Al-Fatihah untuk Allahyarham W. Ahmad Fadzil |
2. Walaupun tanggal 31 Ogos 1957 bumi Malaya telah diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman, tetapi umum maklum bahawa ia tidaklah bebas daripada penjajahan kolonial sepenuhnya kerana pegawai-pegawai British masih lagi berada dan menguruskan tanah ini pada awal pengumuman tersebut. Bahkan legasi dan sistem pemerintahan lama tinggalan kolonial British masih banyak diamalkan di bumi ini dikala itu dan masih ada yang diamalkan sehingga hari ini walaupun British sendiri sudah tidak lagi mengamalkan amalan dan peraturan yang telah ditetapkan itu sejak sekian lama.
3. Hari ini pun sambil menyambut merdeka, kita sendiri masih lagi dibelenggu pemikiran sang penjajah.
4. Saya baru sahaja usai membaca beberapa entri lama seorang kenalan maya yang telah kembali ke Rahmatullah hampir 1 tahun setengah yang lalu. Saya meminati lenggok bahasa dan gaya penceritaannya terutama tentang budaya yang saya tidak 'familiar'. Dari tulisannya saya dapat memahami budaya yang cuba digambarkan. Ia adalah satu imput yang bermakna buat saya kerana saya sendiri meminati bidang-bidang sosiologi walaupun saya tak pandai sangat pun. Dari tulisan-tulisannya saya dapat rasakan aura keikhlasan hatinya dan saya simpulkan secara mentah bahawa dia adalah seorang muslim yang baik dan taat. Jika betul telahan saya, maka sebenarnya antara kita dan dia, maka dialah yang telah menjumpai erti MERDEKA. Dan itulah juga doa saya buat arwahnya.
5. Saya masih lagi mencari kemerdekaan yang kecil, sederhana dan besar bagi diri saya di dunia. Namun begitu, saya amat-amat-amat yakin dan pasti kemerdekaan sebenar adalah berada dalam Firdaus Allah di Negeri Abadi. Saya berdoa saya boleh turut sama berada dikalangan orang-orang yang sedikit itu. Amin.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55
No comments:
Post a Comment