Wednesday, April 13, 2011

kawan (jawapan persoalan)


1) Ahmad seorang pelajar universiti, bertandang ke rumah kawannya Boestaman di Terengganu.. Mereka berdua menaiki keretapi (nampak sangat cerita rekaan, Terengganu mana ada kereta api kahkahkah).Kedua-dua mereka mengambil jurusan undang-undang di sebuah univerisiti tempatan. Mereka memang dikenali sebagai sahabat yang baik. Oleh kerana keakraban mereka berdua, Ahmad sedikit sebanyak tahu bahasa Terengganu.. Tapi taklah cekap sangat.

2) Sampai di rumah Boestaman..sepi. Tiada seorang pun kelihatan di rumah tersebut. Boestaman memanggil-manggil ibunya " mok! mok! oh mok!". Tiada yang menyampuk.. tiba-tiba muncul kawan lama Boestaman dari belakang rumahnya. Nama dia Burhanudin - tinggal dibelakang rumah Boestaman. Setelah bersalaman dengan Boestaman dan Ahmad, Burhanudin mengesyorkan mereka supaya mencari ibunya di pasar. Mereka ke pasar, naik kereta Burhanudin. Ahmad duduk di belakang dan cuba menangkap perbualan Boestaman dengan Burhanudin..tetapi dia tak faham sangat.. bahasa Terengganu.. Tiba di pasar..ibu Boestaman tidak kelihatan. "AKU KATE DOH!" kata Boestaman pada Burhanudin.. mereka balik ke rumah kembali

3) Ibunya tersedia berada di rumah.. rupanya ibunya pergi mesyuarat persatuan ibu tunggal kampung tersebut.. Malam itu, mereka makan bertiga, Ahmad, Boestaman dan ibunya. Ahmad seringkali memerhatikan cara ibu Boestaman makan.. lahap, seperti dia dan juga Boestaman sendiri..

4) Malam itu, sebelum tidur, Ahmad dan Boestaman berbual-bual di pembaringan di atas tilam empuk lama bersaiz queen di dalam gelap.. tiba-tiba Ahmad bertanya;

Ahmad: Man, mak mu umur berapa?
Boestaman: Mok aku baru 42 tahong..bakpe (kenapa)?
Ahmad: takdelah..

...sunyi.....

Ahmad: Mak mu pakai gigi palsu eh?
Boestaman: Hah? 000000....

Boestaman ketawa berdekah dekah dengan bunyiah kahkahkahkah..


Acu, cube tere teh....... kenapakah Boestaman ketawa berdekah dekah?

-jawapan setelah sekian lama

Gigi mok takdok

antara skrip yang mungkin.. (semasa dalam perjalanan ke pasar)
Boestaman: mung style confirm je mok aku ade passor
Burhanudin: Dok lah..tapi sekala kalu taing-taing ginning kerek gok aku juppe die passor
Boestaman: gigi mok takdok



4 comments:

  1. Fastri,
    maaf, jawapan abg yie kurang tepat kerana tidak mnepati skema jawapan :)

    ReplyDelete
  2. hadoih..persoalan yang sukar dijawab. hehehehe.. tapi dah lama tak datang jalan2 sini.. apa pon..krm salam kat boestaman. hahahhaha...

    ReplyDelete
  3. saya,
    hehe..saya tak expect jawapan dari sedari, kalau orang terengganu pun sukar menjawab, anda terlebihlah lagi

    ReplyDelete