Saturday, April 11, 2009

HaikAL

Lukisan seorang kanak-kanak 8 tahun autisme
 berat bernama Haikal melalui imaginasinya sendiri

Aku ada seorg anak murid, namanya Haikal. Bapak dia cakap dia seorang kanak-kanak yang bercakap pelat… Apa yang aku dapati, sbenarnya dia langsung tidak pelat..dia bercakap bahasa standard.. atau kalau org Terengganu pggil cakap “KL”. Aku rasa percakapan dia itu dek kerana banyak terpengaruh dengan siri-siri kartun BM kat televisyen, terutamanya “wonder pet”. Dia tak boleh membaca dan tak boleh belajar, dia cepat bosan..dia tidak mahir mengikut arahan..biasanya setelah aku memberi arahan, murid-murid akan buat kerja yang diarahkan tapi dia akan sentiasa menjerit “Abis tu saya nak buat macamana?!!!” Bila diajar secara individu dia akan buat, setakat mana yang dia boleh..bila aku berlalu je dan pegi dekat murid lain, biasanya dia akan menyiapkan kerja mengikut kepala otaknya sendiri, bukan mengikut apa yang disuruh…dan bila aku dating balik kepadanya…mesti dia dah buat kerja yang sesat barat…Aku biasanya akan menegur “ Haikal, bakpe haikal buat ginning (begini)?, cikgu suruh buat ..blablabla…” dia biasanye akan tanya balik “ salah ke? Ha salah ke?” lepas tu dengan muka bosan dia erase balik apa yang tersalah seraya berkata “ bosannye sayyyeee!!!” dan ayat yang paling common dilafazkan selepas itu dan setiap kali dia buat silap “Ini semua salah saya!” semuanya diungkapkan dalam nada menjerit…hahaha kelakar betul bdk ni. Hari Khamis ari tu, setelah sesi persekolahan tamat, aku terus bersiap sedia untuk ke kg. Gaung bagi mengambil jagung.. yelah, pukul 2.45 petang aku kena bertugas sebagai pengadil bolasepak pulak..jadi aku cepat-cepat bergegas supaya semuanya sempat. Guru-guru dan kakitangan pula, hampir kesemuanya dah meninggalkan sekolah bergegas pulang ke rumah atau entah ke mana pun aku tak tahu kerana pada pukul 2ptg mereka ada majlis jamuan perpisahan di Kuala Terengganu. Aku sorang je pencacai kat sekolah tu yang tak terlibat dengan majlisperpisahan tu kerana aku dah terlibat dengan Kejohanan Bola Sepak MSSMXX… masa bergegas nak pegi ambik jagung tu, aku Nampak Haikal menangis teresak-esak disamping pembantu pengurusan (PPM) murid kerana belum dijemput oleh bapanya. Muka PPM tu pun dah nampak lain kerana semua kakitangan sekolah dah takde..mungkin dia takut ketinggalan majlis jamuan tu… so aku decide untuk hantar saje Haikal ke rumahnya dan menyuruh PPM tersebut pergi aje.. bila aku tanya aje “ Haikal tahu dok rumoh haikal kat mane?” dia cakap “ rumah saya kat situ ong..” rupanya ade jugak perkataan Terengganu yang lekat di lidah haikal…sambil-sambil tu aku dah pikir lain dah..aku tanya lagi “ Kat situ kat ane?” dia jawab “alah, rumah saya kat situ ong”..aduh kat mana la pulak aku nak cari kat situ..memang aku tahu kampong dia, tapi aku x tahu rumah dia kat mana..aku cakap lagi “kekgi haikal tunjuk kat ane rumah haikal deh?” dia angguk je..terus aku ke kg BJ….on the way ke rumahnya, dia ternampak bapaknya dengan motor dan terus menjerit “eh itu ayah!, itu ayah!” aku terus u turn balik dan kejar ayahnya…setelah aku mendudukkan haikal di atas motor sambil berbual ala kadar dengan bapaknya, tiba-tiba terdengar jeritan haikal yg ketika itu sedang cuba memakaikan kepalanya dengan helmet..dia tanya bapaknya dengan nada menjerit 2 3 kali “ Kenapa dating lambat sangat ah?” bapaknya diam je sambil menunggu haikal siap memakai helmet..aku ketawa terbahak-bahak…tapi dalam hatila…selamba je haikal marah-marah kat bapak dia..haikal-haikal..

8 comments:

  1. ehh.. lawo laa lukisan dier, aku suke garisan2 melintang dekat dua utir bangunan tu, KLCC eh?

    ReplyDelete
  2. hihi..macam comel je perangai dia..tapi tak berapa nak paham la,apa maksud dia kata rumah kat situ ong??

    ReplyDelete
  3. cursive,
    aku tanya doh die..ni klcc ke haikal? dia kata "ini bangunan la!" tapi aku rasa dia lukis KLCC.. hok petok2 tu pun aku tanya "doh ni mende? bangunan gok?" die kate "yang ni hotel ni, ni hotel, ni hotel" sambil menunjuk2 semua lukisan hok ade petok2 tu

    nadia,
    rumah kat situ tu...( x tahu nama kampung)

    ReplyDelete
  4. Aku suka entry ni really... hehe.. dan aku jugok suka lukisan haikal especially yg dikatakan hotel tuu

    ReplyDelete
  5. Saya bersimpati dengan Haikal, saya harap anda akan dapat membantunya. Saya juga teringin untuk berjumpa dengannya, tentu seronok!

    ReplyDelete
  6. Qim,
    thanks.. ada bnyk sgt cerita-cerita kelakar dengan bdk2 khas ni..mung pun blh tgk perangai adik mung guane ork? tu sorang..kalu dalam kelas aku ni ramai..jadi blh tgk bnyk perangai..bdk sindrom..biasala, lbh kurang sama je perangai ngan adik mung, bdk LD mcm mana, bdk MR macamana...tapi rata2 bdk kat kelas ni slow learnerla..autism x dok sorang pun..CP pun x dok sorang tp ADHD ada...plg serabut bdk slow learnerla...diorang ni blh urus diri, tp x blh belajar...bila belajar dia boring...bila mengajar urus diri pun dorang boring sbb dah boleh urus diri..dah tahu butang baju, tahu basuh berok blablabla.. aku pun suke...nok aje aku suroh je dia lukis ape-ape yg dia suke..tp aku takut cg lain cakap aku x mengajar pulak kahkahkah..

    Nafastari,
    InsyaAllah...saya akan cuba mengembangkan potensi yg dia ada..dtgla ke sekolah kami

    ReplyDelete
  7. aku dah lama tul tak join budak2 ni hehe.. bbrp thn sblm ni ade gak join family day sekolah adik aku so aku leh jumpa yg autism, hyper active, lembam etc.. so aku tau la skit sbyk perangai setiap sorg.. eh mung ngajar tu kene ikut silibus ke? leh dok kalo ajo sesuka ati kite je? ajar buat craft etc

    ReplyDelete
  8. sepatutnya ikut silibus...tapi sepatut-patutnya mengajarla ikut keperluan anak-anak.. ajar buat craft bagus..

    ReplyDelete