Sunday, April 26, 2009

Jagung # 4...apa-apa jela

ni popi dan basri yg bertungkus lumus membakar jagung..
kesian depa sebab aku asyik sibuk je jumaat sabtu dengan program2 sekolah dan jabatan

Hari ni aku tidak ke sekolah! Sesuatu yang janggal bagi aku bila tidak ke sekolah. Sepanjang aku berkhidmat sebagai ‘tukang kebun’ sehingga hari ini, aku tak pernah MC. Bukan tak pernah sakit, selalu sangat demam-demam…tapi aku tak pernah MC. Aku lebih rela pergi ke sekolah dlm keadaan demam dan selsema yang sok sek sok sek daripada mengambil MC…Selalunya demam aku akan pulih sendiri.. Ada banyak juga kes-kes demam berpanjangan yang teruk..tapi aku tetap x ambik MC…dan aku tak pernah pergi klinik/hospital ketika waktu sekolah untuk rawatan diri sendiri, tapi aku biasa pergi hospital/klinik dalam waktu sekolah bagi rawatan orang lain (bace: murid). Aku juga tak pandai untuk mengambil cuti khas.. Kalau x silap aku sepanjang aku berkhidmat di negeri jiran aku hanya ambil sekali sahaja cuti khas.


Lain pula bila aku bertukar ke negeri ini… sepanjang baru dua bulan lebih ini, sudah dua hari aku mengambil cuti khas dan kedua-duanya kerana sebab yang tak dapat dielakkan..pertama kerana kereta aku rosak di tengah jalan ketika ke sekolah… dan hari ini kerana kereta aku meragam lagi…tapi aku benar-benar tertipu dengan kejadian ini.


Semalam ketika aku bergegas hendak ke trek latihan olahraga, aku dapati tayar kereta aku pancit atau dalam bahasa Belanda “tayarus kepeh blepeng”.. jadi aku pun dengan kemahiran yang ala2 ninja tak pandai menukar tayar tersebut dengan tayar spare…dan sepengetahuan aku tayar spare tidak memungkinkan perjalanan jarak jauh…Oleh kerana seharian suntuk aku berada di Kejohanan Olahraga, makanya aku tidak sempat berbuat apa-apa dengan tayar pancit tersebut… dan hari ini aku bercadang membetulkannya dan x mahu mengambil risiko untuk ke sekolah aku yang jauh sayup-sayup mata memandang memang tak nampak dengan menggunakan tayar spare.


Tapi hairan, tayar yang kepeh blepeng itu, bila dimasukkan angin dan direndamkan ke dalam air bagi mengesan kebocoran tidak menunjukkan tanda-tanda berlaku kebocoran. Kata pomen “ budak-budak main buang angin kot!”. Aku kata “ ish x munasabah, mana ada budak-budak kat rumah aku!”. Peristiwa ini sudah dua kali berlaku, pertama masa arwah nenek meninggal dan ini yang terbaru. Tapi aku habis juga RM 299 hari ini bagi kos penggantian dan penyelengaraan alatan-alatan lain yang sudah reput usia…. Engine mounting dua-dua bocor, dan bukan setakat bocor dah rabak terus dah, alternator belt dah nak putus, power steering belt pun dah nak putus dan bermacam-macam kerosakan lain… Itula ceritanya, mungkin kereta aku ni protest sebab tuan dia x berapa ambil cakna… Kalau tak kerana tayar, mungkin aku tak pergi lagi ke bengkel dan perbetulkan mana-mana yang patut diperbetul…Ni la yang Ustaz Shamsuri marah ni, tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada yang hak. Hihihi, tahu tapi x buat. Bongok betul Shabri ni. Teringat pula seorang kenalan berkata “ni kete ke tong sampah ni?” kahkahkah. Hampir 4 jam aku berada di bengkel, memerhatika 3 pemuda mengerjakan kereta aku… nasibla mung kete dapat aku sebagai tuanmu..

3 comments: