Thursday, June 25, 2009

Awang muke bekok

Patutlah sehari dua ni, aku rasa macam nak demam je..rupanya aku nak dapat anak..Tapi mmg sedari awal lagi aku tahu demam ini bukanlah kerana influenza A (H1N1)

Kejadian telinga bengkak laksana jerawat batu yang besar melanda lagi diriku. Ni bukanlah kali pertama aku menghadapi situasi ni, sudah agak kerap.. Dan biasanya tubuh aku menjadi lemah bila 'anak' ini mahu keluar...semalam pun di tengah-tengah malam aku terjaga dari tidurku..rasa x senang tidur..rasa lenguh-lenguh seluruh badan..Dan pagi tadi aku rasa amat berat untuk bangun.. bangun dan tidur kembali..dan kemudiannya bangun tergesa-gesa bila memikirkan masa sudah agak lewat untuk mempersiapkan diri bagi tujuan solat, mandi dan ke sekolah!


Mereka semua Prihatin

Tiba di sekolah aku ditegur oleh murid-muridku yang nakal "woh bapok telinga cikgu..bakpe telinga cikgu bekok cikgu?". Aku bukanlah jenis yang suka melihat cermin di waktu pagi. Di waktu petang pun, juga di waktu malam; aku tak suka tengok cermin! walaupun kat bilik aku ada cermin...kat kelas aku pun ada dua cermin yang besar...tapi aku tak suka tengok!

Bila mereka tegur begitu baru aku teringat akan keadaan telinga aku..tiba-tiba baru aku terasa sakit, baru terasa berat telinga ini..tapi aku buat tak layan sangat. Budak2 tu diam dari bercakap-cakap tentang telinga aku bila aku herdik mereka kelas sedang bermula.

Dulu di sekolah lama pun kejadian ini biasa terjadi...tetapi biasanya 'anak' ini menyerang bahagian muka sama ada di pipi, dahi. dagu atau dekat hidung..semuanya besar-besar belaka. Sekarang pun di sebelah pipi kiri di bawah sekali antara telinga dan dagu masih terasa ketulan itu yang tidak hilang sejak sekian lama walaupun tidak membengkak. Murid-murid di sekolah lama pun sering kali menegur akan kejadian ini...bahkan guru sekalipun.. namun bezanya murid di sana menegur dengan penuh prihatin dan dengan penuh rasa kasihan..bila diterjemahkan soalan mereka adalah lebih kurang begini

murid : Kenapa?
Aku : Kena makan dek hantu?
Murid : (sambil tak percaya) sakit tak? (sambil muka berkerut)
Aku : Sakitlah
Murid : Pergi hospital
Aku : Hospital? Dah..dah..dah pergi pergi pergi (halau mereka untuk bersurai)

Di sini, muridnya ketawa je melihat keadaan telinga aku yang besar ni.. ada yang kata "ha ha telinga cikgu bekok". Bengkek betul rasa.. tapi aku ambik semua tu sebagai sifat prihatin mereka terhadap aku..tidak semua, tapi adalah..

Mimpi

Biasanya malam sebelum 'anak' ini keluar aku selalunya bermimpi. Mimpi yang berbelit-belit dan meletihkan.. Sebab tu aku selalu saja jawab kena makan dek hantu bila ada murid tanya (murid sekolah lama). Aku pun x tahu apa kaitan mimpi itu dengan 'anak' ini. Tapi aku selalu perasan bila 'anak' ini keluar aku ada mimpi yang bukan-bukan pada malam sebelum ia keluar. Kali ini pun sama..2 malam aku bermimpi yang berbelit-belit. Malam sebelumnya aku bermimpi..dan bila bangun aku perasan ada ketulan kecil yang sakit bila dipegang dekat telinga aku.. Aku cuba picit..sangat sakit tapi tidak keluar apa-apa. Semalam aku bermimpi lagi..masih lagi berbelit-belit dan meletihkan sampai aku terjaga di tengah malam..dan aku rasa lenguh seluruh tubuh.. Hari ini dia keluar saiz yang mengkagumkan

Air

Aku tidak mengambil mimpi sebab akli yang membuatkan aku dapat 'anak' ini. Aku sangat perasan bahawa aku kurang minum air putih sehari dua ni.. Memang dalam kehidupan seharian aku pun aku kurang minum air putih dan aku tahu itu sangatlah tidak baik untuk kesihatan..tetapi memang aku ni jenis yang kurang minum air putih...Bayangkan mendaki gunung tebu hanya dengan sebotol air dan air itu pun tak samapi separuh habis dah sampai ke puncak sedangkan orang lain berbotol-botol..siap teguk air dari botol bekalan aku yang sebotol tu lagi...Mungkin sebab tu juga aku ni kurus sangat. Kah kah kah! Tapi dalam sehari dua ni aku mmg sangat-sangat kurang minum air putih..mungkin sebab tu la 'anak' ini keluar, ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang sangat panas sekarang ni.

Pantang!

Aku juga tidak suka sangat pantang ni. semalam aku makan belacan (sambal pedas) kat sekolah, ari ni jugak. Dan kat rumah pun aku makan kicap dan lada yang membuatkan lagi ia membesar. Lidah aku tak berapa masuk sangat dengan makanan-makanan yang kurang pedas.

Waktu Puncak

Bila tengahari je, 'anak' ini akan selalu meragam..nyut nyut nyut rasa..sakit sampai ke kepala..dan aku rasa macam ada benda meleleh je kat telinga aku, tapi bila aku letakkan tangan ku dan rasa telinga ;- tidak ada apa-apa. Hari ni aku x pergi menguruskan bil-bil walaupun gaji sudah masuk..aku takut ia pecah di tempat orang ramai..atau ia akan menjadi lebih besar bila terkena panas terik matahari. Bila tidur juga begitu, aku rasa macam ada anggota-anggota dan ahli-ahli kuman yang bertugas membuat kerja kat telinga aku. Rasanya macam sekumpulan semut merayap-rayap dan bila aku bangun..Nah! lagi besar.

Rawatan

Aku bukanlah orang yang suka pakai produk-produk atau consume ubat-ubatan kecantikan dan sebagainya..adala..tapi tak suka.. kalau beli ubat pun mesti tak ingat nak makan.. buat membazir je.. Aku sebenarnya ada cita-cita nak pergi berbekam kepala..tapi aku rasa gerun pulak..hahaha
.
...dan mak aku selalu panggil aku Awang Muka Bekok!

p/s : gamaknya aku kena pakai tudung esok mase nak jual jagung..nak pakai snow cap takde

15 comments:

  1. aku rasa btul gok tu. mu kena byk minum air masak. minum air tapis tu byk2 lagi bagus utk kesihatan. ni bukan nak berkempen, tapi perkongsian ilmu.

    se lagi, aku wase mende tu berkaitan dengan hormon. hormon ni pun mengada2 gok. kalau ada pasangan dia mungkin kurg skit kot. cthnya, dulu aku mmg xleh mkn udang, kuah udang pun dokleh. tp aku mmg perasan sejak ada pasangan alhamdulillah aku blh makan doh udang dgn nikmatnya.

    ReplyDelete
  2. aku rasa betol gok kata FastRi tu.. nok nok perenggan kedua tu.

    ReplyDelete
  3. aku mcm setuju je ngan teori fazri tu..hehehhe..maybe kene ade pasangan kot..ahaks..

    ReplyDelete
  4. Fazri, Adi dan Rizie;
    betul lah..ramai gok orang kata gitu..dan banyak jugok contoh..dalam keluarga sendri pun ada.. doh kalu gitu wat mende lagi..doa la cepat!

    ReplyDelete
  5. hehehe.. aku sokong kate2 cekgu fazri

    ReplyDelete
  6. aku bkn nok nege MLM..tp kt sekolah aku ni ada sorang ustaz jual 'kholl' 'qholl'...sejenis minuman drpd kurma dan herba...geng2 ustaz mmg tau minuman ni..

    dan nak sedak cerita lagi...

    cikgu sekolah aku, cikgu fadzlian, 32 tahun (nama sebenar) menghidap penyakit bisul bertaburan ataupun omputihnya...unlimited bisul...

    setelah 2 minggu minum...bukan saja bisul hilang...kencing manis dia pun jd clear...

    aku xtau la dia lebong ke apa...tp mmg bisul dia hilang...

    kl mu nok..aku tlg beli dan pos...mu bayor je...apa2 hal contact no hp aku..mu pun lama xtpon aku...

    ke gane tokey jagong...

    ReplyDelete
  7. dalam badan kite ni memang ade sisa toksik dan aku rase mun memang patut minum air kosong/suam/ais/putih banyak-banyak sekurang-kurangnye 8 gelas setiap hari, baru laa toksik dalam badan tu keluar, kalu mun malas minum air kosong, mun minum laa air kopi o ke, teh o ke sebab kopi ngan teh ni mempunyai anti-oksidan yang buleh menyahtoksik dalam badan, makan pisang, timun cine (tembikai) pon buleh jugok,

    kena jugok saberi, sebab untuk kesihatan diri sendiri jugok, Islam kan ade ckp kite kene jaga kesihatan diri, badan ni nk pakai lame (insyaAllah) bukan nk pakai sekejap-sekejap, sparepart pon susoh nk cari.. hehehe.. wallahualam

    ReplyDelete
  8. Lempu,
    Terima kasih-terima kasih di atas maklumat..kalu aku nok aku contact mung

    Apih,
    Aku suka sgt kopi o..tapi x lah minum 8 gelas sari...
    Terima kasih-terima kasih..Baiklah

    ReplyDelete
  9. kopi o kedai josh mmg sedak ngak..abg john buat...

    ReplyDelete
  10. hahaha.. nebeng pulok tu kalu minum kopi lapam gelas sehari, sekali sehari pon ok, kalu byk2 kang kecing manis pulok

    ReplyDelete
  11. aku msh igt mka mung than skt bla bekok nk pcah...aku tau mung skt sgt...klo aku ada msti aku pcit mung smbil pncing utk b'crita...tp aku dh krang b'crita n x m'urut....aku yg krang shat jg...aku br g ngurut...skt wo...1 lg,mung ni dgil srh la mnm air,mkn ubat@apa pn...sbb 2 msti ada tman yg m'jg....tmbh2 d usia yg smkin b'tmbah...aku x blh tmbh dh...

    ReplyDelete
  12. ce mum gi kedai PUSAT RAWATAN CINTA.
    kat situ ade gop bleh bekam.
    kalu mu malu, mum wat keras je. jgn tgk kiri kanan. masuk terus je. kat giant ada. hehehe..

    ReplyDelete
  13. Lempu,
    hor ya ah, tapi keda joh dok bape doh lening.. John itu seorg yg bekeng dan ada banyak rahsia Kg Dalam, era 2000-2002.. acu tera tanya

    Apih,
    ye..ye..kecing manis..bahaya

    Pakerul
    Aku mmg degil, degil mmg aku..terima kasih2..baiklah. mung juga jaga kesihatan eh..i miss the train x sama maksud dgn i miss u, ingat tu

    Adi,
    hahaha, time kasih-time kasih..

    ReplyDelete
  14. tp jgn lupa MISS wang(gleng kpla) n MISS ilamaggalai....

    ReplyDelete
  15. ramai org sayang ke mung ni yie... jaga ati diorg skit dgn minum air putih byk2 ok.. aku penah tgk gak bengkak tu..sabor ye. kalau dapat ubat, jgn pula malas makan ubat ok. ingat pesan cikgu..opss terbawak2 plak..hahah
    rul, ckp pasal ilhamanggai tu, teringat bait2 perkataan, 'Macam ni ke anak pensyarah?' uhkuhkuhk menghantui kuuu

    ReplyDelete