Saturday, May 2, 2009

Ballad of a Thin Man @ JaguNG # 6

ini adalah salah seorang kanak-kanak yang
menghidap sindrom down. Perkataan glamour yang
disebut oleh kanak-kanak ini ialah bo bo bo (sabar sabar sabar)
dan netek (nok gi etek / nok etek -nak pergi juga/nak juga)


Tadi masa kami menjual jagung, angin kuat beserta hujan dating..tapi x dela kuat sangat… ribut yang suam sejuk je.. rasanya rebut yang kami hadapi tadi x lah sekuat ribut di Perak..ribut pergolakan umno di Terengganu, ribut ekonomi dunia dan ribut-ribut serta riuh rendah Penanti dan PRK di mana-mana tempat di Malaysia…

Cuaca sekarang mmg tidak menentu dan betul tidak mengenal tempat, sekarang asyik panas panas panas dan hujan..hujan hujan hujan dan panas..hulu Terengganu hujan lebat dan guruh-guruh, Kuala Terengganu panas terik…Aku yg bekerja diantara dua daerah ni selalu menjadi mangsa perubahan iklim, dan selalu saja kena telan ubat.

Keadaan x menentu ni juga aku pikir adalah tanda-tanda kiamat makin hampir.. Mintak-mintaklah aku dimatikan dahulu sebelum tibanya hari kiamat…dan sebelum mati aku harap aku berjaya menjadi umat Muhammad…tau kan maksud aku?

Aku berundur dulu, dan terimalah buah tangan yang tak seberapa ini. Sudahlah tak seberapa , aku kerat pulak ia menjadi dua..satu kerat untuk ku simpan buat bertapa, satu kerat untuk ku luahkan buat tatapan semua…





SATU APA ?

…………..
…………….


Satu Malaysia
Rakyar didahulukan!
Pemimpin ditendang
(pula) Di Julang!

Satu Malaysia
Prestasi diutamakan!
Rasuah yang berserakan
Ditenggelamkan

Aku tak paham
Apa maksudmu?
Atau sekadar ungkapan?

Aku keliru
Dan aku ragu
Segala tindak mu

13 comments:

  1. aku dah macam orang gila nampak sawah weh!

    ReplyDelete
  2. syik s

    hahaha sabar..itu subur... tempat, baru-baru mmg kita benci! bila kita tinggal..kita buru-buru rindu

    ReplyDelete
  3. mereka sangat bijak dan pandai. mencipta slogan dan segala retorik.

    ReplyDelete
  4. ni ape yang aku bace

    sebelum kiamat umat Islam akan dimatikan dahulu, kiranye kiamat ni hanya untuk org2 yang membelakangkan Allah SWT sahaje..

    wallahualam

    ehh.. syik jadi cekgu doh ke?

    ReplyDelete
  5. nice post..
    ya.. pu3 jugak selalu pikiaq pasai kiamat bila cuaca tak menentu. rasa sgt kerdilnya kita...!
    takut bila memikirkan dosa..
    moga kita berjaya menjadi ummat Muhammad..
    ya... post yang amat menarikk..

    ReplyDelete
  6. Nafastari,
    ye betul!

    Cursive,
    Moga-moga kita tidak dikategorikan seperti yang tuan hamba cakap tadi..
    syik dah jadi pensyarah..peh pensyarah beb

    pu3 balqis,
    :) Harapnye begitulah..
    Terima kasih kerana singgah..jgn terlalu memuji hamba berasa malu dan takut nanti

    ReplyDelete
  7. indah sgguh sajak ni.. seindah..seindah..erk..

    ReplyDelete
  8. kasih sayang main gig kat cherating ke?

    fuhh.. syik jadi pensyarah..

    ReplyDelete
  9. Makcu,
    ate, kome perli teman eh?

    cursive,
    ya betul! dia dah jadi pensyarah

    ReplyDelete
  10. satu apa?

    satu black malaysia..

    ReplyDelete
  11. Eezmo,
    Satu harapan yang musnah
    satu juta penipuan!

    gile!

    ReplyDelete
  12. penipuan lame doh.. masalohnye ghama sangat hok rela ditipu idup2.. 50 tahun dah iduk dalam penipuan.. lahir kene tipu doh..sapa mati pung kene tipu lagi.. hahaha.. malaysia memang boleh..
    boleh kene tipu.. huhu..

    p/s: minggu ni aku paka spender hitam.. anda bagaimana? eheh.. malam ning meh ah gi pekene kopi o..

    ReplyDelete
  13. setjiweluke,
    hoho, yer ah..
    boleh lingkup sebab ramai penipu
    aku teringat lagu marjinal...
    " ooo, ini yang terjadi
    Ternyata banyak penjahat berpakaian rapi
    ooo, ini yang terjadi
    Ternyata banyak penjahat di negeri sendiri "

    p/s: Gua kene kopi 'o' kat tgh lautla beb semalam

    ReplyDelete