Monday, August 17, 2009

Four Minutes - Roger Waters

Tengahari tadi, setelah habis kelas aku ke kantin untuk menghilangkan dahaga yang teramat sangat, sesambil berniat untuk mengasapkan diri. Bila tiba je dekat kantin, maka ternampaklah Guru Besar yang terkebetulan juga menghilangkan dahaganya di situ. Selalunya kalau aku nampak GB ada di kantin aku tidak akan masuk, aku patah balik atau ke tempat lain dahulu sementara menunggu GB beredar. Pertamanya, sebab bila aku minum, aku nak hisap rokok. Aku segan nak merokok depan GB. Keduanya, memang jenis aku tidak berapa selesa berkawan dengan orang-orang besar, terutama majikan sendiri..Fitnah beb! Tapi tadi, aku dah tak boleh mengelak sebab aku perasan dia, bila dah berada depan mata. Kurang elok dan tidak manislah untuk aku berpatah balik, seperti mengelak. Jadi aku masuklah jugak dan duduk disebelahnya sambil memesan air - kopi peng.

"Adat lurah timbunan sarap"
Tukang bancuh air di kantin ni sudah sedia maklum dengan selera minuman ku, kalau pagi kopi '0', dan kalau aku datang waktu tengahari dia akan membancuh kopi peng, tanpa perlu aku memberitahu air apa yang aku nak. Dan dia juga sedia maklum kalau aku masuk melalui pintu belakang, maknanya aku hanya ke kantin untuk merokok dan kalau melalui pintu depan bermakna aku memerlukan air untuk diteguk dan menjadi teman sendirian atau teman untuk berbual-bual dengan rakan yang lain. Dia memang sedia maklum.. Dulu masa aku mula-mula datang ke sekolah ini, kopi tidak ada, walaupun di menu ada tertulis kopi '0', kopi, kopi 'o' peng dan kopi peng, kata si pembancuh air, tiada penggemar kopi di situ. Aku memberitahu, sesudah kedatangan aku ke sini, kopi sudah patut ada, sebab aku penggemar kopi. Dan sekarang kopi sudah sentiasa ada untuk aku walaupun kadang-kadang ia kehabisan stok juga. Dan sekarang, aku rasa penggemar kopi di sekolah ini semakin bertambah. Sama juga situasinya di sekolah lama. Mula-mula datang tiada kopi dan akhirnya peminat kopi makin bertambah. Apa pulak termelalut citer kopi ni..

"Menengadah Matahari"
Sedang asyik2 menikmati kopi peng, tiba-tiba GB bersuara, katanya dia tengok ramai orang kat Padang Midin pada malam jumaat baru-baru ni. Kereta yang parking penuh di bahu kiri dan kanan jalan. Katanya, rupa-rupanya malam itu ada kuliyyah Ust. Azhar Idrus di situ.. Dia menambah lagi, katanya "tapi iya lah, dia (Ust. Azhar) mengajar benda yang betul". Aku menambah " benda hok betul ni iya lah, biasalah kadang-kadang menyakitkan utk di dengar". Tiba2 dia senyap. Ah, sudah fikirku..aku tersalah cakap ke? Setelah senyap seketika dia menyambung, katanya ada seorang cikgu kat kampung dia hendak ditukarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri ke Ketengah Jaya, kerana terlibat dalam kerja-kerja mengutip derma untuk pembinaan surau..dan katanya lagi, menurut keterangan cikgu tersebut ada beberapa lagi waiting list yang juga akan ditukarkan bila-bila masa yang difikirkan perlu, kerana keterlibatan dalam politik berhaluan kiri. Bahaya katanya. JPN suka pasang spy. Aku mula bertanya, apa jadi dengan cikgu tadi? Kata GB, dia bercadang untuk menyaman JPN kerana pertukaran tersebut kerana ia tidak mengikut prosedur. Dia tidak pernah di panggil dan diberikan amaran, tiba-tiba di tukarkan.. Dalam hati, aku cuba respek pada cikgu tersebut. Gila, Hardcore!

Dalam pada itu, aku cuba fikir2 kenapa GB cakap cerite ni kat aku. Aku memang sedia maklum bahawa dia tahu aku pun berhaluan menentang, tapi apa mesej yang cuba disampaikan? Mungkinkah dia takut guru sekolahnya juga terkena tindakan yang sama? Hahaha. Ketengah Jaya pun bes..Felda! Mesti dapat ngorat anak dara yang bersepah-sepah kahkahkah. Atau mungkin dia takut dia akan terasa malu jika ada anak buahnya yang ditukarkan kerana akitiviti-aktiviti luar yang lagaknya bertentangan dengan kehendak orang-orang atas. Ntahla..malas pulak aku ambil pusing. Pandai makan, pandai simpan.

Cerita pagi ..."bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas".
Pagi tadi aku mengimamkan solat hajat di sekolah, sebab aku tengok tiada guru yang mengambil posisi tersebut. Biasanya, Guru Besar sendiri yang mengimamkan solat hajat ni, atau pun PK KO atau pun ustaz. Aku jarang-jarang je mengimami mereka.. sekadar menjadi jemaah jika aku tiada kelas pagi, atau jika murid-murid datang memberitahu aku jika ketiadaan imam. Pagi tadi, belum pun sempat aku dipanggil murid, aku terus ke musolla bila aku tengok tiada imam. Sedang bersiap-siap membetulkan saf, tiba-tiba GB naik..dan setelah selesai solat aku diminta pulak oleh GB untuk memberikan tazkirah.. aduh, nak pecah kepala otak, tak tahu nak cakap apa. Ustaz pun ada kat belakang. Aku cakap, GB sajalah yang berikan tazkirah, GB tak nak. Dia suruh aku jugak, aku cakap GB lah seeloknya memberi tazkirah. GB cakap, tak apa..dia cakap aku jugak. Mati kutu aku, aku cakap lebih aulanya ustaz, banyak ilmu sikit. Aku tengok anak mata budak-budak tu dah tak tenteram, sekejap ke muka aku, sekejap ke muka GB, pas tu ke muka aku balik, pastu ke GB, pastu ke aku balik. Kata ustaz takpelah, biar aku saja yang memberikan tazkirah..Jeng kleng! Ku gagahi jugak. Aku bangun dan memberikan sedikit kata dua, buat motivasi budak2. Dalam hati dup dap dup dap. Aku memang tak bolehlah nak bercakap depan orang ramai..kering idea..muka pun rasa tebal semacam je. lebih kurang 10 minit aku berenti dan minta izin GB untuk masuk kelas..tengah berjalan menuju ke kelas aku tersenyum sendirian.. not bad! HAhahaha..aku mat rock ke aku ustaz ni? kompius2. Tapi kenapa pulak aku suka lagu2 folk? kompius-mengompiuskan lagi.

"Bubu duduk, jiwaku hilang"
Ah, kami tak jadi ke Kemaman..sume sebab H1N1. JPN arahkan supaya membatalkan lawatan tersebut. Pengurus Kilang Plastik dekat rumah Mat Yie macam kecewa je kami tak jadi datang..aku cakap tak apa, kalau ada rezeki kami datang lain kali. Apa pun terima Kasih pada Mat Yie DKR sebab bersusah-susah tolong aku cari Kilang ni.

"Aku nampak olah, kelibat hang sudah ku tahu"
Salam untuk warga permatang pasir! Apa citer GobalaKrishnan? hahahaha

'Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakinya tiba-tiba mereka menjadi gembira' . - Ar-Ruum; 30:48

10 comments:

  1. Satu perkara yang saya paling tidak suka tentang warga pendidikan(termasuk GB,Pengetua, PPD @ JPN) adalah kerana mereka sangat tidak professional dalam mengambil tindakan, terutama dalam hal kakitangan terlibat dalam kegiatan politik berparti. Lebih teruk lagi mereka suka prejudis terhadap kakitangan lain yang tidak bersependapat dengan mereka dalam hal politik. Lalu timbul tindakan yang kelihatan bersifat prejudis dan alasan yang diberikan tidak munasabah, membuatkan rasa ketidakadilan berlaku ke atas mangsa.

    Saya rasa mereka harus berfikiran lebih terbuka dan meningkatkan integriti dan professional dalam kerja mereka. Dan guru yang berminat untuk berpolitik juga harus sedar bahawa tanggungjawab mereka sebagai guru di sekolah harus dijalankan dengan tidak memihak kepada mana-mana golongan, ajarkanlah nilai dan prinsip yang betul dan katakanlah yang benar walaupun pahit, kerana itulah tugas murabbi.

    Dan jika guru harus menyokong mana-mana parti lakukanlah dengan bijak. Dan jika guru harus mendokong? Kena tengoklah mana-mana peraturan yang berkaitan, selagi tidak membahayakan perkhidmatan sendiri.

    Ya, yang ditindas harus bangkit menentang! Saya pun respek pada cikgu itu... Haha..

    p/s: maaf menulis komen yang panjang bagai menulis entri di blog sendiri

    ReplyDelete
  2. Nafastari,
    Begitu bersemangat sekali anda. Tapi apakan daya, "bubu duduk, jiwaku hilang". Jadi sebab tu saya faham, mengapa sesetengah guru begitu berhati-hati dalam sesuatu tindakan demi menjaga periuk nasi untuk menanggung anak bini. Dan saya rasa itu tidak salahkan?
    p/s: Tidak perlulah anda meminta maaf di atas komen yang panjang, sebaliknya saya sepatutnya berterima kasih di atas perkongsian pendapat yang di lontarkan. Dalam banyak hal tentang tulisan anda ini saya akui saya bersetuju dengan anda. Bila nak balik M'sia?

    ReplyDelete
  3. haha... aku rasa molek gok blajo public speaking kat skoloh rendoh. bina keyakinan. dokla malu sangat.
    aku paling dok wahi public speaking

    ReplyDelete
  4. FastRi
    Ari ni aku x gi smayang hajat...takut GB suruh wi tazkirah pulok kahkahkah.. eii eii. Mung x apela steady

    ReplyDelete
  5. kerek naik tangan, wat bahasa isyarat.. die mari lagi buoh bahasa isyarat. Terbiasa. Tp dalam kelas x dok doh..habis doh

    ReplyDelete
  6. tu diaaaaa..sekian kelas peribahasa kita untuk hari ini. whauhahahhahhaa...

    ReplyDelete
  7. Nak balik M'sia oktober ni insyaAllah

    ReplyDelete
  8. eleh...nk tkt apa,mun biasa tzkirah kn aku kn...
    mung ska kopi tp mlas bt kopi...yg jd mgsa...org "BUTA"(dlm nada a.nisfu)...

    ReplyDelete
  9. saya,
    hahaha peribahasa untuk perikemanusiaan

    ReplyDelete
  10. Nafastari,
    oh ye ke..blh krm barang..

    Rul,
    Hahaha, jgn wat pitnah ah.. bukan orang buta tu relahati nak buat ke? kahkahkah..dah mcmana dia skarang ek?

    ReplyDelete