Monday, June 22, 2009

Hidup Cara Sendiri (Kembara)

"Kalau cuaca mcm ni, tiga minit lg pasti hujan turun !" - Tok bomoh hujan

Di saat aku menulis ini, hujan baru berhenti dari mencurahkan isinya yang lebat...Ini adalah berhenti untuk kali ke-3 dan mungkin tidak akan ada lagi hujan pada hari ini, melihat kepada keadaan langit dan suasana. Hujan tapi sekejap sekejap.. kalau nak buat umpan tido pun tidak berbaloi sebab dalam keadaan hujan yang lebat begitu pun, suhu masih lagi terlalu panas.. masih suhu biasa sebelum hujan. Kalau dulu, bila hujan menerjah bumi, aku sering saja membayangkan tidur yang lena... Rasa riang ria selalu berputik di dalam hati tatkala bau hujan membelai hidung. Angan-angan terpasang sendiri...tidur mesti syok!
Pentas dunia pun seringkali seperti "hujan sekejap-kejap"..Ada berita tak pun cerita, yang disensasi-sensasi, tetapi mati walaupun cuba dipupuk-pupuk.. hilang..mati..sementara menungu nafas baru untuk menjadi kembali sensasi.... Ada berita tak pun cerita yang timbul walaupun ditutup-tutup...kemas tak bernyawa..dan muncul kembali dan tutup kembali persis hujan panas yang hujan-hujan dan berhenti-berhenti..


16 september tiada jaminan berhenti tak muncul lagi,
kerajaan perpaduan tiada jaminan berhenti x kunjung lagi
El Nino, sapa sangka dah lama mati akan muncul kembali..tunggulah Ogos ini
Di dalam muzik pun begitu... Di dalam trend dan fashion pun begitu... Di dalam negara pun sama, di luar negara pun begitu juga.Biasa orang cakap ia laksana roda yang berputar, ada zaman kita di sini ada zaman kita di sana. Recycle semua benda!

Melayan teramat penat, tidak melayan kita tersesat barat!

7 comments:

  1. recycle?baik jual bli bsikal...blh krang pnas....

    ReplyDelete
  2. At least kat sana ujan jgk. Kat sini, x turun2 ujan. Setahun ader kot 1-2 kali jer :) Ohh wendunya pada air2 ujan di Msia.

    ReplyDelete
  3. Anonymous
    jual beli basikal blh kurang panas? camana tu ha? acu citer sikit

    ReplyDelete
  4. NuR
    Saya ada satu cadangan, bila kamu balik m'sia kamu carila katak banyak-banyak...Katak kat M'sia ni banyak, kat dalam parlimen pun ada katak, kat perak pun ada katak-katak besar..then bawak ke oman. Buat satu kandang katak.di sebelah rumah kamu,..untuk panggil hujan..Amacam.. jgn lupa bawak benih padi skali..bila hujan banyak, boleh buat bendang..tnm padi..kasik kat orang2 oman..beras ni kan dia ada unsur addictive, mcm roti.. nanti kamu bolehla menjual beras pulak di samping karpet..hahaha..ok tak?

    ReplyDelete
  5. jual brg2 recycle 2 la...dpt duet bli bskal...nek bskal x cmar udra n ozon...x pnas la....pket pn x ssut....x pnas la otak....

    ReplyDelete
  6. Tok bomoh ujan mane plok gambor atah tu

    ReplyDelete
  7. tu la abang aku...tok bomoh ujang..

    ReplyDelete