Wednesday, April 1, 2009
Maaf - Tahniah
Tinggal beberapa ketika lagi en. Abam akan bergelar suami.. mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis akad nikah yang akan berlangsung selepas isyak nanti. Aku betul-betul letih hari ni... start dari pg tadi aku mengikuti rombongan sekolah ke beberapa tempat di sekitar kuala Terengganu. Jaga budak khas ni penat woo..lari ke sini, pergi ke sana… di Mydin Mall saja aku sudah berasa penat menjaga budak-budak ni..siap main kejar-kejar lagi dan paling aku geruni dan bimbangi “aku takut diaorang mencuri”. Lepas ke Mydin Mall, kami pergi ke TTI (Taman Tamadun Islam). Inilah first time aku jejakkan kaki ke situ… Okla, tapi Gila!..Dalam cuaca panas terik kitorang buat lawatan ke situ… Mmg tak boleh jadi… aku ambik keputusan untuk mengamanahkan murid-murid normal untuk menjaga anak anak buah aku, sedang aku sendiri mengambil keputusan untuk tidak melawat dalam taman tersebut.., memang rugi bayar RM10 untuk memasuki taman tersebut kalau x berjalan-jalan melawat..tapi lantakla… aku betul-betul kepanasan dan berasa mual… sebab tidak bersarapan..jadi aku lepak-lepak sajela kat kafe sambil mengisi perut sementara budak-2 melawat ke segenap pelusuk taman.. aku dah cadang kalau nanti cikgu-cikgu tanya kenapa masuk tp tak melawat aku akan jawab begini “ nanti bila ada kekasih baru nak dating melawat, baru best sama-sama x tahu, sama-sama explore… boleh main kejar-kejar dengan basikal”. Tapi haram, mereka x tanya pun. Lebih kurang pukul 1tgh kami pergi pulak ke TER..satu lagi kebodohan..aku x tahu kat mana TER? Agak ku TER ni kat Ibai Golf Resort, jadi aku memandai-mandaila potong bas yang memuatkan rombongan dan aku tunggu kat Mydin Kuala Ibai.. sebab kononya aku dah malas nak berada lama dalam kereta,-di jalanraya. Dari mydin nila aku igt aku nak follow balik bas tu. Tunggu punya tunggu punya tunggu, bas tak sampai-sampai… aku nak call cikgu-cikgu tu aku takut depa cakap” ha tu la, memandai-mandai sangat”… x pun cakap “apela duk kat KT pun tak tahu mana TER”.. so aku call la Izhan, x angkat, aku call Nazri (bkn abam) dia cakap ada taklimat terus letak phone. Aku call awing..pun x angkat..aku call jang, baru ada jawapan, rupanya aku salah tempat da.. Setelah dpt maklumat aku sampai jugak kat TER, Bas dah keluar tanpa sempat aku bertanya kat mana driver tu drop bdk2 n cikgu-cikgi… berputar-putarla aku kat TER tu, kalau ada satu bangunan x ape ni banyak..aku x tahu mana satu.. aku call cikgu-cikgu x angkat..dan call lagi x dapat dan lg dan lagi dan lagi x dpt. Hari ni orang boikot aku ke? Call sume x dpt.. br je buat keputusan nak blah ade sorg cikgi call, ckp tempat kat mana. Pkl 4 lebih, kami semua bersurai..bas ke sekolah dan aku ke rumah..sampai rumah mandi, smyg asar, ada kenalan dari negeri jiran pulak call ckp nak jumpa..so aku keluar balik jumpa dia.. on the way balik dah nak maghrib en abam pulak sms ajak pegi kat majlis akad nikah dia.. aku dah letih gile..tanya awing die ckp die gi ngan abam, tanya izhan x jwb, tanya jang pun x jawab.. aku rasa hari ni org boikot akula..aku nk gi sendiri pun dah letih.. sampai je rmh dah msk maghrib…isyak nanti diaorang dah nak berkumpul kat Masjid Durian Burung… lepas solat maghrib aku call lagi jang, x jwb.. dah nak isyak ni brla izhan sms blk tanya aku nak gi ke? Alamak..dah time ler, dah x sempat, br jap izhan sms..sekarang dah lepas isyak pun..mungkin nazri dah berjabat tangan ngan tok Kadi ni.. Sori la en Abam..lu sms dah lewat, kena pulak hari ni org boikot aku…apa-apa pun tahniahla wei “Baraka laka, wa Baraka alaika, ad’ukum bkhair insyaAllah”. Kite jumpa di majlis walimatulurus mung, kalu x di rmh pgantin laki di rmh sblah pgantin perempuan, InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bang. cuba tengok ni: http://deletedbooks.blogspot.com :)
ReplyDeletekirim salam ke abam dan ucapkan tahniah kerana telah berjaye menjadi sang suami.. hehe
ReplyDelete