Kita dilahirkan dalam keluarga besar bumi bertuah Tanah Melayu. Kita sama-sama tahu bahawa tanah air kita yang tercinta Tanah Melayu telah dijajah oleh penjajah Inggeris selama ratusan tahun. Kita sama-sama tahu bahawa pemerintah kita Raja-Raja Melayu telah terikat dengan pelbagai helah keji penjajah. Kita sama-sama tahu bahawa penasihat Inggeris sebenarnya lebih berkuasa dari Sultan, sedikit tak kena raja boleh dibuang negara atau diturunkan dari takhta.
Aku tidak rela melihat semua itu berlaku ke atas Tanah Melayu kita. Aku tidak rela melihat bumi persada kita dihina sedemikian rupa. Aku tidak rela melihat kekayaan tanah air kita dipunggah ke Eropah dengan penuh tamak haloba.
Justeru itu, aku bertekad, walaupun bersukat darah bertimbang daging, aku mesti menghalau penjajah orang putih dari bumi Tanah Melayu. Aku bertekad mahu mengembalikan kedaulatan Tanah Melayu. Aku bertekad membahagikan kekayaan alam Tanah Melayu untuk semua lapisan keluarga besar kita. Lalu aku memanggul senjata untuk menghalau orang putih.
Akan tetapi, penjajah yang licik sekali lagi menipu kita, ramai dalam keluarga kita terperangkap dengan tipu daya penjajah sehingga mereka sudi membela kaum penjajah. Penjajah mendewakan dirinya bahawa Inggerislah pembela bangsa kita, penaung kekuasaan kita. Inggeris telah merekrut kaum keluarga besar kita menjadi benteng mempertahankan kekuasaannya dengan berselindung di sebalik “menjaga keselamatan negara”, “membasmi pengganas”, tapi yang sebenarnya menjaga kekuasaan penajahannya daripada diruntuhkan oleh keluarga kita yang patriotik, yang tidak rela melihat Tanah Melayu diinjak, dihina sedemikian rupa.
Sesungguhnya kau bukanlah musuh ku. Kerana kelicikan penjajah kita bersengketa, engkau membela kepentingan penjajah dan aku menentang penjajah. Maaf kalau kata-kataku ini melukai hatimu, tapi itulah hakikatnya. Lalu berlakulah “Peristiwa Bukit Kepung”, berlakulah pertempuran Sungai Semur dan lain-lain – berlarut-larut turun temurun sehingga 41 tahun. Siapakah yang bertanggungjawab persengketaan ini? Adakah Engkau? Adakah aku?
Yang bertanggungjawab dalam persengketaan ini bukan engkau dan juga bukan aku, tapi adalah kaum penjajah British dan kaum pewarisnya. Merekalah yang mempergunakan sanak saudara kita bersengketa sama sendiri demi menjaga kepentingan ekonomi penjajah walaupun selepas kaum penjajah angkat kaki dari Tanah Melayu.
Hari ini Allah Yang Maha Esa telah menurunkan perdamaian antara kita. Bersyukur kita kerananya. Menuding jari ke arah engkau atau aku tiada maknanya. Yang seharusnya, bersatulah kita, berjuanglah kita untuk menghapuskan saki baki penjajahan dan mengembalikan kegemilangan Tanah Melayu kita yang tercinta. Dan ini juga wasiat Pahlawan Agung bangsa kita Datok Maharajalela, Datok Sagor, Datok Bahaman, Datuk Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman dan lain-lain yang telah menumpahkan darah segarnya demi menghalau kaum penjajah dan membela Tanah Melayu kita yang tercinta.
Saudaraku, kita adalah orang-orang yang pernah bermain senjata. Suatu pesanan ikhlas dari lubuk hati yang mendalam inginku sampaikan kepadamu: Gunalah senjata di tangan itu untuk melawan musuh yang sebenarnya. Gunalah senjata itu untuk membela rakyat dan membela negara!

No comments:
Post a Comment