Wednesday, September 30, 2009
Kalau perompak mengaku merompak, penuh sesaklah penjara Malaysia!
Satu juta propaganda
Satu ratus ribu papan tanda
Satu kekayaan ditolak
Satu ribu pembaziran ditambah
Satu kereta
Satu negara
Satu dunia pening kepala
Satu syarikat menjadi mangsa paksa (tengokla..)
Satu pilharaya
Satu penolakan
Satu pilihanraya
Satu penolakan
Satu pilihanraya?
Hutang lagi dan lagi berhutang,
Tahu-tahu menipu -Iwan Fals
Friday, September 25, 2009
Everyday is a Winding Road - Sheryl Crow
Raya tahun ini sedikit bermakna bagi aku dari tahun-tahun sebelumnya. Bukan apa, kalau tahun-tahun sudah, raya aku hanya dihabiskan sebagai pelayan tetamu di rumah sahaja. Tahun ni pun, masih lagi "jong buat air", kat rumah, tapi ada lain sikit sebab tahun ni aku dah mula pergi beraya ke rumah orang. Sebabnya, Hakimi la... Dia bukan boleh terus menerus duk kat rumah, asyik nak berjalan je, tapi berenti kat rumah orang tak nak pulak. Alang-alang dah berjalan, sempatlah juga aku menziarah rumah-rumah yang sepatutnya aku gi..dan aku rasa semua jemputan beraya ke rumah penjemput telah aku tunaikan kecuali 'open house' rumah Rizie DDT (sebab tak sempat, terpaksa melayan tetamu yang tidak putus2), Perjumpaan kawan-kawan lama SMAASZAL (sebab awal mlm, Hakimi belum tidor), SMAASZA (sebab open invitation), dan rumah Pn. Syafinaz (seganla). Terima kasih jugaklah kepada kenalan yang sudi datang bertandang ke rumah selain yang disebutkan dalam entri sebelumnya. Anda tahu siapa andakan? Terima kasih, terima kasih, Alhamdulillah. Kepada yang tak datang berkunjung, "bila nak datang?" Tahun depan? haha. Esok pagi-pagi lagi aku akan berangkat ke Kelantan untuk menghantar Hakimi ke asrama. Jadi, tak sempatlah bersama kawan-kawan Sleepy Jeremy di acara manggung esok..hehe.
Dipikat-pikat, biarlah mahu dekat; dipujuk-pujuk biarlah hilang rajuk
Bila ke Kelantan, aku biasanya melalui jalan pantai... bila melalui jalan ini, aku suka tegok keadaan air laut. Keadaan air laut terutama di Pantai Penarik sangat menghairankan aku. Keadaan air lautnya telah melebihi paras daratan..Ini menunjukkan satu tanda. Aku tidak pasti samada kebanyakkan kita perasaan atau tak, tapi aku tahu mesti ada orang yang perasan tentang benda ini. Aku nak terang pun tak tahu macamana, tengoklah kalau-kalau ada " Sudah Naik #3", aku akan cuba selitkan...
Segelanggang seperguruan, seperinduk sepermainan, sampai masanya berpisah jua...
Esok aku akan menghantar Hakimi, jadinya tadi aku sibuk sikit mengemaskan barang-barangnya (dan barang aku juga hahaha). Tidak semena-mena aku terjumpa sebuah karya sampah lama yang aku karang dulu, bersesuaianla dengan apa yang aku ceritakan tadi tentang perubahan keadaan paras laut hahaha bak kata pepatah, hendak menggetah burung, tunggu ara masak; hendak bermain layang-layang, tunggu musim angin. Puisi ikut dan x dan, ini telah di pentaskan sehari atau dua hari selepas tarikh karangan ini, iaitulah di malam Pertandingan Sayembara Puisi kalau tak silap aku, anjuran Persatuan Bahasa MPIK sebagai pesembahan khas. Kata Pensyarah Bahasa di malam itu, persembahan kami itu dinamakan puisirama..haha, tak kesahla apa-apa pun. Dan selepas itu ia menjadi 'bahan' dalam album Kasih Sayang..Kami rekod di dalam kelas kami sendiri dengan dibantu oleh kawan-kawan OKU dan tak OKU. Alamak eh, album, malu la pulak. Dan pernah dipentaskan sekali lagi di Dewan MPIK masa last dinner kitorang, selain dipersembahkan oleh line-up Kasih sayang sendiri. Nah inilah dia.
+++++++BUMI MERETAK .......... HUMANIS TERPERAP ..........HILANG
Dunia mungkin berkata
Manusia sering sahaja alpa
Hamparan indah, gunung-ganang, tanah landai dan rata
Menjadi tapak pekerjaan sesetengah manusia yang gila
Diperutnya terkandung seribu macam peristiwa
Yang terkadang terpalit juga deritanya
Gunung-ganang menjadi dataran
Lembah rendah menjadi airan
Tanah datar sudah berlubang
Apakah ini kesannya pembangunan?
Atau kerna sisa perang?
Dan manusia, Enggan ambil pusing
Dan Manusia, Tak mahu kepala pening
Dan manusia, Anggap ia tak penting
Dan manusia, Hanya kerna uwang mereka bersaing!
Terkemudian ini,
Almanak, tidak berubah isisnya dari tahun ke tahun
Walaupun semua umat sudah dikatakan bertamadun
Alim bubu dari Palestin, Acheh, Iraq dan Afghanistan
Membawa khabar bukat, keroh, derita rakyatnya
Perang-penindasan, perang-merebut jajahan, perang-mencetus kezaliman, perang-menuntut kedaulatan
Sedang yang berkuasa, terhuhu-haha melihat bahana
Sedang yang berkuasa, tercongak-bongak mengira untungnya
Biar yang dibunuh itu manusia
Biar yang dibunuhnya itu sebenarnya saudara
Dan kita di sini, masih terlena di bail empuk
Masih diuliti dengan pusaran kipas angin, air-conditioner mewah
Tak mahu ambil pusing
Kita di sini
Masih mengejar kebendaan
Yang ditawarkan teknologi
Kita di sini
Masih mengejar kebendaan
Yang berbasiskan uwang
Kita di sini
Masih mengejar harta, darjat, pangkat-pangkat,
'Title'
Seorang korporat
"title', seorang birokrat
Title seorang penguasa, seorang doktor, seorang guru
tanpa peduli sekeliling
"bukan urusanku!"
nafsi-nafsi...
Kemiskinan masih lagi tiada antidotnya
Pengemis-pengemis dipandang hina
Petani tua hilang kerjanya (di ganti mesin)
Kita tidak peduli, apa lagi ingin mengambil pusing tentang peristiwa di luar sana...
Di Acheh, di Palestin, di Iraq, di Afghanistan dan sebaginya...
Betullah
AFFORISME 'nafsi-nafsi'
Kita semakin melebarkan senyuman apabila dikelilingi oleh teknologi-teknolgi canggih dan sofistikated yang menghapuskan nilai estetik humanis
Kita lebih rela hati untuk memberi perhatian kepada materialisme yang diuwar dan ditawarkan kerajaan dan sekutu-sekutunya daripada mengambil cakna tentang sikap dan nilai kemanusiaan yang semakin pupus
Kita lebih mementingkan IT yang direncanakan daripada memberi perhatian kepada kemelaratan umat yang miskin dan semakin sesak-Hina Dina.
Di sana
seorang buta menggelepes mencari teman
Dan di sana
Seorang buta mengajak kawan untuk dibawa berjalan
Juga di sana
Seorang pekak bertungkus lumus menggapai pendidikan
Di sana
Seorang pekak 'bersuara' menjerit keperihan
Sedang kita asyik menjadi "selfish"
Apakah itu kita sedari? 3x
Sikap mengadabi pupus
Sikap mengasihi mampus
Sikap silidaritas hilang
Sikap prihatin tenggelam
Kita terlebih teknologi
Tapi kita kekurangan Kasih Sayang
Bumi meretak, sikap kemanusiaan padam
Normal = tok selampit
Bold = suara ramai
Itallic = suara individu
Dead Narrator
10 Ogos 2003
18:14
"Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati" - Az-Zumar 39:45
Tuesday, September 22, 2009
Rahmat
Izhan & Isteri
Kalau nak tahu luasnya padang, tanyalah belalang..
Ujay - "Malas bila nak berjaya?"
Alang-alang menyanyi biar sampai menjadi bintang
Sedang
Secubit hendaknya menjadi sekepal, secupak hendaknya menjadi segantang
Nizang
Kalau hendak tahu banyaknya teluk, tanyalah siput
Kelong
Dipicit-picit, biarlah lembut; ditumbuk-tumbuk biarlah lumat
Muih-muih-muih
Membakar biar dengan bara, menyalai biar dengan asap
Ahmad
Kalau huma sama ditugal, kalau masak sama dituai
Insp. Fadhil
Menyantan gunakan nyiru, mengayak gunakan tampi
Zeli
Berguru ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Hafilah, Suami, anak dan adik-adik
Seperinduk sepermainan, seperguruan segelanggan.
Terima Kasih..Terima Kasih .. Alhamdulillah
Mesti pilih calon bersih - Tun madey
Dana ilat perkeso sudah habis?
" makanlah diantara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya...(hingga akhir ayat) ". - Thaahaa 20:81
Wednesday, September 16, 2009
Eid Mubarak
Jang, Izhan, awang, matlo, zero dan sahabat2 lain (ahli mesyuarat kerajaan haram kedai kopi), Selamat Hari Raya!
Apih KS, Matyie DKR, Nizang, Sedang, Lempu The Farouk, Ujay, Kelong, Rizie, Acong, Mat Kibod+kwn di Kedah,Adi, Muih Muih Muih , Kebi, Marul, Azli, Abu, dan kawan2 bunyi-bunyian serta kawan2 arwah A//mince Infoshop @ studio, Selamat Hari Raya!
Kawan2 KEBARAT/Penjagung/Rusila/Kuliah-ceramah/; Basri, Pok, apih+mamat, pok Isang, Amir dan lain2, Selamat Hari Raya
Syik kecik, Nana, Pn Rafidah, Pn. Nadia, Pn. Ummi, Rifhan dan lain2..Selamat Hari Raya!
Kakak-kakak dan adik-adik serta abang-abang ; Pn. K. Wan + k'ga, Pn. Akma +k'ga, Pn. Mazlina+ k'ga, Pn. Norliana+k'ga, Pn Hafizah+k'ga, En. Ustad+k'ga, En. Aziz+isteri, En Fakarudin+K'ga, Pn. Affida+k'ga dan Cik Jayamani serta yang lain2, Selamat Hari Raya.
Kawan2 Tuna sardin ; En. Pakru+k'ga, En.Ejam, En. Najid, En. Suhaimi kuncit, En. matnor, Pn.Siti+k'ga dan lain2, Selamat Hari Raya
Kawan2 Cikgu-Cikgi; ; En. Nazri+k'ga, En. Saupi+teman2, Cik intan Baizura dan lain2, Selamat Hari Raya
Kawan2 blogger, Selamat Hari Raya!
Maknanya selepas ni, x perlu lagi aku hantar sms ucap selamat.. (yg lain2 tu kemungkinan x baca blog, tapi kalu2lah ye mari rajin). Ni mgkin entri terakhir sblm menjelang Aidilfitri.
MAAF ZAHIR BATIN..
jemput datang ke rumah, siang hari; bwk keluarga anak bini, malam;-mesyuarat macam biasa kat luar rumah aku sementara kedai kopi x buka lagi. Menu tongkat ali + biskut kapa terbang
Tujuh!!!
Malam ini, kau datang lagi,
Setelah setahun berlalu
Jika benar…, membawa kepulangan roh-roh
Dari alam barzakh’
Rohani, Ramlah dan Abdullah
Pulanglah berjumpa ayah dan ibumu
Kembalilah melihat gubukmu
Yang dahulunya bertiang empat, bertangga satu
Yang kini bertuar rumah, bertiang-tiang berpintu-pintu
Dunia sudah maju,
Kiamat hampir ketemu
Kak ani,
Pulanglah menjengah adikmu,
Dia adalah kakak sulungku
Anak tiga, yang paling buas Umar - si bongsu
Kak Lah
Kelihlah abangmu
Ikut panda la ! (get it back -Second Combat)
Mang!,
Dulu mung tebeng
Pukul tali, gune tulih
Tanye aku ggittu-gginning
Guane gamok, guane hal
Akang diri mung, uleh ke dog uleh ning?
Tengoh nettang depang TV
Tik…tiik...tik…tiik… mari bunyying
Soal lah mung akang aku
Akang se khije ning
Kate mung “jage ikang”
Aku kate ‘silekang!’
Khije jage-jage ning aku memang wahi sakang
Pulok dog jauh, nittah sepadang
“ Gaji rendoh pong kire padang,-
Hok akhirat nuuunng buleh sahang!”
Bejammang mung ttappe
Nok wak keputusang se
Lah-lah uleh jawapang
Hok ning kediang sekali, hok utame serekat keluarge
Aku kata doh nok wak guane,
Kok panda mungla, aku ghoyat je!
………………………………………………………..
Mang!,
Aku tengoh ralek pegang stering
Tik..tiikk..tik…tiikk.. mari bunyying
Soal pulok mung akang aku
Akan se khije ning
Kate mung khije “ ‘ngeccat’ –
Kira padang ah ngang bakat
Cuma mung kena banyok2 mikkir, kena banyok2 ingat
Sebab hok lame kening, mung khije tinggi seperekat –
Dulu ngeccat umoh ‘mewoh’
Akan tawarang ning, ngeccat umoh tamang!”
Tapi ye same-same khije ngeccat belake
Kate mung, mung suke
Aku pun suke gok sbenornye
Kadang gok aku wat senyak
Nok suruh mung wasse dog terikak
Kate mung kena “ training dulu la!”
Aku kate “duli hape, training-training gi la!”
…………………………………………………………..
Baru balik mayyang Ise
Masuk pulok meseh se
Tik..tiikk…tik…tiikk.. bunyi die
Soal pulok mung ke aku, hok baru mung juppe
Khije jauh jugok bunyinye
Tapi,- bunyying macang mung wahi
Gamoknye mung takut aku pulok beci
Aku kata ;- “suke ati”
“ Doh aku pie?, nok kate dok buleh, nok kate jangang gi!
Ikut panda mungla, mung besor doh! Uleh mikkir sediri”
Ko’ bahse ‘standard’ pulok aku wi ;
“ Perlu diingat, benda yang kita suka, tak semestinya kita perolehi – benda yang kita terima pula mungkin sebaliknya benda yang dulu kita benci”.
Hor, ko’ bahse ‘standard’ teruh aku wi
Tapi hok tu la hakekat hidup kita ni…
Senyap sunyi pah ke ari ning
Aku pong malah nok bunyying
…………………………………………………………………
Tik..tiikk..tik..tiikk.. bunyi pulok
Taing aku duk tengoh gallok
Kate mung, mung setuju nge pilihang ke due
Aku kate, kalu mung setuju, aku pong suke;- sekali ning,
Memang zohir aku kate
Mung royat pulok
Nok bereti kalu dog rok
Bukang uleh gaji supe nge tokey balok
Yang duk sungguh tebeng, sungguh terok-terok
Dalang ati aku, laaaa……pulok!
Aku wi cadangang nok biccang
Mung kate “dog payoh serabut-serabut ;-
Kang ke mung hok buat pilihang
Mende-mende mung tanggung sorang”
Dalang ati, aku kate ;- kok panda mung ah Mang!
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" - Alam Nasyrah 94:06
Tuesday, September 15, 2009
Saturday, September 12, 2009
Kongsi!
" SATU MALAYSIA MELIHAT PERARAKAN
MEMBAWA KEPALA LEMBU BERDARAH "
"mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah...(hingga akhir)" - An-Nisaa' 4:108
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikkan-bisikkan mereka, kecuali bisikkan-bisikkan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia. ... (hingga akhir) " - An-Nisaa' 4:114
Beijing!!!
Kena tangkap : Ejey, Serul, Hakimi, BJ
Tarikh tangkap : 14 Ramadhan 1430H / 4 sept 09
" Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". - Al-Munafiquun 63:11
Wednesday, September 9, 2009
Dan Lagi!
Sinopsis
Mengisahkan seorang pemandu teksi yang dibertanyakan pendapat beliau tentang beberapa isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat. Pemandu teksi itu diwatak oleh Ketua Pemuda UMNO yang berkontroversi. Filem ini berakhir dengan pemandu teksi menghadiahkan sebilah keris kepada seorang budak Cina sebagai cenderamata. Ini adalah KAh kah kAH!
Sunday, September 6, 2009
Satu!!! 2,3,4
a)
1 rama i- ramai
2 jarang - jarang
3 kadang - kadang
4 sangat sikit
Jawapan: kahwin
b)
1 kamera baru
2 masih tangkap
3 mengah terasa
4 kamera hilang
Jawapan : _________________
c)
1 daif betul
2 bersabarlah
3 adat manusia
4 anok sedagor (anak saudagar)/LTP = Lori Tangki Petroleum
d)
1 sudah semestinya
2 sudah lumrah
3 memang kaya
4 melampau betul
Jawapan : ________________
e)
1 ada
2 ada banyak
3 ada juga
4 biasa
Jawapan : _________________
f)
1 penuh
2 ada separuh
3 cabut lari
4 Dunia, Merdeka! Merdeka!
Jawapan : _________________
Jawapan paling dekat dgn jawapan aku, atau paling munasabah akan mendapat hadiah raya misteri hah haha ha.. (jawab la kalu berani)