Saturday, January 9, 2010

Percayalah, setan selalu beserta kita - Doel Sumbang

Terkejut besar aku semalam, ketika dalam perjalanan ke Rusila, apabila seorang kawan (apih), membaca dengan kuat satu sms yang dihantar kepadanya mengatakan Salahudin mengutuk keras kejadian menyerang gereja. “Guane, serang gereja pulok doh?”, aku bertanya meminta kepastian. Sambil jiwa aku mengetus penuh emosi yang aku cuba tahan-tahankan.. Aku menjadi begitu resah, sebenarnya..tetapi tidak pula aku tonjolkan keresahan aku dalam bentuk zahir dan kata-kata hamburan.

Apa nak jadi dengan manusia-manusia yang hidup dalam Negara Malaysia? Perlakuan menyerang gereja selain dikutuk oleh Agama Islam sendiri, ia juga menunjukkan bahawa peradaban manusia di Malaysia sungguh-sungguh jauh daripada ketamadun umat, malah boleh aku katakan ianya jahilliyah. Sesal sebentar rasanya berada di bumi ini. Apa aku nak jawab kalau Michelle tanya? Macamana aku nak jawab kalau Jayamani tanya?

Penggunaan Nama Allah oleh Agama Kristian
Lega rasanya bila PAS membuat pendirian yang aku kira sangat tepat, iaitu agama-agama samawi tidak salah menggunakan perkataan Allah jika kena pada tempatnya.. Dikala orang sibuk-sibuk melenting pasal penggunaan nama Allah ini, aku cuba menganggapkan bahawa ianya sengaja diperbesar-besarkan supaya ia dapat menutup kes-kes berprofil tinggi yang sedang dibincangkan terutama kes kehilangan enjit pesawat pemintas F-5E, yang cuba dikambinghitamkan pegawai berpangkat rendah. Ianya sama dengan penghebohan golongan black metal di Malaysia, satu ketika dahulu, untuk menutup berita-berita skandal yang membabitkan pemimpin tertinggi Negara..skripnya diulang-ulang.

Tentang Perlembagaan
Sahabat karib menulis bahawa dalam isu penggunaan nama Allah oleh Herald, ia meletakkan kesalahan kepada Perlembagaan Persekutuan. Dahulu, semasa aku mengaji, aku selalu memberikan pertentangan dengan isi kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan atau lebih glamer dizaman pengajian aku hari itu dengan nama “Federal Constitution”. Aku sentiasa tidak berpuashati membaca kes-kes judiciary lampau yang tidak memihak kepada perlaksanaan hukum berdasarkan syariat yang diputuskan mahkamah syariah, kerana mahkamah syariah berada dibawah bidang kuasa state list dan peruntukan FC selalu menyebut, jika ada mana-mana jurisdiction daripada mana-mana mahkamah yang bercanggah atau ‘overlap’, maka , FC prevail!..Aku juga berasa begitu marah dengan arwah Tunku Abdul Rahman yang menjustifikasikan artikel 3(1) dengan mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan agama rasmi ialah ianya hanya atas maksud kepada “ritual ceremony’ dan bukan bermakna bahawa negara ini adalah Negara Islam yang sebenarnya….(cis aku bercakap mengenai perlembagaan sedangkan aku hanyalah seorang penggagal!)

Jagat!
Pun begitu (ceh gila kepala ayat), bila aku sedang meningkat umurku, dan bila dikaji semula kandungan FC, aku merasakan ianya masih boleh diterima pakai…Memang ia sekular!, dan memang ia digubal oleh Lord Reid, iaitu penjajah yang bukan beragama Islam, bersama kalau tidak silap lapan orang lagi. Diantara ke Sembilan orang penggubal FC ini hanya seorang sahaja beragama Islam yang didatangkan khas dari India. Tetapi dalam konteks sementara waktu yang agak panjang, ianya masih sesuai. Dikhabarkan Perlembagaan Rakyat 1947 yang diusahakan oleh golongan kiri lebih mesra rakyat dan bersifat demokratik daripada FC, maka jika perlembagaan itu dilaksanakan maka ianya adalah bonus..dan mungkin kecelaruan rakyat tidak banyak seperti sekarang. Akan tetapi jika Dustur berasaskan Al-Quran dan Hadith, maka tidak syak lagi, perjalanan Negara akan menjadi lebih baik dari segala hukum yang terbaik.

Ia bersangkutan dengan orang!
Masih lagi dengan FC, ia sebenarnya bersangkutan dengan interpretasi. Yang membuat interpretasi adalah orang, dan orang itu adalah para hakim. Artikel 3(1) dengan jelas mengakui bahawa agama Islam adalah agama rasmi, sambil mengesahkan bahawa agama lain juga boleh diamalkan dengan bebas di Negara ini. Artikel 11(1)(4) pula dengan jelas menegaskan bahawa undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan (bg KL, Labuan dan Putrajaya), boleh mengawal dan menyekat mana-mana doktrin agama yang cuba disebarkan kepada penganut agama Islam. Dan yang penting, YDPA diakui sebagai ketua Negara. Dan dalam jadual 4 FC, ikrar perlantikan YDPA, dengan jelas memulakan dengan basmalah dan bersumpah dengan Wallahi: Wabillahi :Watallahi. Jika diinterpretasikan dengan betul-betul, maka merujuk kepada perlembagaan ini, bahawa memang Negara ini Negara Islam, dan undang-undang Islam boleh tertubuh di negara ini melalui bidang kuasa mahkamah syariah di setiap negeri-negeri. Tapi ia bersangkut dengan interpretasi personal para hakim, dan orang yang mula-mula mempengaruhi hakim Malaya ialah Tunku dengan statementnya.

Separation of power
Sepatutnya Negara ini mengamalkan kuasa-kuasa yang terpisah iaitu executivelegislative (perundangan -refer pada parlimen ye, yang enact bill, ) – judiciary (penghakiman). Tapi rata-rata keputusan hakim yang melibatkan hubungkait dengan kuasa eksekutif biasanya kuasa kehakiman itu ditelan lenyapkan oleh kuasa eksekutif. Kuasa kehakiman di Negara ini sangat bergantungan (dependency) dengan kuasa eksekutif. Mungkin sebab gaji dan jawatan kahkahkah.. Dalam Islam ia tidak mengenal semua ini dan para ulama fikah bersependapat bahawa gabenor-gabenor dan juga pemerintah tertinggi akan menghadapi perbicaraan dan hukuman yang sama seperti orang lain. Sedang Amirul Mukminin Saidina Umar sendiri pernah ditegur oleh Qadhi. Tetapi di Negara ini terutamanya, bahkan di negara-negara ia berlaku sebaliknya. Hakim di sini sejak mula-mula sampai sekarang takut untuk membuat interpretasi yang betul dengan perlembagaan yang ada, mereka lebih rela merujuk common law of England walaupun kes itu berkaitan dengan rukun kawin orang Islam. Cis! (Aku sebenarnya boring dengan kes Fatimah vs logam.. itu tahun berapa tu 18 berapa? Berapa kurun dah tu?). Dan sepengetahuan aku, di England sendiri pun, ia tidak lagi menggunakan common law sekarang ni.

p/s : aku menulis mengikut daya ingatan aku, bukan mengikut sumber rujukan dan fakta yang tepat..jadi silalah membuat rujukan, dan betulkan aku jika ada yang tersalah, maklumlah aku sekarang berada dalam keadaan dellusion yang tidak memungkinkan aku mendapat harta waris mengikut "probate and law of succession".
Depa cakap bahasa aku berterabur, susah paham...aku pun tak tahu terjemah..dan aku pun tak pandai Inggeris jugak..azhabu ila sha'tiil bahri fil masa'

erk..surau pulak?

Sedang Mendengar :::: Hukum Rimba ( Marjinal )

"Sesungguhnya Allah menyukai kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kamu menjadikan sebarang kawan kamu dari orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negeri kamu dan membantu untuk mengusir kamu, dan barangsiapa yang menjadikan mereka itu sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim" - Almumtahanah 60:8-9

"Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa" - Al Maaidah 5:8

Sabda Rasulullah SAW "semua kamu adalah dari keturunan Adam, dan Adam itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas orang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa (Bukhari dan Muslim)

8 comments:

  1. pembetulan,
    menurut sahabat dari biro guaman yang saya semabng di laman facebook..yang menggubal FC 5 orang, bukan 9 seperti yang saya tulis. Yang insist letak Islam tu adalah Abdul Hamid dari pakistan bukan dari india..

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Catatan yang menarik. Sungguhpun saya tidak bersetuju orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, namun saya juga sangat tidak bersetuju dengan tindakan menyerang rumah-rumah ibadat.

    Sangat menyedihkan apabila melihat beberapa orang anak muda yang lantang membantah penggunaan kalimah Allah di perkarangan masjid negara semalam menghisap rokok sebaik sahaja melangkah keluar dari kawasan masjid. Bukankah rokok sudah difatwakan sebagai haram? Pertahankan nama Allah tetapi tidak patuh pada Sunnah Allah? Hipokritnya!

    ReplyDelete
  3. Catatan yang sungguh ilmiah kali ini... Agaknya kalau anda bukan penggagal dalam bidang ini, tentu anda juga telah diundang duduk sebaris dengan Prof Aziz Bari di forum2 dan program bual bicara.

    ReplyDelete
  4. inilah yg dikatakan satu malaysia..demm

    ReplyDelete
  5. hasil usaha yg menarik...lebih tajam dari mata pedang.

    ReplyDelete
  6. Salam Pn. Marni
    Terima kasih di atas respon

    Nafastari
    Terima kasih..ilmu saya sangat sedikit sekali. Kalau pun saya tidak menjadi seorang penggagal, saya tidak merasakan saya akan diundang orang hehe

    Makcu,
    Iyalah..iyalah

    are bus,
    Terima kasih kerana sudi menjenguk..anda sedang memujikah atau bagaimana? Jika itu pujian, maka ia membunuh. Anda membuatkan saya takut..

    ReplyDelete
  7. setan tu mmg ada je kat mana2.. lagi kuat iman lagi besor setannya..

    ReplyDelete