Pagi –pagi jumaat begini, kalau aku duk di sekolah lama biasanya aku akan ke medan ilmu… tempat Tok Guru Nik Aziz mengajar. Itulah bezanya negeri tersebut dengan negeri-negeri lain di Malaysia… boleh mengajar agama di tengah-tengah bandaraya, di jalanan… sungguh indah! Sungguh permai! Sungguh harmoni! rindu sungguh aku akannya!
Aku nak tulis amende sebenarnya ni? Haha, masih lagi hari guru..biarla dah basi pun.. baru-baru ni aku pergi ke blog guru sekolah aku yg terkebetulan kwn seblog kwn aku. Saje intai2 sbb aku tahu mesti dia tulis ttg hari guru..nak jugak aku tengok gambar macamana sambutan hari guru kat sekolah aku sbb aku sendiri x berkesempatan utk menyambutnya. Banyak betul dia dpt hadiah walaupun hanyalah seorg guru GSTT. Aku juga pernah tgk hadiah berlambak-lambak kat rumah kwn aku dulu masa dia buat praktikum..mcm2 ada, anak murid dia bagi.
Sepanjang aku jadi pencacai ni, aku x pernah dpt hadiah hari guru dari murid kecuali dari seorg murid bernama Nizan pd tahun 2006. aku pun x tahu kenapa aku dapat hadiah daripada dia sbb aku tak mengajar dia ketika itu. Hadiah yg diberi merupakan sebuah frame gambar bersaiz kecil. Sampai sekarang aku guna lagi frame tu walaupun tersangatla cikai dan nampak sangat kemurahannya. Aku letakkan gambar rakan-rakan ‘kasih sayang’ ketika sedang merekod puisirama “bumi meretak” kat kelas PKTD 3.6 ke dalam frame tu, dan masih lagi menghiasi tv aku ketika ini. Semalam sebelum bertolak ke Kuala Terengganu, aku mendapat panggilan telefon..cuba teka dari siapa? Dari Kak Pah! Maknya si Nizan tu. Dia bertanya tentang Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas yg akan dilangsungkan di Johor..dia bertanya tentang keadaan si Nizan..aku jawab, saya sudah bertukar ke Terengganu! Hahaha
Nizan ni adalah seorang atlit olahraga pekak bwh 14 tahun bagi negerinya. Sudah 3 tahun aku bawa dia msk kontijen negeri tersebut. Nizan tidak melalui pemilihan atlit peringkat negeri, tetapi telah disonglap masuk secara curi oleh aku setelah aku ambil alih tapak rakan setugas aku ketika itu. Mungkin kerana fizikalnya yang kecil ketika itu dan berada di kelas bawah makanya rakan setugas aku tidak membawanya untuk pemilihan atlit negeri..Bukan, bukan kerana dia beri aku hadiah hari guru, makanya aku ambil dia secara songlap msk kontijen negeri sebab hari guru bulan 5, tetapi kejohanan itu bln 3. aku ambik dia sebab terperasan dia ada bakat, cumanya perlu diasah. Tahun lepas dia mendapat 3 emas acara individu dan semuanya mejadi rekod baru kejohanan. Dia juga dinobatkan sebgai peserta terbaik kategori. Tensen juga bila memikirkan sekarang ini dia berada di pasukan lawan.. tapi bukan ini yang aku nak bawak..aku nak tulis pasal hadiah, termelalut pasal nizan pulak..
Aku x pasti, tapi aku merasakan guru-guru sekolah pendidikan khas semuanya senasib..tdk mendapat hadiah dari murid-murid mereka.. hadiah yang mungkin diperolehi mereka adalah hadiah sesame sendiri.. pertukaran hadiah antara guru dan guru..atau mungkin juga hadiah yang diperolehi daripada kelab guru dan kakitangan ataupun hadiah daripada PIBG.. haha siang puok mung! Aku sekarang tidak lagi, aku menjadi pencacai di sekolah mainstream yang ada pendidikan khas, bermakna, peluang utk mendapat hadiah daripada murid-murid normal adalah sgt cerah..kahkahkah…
Haha, sesungguhnya aku bergurau… kwn2 di skpk atau smpk seluruh Malaysia … sesungguhnya anda lebih mulia tanpa hadiah. Anda lebih mulia tanpa kad… Anda sangat istimewa!
Perak ape cerite?
pemberi n pengkongsi ilmu mmg mulia..ek ade ke pengkongsi dlm tatabahse..ek blehlaa
ReplyDeletemakcu,
ReplyDeletepengongsi kot..haha. perkongsian..entah, cuba tanya marni..dia betul punya orang bahasa
'pengeshare'<--- menurut EE AH GELI sedara jauh ee ah meng (1996), Kamus Dewan Bandaraya. hakhakhkahka
ReplyDeleteejam,
ReplyDeletehahaha, mung mmg x beruboh
mung silak bro...tdk istmwa gr2 skpk ipoh tnpa raqib....
ReplyDeletekirim salam raqib n kwn2.. bila nak mari trg wei?
ReplyDeletebla mung msk kn sjmlh krtas b'maruah dlm akaun aku aku dtg ngn istri...pitih is not enough bro...
ReplyDelete