Friday, September 25, 2009

Everyday is a Winding Road - Sheryl Crow

Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan
Raya tahun ini sedikit bermakna bagi aku dari tahun-tahun sebelumnya. Bukan apa, kalau tahun-tahun sudah, raya aku hanya dihabiskan sebagai pelayan tetamu di rumah sahaja. Tahun ni pun, masih lagi "jong buat air", kat rumah, tapi ada lain sikit sebab tahun ni aku dah mula pergi beraya ke rumah orang. Sebabnya, Hakimi la... Dia bukan boleh terus menerus duk kat rumah, asyik nak berjalan je, tapi berenti kat rumah orang tak nak pulak. Alang-alang dah berjalan, sempatlah juga aku menziarah rumah-rumah yang sepatutnya aku gi..dan aku rasa semua jemputan beraya ke rumah penjemput telah aku tunaikan kecuali 'open house' rumah Rizie DDT (sebab tak sempat, terpaksa melayan tetamu yang tidak putus2), Perjumpaan kawan-kawan lama SMAASZAL (sebab awal mlm, Hakimi belum tidor), SMAASZA (sebab open invitation), dan rumah Pn. Syafinaz (seganla). Terima kasih jugaklah kepada kenalan yang sudi datang bertandang ke rumah selain yang disebutkan dalam entri sebelumnya. Anda tahu siapa andakan? Terima kasih, terima kasih, Alhamdulillah. Kepada yang tak datang berkunjung, "bila nak datang?" Tahun depan? haha. Esok pagi-pagi lagi aku akan berangkat ke Kelantan untuk menghantar Hakimi ke asrama. Jadi, tak sempatlah bersama kawan-kawan Sleepy Jeremy di acara manggung esok..hehe.

Dipikat-pikat, biarlah mahu dekat; dipujuk-pujuk biarlah hilang rajuk
Bila ke Kelantan, aku biasanya melalui jalan pantai... bila melalui jalan ini, aku suka tegok keadaan air laut. Keadaan air laut terutama di Pantai Penarik sangat menghairankan aku. Keadaan air lautnya telah melebihi paras daratan..Ini menunjukkan satu tanda. Aku tidak pasti samada kebanyakkan kita perasaan atau tak, tapi aku tahu mesti ada orang yang perasan tentang benda ini. Aku nak terang pun tak tahu macamana, tengoklah kalau-kalau ada " Sudah Naik #3", aku akan cuba selitkan...

Segelanggang seperguruan, seperinduk sepermainan, sampai masanya berpisah jua...
Esok aku akan menghantar Hakimi, jadinya tadi aku sibuk sikit mengemaskan barang-barangnya (dan barang aku juga hahaha). Tidak semena-mena aku terjumpa sebuah karya sampah lama yang aku karang dulu, bersesuaianla dengan apa yang aku ceritakan tadi tentang perubahan keadaan paras laut hahaha bak kata pepatah, hendak menggetah burung, tunggu ara masak; hendak bermain layang-layang, tunggu musim angin. Puisi ikut dan x dan, ini telah di pentaskan sehari atau dua hari selepas tarikh karangan ini, iaitulah di malam Pertandingan Sayembara Puisi kalau tak silap aku, anjuran Persatuan Bahasa MPIK sebagai pesembahan khas. Kata Pensyarah Bahasa di malam itu, persembahan kami itu dinamakan puisirama..haha, tak kesahla apa-apa pun. Dan selepas itu ia menjadi 'bahan' dalam album Kasih Sayang..Kami rekod di dalam kelas kami sendiri dengan dibantu oleh kawan-kawan OKU dan tak OKU. Alamak eh, album, malu la pulak. Dan pernah dipentaskan sekali lagi di Dewan MPIK masa last dinner kitorang, selain dipersembahkan oleh line-up Kasih sayang sendiri. Nah inilah dia.

+++++++BUMI MERETAK .......... HUMANIS TERPERAP ..........HILANG

Dunia mungkin berkata
Manusia sering sahaja alpa
Hamparan indah, gunung-ganang, tanah landai dan rata
Menjadi tapak pekerjaan sesetengah manusia yang gila

Diperutnya terkandung seribu macam peristiwa
Yang terkadang terpalit juga deritanya
Gunung-ganang menjadi dataran
Lembah rendah menjadi airan
Tanah datar sudah berlubang

Apakah ini kesannya pembangunan?
Atau kerna sisa perang?

Dan manusia, Enggan ambil pusing
Dan Manusia, Tak mahu kepala pening
Dan manusia, Anggap ia tak penting
Dan manusia, Hanya kerna uwang mereka bersaing!

Terkemudian ini,
Almanak, tidak berubah isisnya dari tahun ke tahun
Walaupun semua umat sudah dikatakan bertamadun

Alim bubu dari Palestin, Acheh, Iraq dan Afghanistan
Membawa khabar bukat, keroh, derita rakyatnya
Perang-penindasan, perang-merebut jajahan, perang-mencetus kezaliman, perang-menuntut kedaulatan
Sedang yang berkuasa, terhuhu-haha melihat bahana
Sedang yang berkuasa, tercongak-bongak mengira untungnya
Biar yang dibunuh itu manusia
Biar yang dibunuhnya itu sebenarnya saudara

Dan kita di sini, masih terlena di bail empuk
Masih diuliti dengan pusaran kipas angin, air-conditioner mewah
Tak mahu ambil pusing

Kita di sini
Masih mengejar kebendaan
Yang ditawarkan teknologi

Kita di sini
Masih mengejar kebendaan
Yang berbasiskan uwang

Kita di sini
Masih mengejar harta, darjat, pangkat-pangkat,
'Title'
Seorang korporat
"title', seorang birokrat
Title seorang penguasa, seorang doktor, seorang guru
tanpa peduli sekeliling
"bukan urusanku!"
nafsi-nafsi...

Kemiskinan masih lagi tiada antidotnya
Pengemis-pengemis dipandang hina
Petani tua hilang kerjanya (di ganti mesin)
Kita tidak peduli, apa lagi ingin mengambil pusing tentang peristiwa di luar sana...
Di Acheh, di Palestin, di Iraq, di Afghanistan dan sebaginya...

Betullah
AFFORISME 'nafsi-nafsi'

Kita semakin melebarkan senyuman apabila dikelilingi oleh teknologi-teknolgi canggih dan sofistikated yang menghapuskan nilai estetik humanis
Kita lebih rela hati untuk memberi perhatian kepada materialisme yang diuwar dan ditawarkan kerajaan dan sekutu-sekutunya daripada mengambil cakna tentang sikap dan nilai kemanusiaan yang semakin pupus
Kita lebih mementingkan IT yang direncanakan daripada memberi perhatian kepada kemelaratan umat yang miskin dan semakin sesak-Hina Dina.

Di sana
seorang buta menggelepes mencari teman
Dan di sana
Seorang buta mengajak kawan untuk dibawa berjalan
Juga di sana
Seorang pekak bertungkus lumus menggapai pendidikan
Di sana
Seorang pekak 'bersuara' menjerit keperihan
Sedang kita asyik menjadi "selfish"

Apakah itu kita sedari? 3x

Sikap mengadabi pupus
Sikap mengasihi mampus
Sikap silidaritas hilang
Sikap prihatin tenggelam
Kita terlebih teknologi
Tapi kita kekurangan Kasih Sayang
Bumi meretak, sikap kemanusiaan padam

Normal = tok selampit
Bold = suara ramai
Itallic = suara individu

Dead Narrator
10 Ogos 2003
18:14

"Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati" - Az-Zumar 39:45

3 comments:

  1. salam cikgu shabri..sorry la psl raye baru ning dok dang juppe..Ser : mase mlm raye ambe padang duk lepak alik2 bando je... Due : ambe duk sibuk majlis open house umoh ambe yang buat sekali harung ngan sepupu ambe tunang dan sekali dengan majlis kesyukuran naik rumoh..jd meme sibuk skek ah..ambe free pun duk minum2 air gitu ah lewat2 malam..next year ah ork..insyaallah pasni ambe gi jalan umoh deme.. :)

    mase manggung sek sleepy tu ambe ade lepak skali..huhuhu..tu last day ambe kt kampung sebelum keesokan ambe bertolak ke KL..

    ReplyDelete
  2. Rizie,
    Haha, beres, faham. Sori meri jugok x dang nok gi rumah mung.

    Makcu,
    Rasanya keparat kot

    ReplyDelete