berlepas untuk mencandat sotong
Semalam, pagi-pagi lagi, aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon. selepas aku tidur balik setelah menunaikan solat subuh dan sarapan ringan . Nombornya aku tak kenal. Tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan.. Ahh ni mesti nak iklankan aku dengan itu dan ini ni..aku memang phobia dengan suara perempuan yang nombornya aku tak kenal sebab aku selalu sahaja ditelefon oleh agen pelancongan, hotel, produk tu, produk ni, dsbgnya yang bersangkutan dengan amalan penggunaan kad kredit ..bosan betul!
“Hallo Assalamualaikum, Encik Shabri ke?” “Saya Nordiana..(aduh nak kempen amende pulak ni), Audiologist dari Siemens Malaysia….blablabla…” (la audiologist rupanya). Saya dah buat check tentang murid XXXX xxxx yang memerlukan hearing aid tu.. Saya rasa dia murid pra sebab umur dia 5 6 tahun. Tapi yang sorang tu nurshahida, saya rasa dia dah buat permohonan untuk mendapatkan tajaan dari JKM, jadi cikgu rasa kami patut kekalkan dia atau cikgu nak tukar dengan murid lain..waiting list untuk mendapatkan hearing aid sy ada, nanti saya email cikgu, cikgu ada email?..blablabla…”
Nordiana ni, aku pernah jumpe dan selalu jugak aku berurusan dengannya masa aku kat sekolah lama dulu. Memang dia seorang audiologist.. Dia akan turun satu / dua kali setahun untuk check alat bantu dengar murid dibawah tajaan Rotary. Yang selebihnya aku yang kena buat servis sendiri untuk bdk2 ni (bwh tajaan Rotary, dan sape-sape saje yang ada alat bantu dengar). Jika ada kerosakan yg aku mmg x boleh servis n tolong, kalau yg terima hearing aid bawah Rotary dan warranty cardnye masih boleh dipakai aku akan hantarla ke syarikat ini, kalau murid yg bukan dari tajaan rotary atau yg dulunya tajaan rotary tetapi warranty cardnye sudah tamat tempoh, aku biasanya akan serahkan kepada pegawai pusat perkhidmatan pendidikan khas di negeri itu (Ya pejabatnya di sekolah aku dulu) untuk diserahkan kepada mana-mana syarikat Hearing aid yg perkhidmatannya boleh diguna pakai
Biasanya ada 3 orang yang selalu berurusan dengan aku, nordiana tadi, Yvonne Liew jugak dari Siemens Malaysia dan Monalisa dari Sountex. Yvonne adalah Technical sales Executive manakala Mona adalah Konsultan senior untuk Penjagaan alatan Pendengaran. Dalam 3-3 orang ni aku paling suka jumpa Yvonne sebab dia lawa…kahkahkah.. Mona pun aku suka jugak..tapi mona ni aku mintak pen sebatang pun sampai hari ni x bagi-bagi lagi. Lagipun Nordiana ni bini orang, nak sembang lama-lama pun tak sedap. Kalau dia datang mesti dia bawak husband dia..dari KL nun wa cakap lu. Dan biasanya kalau diaorang ni datang, cikgu-cikgu kat sekolah aku tu tak tahu pun diaorang datang buat apa. Cuma diaorang akan tahu ooo pasal telinga kot..
Aku herannya kenapa Audiologist td call aku sedangkan aku sudah berpindah sekolah..dan bukan setakat sekolah malahan negeri. Bagaimana pula dia dpt maklumat murid kalau tidak dari sekolah? Dan kalau ikut pd munasabahnya, dia dahpun datang ke sekolah sebab ini sudah bulan 5, lagi pun dia cakap dia dah ukur saiz lubang dan cuping dalam telinga untuk buat “hearing mould” budak2 tu.. Kalau dah ukur mesti dah datang sekolah.. Hahaha ikut mungla Diana ooo..setakat mana aku boleh tolong aku tolong la. Lagipun aku x pasti dan aku sgt ragu kalau-kalau cikgu yg ambil alih tempat aku ni ada email…kahkahkah..BUKALAH EMAIL ACCOUNT CIKGU-CIKGU YE, SUPAYA URUSANNYA MUDAH.. Baru-baru ni pun aku dgr keluhan seorg kenalan yg mengatakan penyelia2 di pejabat pelajaran daerah x bukak email dan menyusahkan kerjanya.
Haha, semalam Kolektif Jagung dan kawan-kawan pergi mencandat sotong. Boleh tahanla jugak…walaupun x dela banyak sangat. Aku sendiri, bila balik rumah kira-kira dapat 21 ekor..tapi kecik-kecik..yang saiz besar ada 6 ekor je dan yang saiz gergasi dapat sekor. Popi dan Joe, masing-masing mendapat jumlah tangkapan yg amat memberangsangkan dan banyak dapat yang saiz gergasi. Yang tidur awal pun ada…yang muntah-muntah pun ada..hahahah. Ribut boleh tahanla…hujan pulak tak berenti-renti. Dek kerana mencandat nila aku terlepas ceramah Nizar kat Rusila.. PERAK, Apa Cerita ari ni? Dah tukar jadi Emas ke dah tukar jadi Tahik?
kompeni lama aku provide software untuk siemens custom depa punya punya hearing aid...menarik betul proses dia...
ReplyDeletehaha, doh mung ada belajar x?
ReplyDeleteHmmm... menarik juga cerita cikgu tentang saya yer... sori lah kalo saya mengganggu cikgu pagi2 buta... sebab saya tak tahu pon cikgu dah tukar sekolah... anyway, nice working with you.
ReplyDeletePn. Noordiana,
ReplyDeletemacamana puan boleh sampai ke blog ni selepas setahun?
May 12, 2009 6:22 AM
April 10, 2010 9:58 AM
saya sampai kembali kpd entri ini lebih dari setahun haha