1) Ini Azhar. Umur 9 tahun. Start dari dia pakai baju ni, aku mula memanggil namanya dengan panggilan Professor Azhar. Azhar pakai baju tu sebab dia terkencing di dalam seluar. Sudah beberapa kali kejadian ni terjadi, malah dia acap kali jugak terberak. Selain mengalami masalah pembelajaran, Azhar juga mengalami masalah tak boleh tahan kencing atau berak..ia adalah satu penyakit yang dihidapinya setiap sebulan atau dua bulan sekali. Time dia terkena penyakit itu, kadang- kadang ia akan membawa kepada 3/4 hari berturut-turut. Selepas itu akan kembali kepada keaadaan normal.
2) Azhar ni, tergolong dalam kumpulan 'low function'. mempunyai masalah koordinasi dan sukar membuat gerakan motor halus...tetapi sekarang dah banyak jugaklah dia boleh. Dia dah boleh menulis huruf huruf yang di sambungkan (huruf titik-titik) dan boleh juga meniru huruf contoh dalam skala yang sedikit. Jika tidak di lihat dengan elok, dan tidak pandai menganggarkan masa, dia akan menconteng kembali hrurf-huruf yang disambung. Azhar juga dah mula boleh mewarna tanpa keluar dari gambar...tetapi teramat lambat. Dia juga dah boleh menggunting garisan lurus yang besar walaupun masih lagi "reyot herong'. Terkadang mengikut mood...
3) Satu sifat Azhar yang masih belum boleh diubah ialah dia suka membuat sesuatu gerak kerja pembelajaran dengan berdiri. Aku dah kerap sangat suruh dia duduk di atas kerusi. Kadang-kadang aku tindan dua, tiga kerusi supaya dia selesa (dia rendah-meja tinggi). Paling lama pun dalam 2 minit dia duduk atas kerusi tu, lepas tu dia kembali berdiri untuk melakukan kerja. Tapi semasa sessi pengajaran umum, tanpa dia perlu buat kerja, dia akan duduk elok di atas kerusi. Azhar paling suka kalau aku mengajar dengan menggunakan lap top, kalau benda tu dia kagum gila, dia akan panjat meja dan menghampiri skrin lap top.
4) Azhar seorang yang peramah. Dia suka tanya soalan pada aku dan soalan 'favorit' dia ialah "wat nde ekgu?". Kadang-kadang kalau aku sudah pun menjawab soalan dia tu pun dia masih bertanya soalan yang sama dengan begini: "hah egu wat ende? ekgu, ekgu want nde ekgu?"
5) Satu perkara mengenai budak-budak khas ini ialah mereka tak mengejek sesuatu kejadian sepanjang tahun. Contohnya apa yang berlaku dekat Azhar ni. Masa di sekolah lama dulu, ada satu kejadian di dalam bas sekolah seorang murid tahun enam, perempuan, berumur 14 tahun, pengawas..terberak. Mereka hanya mengejek sebentar..bukan bermaksud mengejek, tetapi memberitahu dan mungkin melahirkan rasa tidak puas hati kerana berbau busuk. Selepas berhenti di stesen minyak dan naik semula mereka berbaik-baik semula. Tiada kisah ungkit mengungkit pasal kejadian berak tadi. Aku rasa kalau budak normal, sepanjang tahunla lekat panggilan berak. Mungkin begini gelarannya "Azwan berok" atau "Ali berak dalam seluar" atau barangkali ringkas "Minah uk uk".
6) Azhar ada 6 jari pada tangan kanan, kadang-kadang aku bergurau dan mengacah untuk potong jarinya yang terlebih itu. Hahahaha. Dan kalau dia buat hal yang berlebihan aku akan mengangkat dia dan mengacah untuk memasukkan ke dalam tong sampah..bukan yang dekat kelas, tapi dekat luar kelas.
p/s : Orang yang sakit lama tak mati-mati. Orang yang melawat orang sakit pula tiba-tiba mati. Inilah yang dikatakan ajal, walau bersembunyi di dalam batu pun akan menemui maut bila tiba saat ajalnya.
Al Fatihah untuk al marhum Sultan Johor yang mangkat hari ini.
Sedang Mendengar :::: Stairway to heaven ( Frank Zappa)
"Mereka mengetahui apa yang zahir dari kehidupan dunia, padahal dalam urusan akhirat mereka lalai" - Ar Rum 30: 7
mulia sungguh keje yang mun buat ni beri.. aku kalu mun tulis pasal anok-anok murid mun mesti aku rase nk nangih walaupon mun buat lawok.. huhu.. bukan mun je.. semua guru-guru laa dlm dunia ni especially guru-guru kanak-kanak khas.. aku tau bukan senang nk jage, sbb sepupu aku ade sorg hok autism.. aku doakan semoga mun dan semua para-para guru berbahagia dan selamat di dunia dan di akhirat dan diberkati Allah selalu.. amin..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteInsya-Allah, Professor Azhar ini akan menjadi ahli syurga. Semoga dia sentiasa dilindungi Allah daripada segala kejahatan diri sendiri dan kejahatan orang lain terhadapnya. Semoga cikgunya juga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Amin... :)
kirim salam kat professor
ReplyDeleteInsyallah ahli syurgalah beliau..
ReplyDelete=)
Apih, Pn. Marni dan Pn Rafidah,
ReplyDeleteAmin, semoga doa kalian dimakbulkan Allah SWT
Anonymous,
siapa ni? Ko ke Rul? Kan dah ada blog, gunalah nick blog...Apa-apa pun aku akan cuba sampaikan salam ko kat prof kalau aku igt
hehe..
ReplyDeleteanonymous,
ReplyDeleteengage...
doa ke orang jong jage dia sama- Skoloh aku pon ada pend. khas...tapi banyok yang lemah belajor je. Kebetulan baru2 ni ada yg baru berak dlm seluar.
ReplyDeletealahai..betol2 dugaan ye nak ajar murid macam azhar.. kene sabar lebih tu. kene kuat semangat yag pentingnya...
ReplyDeleteMatyie,
ReplyDeleteAmin..ye ke? mung ngajor sekolah bende doh? kalu brani ejas mintak tukar prog. pendidikan khas la bro!
Saya,
Iya..kadang2 kena juga tahan telinga dgr cacian budak2 yang "high function"
Skolah biasa, Pen khas, sekelah je, dok sampai 20 orang aku rasa. Xleh, orang hok sabor2 je boleh jaga pend khas.
ReplyDeletebtw- Zappa pong ada cover stairways to heaven. Ce mu dengor lirik lagu tu molek2, what you nmake out of it?
sama dengan sekolah aku la tu bro. Dia panggil integrasi..pendidikan khas di sekolah biasa. Mung pun blh tahan penyabar aku rasa. Blambok org bawak stairways to heaven ni..., ooh it makes me wonder, ooh its really make me wonder
ReplyDeleteaku suka azhar ini...
ReplyDeleteMakcu,
ReplyDeleteAku pun suka