Wednesday, June 10, 2009

Merci Mon Dieu

Dah lama aku x update blog… dua tiga minggu kebelakangan ini sibuk sikit dengan kerja…nak menege jagung pun susah… ntah macamana keadaan tapak perniagaan kami sekarang… spend masa kat johor saja dekat 2 minggu, langsung x berpeluang membuka laptop.

Jadi sehari dua ni, aku ambik masa sepuas-puasnya berehat di rumah.. x merancang aktiviti dan tak berapa nak keluar sebab aku x mahu buat rumah aku seperti hotel.. rasa nak keluar; keluar – rasa nak masuk; masuk. Dah makin berusia ni, rasa segan pulak. Keprihatinan org tua pulak semakin tinggi terhadap aku… dulu tidak kisah aku ke mana pun, sekarang pantang keluar, mesti dia nak tahu ke mana aku pergi, atau di mana aku berada.

Malam semalam aku dikejutkan dengan salam dan ketukan jiran tetangga..baru je nak sembahyang isyak, terbantut seketika… ada kematian yang pengadu tersebut tidak benar2 confirm dan x tahu nak buat apa.. terus aku x jadi semayang isyak..dan nasib baik jugala ada adik aku, makanya aku suruh dia pergi memberitahu jiran-jiran yang lain sedang aku bergegas ke tempat kejadian.. bila tiba je aku tengok sekujur tubuh sedang kaku di atas katil dengan kepala mendongak lagit, mata terbuka sambil kedua-dua tangan berada dlm keadaan seperti orang takbir, tetapi tidak rapat ke kepala dan telinga..kaki terjuntai ke bawah..biru..sejuk.. confirm! Innalillahiwainnailaihi rajiun.. tubuhnya sudah agak keras, tetapi masih boleh dibetulkan. Sedang aku membetulkan keadaan jenazah orang sudah mula sampai ke rumah si mati ini, termasuklah sanak saudaranya

Si mati adalah seorang pekak (orang kampong panggil bisu), yang hidup berseorangan di rumah.. Kawan-kawanku pernah beberapa kali terserampak dengannya waktu malam memegang parang sambil tak berbaju..sungguh misteridan menyeramkan kata kawan-kawan. Aku cakap x de misterinya, dia cari ular la tu. Menurut jiran yang lain, pada petangnya arwah masih lagi kelihatan dengan motosikalnya. Rasa macam x munasabah pulak. Tapi itulah dikatakan ajal maut di tangan Tuhan…tidak kurang dan lebih sesaat pun bila tiba masanya pasti kita akan pergi meninggalkan dunia fana ini… aku sangat takut, dalam kesibukan aku dengan kerja-kerja dunia ni aku pun akan ditarik nyawa macam tu..mintak-mintaklah di jauhkan, Nauzubillah... Biarlah aku berada dalam keadaan yang tenang sebelum aku dicabut nyawa.

8 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihi rajiun... Semoga rohnya dicucuri Rahmat Illahi.

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah buat dia yang telah kembali kepada Penciptanya. Tiba-tiba teringat pula kisah pemain bola sepak yang sedang beraksi lincah di padang tetapi tidak semena-mena rebah dan terus meninggal dunia. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Semoga kita nanti diambil dalam rahmat dan keredhaan Nya.

    ReplyDelete
  3. kl xsilap aku...arwah suka bwk parang..iring lembu petang2...al fatihah..

    maka hilanglah misteri2 lelaki berkain senteng disekitar banggol limaa...

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihi rajiun..

    ajal rahsia Ilahi....

    ReplyDelete
  5. Nur, Nafastari, Marniyati, Makcu
    Semoga rohnya di cucuri rahmat dan semoga kita semua pun cukup bekalan sebelum dipanggil olehNya.. Amin.

    Farouk,
    Bukan..Pak Kob sudah lama arwah. Allahyarham adalah saudara Jalal ( insan pekak bermotorsikal yamaha cub merah)

    ReplyDelete
  6. Walaupun berjiran, rasanya mcm bertahun2 tak jumpa dia. Ye lah, balik kg pun skali sekala. Dan yg sekali sekala tu pun tak berkebetulan terserempak/berjumpa dengan arwah.

    Innalillahiwainnailahi rooji'un.

    ReplyDelete
  7. Al fatihah...aku sring knang nsib mrd2 pkak d kmudian hr....

    ReplyDelete