Sekarang hampir jam 6 pagi… semalaman aku tertidur selepas menunaikan solat maghrib, nasib baik terjaga awal maka sempatlah aku sembahyang isyak sebelum subuh menjelma. Letih betul, mungkin ketiduran aku semalam bukan sebab letih ari ni, tapi keletihan yang terkumpul sejak beberapa lama sebelum ini.. semalam selepas latihan pusat olahraga sekerat hari di padang, aku cepat-cepat bergegas pulang kerumah untuk menyalin pakaian formal bagi menghadiri post mortem pendidikan khas peringkat negeri.. jarak daripada tempat latihan ke rumah aku adalah dalam lingkungan 60-70 km. sampai je ke rumah, cepat-cepat aku mandi, menyeterika pakaian, bersiap dan solat zohor dan terus turun semula bagi menghadiri majlis tersebut… Rupanya ramai jugak ahli-ahli pendidikan khas negeri ini..baru aku tahu dan sedar. Majlis ini di buat untuk guru-guru pendidikan khas, Pembantu Pengurusan Murid dan pencacai macam aku.. balik rumah dan hampir maghrib lagi.. begitula rutin hari-hari aku… turun dari rumah seawal pagi tatkala gelap masih ada dan pulang ke rumah hampir maghrib tatkala malam hampir menjelma. Emak aku selalu juga membebel-bebel “ hor dok rok ah tu, bek pun balik nok garib sokmo” ( nah, penat la tu, tiap-tiap hari balik lambat). Aku selalu saja membalas bahawa kalau nak duduk rilek-rilek kat rumah aku cakap, quit je la kerja..x payah kerja..apa mak setuju ke? Kihkihkih..nasib baikla sari dua ni bapak sedara aku yang kena stroke tu dah dieksport ke rumah sepupu aku..tapi, sekarang pun tidak susah-susah dan berat lagi kerana bilik barunya yang mempunyai bilik air dan sebagainya untuk dia mengurus diri telah siap..makanya kerja kami semakin ringan.. dan KAK NA..sebab tula saya tidak sempat untuk update blog…
Dan ini (di bawah) adalah entri yang sepatutnya aku post semalam tapi x sempat post..ada tahlil, lepas tu bergegas untuk bermain badminton..dah dekat pukul dua pagi baru sampai ke rumah.. tapi aku post jugak hari ni..so here we go;
Tadi aku gi jalan-jalan ngan PK KO aku ke sebuah sekolah di daerah Pasir Dua Butir, bagi menonton perlawanan hoki peringkat daerah tersebut. Sekolah yang mana aku jadi pencacainya juga terletak di daerah ini..dan telah pun menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan.
Aku gi jalan-jalan ngan PK KO aku ni pun di atas ajakan beliau yang aku x boleh tolak, sebab aku sudah pun menolak gesaannya dan pihak pentadbir sekolah yang ingin melantik aku sebagai S/U sukan kerana pada pemikiran mereka S/U sukan sekarang x boleh menjalankan tugas2 S/U sukan yang sepatutnya dan dilihat tidak berminat dengan jawatan yang dipegangnya sekarang… lagi pun, kalau aku terima mesti penyelaras aku akn bermasam muka..padahal dia sendiri banyak memegang jawatan-jawatan penting di sekolah… dan penyelaras aku amat risau kalau aku berhajat menyambung belajar..
PK KO aku ni baik orangnya..dan suka berbual-bual dengan aku. Aku pun boleh menyakat, mengusik dan membantah percakapannya walaupun aku jauh lebih muda darinya.. Ada seorang guru di situ melabelkan PK KO aku tu sebagai “pok akat demo!” (bapa angkat aku). Dan guru itu berasal dari Kelantan..Walaupun aku baik dengannya bukanlah bermakna dia akan menjadikan aku sebagai menantunya kerana anak perempuannya sudah menjadi tunangan orang..kahkahkah
Sejak aku bertukar ke sekolah ini kira-kira 2 bulan yang lalu, sukan ini (hoki –kitakan bercakap pasal hoki tadi) adalah satu-satunya sukan yang aku x terlibat secara langsung. Bdk2 lelaki selalu tanya aku adakah aku akan melatih mereka hoki..aku katakan tidak..dan selepas marah-marah sikit mereka x ada lagi dating jumpa aku… mereka pun sebenarnya telah mempunyai jurulatih tetap mereka..cumanya jurulatih mereka ini sekarang telah ditukarkan ke sekolah yang lain..tetapi jurulatih tersebut tetap melatih bdk2 tu..rajin betul!
Setelah bdk2 lelaki tidak lagi dating berjumpa dengan aku untuk bertanyakan tentang latihan, bdk2 perempuan pula yang dating..bukan bertanyakan tentang adakah aku akan melatih mereka, tetapi mendesak supaya aku melatih mereka..aku katakan mereka sudah ada jurulatih sendiri, tidak perlukan aku..mereka hampa..namun tetap berlatih dengan beberapa orang jurulatih perempuan.. keesokan dating lagi “ Tukang kebun, Tukang kebun latihla kami hoki!” aku katakan “la kan ramai doh jurulatih awak” mereka berkata lagi “tukang kebun marila tlg latih” ..aku katakan, “nanti Cg A akan dating melatih awak!”. Cg A adalah jurulatih lelaki yg aku katakan tadi.
Keesokannya mereka dating lagi “ Tukang Kebun, tukang kebun latihla hoki” aku dah mula bosan “ Kenapa? Cg A kan ada..dia cakap dia nak latih kamu semua!”. Bdk2 tu cakap lagi “dia x nak latih kami!” laaa..kenapa pulak ni? Aku mati akal, aku bukan x nak latih mereka tapi aku tak nak aku mendominasi semua jenis sukan kat sekolah ni..lagi pun x ada arahan dari pihak atasan supaya aku melatih mereka, tidak seperti sukan-sukan lain sebelum ni. Dan lagi pun jugak, aku mmg tak berapa tahu sangat tentang hoki, walaupun sebenarnya aku 80% yakin aku boleh latih mereka dengan baik. Tapi oleh kerana aku x mahu jadi buah mulut orang aku katakana “ Saya x pandai hoki, kamu berlatihla dengan cikgu2 kamu!”. Daripada riak muka mereka, macam mereka x percaya je..ah lantakla..
Dan hari ini terbuktilah, mereka (pelajar perempuan) bukan bermain hoki tetapi mereka menjadi tukang kebun, macam tugas aku..mencangkul tanah… bermain bola sepak, bermain guli dan bermain masak-masak di dalam pertandingan hoki..kahkahkah… ntah mereka ni tahu atau tidak peraturan pertandingan aku pun tak tahu… mereka menjadi badut di padang dan salah seorang penonton yang ketawa terbahak-bahak di luar padang adakah aku sendiri
kahkahkahkah… kesian betul mereka…memang kesian… aku sempat juga menjerit-jerit di luar padang mengarah dan mengajar tetapi semuanya menjadi macam tunggul yang tak ada telinga.. Kesian betul… x apela anak-anak… tahun depan bapak ajar ye!
Lorr.. Latih je la diorang tu, kesian plak. Takpe, bukan u yg nak menonjol sangat tapi mereka tak mau tampil menonjol. Sebab tu u nampak menonjol dan mereka tak nampak menonjol.. Saya percaya kamu cikgu yg bagus!
ReplyDeleteya betol!!
ReplyDeleteNafastari,
ReplyDeletethanks.. kadang-kadang kita boleh tidak endahkan orang, kadang-kadang kita kena endahkan orang.. kerana takut fitnah wujud.. eniwei, manyak-manyak terima kasih woo sebab percayakan waa..
Cursive,
ten q veli mac juge aaa... mila lu mau malik kampung aa?
hehe.. gua tahu lu seorang yang cikgu yang baik, gua mao balik kampung dalam akhir bulan 5 atau awal bulan 6
ReplyDeleteaku tak pergi perlis lagi! :P
ReplyDeleteSyiks,
ReplyDeletepergila la wei..risau betul aku bdk ni
kerek (kerap) berdating teh
ReplyDeletedating mende pulok ni?
ReplyDeletetu, dalam post tu.. skit2 dating. antara contoh:
ReplyDeleteKeesokannya mereka dating lagi :)
hor...nok wak guane ye autocorrect hidung...hahaha
ReplyDeleteBakpe jagung mung koho kecik lening.
ReplyDeleteAku gi beli baru ning.Tapi abih jugok aku makang ngang bining.Mung beli waper seguning?
Jagung mung warne kuning.
Terima kasihing.
Nafiri,
ReplyDeleteHaha nok wak guane..gi la maroh ke pokok jagung n tanye dia bakpe mung buoh koho kecik lening? nati ah, kami tera cari source kat lain pulok hok bapok gong