Friday, October 9, 2009

Satu....Hari Lagi

"AR-RASHI WAL MURTASHI FIN-NAR"
Perasuah dan penerima rasuah semuanya ke dalam neraka

1. Rais Yatim bising-bising sebab Gobalakrishnan membaca potongan ayat daripada satu surah dalam Al-Quran. Katanya perkara ini perlu dihindar kerana ia boleh membawa umat islam sesat barat. Rais, hahaha, kira okla non muslim memberi perhatian kepada ayat-ayat Allah, dan dia berpesan kepada umat manusia. Kamu kenapa tidak baca? Kenapa tidak memberi peringatan dengan ayat-ayat Allah? lupa belajar alif ba ta?. Moga-moga Gobala di beri hidayah olehNYA

2. Serangan ke atas markas pas di bagan pinang. Lima repot polis telah di buat. Petugas berdarah-darah muka, bengkak-bengkak badan. Polis lambat bertindak dan Mereka-mereka-mereka berkata ; taktik pembangkang, pukul sendiri. Azeez PUTERA yang melalui kawasan penyokong pakatan, berjalan biasa sambil tersenyum-senyum, tanpa sebarang kesan kecederaan. Baju pun tidak kotor. Esoknya di balut tengkuk. Kata mereka, kita akan siasat segera.. hahaha kata Strict Tease " WHAT IS THE GAME?!!!"

3. Adnan Mansor kata, "BN tidak pernah ungkit isu undi pos walau kalah". Dia nak ungkit apa? Dia nak ungkit beginikah " Kami dah buat macam-macam untuk mereka (tentera) mengundi kita, termasuk meminta pegawai yang memangkah bagi pihak orang bawahannya, tapi camana pulak boleh kalah ni?" Alamak kantoi la bingai...hahaha

4. Cerita rasuah? Bosanla...sana sini dah tahu.

Bagan Pinang ; SELAMAT MENGUNDI




Satu hari lagi pilihanraya, satu hari lagi aku akan raya, cuma tak tahu bila..

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"
- Yaasin 36:60

2 comments:

  1. "Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu" - Yaasin 36:60

    skrg ni syaitan dh pandai bising2 dah bila ada orang baca ayat Al- Quran....harap maklum.

    ReplyDelete
  2. The Farouk,
    hahaha...tembak ke dahi.

    ReplyDelete