Monday, February 6, 2012

Hospital lagi

Hari ini aku ke Hospital lagi.. 2 kali dalam sehari. Pertama pergi buat MRI. Para petugas di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik ni kira boleh tahan. Sampai je aku kat bahagian tersebut aku terus ke kaunter dan bertanyakan prosedur. Aku cakap aku perlu tahu segala maklumat sebelum bersedia untuk buat MRI. Aku pun tanya kenapa dikehendaki buat MRI, tidak cukupkah dengan CT Scan?. Nurse di situ menjawab dengan baik dan memohon maaf kerana kurang arif dengan semua benda tersebut, dan katanya bila masuk ke bilik menunggu untuk MRI akan ada kakitangan yang akan memberitahu semua yang aku nak tahu.. baiklah. tak lama tunggu, dalam lima minit dah dipanggil.

Sebagaimana yang aku inginkan, aku diberitahu tentang prosedur dan kenapa dikehendaki membuat MRI. Baiklah. Dalam 40 minit siap MRI. Terima kasih. Tempoh masa yang diambil untuk semua sekali dalam 2 jam. Pukul 11.30 aku dah sampai balik ke sekolah. Tak lekang jugalah aku dengan ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan jabatan itu, sampai makcik cleaner pun aku cakap terima kasih.

Pukul 2 aku ke Hospital lagi. Kali ini ke klinik neurologi. Sampai je kaunter pendaftaran SOPD mereka kehairanan tengok temujanji aku pukul 2. Kata mereka, klinik neuro buka pagi je. Aku cakap, temujanji ni doktor yang buat. Terkebetulan pula temujanji awal dalam kad tu adalah pukul 11, tetapi doktor potong semula buat pukul 2 kerana katanya repot dan prosedur MRI lambat. Jadi dia ubah temujanji ke pukul 2. So aku cakap bukan aku pandai-pandai potong dah ubah masa. Aku pun tak kuasa nak berulang balik ke rumah dan datang balik, tapi terpaksala datang juga sebab dah doktor buat pukul 2. Baru dia diam. Nurse kat situ call doktor dan katanya doktor ada kat wad. Lama kami tunggu........pesakit lain memang tak ada..kami je. Doktor ramai, tapi bukan yang bahagian neuro..bahagian ro ro lain contohnya uronology hahaha. Aku tahu sebab aku nampak doktor yang rawat aku kat sini.

Satu Sister ni pulak (nurse yang pakai baju biru tu kalau nak tahu) datang tanya, mintak kad TCA. aku cakap dah bagi. Seperti sangkaan aku, dia mesti syak yang aku sengaja ubah masa temujanji..Aku dah hangin sedikit. Cakap pun dah sedikit tegang. Demi melihat aku tegang begitu dia jadi kendur. Kali ni sister tu pulak call doktor.. katanya kat wad. Tak lama selepas itu, kami dipanggil oleh ketua jabatan sendiri iaitulah doktor pakar kat situ. Doktor-doktor dan semua kakitangan kat sini panggil dia boss. Doktor neuro tadi tak jugak turun-turun dari wad (kau boleh berprasangka yang doktor tu sebenarnya tak ada pun kat wad). Aku berprasangka baik je lah. Doktor ni (boss) baik-baik aje adanya. Pernah dengar orang cakap, orang besar-besar dia suka layan orang, orang bawah-bawah ni je yang sibuk-sibuk gila kuasa. Tu yang kita nampaklahkan, tak tahulah kalau disebaliknya orang orang atas ni suka marah-marah orang bawah, orang bawah-bawah ni ikut prosedur je, kahkahkah.

Memang sejak menjadi bahan syak wasangka tadi lagi aku dah bertekad nak luahkan masa jumpa doktor ni nanti. Dan sebelum berakhirnya perjumpaan kami tu, aku ada cakap kat doktor tu, "maaf doktor, boleh tak kalau lain kali jangan ada pertindihan dan salah maklumat. boleh tak tgk betul-betul tarikh? 16/1 hari tu kami dah datang, tak buat apa-apa pun, balik bodo sebab MRI belum buat..kata nak review MRI. Dah tu kenapa bagi tarikh temujanji sebelum tarikh MRI? Bukan pakai Kad lain-lain pun. Lagi pun semua maklumat dan data pesakit dikongsi semua jabatan. Hari ni pula kenapa bagi masa pukul 2? dah tau klinik neuro buka pagi sahaja? Tersipu-sipu juga boss, katanya takpa, lain kali datang jumpa dia sendiri dan dia tunjuk depan kami semua tarikh dalam kad sakit dengan tarikh yang dia buat untuk simpanan dia dalam komputer sekarang adalah sama. Kami minta diri beredar.

Cis niat aku nak mintak time slip terus jadi terlupa kerana perasaan membuak-buak menunjuk ajar. Eh apa daa.. dah takde bukti pulak aku nak bagi kat guru besar esok kenapa memonteng mesyuarat kahkahkah

p/s; Hospital ni bukan bahasa kita!!!
      Dalam spanish di panggil hospital, english, hospital, albanian spital, french hopital.. 
      Rumah Sakit

4 comments:

  1. Kalu mun nok tahu spital tu adalah tempat drama. Macang2 babak n adegan ada.
    Macang2 sikap n personaliti ada.
    huhahuha

    ReplyDelete
  2. oh ye ke en. anonymous? ini serious (wonder pet)

    ReplyDelete
  3. aku berahi gi spital...nurse comel comel blaker...hok mari nawak pun comel....tp hok dok wahi kali...mokcik guard kt pital tganu..nebeng do'oh lalu....waser nok peteh keting waser'an....nok townyerr je kat muker...bedo'oh ngak... -by the farouk

    ReplyDelete