi...tetapi biasanya 'anak' ini menyerang bahagian muka sama ada di pipi, dahi. dagu atau dekat hidung..semuanya besar-besar belaka. Sekarang pun di sebelah pipi kiri di bawah sekali antara telinga dan dagu masih terasa ketulan itu yang tidak hilang sejak sekian lama walaupun tidak membengkak. Murid-murid di sekolah lama pun sering kali menegur akan kejadian ini...bahkan guru sekalipun.. namun bezanya murid di sana menegur dengan penuh prihatin dan dengan penuh rasa kasihan..bila diterjemahkan soalan mereka adalah lebih kurang begini

murid : Kenapa?
Aku : Kena makan dek hantu?
Murid : (sambil tak percaya) sakit tak? (sambil muka berkerut)
Aku : Sakitlah
Murid : Pergi hospital
Aku : Hospital? Dah..dah..dah pergi pergi pergi (halau mereka untuk bersurai)

Di sini, muridnya ketawa je melihat keadaan telinga aku yang besar ni.. ada yang kata "ha ha telinga cikgu bekok". Bengkek betul rasa.. tapi aku ambik semua tu sebagai sifat prihatin mereka terhadap aku..tidak semua, tapi adalah..

Mimpi

Biasanya malam sebelum 'anak' ini keluar aku selalunya bermimpi. Mimpi yang berbelit-belit dan meletihkan.. Sebab tu aku selalu saja jawab kena makan dek hantu bila ada murid tanya (murid sekolah lama). Aku pun x tahu apa kaitan mimpi itu dengan 'anak' ini. Tapi aku selalu perasan bila 'anak' ini keluar aku ada mimpi yang bukan-bukan pada malam sebelum ia keluar. Kali ini pun sama..2 malam aku bermimpi yang berbelit-belit. Malam sebelumnya aku bermimpi..dan bila bangun aku perasan ada ketulan kecil yang sakit bila dipegang dekat telinga aku.. Aku cuba picit..sangat sakit tapi tidak keluar apa-apa. Semalam aku bermimpi lagi..masih lagi berbelit-belit dan meletihkan sampai aku terjaga di tengah malam..dan aku rasa lenguh seluruh tubuh.. Hari ini dia keluar saiz yang mengkagumkan

Air

Aku tidak mengambil mimpi sebab akli yang membuatkan aku dapat 'anak' ini. Aku sangat perasan bahawa aku kurang minum air putih sehari dua ni.. Memang dalam kehidupan seharian aku pun aku kurang minum air putih dan aku tahu itu sangatlah tidak baik untuk kesihatan..tetapi memang aku ni jenis yang kurang minum air putih...Bayangkan mendaki gunung tebu hanya dengan sebotol air dan air itu pun tak samapi separuh habis dah sampai ke puncak sedangkan orang lain berbotol-botol..siap teguk air dari botol bekalan aku yang sebotol tu lagi...Mungkin sebab tu juga aku ni kurus sangat. Kah kah kah! Tapi dalam sehari dua ni aku mmg sangat-sangat kurang minum air putih..mungkin sebab tu la 'anak' ini keluar, ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang sangat panas sekarang ni.

Pantang!

Aku juga tidak suka sangat pantang ni. semalam aku makan belacan (sambal pedas) kat sekolah, ari ni jugak. Dan kat rumah pun aku makan kicap dan lada yang membuatkan lagi ia membesar. Lidah aku tak berapa masuk sangat dengan makanan-makanan yang kurang pedas.

Waktu Puncak

Bila tengahari je, 'anak' ini akan selalu meragam..nyut nyut nyut rasa..sakit sampai ke kepala..dan aku rasa macam ada benda meleleh je kat telinga aku, tapi bila aku letakkan tangan ku dan rasa telinga ;- tidak ada apa-apa. Hari ni aku x pergi menguruskan bil-bil walaupun gaji sudah masuk..aku takut ia pecah di tempat orang ramai..atau ia akan menjadi lebih besar bila terkena panas terik matahari. Bila tidur juga begitu, aku rasa macam ada anggota-anggota dan ahli-ahli kuman yang bertugas membuat kerja kat telinga aku. Rasanya macam sekumpulan semut merayap-rayap dan bila aku bangun..Nah! lagi besar.

Rawatan

Aku bukanlah orang yang suka pakai produk-produk atau consume ubat-ubatan kecantikan dan sebagainya..adala..tapi tak suka.. kalau beli ubat pun mesti tak ingat nak makan.. buat membazir je.. Aku sebenarnya ada cita-cita nak pergi berbekam kepala..tapi aku rasa gerun pulak..hahaha
.
...dan mak aku selalu panggil aku Awang Muka Bekok!

p/s : gamaknya aku kena pakai tudung esok mase nak jual jagung..nak pakai snow cap takde

Monday, June 22, 2009

Hidup Cara Sendiri (Kembara)

"Kalau cuaca mcm ni, tiga minit lg pasti hujan turun !" - Tok bomoh hujan

Di saat aku menulis ini, hujan baru berhenti dari mencurahkan isinya yang lebat...Ini adalah berhenti untuk kali ke-3 dan mungkin tidak akan ada lagi hujan pada hari ini, melihat kepada keadaan langit dan suasana. Hujan tapi sekejap sekejap.. kalau nak buat umpan tido pun tidak berbaloi sebab dalam keadaan hujan yang lebat begitu pun, suhu masih lagi terlalu panas.. masih suhu biasa sebelum hujan. Kalau dulu, bila hujan menerjah bumi, aku sering saja membayangkan tidur yang lena... Rasa riang ria selalu berputik di dalam hati tatkala bau hujan membelai hidung. Angan-angan terpasang sendiri...tidur mesti syok!
Pentas dunia pun seringkali seperti "hujan sekejap-kejap"..Ada berita tak pun cerita, yang disensasi-sensasi, tetapi mati walaupun cuba dipupuk-pupuk.. hilang..mati..sementara menungu nafas baru untuk menjadi kembali sensasi.... Ada berita tak pun cerita yang timbul walaupun ditutup-tutup...kemas tak bernyawa..dan muncul kembali dan tutup kembali persis hujan panas yang hujan-hujan dan berhenti-berhenti..


16 september tiada jaminan berhenti tak muncul lagi,
kerajaan perpaduan tiada jaminan berhenti x kunjung lagi
El Nino, sapa sangka dah lama mati akan muncul kembali..tunggulah Ogos ini
Di dalam muzik pun begitu... Di dalam trend dan fashion pun begitu... Di dalam negara pun sama, di luar negara pun begitu juga.Biasa orang cakap ia laksana roda yang berputar, ada zaman kita di sini ada zaman kita di sana. Recycle semua benda!

Melayan teramat penat, tidak melayan kita tersesat barat!

Wednesday, June 17, 2009

Pengerusi KEBARAT berumah tangga!

Lokasi kejadian : Kg Serdang Baru
Tarikh kejadian : 12/06/09
hok jadi kije : Pok Cang dan Isteri
Hok dok jadi kije : Hok paka baju putih tu (sape ambik gambor ni?)
Hok jadi anak : Salahudin ke mende ni (anak mamat)

Pok Cang, Pok Isang, Samero( Sam Hero [gile koya] )..sume nama dia... dalam geng2 KEBARAT(Kelab Bulu Tangkis Bahang Rambang Terengganu), aku rasa dialah player paling ngetop.. Aku kenal dia melalui Basri Jaya, terserampak dekat ceramah Mat Sabu dekat longkang Besar Jalan Kamarudin masa nak Pilhan Raya Kecil Kuala Terengganu ari tuh.. x sangka pulak rupa-rupanya dia pun duk kat sekitar-sekitar kampung je.. dan x sangka pulak dia dah kawin..angin x dok ribut pun takdok..jumaat baru ni aku gi la kenduri rumah dia...ntah hari mende dia menikah pun aku x tahu.. Gara-gara lama sangat tak main badmintonla ni... aku jadi x tahu maklumat.. dan dia pulak satu hal..buat keje last minute.. Apa pun tahniahlah buat pasangan ini.. Baraka lakuma, wa baraka alaikuma!

Wednesday, June 10, 2009

Merci Mon Dieu

Dah lama aku x update blog… dua tiga minggu kebelakangan ini sibuk sikit dengan kerja…nak menege jagung pun susah… ntah macamana keadaan tapak perniagaan kami sekarang… spend masa kat johor saja dekat 2 minggu, langsung x berpeluang membuka laptop.

Jadi sehari dua ni, aku ambik masa sepuas-puasnya berehat di rumah.. x merancang aktiviti dan tak berapa nak keluar sebab aku x mahu buat rumah aku seperti hotel.. rasa nak keluar; keluar – rasa nak masuk; masuk. Dah makin berusia ni, rasa segan pulak. Keprihatinan org tua pulak semakin tinggi terhadap aku… dulu tidak kisah aku ke mana pun, sekarang pantang keluar, mesti dia nak tahu ke mana aku pergi, atau di mana aku berada.

Malam semalam aku dikejutkan dengan salam dan ketukan jiran tetangga..baru je nak sembahyang isyak, terbantut seketika… ada kematian yang pengadu tersebut tidak benar2 confirm dan x tahu nak buat apa.. terus aku x jadi semayang isyak..dan nasib baik jugala ada adik aku, makanya aku suruh dia pergi memberitahu jiran-jiran yang lain sedang aku bergegas ke tempat kejadian.. bila tiba je aku tengok sekujur tubuh sedang kaku di atas katil dengan kepala mendongak lagit, mata terbuka sambil kedua-dua tangan berada dlm keadaan seperti orang takbir, tetapi tidak rapat ke kepala dan telinga..kaki terjuntai ke bawah..biru..sejuk.. confirm! Innalillahiwainnailaihi rajiun.. tubuhnya sudah agak keras, tetapi masih boleh dibetulkan. Sedang aku membetulkan keadaan jenazah orang sudah mula sampai ke rumah si mati ini, termasuklah sanak saudaranya

Si mati adalah seorang pekak (orang kampong panggil bisu), yang hidup berseorangan di rumah.. Kawan-kawanku pernah beberapa kali terserampak dengannya waktu malam memegang parang sambil tak berbaju..sungguh misteridan menyeramkan kata kawan-kawan. Aku cakap x de misterinya, dia cari ular la tu. Menurut jiran yang lain, pada petangnya arwah masih lagi kelihatan dengan motosikalnya. Rasa macam x munasabah pulak. Tapi itulah dikatakan ajal maut di tangan Tuhan…tidak kurang dan lebih sesaat pun bila tiba masanya pasti kita akan pergi meninggalkan dunia fana ini… aku sangat takut, dalam kesibukan aku dengan kerja-kerja dunia ni aku pun akan ditarik nyawa macam tu..mintak-mintaklah di jauhkan, Nauzubillah... Biarlah aku berada dalam keadaan yang tenang sebelum aku dicabut nyawa.