Tuesday, January 19, 2010

Masa selepas masa selepas masa

1. Dah hampir 3 minggu aku bermukim di Ajil. Tiada lagi cerita kejar mengejar dengan Myvi merah TAS 3339 dan proton wira berstiker Universiti Al-Azhar. Tiada lagi, tiada lagi. Hari ini aku sampai di sekolah kurang 5 minit lagi pukul 7.. jaga pun baru bangun tidur!

2. Aku dah dapat 2 orang housemate baru..salah seorang daripadanya asyik panggil aku cikgu walaupun dah berkali-kali aku suruh panggil nama je. Aku amati tingkah laku dan kata-katanya sehinggakan ia akhirnya membawa kepada aku mengajaknya keluar minum untuk aku amati dan ku sentuh dan cium baunya...rupa-rupanya aku berkawan dengan kartun..yang agak bes

3. Aku memang bapak kedua Haikal di mata kawan-kawan seperkawanan guru cacat. Aku kadang-kadang hangin dengan Haikal kalau nak kena hantar dia balik rumah...mesti dia mengatur aku macam-macam. Dan paling aku hangin kalau aku berbual dengan dia, dia buat tak layan, sambil duduk silang kaki main 'aircond' kereta. Sampai hari ni pun Haikal tak tahu lagi nama bapak dia.

4. Dah lama aku tak tanya khabar Hakimi dari 'informer' aku di sana. 'Last' sekali ambik tahu pasal yuran sekolahnya je. Aku tidak sedikit pun melupakannya, tapi aku tak mahu aku berlebih dari keluarga darah dagingnya sendiri. Dengan sedikit pendekatan dan teknik-teknik helah bela diri, nampaknya ahli keluarganya dah mula bertanggungjawab...Kalau tak secara rela pun, terpaksa...tapi oklah..harap-harap perasaan kasih sayang Hakimi akan keluarganya akan mula berputik dan perasaan keluarganya ke atas hakimi kian menampakkan sirna. Aku mungkin dah boleh cabut dari kisah cerita itu. Hah!

5. Tiba-tiba aku nampak ada cahaya dari langit.. makin aku tenung, rupanya ia bintang! Ia sedang menuju ke arah ku, dan aku juga akan segera capai bintang itu..

p/s: berita menarik hari ini di media cetak dan elektronik ialah "tiada berita menarik". Aku mau berita jet, aku tak mahu berita basikal. Aku mahu berita penambang, aku tak mahu berita pembangunan.

Sedang mendengar :::: Res extinctia (Stolen good) - Kasih Sayang


"tidak ada satu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan(nya)" - Al Hijr 15:5

7 comments:

  1. cahaya dari langit? "sinar cahaya ada sambungannya" - ultraman nexus

    ReplyDelete
  2. berita menarik dari media cetak dan elektronik adalah menarik bagi mereka2 yang terlibat dan mereka yang merekaciptanya saja..

    ReplyDelete
  3. Fastri,
    Hahaha, bahaya doh mung..sama naik nge faiq. tapi kata-kata nexus itu betul...dan aku harap benar ia betul

    saya,
    Itu benar, tetapi kadang-kadang ia juga menjadi igauan kepada yang merekanya...sebab mereka tahu asal duduk sesuatu perkara

    ReplyDelete
  4. 1)waaahh
    2)kim slm katun yg best.. tp ade jugak katun yg tak best
    3)aa ahaalaa.. apa nama bapak haikal ni
    4)hakimi.... sedap nama tu
    5)wwoowwo.. nak jadik angkasawang ke

    ReplyDelete
  5. Makcu,
    1) mmm
    2) insyaAllah..kirim salam je? nama tak nak tahu?
    3) Wan Mohd Sabri
    4) iye..boleh tahan
    5) sudah lama menjadi angkasawang, orang je tak sedar :P

    ReplyDelete
  6. Apih,
    Ye, aku duduk rumah sewa. Tapi balik tiap2 minggu atau kalau ada hal kat rumoh, aku balik jugok walaupun hari bekerja.

    ReplyDelete