Friday, May 15, 2009

Piece of My Heart


Setengah jam yang lalu aku mendapat panggilan telefon daripada bekas Penolong Kanan HEM aku di sekolah lama. Panggilan telefon itu menggusarkan aku sehingga saat ini. “ hallo, abe sab..hakimi duk di wad kecemasan ni”..degup jantung aku terus kencang saat mendengar khabar tersebut. “dio patoh tangey” “dio main gantung di tiang gol, pahtu tiang gol terbalik”. Kepala aku ligat memikirkan tindakan… aku tidak tahu apa yang harus ku buat “tel, ko tok dio!” saranku..tidak menyelesaikan masalah… aku ke sana? Sudah agak lewat.. malam pulak tu, mungkin sampai semua dah settle dan mungkin semua sudah tidur…

Mujur, PK HEM tersebut menawarkan diri untuk menjaga dan membawa balik Hakimi ke rumahnya, walaupun aku mencadangkan supaya di serahkan saja pada Pembantu Pengurusan Murid yang rapat dengannya..,selesai buat seketika…Aku? apa harus aku buat? Berita tentang hakimi yang mengadu-ngadu sakit kepada mereka yang berada di hospital sangat meresahkan aku, apa lagi bila dikhabarkan dia menangis teresak-esak bila PK HEM cuba menenangkannya dengan memberitahu bahawa dia akan memberitahu perihal yang berlaku ke atasnya (hakimi) kepada aku…tambah aku rasa hiba…

Sekejap tadi, PK HEM itu telefon kembali..katanya tangan Hakimi telah disimen. Dia terpaksa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu pada hari ahad kerana sifat ADHDnya tidak memungkinkan dia hanya bersimen..dia memerlukan rawatan yang lebih kukuh..besi. Hakimi akan dimasukkan besi pada tangannya…Sebenarnya aku bukan risaukan rawatan…aku risaukan emosinya..dia seorang yang moody, emotional dan sebagainya… Sebelum aku menjaganya dengan baik dahulu, dia pernah mengalami demam..aku terjumpa dia tidur bergelimpangan di bilik air..dia juga biasa tidur di dalam longkang…

Saat ini, aku masih lagi dalam dilemma..apa perlu aku pergi terus esok atau pada hari ahad..Ahad aku kena masuk kem lagi di Besut. Kem latihan pusat olahraga pendidikan khas kontijen negeri. Boleh saja aku tinggalkan kem tersebut kalau aku sebagai jurulatih biasa…tapi aku memegang tanggungjawab yang lebih berat dari itu..aku dilantik secara tidak formal sebagi ketua jurulatih. Jurulatih2 mengharapkan aku untuk merancang latihan…Sungguh konfius aku.. Kalau aku pergi esok, aku terpaksa pergi ke rumah PK HEM..rumah orang bukan boleh duduk lama-lama…lebih elok kalau dia berada di hospital atau di asrama..aku boleh lebih lama bersamanya.

6 comments:

  1. Syafakillah..
    mudahn2 hakimi sembuh cepat...
    rasanye kimi tu perlukan org yg sgt2 rapat gan dia skang..baru semangat dia dtg n kurangle skit kemoodyaan dia tu...ek ek sukati cikgulee..:)

    ReplyDelete
  2. Saya turut berdukacita. Saya harap dia kan sembuh cepat2 dan kegelisahan anda akan hilang. Syafaakallah.

    ReplyDelete
  3. Makcu & Nafastari,
    InsyaAllah...dan terima kasih..emosi dia dah ok sikit..cuma dia malas bergerak, malas mandi, sume jadi malas. Yang patah tu tetapla patah dan mungkin ambik masa 2/3 bulan utk pulih

    ReplyDelete
  4. shabri pasti sabar...aku fhm prsaan mung....aku pn ada mrd yug mnjdi mmbr baik...g mncing sm...blk kmpg aku...aku blik lmpg dia...dia sllu tdr d rmah aku...mgkn ini rhmat aku msh blm b'zriat...tp kdg2 aku rs mls nk rs lbh mnyanyangi...mcm yg mung rs skrg....

    ReplyDelete
  5. haha, mung mana tau aku berperasaan gitu? mung buat telahan ni kikiki

    ReplyDelete
  6. mung kan ksih syg bro....kami mahukang...

    ReplyDelete