Monday, October 26, 2009

Laporpo!!!

5+3 = 8 bukan 1Malysia


1. Baru-baru ni adik aku call, mintak no ic mak dengan ayah aku. Katanya nak jemput pegi konvo dia kat UIA. Ceh, bape kali konvo daa.. dulu dah sekali, sekarang sekali lagi. Aku haram tak pernah konvo walau sekali pun. Bukan kata nak konvo, naik atas pentas, terima sijil - nak berada dlm suasana konvo sendiri dengan kawan2 pun tak pernah dapat..Hahahaha nasib le kaduk

2. Cakap pasal konvo ni, dulu aku pernah pakai jubah konvo kakak aku masa dia grade, siap ambik2 gambar lagi..Kakak aku tu orang pertama dalam sejarah keluarga kami yang berjaya lulus universiti...dan berkata lah abang aku, "tebeng ah mung paka baju konvo awal2, kekgi mung x boleh konvo...Dijadikan cerite, ia telah pun terjadi...hahaha, tapi aku percaya ia bukan pasal 'tulah' kata-kata abang aku..walaupun kadang2 aku mari terpikir mcm nak percaya, tapi aku cepat2 buang..ceh buang karan je..

3. Aku teringat masa aku kat UIA dulu, time tiba minggu konvo je, mesti hidup aku tak keruan. Ialah, time konvo, kantin kolej sume kene tutup...yang ada pesta jual-jual kat tapak jualan convocation je. Maknanya, kalau aku nak makan aku kene menapak ke tapak pesta tu yang jauh dari kolej aku. Jarak dia adalah lebih kurang 1km lebih setelah melalui 'jalan potong'. Bila balik ke kolej balik, mesti aku dah lapar balik sebab letih berjalan. Dahlah harga makanan kat situ mahal nak mampus! Nak cari makan kat luar kampus, aku takde motor atau basikal atau lain-lain jenis kenderaan..sebab aku miskin masa tu kahkahkah. Masa tu, tengah muda jadi biasalah aku mencarut-carut "pakoh" Konvokesyen!

4. Amende x pasal-pasal cerite pasal konvo ni. Konvo ni bukan "kerajaan perpaduan" yang boleh dijadikan isu, yang boleh di cokek dan boleh jadi terlatah...ah..sudahla. Ok, kat bawah ni ada sikit titipan yang aku terjumpa dalam beg aku..ia kertas lama tulisan aku, dan bila aku belek-belek rupa-rupanya ia adalah satu daripada trilogi ke amende orang panggil, daripada 3 rangkaian puisi hampeh Air, Angin, dan Udara yang aku karang dulu. "Puisi lembing" ni telah dideklamasikan oleh seorang kawan, yang akhirnya huru-hara dewan bila menyaksikan lakonan terjemahan dari puisi tersebut terutama bila aksi bercumbuan sedang dilakukan. Dan ia akhirnya menerima teguran daripada pensyarah psikologi kami di maktab dulu...bukan pasal puisi, tapi sebab dia pakai selipar jepun kahkahkahkah

Angin


Bahang ini, panas ini mengingatkan aku; -
pada angin

Di saat ini, alangkah indahnya
Jika dapat aku merasa nikmat
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa
Angin yang tulus, angin yang damai, angin yang berkat

Bahang ini, panas ini menyesakkan

"hidden feudalism!"

Membuat jelata cepat naik angin!


Bahang ini, panas ini membingitkan

Di jalanan, di kala malam

Ramai mat rempit main cucuk-cucuk angin

Bahang ini, panas ini merimaskan
Apa guna kipas angin?
Untuk siapa teknologi ini?

Untuk akukah untuk engkaukah?

Bahang ini, panas ini makin terasa

"di pusat-pusat peranginan"

Masakan pusat peranginan terasa bahang?

Panas! angin bertukar - nikmat menjadi maksiat


Di pusat peranginan ini, pusat peranginan sana

di mana-mana sahaja,
Angin datang membawa khabar
Bersama
hembusan nafas berpasang-pasang kekasih
Sesuatu telah berlaku
Sesuatu telah terjadi


Tangan merayap, dada berdakap

Mulut bertembung, setan masuk jarum

Laknat! (semua pejam mata)

Bahang ini, panas ini memilukan

Di Palestin sudah berapa tahun bang?
Di Iraq sudah berapa lama pakcik?
Usaha apa yang kita buat?

Perbincangan apa yang berjam-jam, bertahun-tahun?

Usaha bercakap pom pang pom pang
Hanyalah masuk angin - keluar asap!


Dan kami di sini memberi khabar

Bukan khabar angin

Memberi khabar
yang bukan khabar angin
Memberi khabar yang bukan khabar angin,

Betul ke? Ntahla..


" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar ladi Maha Mengetahui " - Al-Hujuraat 49:1

Sedang mendengar ; Diamond and Rust - Joan Baez (boleh ke aku tiru ni makcu? hehehe)

7 comments:

  1. tak senang duduk 'orang-orang'!
    ke kiri ke kanan 'orang-orang' bergerak menepis angin..
    dan membuat hati orang-orang lain pun jadi gundah!
    (doh kalu wat padi kapung mung ade dok paka 'orang-orang' wat hambat burung? ke sangkut tin pahtu tarik nok suruh burung lari?)

    ReplyDelete
  2. Ooo.. Ex-uia jugok? Sama la kita!

    ReplyDelete
  3. bahangGambang,
    dan juga membuat hati orang lainnya menjadi selamat selepas tawakal...
    (di Banggol Limau sudah tiada penanaman padi sejak 1993 kalu aku tak silap. Tapi seingat aku, kami tak pernah menggunakan orang-orang untuk hambat burung...tawakkal tinggi kahkahkah)
    [berbudi kepada tanah ; kalu tanaman berhasil Alhamdulillah, bila buat makan sendiri blh pahala, bila jual ke orang blh pahala, bila burung makan blh pahala, bila tanaman rosak akibat serangga blh pahala, bila dilanggar bencana blh pahala, bila tanaman dicuri pun blh pahala. meh kita wat padi semula nok dok? brani takut hahaha]

    Nafastari,
    Mgkin kita tidak sama sbb darah muda saya..hehe

    ReplyDelete
  4. owh super senior laa ni..
    err.. tp nape tak ke konvo.. slain pesta makan konvo...??

    ek bule, tirulaa... err bkn tiru, amik rujukan buleee .. no hal...

    ReplyDelete
  5. Makcu,
    hahaha, drop out. Masa tu tak tahu pulak kalau ada masalah belajar blh jumpe najib...dan najib pun bukan timb. PM lagi masa tu, kalau tahu blh jumpe, dah lama pegi jumpe dia mcm saiful bukhari kahkahkah... apa kes!!

    ReplyDelete
  6. sipar jepun tu baru beli tau.. xpuas ati aku Pn Mokh tegur pakai sipar..sbhagian dr props tu.ampeh.. kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Ejam,
    Hahaha, tu la jam. Tak menjiwai seni langsung kan? Apa-apa hal pun memang kelakarla kena tegur kihkihkih

    ReplyDelete