Friday, October 30, 2009

Celaka!!!

Dimanakah keluarga Robiah kini?
Masih hidup atau sudah mati?


Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Mesin basuh rosak tidak terbaiki
Televisyen tak nampak gambar tidak berganti

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Kais hari ini, makan esok hari
Tutup lubang lama, lubang baru kena gali

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Perit nak makan sekeping roti
Apa lagi melancong ke luar negeri
Kata Janis Joplin dan Ramones, bye bye baby

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Hajat dihati dibiar mati
Ibarat harimau sakit gigi
Lauk di depan tak dapat dinikmati

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Macam-macam boleh jadi
Takut nak jadi perompak, tukar jadi pencuri
Bukan apa cuma nak bagi makan anak bini

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Dapat duit rasuah pun jadi
Halal haram letak ke tepi
Asal bangun pagi, terpampang rezeki

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Orang gila pun tahu susah hati
Selagi tuhan tidak ditangan, selagi itulah meminta simpati
Pagi habis, petang minta lagi

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Tawakkal, tawakkala, tawakkalu, tawakkuli
Letas baris atas, baris bawah, baris depan, baris mati
Cakap senangla kalau tak kena batang hidung sendiri

Aku pun tukang kata sama ; sabar - tawakkal!

dishuuummm ; Sekeping kertas bermaruah - wings, Duit - Kembara, Money is god - Full Throtle, Vitamin M - Kasih Sayang, Raja Kertas - XPDC
Sedang mendengar ::: Money - Pink Floyd

1- "Kalau seseorang itu lari daripada rezekinya, nescaya rezeki itu akan ikut dia laksana ajal mengikut tuannya"
2- "Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu" - Adz-Dzaariyaat 51: 22
3- "Dan tidak ada sesuatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis di dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuzh)" - Huud 11:6

4- "Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian" - Adz-Dzaariyaat 51:19

Monday, October 26, 2009

Laporpo!!!

5+3 = 8 bukan 1Malysia


1. Baru-baru ni adik aku call, mintak no ic mak dengan ayah aku. Katanya nak jemput pegi konvo dia kat UIA. Ceh, bape kali konvo daa.. dulu dah sekali, sekarang sekali lagi. Aku haram tak pernah konvo walau sekali pun. Bukan kata nak konvo, naik atas pentas, terima sijil - nak berada dlm suasana konvo sendiri dengan kawan2 pun tak pernah dapat..Hahahaha nasib le kaduk

2. Cakap pasal konvo ni, dulu aku pernah pakai jubah konvo kakak aku masa dia grade, siap ambik2 gambar lagi..Kakak aku tu orang pertama dalam sejarah keluarga kami yang berjaya lulus universiti...dan berkata lah abang aku, "tebeng ah mung paka baju konvo awal2, kekgi mung x boleh konvo...Dijadikan cerite, ia telah pun terjadi...hahaha, tapi aku percaya ia bukan pasal 'tulah' kata-kata abang aku..walaupun kadang2 aku mari terpikir mcm nak percaya, tapi aku cepat2 buang..ceh buang karan je..

3. Aku teringat masa aku kat UIA dulu, time tiba minggu konvo je, mesti hidup aku tak keruan. Ialah, time konvo, kantin kolej sume kene tutup...yang ada pesta jual-jual kat tapak jualan convocation je. Maknanya, kalau aku nak makan aku kene menapak ke tapak pesta tu yang jauh dari kolej aku. Jarak dia adalah lebih kurang 1km lebih setelah melalui 'jalan potong'. Bila balik ke kolej balik, mesti aku dah lapar balik sebab letih berjalan. Dahlah harga makanan kat situ mahal nak mampus! Nak cari makan kat luar kampus, aku takde motor atau basikal atau lain-lain jenis kenderaan..sebab aku miskin masa tu kahkahkah. Masa tu, tengah muda jadi biasalah aku mencarut-carut "pakoh" Konvokesyen!

4. Amende x pasal-pasal cerite pasal konvo ni. Konvo ni bukan "kerajaan perpaduan" yang boleh dijadikan isu, yang boleh di cokek dan boleh jadi terlatah...ah..sudahla. Ok, kat bawah ni ada sikit titipan yang aku terjumpa dalam beg aku..ia kertas lama tulisan aku, dan bila aku belek-belek rupa-rupanya ia adalah satu daripada trilogi ke amende orang panggil, daripada 3 rangkaian puisi hampeh Air, Angin, dan Udara yang aku karang dulu. "Puisi lembing" ni telah dideklamasikan oleh seorang kawan, yang akhirnya huru-hara dewan bila menyaksikan lakonan terjemahan dari puisi tersebut terutama bila aksi bercumbuan sedang dilakukan. Dan ia akhirnya menerima teguran daripada pensyarah psikologi kami di maktab dulu...bukan pasal puisi, tapi sebab dia pakai selipar jepun kahkahkahkah

Angin


Bahang ini, panas ini mengingatkan aku; -
pada angin

Di saat ini, alangkah indahnya
Jika dapat aku merasa nikmat
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa
Angin yang tulus, angin yang damai, angin yang berkat

Bahang ini, panas ini menyesakkan

"hidden feudalism!"

Membuat jelata cepat naik angin!


Bahang ini, panas ini membingitkan

Di jalanan, di kala malam

Ramai mat rempit main cucuk-cucuk angin

Bahang ini, panas ini merimaskan
Apa guna kipas angin?
Untuk siapa teknologi ini?

Untuk akukah untuk engkaukah?

Bahang ini, panas ini makin terasa

"di pusat-pusat peranginan"

Masakan pusat peranginan terasa bahang?

Panas! angin bertukar - nikmat menjadi maksiat


Di pusat peranginan ini, pusat peranginan sana

di mana-mana sahaja,
Angin datang membawa khabar
Bersama
hembusan nafas berpasang-pasang kekasih
Sesuatu telah berlaku
Sesuatu telah terjadi


Tangan merayap, dada berdakap

Mulut bertembung, setan masuk jarum

Laknat! (semua pejam mata)

Bahang ini, panas ini memilukan

Di Palestin sudah berapa tahun bang?
Di Iraq sudah berapa lama pakcik?
Usaha apa yang kita buat?

Perbincangan apa yang berjam-jam, bertahun-tahun?

Usaha bercakap pom pang pom pang
Hanyalah masuk angin - keluar asap!


Dan kami di sini memberi khabar

Bukan khabar angin

Memberi khabar
yang bukan khabar angin
Memberi khabar yang bukan khabar angin,

Betul ke? Ntahla..


" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar ladi Maha Mengetahui " - Al-Hujuraat 49:1

Sedang mendengar ; Diamond and Rust - Joan Baez (boleh ke aku tiru ni makcu? hehehe)

Tuesday, October 20, 2009

Bahang tanoh, mapuh kerah cokeng!! One Malaysia

Istilah
Aku tak tahu siapa yang memberi istilah 'black monday'...mungkin orang yang mula-mula mengalami nasib buruk pada hari Isnin menamakan demikian. Kalau jatuh pada hari selasa, mungkin dia memberi istilah 'black tuesday' dan begitu juga pada hari-hari yang seterusnya, tapi aku tak pernah pulak dengar istilah 'black tuesday' ke, 'black wednesday' ke apa ke. Atau mungkin juga ada apa-apa kepercayaan ritual tentang hari isnin? sapa nak explain ni?...

Malang
Tapi semalam (Isnin), memang hari malang aku. Bermula dengan handphone yang terjatuh di atas katil di bilik hotel, dan selepas itu pulak aku sendiri pulak yang terjatuh, dan akhirnya kereta pulak meragam. Sehari sebelum itu, pada Ahad petang, ketika aku dan Muiz bergatal-gatal berkasih sayang, ditemani oleh Yoe (CSCD, SJ) menggantikan posisi Fazri buat sementara, aku mendapat panggilan dari seorang rakan dari Kelantan ditemani oleh seorang lagi rakannya (juga rakanku), mengatakan dia dalam perjalanan ke Terengganu untuk menghadiri kursus. Kata mereka, malam tu aku kena tidur di hotel bersama mereka kerana sudah lama x jumpe..banyak cerite kata mereka (padahal hari tu dah jumpe, dan akhir bulan 5 ari tu kami jumpe lagi kat Johor masa kejohanan olahraga). Dulu mereka pernah datang sekali di Felda Residence, tetapi aku menolak untuk bermalam di sana. Aku cuma melawat dan keluar berjalan-jalan je. Kali ini aku tak datang hati pulak untuk menolak, kan nanti dia kata aku tak suka melayan tetamu pulak.

Manusia derived from arabic word nasia =lupa. An nas = Manusia = Pelupa hahaha
Aku lupa samada aku betul-betul tertinggal handphone, atau ia memang menggelonsor keluar dari poket aku, semasa aku sedang menikmati kopi di atas katil sebelum bergegas ke sekolah. Tapi, seingat aku memang aku masukkan ia ke dalam poket. Setelah selesai minum kopi, cepat-cepat aku meninggalkan mereka di bilik tingkat 4 itu untuk bergegas ke sekolah, dan setibanya aku di pintu masuk hotel, cepat-cepat aku membukanya dan melangkah keluar, tetapi malangnya aku terjatuh kerana tidak perasan ada satu tangga di situ. Mengelepar aku seketika sambil menyebut-nyebut nama Yang Esa ( haha time sakit baru nak ingat Allah, manusia2). Memang sakit lain macam aku rasa ni, sakit sangat.. bukan sakit jatuh biasa-biasa. Tapi oleh kerana tak mahu lambat sampai ke sekolah, aku gagahkan jugak bangun cepat-cepat dan menuju ke kereta...Ketika memanaskan enjin aku duk tergosok-gosok lagi kaki aku. Lepas tu, bertolak laju-laju...

Dia buat hal lagi
Sampai di Bukit Perah, tiba-tiba kereta tak boleh masuk gear..ah jam!.."tak kan clutch dah habis pulak..baru je tukar, tak mungkin!" bisik hatiku. Aku ke tepi kiri jalan, agak lama aku cuba menekan clutch dan cuba masukkan gear, tapi tak boleh. Lama aku di situ. Aku terfikir untuk call penyelaras dan memberitahu aku mungkin tersangat lewat..tapi bila aku seluk poket, alamak...takde.."ni mesti terjatuh masa aku tersungkur kat depan pintu hotel ni' bisik hatiku, sambil2 berdoa supaya sebenarnya aku tertinggal kat bilik..walaupun hati aku kuat membuat tohmahan bahawa ia terjatuh masa aku accident tadi, sebab kuat betul perasaan aku mengatakan aku ambik phone masa nak gi sekolah tadi. Aku juga cuba mencari dicelah-celah seat kereta, dengan harapan ia juga terjatuh di situ, sebab banyak kejadian bila aku letakkan phone dalam pokek seluar ni, ia kerap menggelongsor dan jatuh di bawah seat. Tapi hampa juga...sambil mulut terkumat kamit membaca basmalah aku cuba lagi dan lagi dan lagi sehinggalah akhirnya gear dapat masuk..dan aku berjaya sampai ke sekolah.

Buat Almari!
Sampai di sekolah, ia meragam lagi, kali ni beberapa kali aku cuba tak jugak berjaya. Maka sibukla aku di pagi tu, masuk kelas, minum, tegok kete, masuk kelas lagi, keluar cari pomen... takde, masuk kelas lagi, keluar lagi cari pomen..(kali ni dah berjaya, tapi memerlukan dihantar ke bengkel untuk menukar pump clutch -baru2 ni pump clutch bawah bocor, kali ni kat atas pulak adus)masuk kelas lagi, keluar pergi beli spare part di Ajil dan hantar kete kat bengkel yang tak jauh dari sekolah, balik jalan kaki ke sekolah...tiba-tiba aku rasa aku jalan senget2 dan rasa sakit kaki..aku gagahi dan akhirnya sampai ke kelas, masuk untuk masa yang agak lama, duduk dan berehat. Dan tak lama lepas tu, aku rasa sakit di tambah rasa lenguh2 sampai ke pangkal paha...Kaki dan bengkak.."ah takde apa kot ni" fikirku, lantas aku cuba urutkan dengan minyak urut yang sedia ada kat kelas aku.

Mesyuarat
Sedang asyik mengurut aku disapa "bos, oloh sibuk ari ni kawan tengok, gi mari - gi mari, nok ajok minum air susoh!" rupanya si Fadhil, technician kat sekolah menyapa.."hahaha, doh mari ah" pelawa ku untuk sama-sama minum. Demi aku bangun je, ayark! sakitnya, aku mula melangkah, aduh sakit tak tertahan rasanya..bermulalah episod kesakitan melampau, terhencot2 aku..nak sampai ke kantin kena 3 kali berenti, ambik napas. Lepas tu meeting, kat lab..sejuk..kaki dah berdenyut2 sampai ke kepala, aku tak tahu apa kebende yang dibincangkan. Tiba-tiba namaku disebut GB, "Ri, buleh ri?", "Ah? Guane?" tanyaku "Buleh gi survey tempat, kita wat kat Kuala terenganu..", "buleh guane gini ning"..aku tak tahu jawapan aku tu didengari atau tak, aku cuma tak puashati dengan kesakitan aku ni je...

Berpergian
Demi melihat aku yang tengah kesakitan dan keadaan kaki yang bertambah bengkak, guru petang dan penyelia kat sekolah tu, menawarkan untuk membawa aku mengurut. Aku dah tak tahan, 3 langkah terhencut-hencut berenti, 3 langkah lagi berenti, jadi aku setuju je. Kami bertolak selepas solat zohor. Sampai di rumah tukang urut tu, bermula la sesi mengurut. Sambil 2 orang rakan tu menibai buah salak, aku pula di tibai oleh tukang urut..aduh sakitnya..ke kiri kanan aku menggelopor, kadang-kadang berada di tengah-tengah mengiggit bantal menahan kesakitan, tapi masih tak mengeluarkan suara, cuma muka je berkeriuk..Kami bersembang sambil tukang urut tu mengurut-urut. Masih jelas sembang kami..walaupun dalam keadaan muka yang berkeriut begitu, aku masih lagi sempat tersenyum masa 2 orang kawan tu membuat lawak bodoh dan mengusik-usik aku.. Orang tua-tua begitula, pandai memanipulasi keadaan. Bila Tukang urut tu membesar-besarkan dirinya, aku dah mula suspek macam-macam. Aku memang jenis kurang sikit tok bomoh yang cerita membesar-besarkan diri..mulala aku rasa kurang percaya, tapi aku tabahkan hati juga untuk percaya, dan memujuk-mujuk diri supaya percaya keupayaan tukang urut tersebut sambil berharap, dia betul-betul dapat menyembuhkan aku dengan izin Allah.

Arghhh!!!
"la, ingatkan sini" sambil menunjuk buku lali, "ruponyo sini" sambil menunjuk tempat yang betul2 ditimpa kesakitan. Aku saja tak beritahu kat mana sakit, aku cuma kata kaki aku sakit je. "Ni berat ni, banyok sendi sini..susoh sikit". Alamak! "tapi takpo, sikit jah ni" dia explain lagi dalam loghat Kelantan...macamana pulak orang Kelantan boleh berada dalam hutan ni?, sempat juga aku berpikir walaupun sedang menahan kesakitan. memang berbelit, tadi kate berat, lepas tu kata sikit pulak..minda aku dah terset, perkataan yang pertama adalah ikhlas, dan pernyataan kedua adalah memujuk-mujuk. kruuut...kruut bunyi bila sendi-sendi di betulkan, sakit bukan kepalang sampai dah berbuih mulut aku menyebut nama Allah...Tukang urut tu bercerita-cerita seperti tadi tapi aku mula tidak mendengar apa yang dibualkan, suara dari slow, sampai agak kuat sebutan Allah dari mulut aku...Ingin saja aku suruh dia berenti mengurut, tak masuk pun tak masuklah...tapi aku sabar...Kruut krut lagi bunyi..sampaila selesai.. Di tengah-tengah urutan tu, ada jugak dia tanya yang ni sakit tak lagi, aku cakap tak, sambil mengharap dia juga akan tanya yang lain-lain, supaya cepat selesai urutan sebab tidak tertahan aku..tapi harey,..tak tanya pun, dia belasah lagi sampai habis.. sebelum pulang ke sekolah, kami berhenti di bengkel, dan penyelia petang aku tolong ambik dan bawa kereta ke sekolah. Aku berehat di sekolah seketika, tunggu sehingga ok sikit sebelum pulang ke rumah. Padil awal-awal lagi menawarkan untuk menghantar aku balik...tapi aku menolak, insyaAllah boleh bawak kataku. Kalau Padil antar aku balik rumah sapa pulak nak bawa aku ke sekolah pada esok2 harinya.

Kecok-kecok
Memang aku dah agak, mesti mok ayah aku call aku banyak kali, sebab sehari sebelum kejadian, aku berjanji untuk membawa bapa saudara aku yang lumpuh sebelah ke pejabat pesuruhjaya sumpah atas urusan harta pusaka arwah mak, arwah isterinya yang dituntut oleh adik-adik iparnya...tapi ya lah, phone takdak, tak boleh nak inform..aku sampai ke rumah dalam pukul 6.30 dah. Sampai di rumah, belum lagi melangkah masuk terus aje dibebel mak aku "Hor guane kecok2, bekok kaki tu?" belum lagi aku sempat mejawab dia membuat tohmahan "main bola pulok ah tu!". Aku senyap je, terus masuk rumah dan berhenti kat atas kerusi. "Mung main bola pulok?" tanyanya lagi. Ialah sebelum ni aku ada main bola, bengkak kaki, tapi aku urut sendiri je..Mak aku juga turut urut-urut sama. Aku dengan mak aku sering juga berbalah-balah tentang sesuatu, sebab dah tak ada orang lain nak berbalah agaknya. Dia puas berbalah ngan ayah dia berbalah ngan aku, tak pun dia sembur bapak saudara aku..hahaha, memang power ah dia..tapi dia baik walaupun dia suka berkata-kata dalam nada tinggi...aku dengan kakak aku sering juga berbincang tentangnya...tentang perangainya maksud aku...tapi mungkin sebab dia dah tua dan sering sakit-sakit dia jadi suka berkata-kata..tapi dia memang baik, tak dapat di sangkal lagi. kalau aku lenguh-lenguh dia la tukang urut aku, kalau dia lenguh-lenguh, akula tukang urutnya. " dok eh, jatuh tangga!" jawab ku.

Blebey
Aku pun ceritela kat mak ngan bapak aku..lepas je aku cerita, dia terus turun ke tanah. aku bertanya ke mana dia? "Nak cari akar kayu!" katanya. "Tak payahla, takdok mendenye"kataku..terus aku dibebel sambil memberi contoh beberapa nama yang terkena benda yang sama dengan aku tapi kesannya lama terhencot-hencot. Aku tidak membantah, dan ngeri dengan citer mak aku...Aku mula terfikir tentang tukang urut tadi.."InsyaAllah", pujuk aku dalam hati. Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit, cuma aku berhati-hati jugak, dan masih lagi hencot-hencot. Terpikir-pikir juga aku dengan pesan tukang urut semalam, jangan banyak sangat bergerak sehari dua ni, dan jangan buat benda berat-berat. Dua orang kawan yang turut serta dengan aku tu pun berpesan benda yang sama...Salah seorangnya adalah pengamal perubatan Islam. Selepas aku solat asar semalam ada juga dia baca sikit-sikit. harap kawan2 yang tua ni lah jugak apa-apa pun, yang muda-muda kawan minum kopi! hahaha. Dan semalam mak aku pesan, jangan gi sekolah esok (ari ni). Aku senyum je...hahaha dia ingat sekolah tu aku punya ke...

Base babil
Ari ni, beberapa kali jugak mak membebel, sebab aku terlalu aktif, walaupun tak ke sekolah. Pagi-pagi lagi aku dah keluar, pegi ambik handphone kat Hotel, lepas tu balik.. pegi hantar bapak saudara aku pulak..ke Mahkamah...Walaupun aku ingat pesan tukang urut dan kawan2, aku tak sanggup tengok ayah yang dah berumur untuk mengangkat kerusi roda dan memapah bapak saudara aku..turun naik rumah dan turun naik bangunan...tapi ayah pun pandai, dia pun nampak cemas dan serba salah tengok aku berkeaadaan begitu sebab dia pun sedia maklum tentang maslahat aku. Mak awal-awal lagi dah sound pegi je lepas sembuh, tapi biasalah, aku memang degil...aku cakap tak pe. Bila balik beberapa kali aku cuba untuk berehat dan melelapkan mata, tapi tak menjadi..heran betu aku. ke sana sini aku berjalan di dalam rumah tak tahu nak buat apa..Pukul 3.30 aku keluar dengan alasan nak hantar surat bapa saudara aku, tapi lepas tu aku lanjutkan ke tempat latihan futsal...Mak tak tahu, kalau tahu mesti kena jugak lagi aku...walaupun kalau aku cakap aku tak buat apa-apa, tengok je..hahahaha. Ampun mak!!! Malam ni dia buat lagi ubat akar kayu untuk aku..

Friday, October 16, 2009

Qissotul Jadid ( Bedah la...)

Filem ini berkisah mengenai pengorbanan seorg wanita muslim. Seorang wanita berpendirian kuat dan cerdas.
Dia hidup dlm lingkungan keluarga Kyai di sebuah pesantren Salafiah putri al-Huda di Jawa Timur, yang konservatif.
Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah alQuran, Hadith dan Sunnah


Bukan Rabiaatul Adawiah, jauh pula dari Aishah RA...tapi jiwa mereka tetap ada.

ini kesah;

KARTINI, MARSINAH, SURIANI, SHAMSIAH, NAWAL ELSAADAWI, MARWA ELSHERBINY

Wednesday, October 14, 2009

Monday, October 12, 2009

Monotoni

Ada tanah tak ada rumah
Ada busur tak ada panah

Ada bendang tak ada padi
Ada peti tak ada isi

Saturday, October 10, 2009

Gurindam Jiwa

1. Dua tiga minggu kebelakangan ini minggu bencana. Ada Ketsana, ada Melur ada Parma. Ada juga gempa di Padang, Sumatera. Semuanya mengorbankan nyawa. Syahid kepada manusia yang bertakwa; bala kepada manusia yang alpa ; dan pengajaran kepada manusia yang tidak ditimpa.

2. Minggu ini juga boleh tahan aktiviti aku selepas sekolah. Ahad; ke hospital menziarah. Isnin; di sekitar Hulu mencari rumah. Selasa; membayar bil di Giant dan terus alpa di situ membelek-belek Cd, di tingkat bawah. Rabu; keluar dating, sebelum tu boleh tahan juga kerja, tapi tak ingat pun lelah. Khamis; sahaja tak ada aktiviti, jadi boleh berehat di rumah. Jumaat; pagi macam biasa ke Rusila, petang ke hospital lagi menziarah. Sabtu; ke rumah kakak kenduri cukur kepala, atau dalam taklifi kita panggil aqiqah.

3. Ini cerita seorang sahabat bernama Suhaimi. Banyak juga pengalaman aku bersama dia ni. Di hari Raya Korban, kami pernah x dilayan di kedai makan di sekitar KL, lalu kami bermudik ke Nogori. Kami ke Nogori hanya mencari sesuap nasi. Ialah, perut kami sudah berbunyi sejak pagi-pagi lagi. Food Court, Tmn Ten, Tmn Midah; kedai makan Islam sume tak beroperasi lagi. Balik dari Seremban, sampai ke Bdr Tun Razak kami naik komuter bersama seorang lagi sahabat bernama Rahimi. Dari bandar Tun Razak ke maktab, kami jalan kaki. Niat di hati nak naik teksi. Tunggu punya tunggu punya tunggu, teksi tak muncul2 juga, mungkin sudah kehabisanallazi. Tengah berjalan dah nak sampai kat maktab, Rahimi pulak langgar tiang api. "ark, ark ark!" Rahimi mengerang kesakitan, macam nak mati. Kami dah cuak, tapi akhirnya dapat juga dia berdiri. Kami menapak lagi. Kami ketawa berdekah-dekah di luar dan dilam hati. Jahat betul Suhaimi, kawan sakit dia boleh bantai gelak dan rasa geli hati. Suhaimi sudah ada blog sendiri. Boleh check di www.nadimelor.blogspot.com atau boleh cari "kuncit" kat sebelah kiri blog aku ni. Wei, guru2 Pendidikan Khas yang nak ambik PTK eloklah kontek dia ni. Takut-takut nak tanya itu dan ini. Pasal masalah penglihatan, InsyaAllah dia banyak informasi.. Kunciti, kunciti, buta mata celik hati. Aku rindu ah ke mung mi!

4. Ari ni pilihanraya..tak tahula camana keputusannya. Tapi apa pun, mesti ada yang tersungkur dan ada yang berjaya.

Friday, October 9, 2009

Satu....Hari Lagi

"AR-RASHI WAL MURTASHI FIN-NAR"
Perasuah dan penerima rasuah semuanya ke dalam neraka

1. Rais Yatim bising-bising sebab Gobalakrishnan membaca potongan ayat daripada satu surah dalam Al-Quran. Katanya perkara ini perlu dihindar kerana ia boleh membawa umat islam sesat barat. Rais, hahaha, kira okla non muslim memberi perhatian kepada ayat-ayat Allah, dan dia berpesan kepada umat manusia. Kamu kenapa tidak baca? Kenapa tidak memberi peringatan dengan ayat-ayat Allah? lupa belajar alif ba ta?. Moga-moga Gobala di beri hidayah olehNYA

2. Serangan ke atas markas pas di bagan pinang. Lima repot polis telah di buat. Petugas berdarah-darah muka, bengkak-bengkak badan. Polis lambat bertindak dan Mereka-mereka-mereka berkata ; taktik pembangkang, pukul sendiri. Azeez PUTERA yang melalui kawasan penyokong pakatan, berjalan biasa sambil tersenyum-senyum, tanpa sebarang kesan kecederaan. Baju pun tidak kotor. Esoknya di balut tengkuk. Kata mereka, kita akan siasat segera.. hahaha kata Strict Tease " WHAT IS THE GAME?!!!"

3. Adnan Mansor kata, "BN tidak pernah ungkit isu undi pos walau kalah". Dia nak ungkit apa? Dia nak ungkit beginikah " Kami dah buat macam-macam untuk mereka (tentera) mengundi kita, termasuk meminta pegawai yang memangkah bagi pihak orang bawahannya, tapi camana pulak boleh kalah ni?" Alamak kantoi la bingai...hahaha

4. Cerita rasuah? Bosanla...sana sini dah tahu.

Bagan Pinang ; SELAMAT MENGUNDI




Satu hari lagi pilihanraya, satu hari lagi aku akan raya, cuma tak tahu bila..

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"
- Yaasin 36:60

Sunday, October 4, 2009

TPNM

KAU BUKAN MUSUH KU


Kepada saudaraku askar dan polis,

Kita dilahirkan dalam keluarga besar bumi bertuah Tanah Melayu. Kita sama-sama tahu bahawa tanah air kita yang tercinta Tanah Melayu telah dijajah oleh penjajah Inggeris selama ratusan tahun. Kita sama-sama tahu bahawa pemerintah kita Raja-Raja Melayu telah terikat dengan pelbagai helah keji penjajah. Kita sama-sama tahu bahawa penasihat Inggeris sebenarnya lebih berkuasa dari Sultan, sedikit tak kena raja boleh dibuang negara atau diturunkan dari takhta.

Aku tidak rela melihat semua itu berlaku ke atas Tanah Melayu kita. Aku tidak rela melihat bumi persada kita dihina sedemikian rupa. Aku tidak rela melihat kekayaan tanah air kita dipunggah ke Eropah dengan penuh tamak haloba.


Justeru itu, aku bertekad, walaupun bersukat darah bertimbang daging, aku mesti menghalau penjajah orang putih dari bumi Tanah Melayu. Aku bertekad mahu mengembalikan kedaulatan Tanah Melayu. Aku bertekad membahagikan kekayaan alam Tanah Melayu untuk semua lapisan keluarga besar kita. Lalu aku memanggul senjata untuk menghalau orang putih.

Akan tetapi, penjajah yang licik sekali lagi menipu kita, ramai dalam keluarga kita terperangkap dengan tipu daya penjajah sehingga mereka sudi membela kaum penjajah. Penjajah mendewakan dirinya bahawa Inggerislah pembela bangsa kita, penaung kekuasaan kita. Inggeris telah merekrut kaum keluarga besar kita menjadi benteng mempertahankan kekuasaannya dengan berselindung di sebalik “menjaga keselamatan negara”, “membasmi pengganas”, tapi yang sebenarnya menjaga kekuasaan penajahannya daripada diruntuhkan oleh keluarga kita yang patriotik, yang tidak rela melihat Tanah Melayu diinjak, dihina sedemikian rupa.

Sesungguhnya kau bukanlah musuh ku. Kerana kelicikan penjajah kita bersengketa, engkau membela kepentingan penjajah dan aku menentang penjajah. Maaf kalau kata-kataku ini melukai hatimu, tapi itulah hakikatnya. Lalu berlakulah “Peristiwa Bukit Kepung”, berlakulah pertempuran Sungai Semur dan lain-lain – berlarut-larut turun temurun sehingga 41 tahun.
Siapakah yang bertanggungjawab persengketaan ini? Adakah Engkau? Adakah aku?

Yang bertanggungjawab dalam persengketaan ini bukan engkau dan juga bukan aku, tapi adalah kaum penjajah British dan kaum pewarisnya. Merekalah yang mempergunakan sanak saudara kita bersengketa sama sendiri demi menjaga kepentingan ekonomi penjajah walaupun selepas kaum penjajah angkat kaki dari Tanah Melayu.

Hari ini Allah Yang Maha Esa telah menurunkan perdamaian antara kita. Bersyukur kita kerananya. Menuding jari ke arah engkau atau aku tiada maknanya. Yang seharusnya, bersatulah kita, berjuanglah kita untuk menghapuskan saki baki penjajahan dan mengembalikan kegemilangan Tanah Melayu kita yang tercinta. Dan ini juga wasiat Pahlawan Agung bangsa kita Datok Maharajalela, Datok Sagor, Datok Bahaman, Datuk Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman dan lain-lain yang telah menumpahkan darah segarnya demi menghalau kaum penjajah dan membela Tanah Melayu kita yang tercinta.

Saudaraku, kita adalah orang-orang yang pernah bermain senjata. Suatu pesanan ikhlas dari lubuk hati yang mendalam ingi
nku sampaikan kepadamu: Gunalah senjata di tangan itu untuk melawan musuh yang sebenarnya. Gunalah senjata itu untuk membela rakyat dan membela negara!

blog yangmemaparkan segala sejarah silam Rejimen Ke-10 agar persepsi serong diperbetulkan